Chapter 37

Romance Completed 28069

Bab 37

Pukul 4.30 pagi, Nuha sudah terbangun. Celik sungguh matanya apabila tangan lelaki itu sudah melekat di pinggang kecilnya. Dia mahu tangan lelaki tu dilarikan dari pinggangnya. Semalam bukan main lagi dia. Mereka berjanji tidak akan saling mengganggu antara satu sama lain. Bantal menjadi pemisah mereka.

“Eh, seronoknya dia peluk-peluk orang! Muka tak tahu malu!” katanya sendirian. Dia cepat-cepat mahu mengangkat tangan suaminya itu dari pinggangnya. Dia harus berhati-hati. Kalau tidak lelaki itu akan tersedar dan dirinya akan terganggu pula. Jadi dia harus berhati-hati. Dia harus bangun awal dan balik ke rumah sewanya. Dia harus awal kerana kediaman rasmi ibu bapa mertuanya ini agak jauh juga daripada tempatnya bertugas.

Eh betulkah jauh? Dia tidak begitu cam akan tempat atau kedudukan rumah keluarga mertuanya ini. Dahulu dia pernah juga dibawa bertemu keluarga mertuanya. Mama mertuanya memberikan dia tip-tip untuk berumah tangga. Mamanya memberitahu kegemaran dan kesukaan bakal suaminya. Dia sungguh berasa teruja hendak menjadi isteri kepada Aliff Hakimi walaupun sebenarnya dia tidak begitu mengenali siapa bakal suaminya. Apa yang dia tahu sahaja, keluarga mertuanya orang yang baik-baik dan taat perintah Tuhan. Jadi dia melihat penampilan itu sebagai salah satu yang sepatutnya menjadi pilihannya.

“Izinkan abang mengucup tangan dan dahi sayang,” tergamam dia dengan permintaan itu setelah bantal diletakkan di tengah-tengah antara mereka. Dia mahu suaminya berjanji yang dia tidak akan mengganggunya. Banyak masalah mereka yang belum selesai. Jadi mereka harus dipisahkan oleh sesuatu. Maka, bantallah yang menjadi pemisah antara mereka berdua. Syukurlah kalau suaminya itu mahu bersetuju dengan permintaannya.

“Buat apa nak kucup-kucup? Dulu abang tak pandang pun muka saya yang tak cantik ni! Saya tahu abang bencikan saya! Saya tahu saya bukan isteri pilihan abang! Kenapa lagi abang nak saya masuk ke dalam hidup abang?” soalnya sebak. Lelaki itu termangu. Di bawah remang cahaya malap lampu mereka berbicara seperlahannya. Mereka takut perbualan mereka didengari oleh sesiapa.

“Sayang, abang nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki! Isteri abang ayu, cantik dan comel. Abang saja yang buta! Abang memang silap sayang. Abang dah buat salah yang terbesar dalam hidup abang. Kalaulah masa boleh diundur semula abang akan layan sayang bagaikan menatang minyak yang penuh!” kata lelaki yang mengaku bersalah itu sambil memegang erat tangannya.

Tangannya memang sudah sejuk bagaikan ais. Sejak masuk ke dalam bilik pengantin ini dia memang seram sejuk. Seumur usia perkahwinan mereka, mereka tidak pernah beriringan masuk ke bilik pengantin. Malah mereka berpegangan tangan. Macam sepasang kekasih pula mereka. Ibu bapa mertuanya yang memandang ke arah mereka pun saling berpandangan.

Dulu, sewaktu mereka menikah di rumahnya di kampungnya, lelaki itu tidak mahu masuk ke dalam biliknya dengan beriringan. Setelah dia tidak sedar diri dan nyenyak tidur barulah dia masuk ke dalam biliknya. Suami apa macam tu? Tetapi suaminya yang ada pada hari ini adalah suaminya yang agak lain dan sudah berubah. Itulah yang menyebabkan dia berasa seram sejuk dengan penampilan baru suaminya ini.

“Masa takkan boleh diundur bang. Luka takkan sembuh akibat kesakitan dulu!” katanya menjawab persoalan yang masih tidak selesai. Lelaki t uterus sahaja memeluk tubuhnya. Dia pula terasa terlindung sepenuhnya. Dahulu betapa terseksanya hidupnya. Mempunyai suami tetapi dia bagaikan tidak mempunyai suami. Sedihnya kehidupannya.

“Izinkan abang rawat sakit hati sayang.” Katanya memujuk lagi. lelaki itu berbisik di telinganya. Syahdunya malam tadi dirasakannya. Kepenatan bagaikan hilang sekelip matanya. Syukurlah kalau suaminya mahu berubah. Namun untuk mempercayai suaminya, bukan semudah itu. Apatah lagi dia akan berangkat sebentar lagi.

“Saya tak minta apa-apa bang. Kalau abang nak lepaskan saya sekarang saya tak kisah kalau abang rasa terbeban mempunyai isteri seperti saya, saya tak kisah. Abang lepaskan saya.” Katanya memohon simpati agar suaminya melepaskannya. Suaminya memeluk tubuhnya erat semula. Apakah yang cuba dihantar oleh suaminya melalui pelukannya ini? Soalnya lagi.

“Jangan minta sesuatu yang dilarang Allah sayang. Abang takkan tergamak nak menceraikan sayang. Abang takkan lakukan itu sayang!” kata suaminya dengan penuh kesungguhan. Apakah janji itu harus dipercayai atau apa? Ah dia masih ragu. Benar dia masih ragu. Payah sungguh dia hendak mempercayai semua kata-kata suaminya ini. Apakah harus dia abaikan sahaja kata-katanya ini? dalam pelukan suaminya itu pun dia masih mampu memikirkan masa depannya.

“Saya tak diperlukan dalam hidup abang…” katanya seperti merajuk dengan tingkah suaminya selama ini.

“Abang dah memerlukan sayang dalam hidup abang!” balas suaminya bersungguh-sungguh. Ah untuk apa diperlukan dalam hidupnya suaminya ini? Dia ini umpama bunga meja sahaja. Sepatutnya suaminya mencari gadis lain yang lebih baik dan cantik daripadanya. Bukan dirinya yang agak kekampungan ini. Bukan dia. Tetapi orang lain yang lebih layak daripada dirinya. Aduhai!

“Abang boleh cari banyak gadis yang lebih hebat lagi bang. Abang banyak duit. Saya ni pula kalau dah tak ada apa-apa, dah tak orang nak sudi kepada saya bang. Err, sebelum kita berdua terlanjur jauh, maka ceraikanlah saya bang,” pelukan suaminya dieratkan lagi. Apakah ini sebagai pujukan?

“Jangan sebut perkataan yang abang tak suka sayang.” Kata suaminya. Dia tidak mungkin dapat mengelak daripada menyebut perkataan itu. Selama ini suaminya tidak pernah melaayani kehadirannya dalam hidup suaminya. Jadi apa kata sekarang dia berterus-terang agar dia diceraikann dan suaminya bebas mencari wanita lain yang lebih baik dan muda daripadanya. Suaminya orang banyak duit, jadi banyak wanita yang akan menyukainya.

“Saya rasa abang suka tu abang. Saya tahu abang tak suka hadirnya saya.” Pelukan dieratkan lagi.

“ Sayang, tolonglah jangan seksa abang,” kata suaminya merayu. Pipinya sudah menjadi mangsa kucupan suaminya. Dia menjadi tidak selesa pula. Malah dia takut. Dia takut sesuatu yang dipeliharanya selama ini akan menjadi sesuatu yang akan tergadai pada malam ini. Dia tidak mahu itu terjadi!

“Abang lepaskan saya. Saya dah penat memikirkan hal ini semua bang. Saya rasa elok kita bercerai buuat sementara waktu ini. Jangan paksa diri abang untuk menerima diri saya.” Katanya terharu. Kesakitan yang dirasai selama ini belum mampu dilupakannya. Kenapa pula lelaki ini hadir semula dalam hidupnya dan hendak hidup bersamanya semula? Selama ini dia tidak dipedulikan. Malah dia juga sudah memberitahu emaknya yang dia hendak memohon cerai kepada suaminya. Dia isteri yang tidak dihargai hadirnya oleh suaminya.

Sakitnya!

“Sayang… jangan cakap yang bukan-bukan. Mungkin sayang

penat ni!” kata suaminya. Dia tidak tahu betapa sakitnya hatinya yang pernah dilukai selama hampir 180 hari ini. Apakah lelaki ini boleh menahan sakitnya jiwa yang dilukai?

“Oh mungkin saya penat…” katanya bertambah sebak.

“Ayuh kita tidur sayang. Esok kita bincang lagi! Selepas ini kita akan selalu bersama. Selepas ini kita akan selalu bercinta…” dia terbatuk-batuk. Sukar sekali menerima kata-kata suaminya. Dia takut semuanya akan dililiti kepalsuan.

“Tidur sayang…” suaminya sudah mengambil bantalnya.

“Abang nak ke mana?” soalnya. Dia pegang tangan suaminya. Suaminya berpaling ke arahnya. Sedih dia melihat suaminya yang hendak membawa bantalnya entah ke mana. Tilam mereka ini sungguh luas kenapa dia hendak turun dari katilnya selama ini. Dan, selama ini suaminya tidak pernah sudi berkongsi katil dengannya. Apakah suaminya masih mahu berpisah tempat tidur daripadanya? Sedihnya.

“Abang takut sayang tak selesa.” Balas suaminya. Sekali lagi dia sebak. Apakah ada rasa kekeliruan antara mereka?

“Abang tidurlah di atas katil. Saya tidur di bawah bang. Saya orang susah bang, biasa tidur tiada bantal dan tilam. Selimut jauh sekali.” Katanya bertambah sebak. Memang mereka dibiasakan hidup dengan cara yang sederhana sekali. Lelaki itu sudah memeluknya.

“Maafkan abang sayang. Selama ini abang tak mengambil perhatian dan kebajikan sayang. Maafkan abang sayang…” bisik lelaki itu. Mengalir air matanya yang ditahannya selama beberapa minit di bilik lelaki ini.

“Sayang menangis?” huh! Dia baru sedar. Mungkin air matanya mengalir membasahi belakang suaminya. Dia menyapu air matanya dan memohon dilepaskan pelukannya.

“Maafkan saya bang.” Bisiknya perlahan.

“Mari abang lapkan air mata sayang. Abang tahu air mata sayang selalu mengalir keluar kerana tingkah abang sendiri. Maafkan abang sayang.” Kata suaminya lagi. Mereka sama-sama diam seterusnya.

“Baik, kita tidur sekarang. Tidur di atas katil yang sama dan dipisahkan bantal peluk ini.” kata suaminya membuat keputusan. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil di sebelah kiri suaminya. Matanya yang mengantuk memang sudah tidak dapat ditahan-tahan.

“Selamat malam sayang.” Bisik suaminya. Dia hanya mampu mengangguk. Kasihan pula dia kepada suaminya. Benarkah suaminya mahu berubah? Dia juga mahu berubah. Jika benar suaminya mahu bertanggungjawab dan menjadi suami sejati dia juga mahu seperti suaminya. Namun bagaimana dengan keputusan yang sudah diambilnya terlebih awal ini?

Ah, betapa bahagianya kenangan semalam. Bisiknya dalam hati sambil mengucup tangan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience