Chapter 40

Romance Completed 28069

Bab 40

“Sayang nak ke mana ni?” soal lelaki yang sudah duduk di sofa di bilik mereka itu dengan pandangan yang penuh persoalan. Isterinya sudah mengerjakan solat Subuh dan mengenakan semula pakaiannya. Dia menunduk lagi. Aksi mereka terbayang-bayang di ruang mata. Dia pula begitu rapuh untuk menyerahkan mahkota diri yang paling dijagai selama ini. Namun, dia rela demi menjalankan kewajipan sebagai isteri. Dia tidak akan menyesal lagi. Jika terjadi apa-apapun selama ini, dia hanya perlu reda. Ini semua adalah atas kerelaannya juga. Jika tanpa kerelaannya, suaminya itu tidak akan mengganggunya.

“Saya tak cuti,” katanya. Lelaki itu ketawa kecil. Bulat matanya memandang lelaki itu.

“Cuti?” kata suaminya kehairanan. Berkerut kening tebal dan menghitam itu. Dia geleng. Dia tidak memohon apa-apa cuti sebelum hari keberangkatannya.

“Hari ini Sabtu sayang,” kata suaminya. Dia pula tersenyum malu. Mana ada dia pergi kerja jika hari cuti. Aduhai, kenapa dia lupa hari ini Sabtu? Sebenarnya dia tahu dia sudah cuti sejak hari Selasa yang lalu. Itulah dia masih terkenangkan cutinya. Mungkin lelaki ini tidak faham apa yang dia maksudkan.

“Oh ya, saya lupa,” katanya yang sudah geleng kepala. Kepalanya sudah dipakaikan tudung. Dia tidak berani keluar ke mana-mana di kawasan rumah ibu bapa suaminya jika tanpa tudung. Lehernya penuh tanda-tanda merah yang ditinggalkan suaminya. Sakit pula hatinya. Jika di rumah sewanya pun, dia terpaksa memakai tudung, jika tidak, pasti Kartika akan kehairanan melihat lehernya yang bertanda di mana-mana.

“Sayang, nak ke mana ni?” lelaki itu sudah mendekatinya yang sedang duduk di kerusi meja solek itu. Dia terpandang ke arah cermin, wajahnya sudah memerah. Dia terpaksa menundukkan pandangannya ke bawah. Segan sungguh dia hendak menentang wajah kacak suaminya ini. Segan sungguh dia. Selama ini suaminya ini mahu pandang pun tidak. Kesal dia. Kesal sungguh!

“Saya nak balik ke rumah sewa. 20 miss called dari kawan saya tu,” katanya. Dia tahu Kartika hanya mahu bertanya dia di mana. Kartika bimbangkan keselamatannya. Dia sudah menghantar mesej tadi kepada kawan serumahnya itu.

“Stay with me,” katanya. Dia mahu sahaja menangis. Kalau lelaki ini menahannya lama-lama, apa yang harus dia buat? Bagaimana dengan perancangannya selama ini? Apakah perancangan ilmunya akan jatuh ke nombor dua dan terbatal dengan sendirinya. Aduhai.

Dia menggeleng. Dia memang tidak akan setuju dengan rancangan suaminya ini. Bukan dia tidak sudi tetapi dia mahu suaminya memberikan dia masa. Masa untuk dia berfikir. Bukan main redah sahaja. Itulah yang dia tidak suka. Suaminya suka memaksa.

Dia lihat wajah suaminya agak kusut. Dia memang tidak akan mengikut arahan suaminya buat masa ini. kalau dia ikut arahan suaminya, alamatnya perancangannya akan terbatal dengan sendirinya.

“Saya kena balik bang, saya ada hal lagipun baju saya tak de kat sini!” katanya mendesak. Lelaki itu tetap menggeleng. Wajah kacak itu sempat dipandangnya sekilas. Pandangan tajam suaminya ini tidak mahu dipandangnya lama-lama. Memang dia segan, segan kepada suaminya sendiri. Ah, dia memang sedang mencari keserasian dengan suaminya sekarang ini.

“Balik mana lagi sayang? Sekarang kan sayang dah balik kepada abang? Kembali ke pangkuan suami sayang? Jangan pernah nak balik ke rumah sewa sayang lagi, abang tak suka sayang malukan abang dalam diam! Malah! Kawan-kawan abang pun dah tanya kenapa abang tak pernah berjalan-jalan dengan isteri abang,” dia diam, pegun di kerusinya. Lelaki itu sudah memeluknya pula. Dia pula terasa terlindung di dalam pelukan tubuh sasa itu.

“Sayang, terima kasih atas apa yang sayang sudah berikan tadi, abang sangat mensyukurinya,” kata suaminya yang sudah mendudukkan dia di sofa coklat itu. Rupanya ketika dia pejam mata, suaminya sudah mengangkat tubuhnya ke sofa empuk itu. Dia sempat memegang leher suaminya sekuatnya dan suaminya ini mengetatkan pelukannya, dia takut pula tubuhnya terjatuh dari pegangan suaminya. “Sayang, buka mata.” Pinta suaminya. Dia membuka matanya. Mukanya sudah membahang. Ah, kenapa hari ini terjadi sesuatu yang di luar dugaannya? Kenapa lelaki ini seperti bertekad hendak melakukan sesuatu yang terlalu drastik daripada jangkaannya?

Suaminya sudah duduk di sisinya. Dia memegang tangannya yang sudah agak sejuk sesejuk ais batu. Apakah yang hendak dilakukannya lagi selepas ini? Apakah tidak cukup apa yang sudah dia buat sepagi ini? Aduh, kenapa suaminya ini seperti menahan-nahan pemergiannya?

“Saya nak balik!” ucapnya agak tegas. Suaminya yang melingkari leher dan bahunya memandangnya. Dia menundukkan pandangan lagi.

Dia tidak selesa diperlakukan begitu. Dia takut dan segan.

“Sayang, kan abang dah cakap. Hari ni cuti. Abang nak sayang stay dengan abang for the whole week,” bulat matanya mendengar arahan itu. Ia bagaikan arahan mandatori. Apa lagi alasan yang hendak diberikan kepada suaminya ini?

“Tak bolehkah saya balik dan ambil pakaian saya di rumah sewa saya? Saya tak bawa apa-apapun semalam,” pintanya dengan muka kasihan. Sebenarnya ada perkara yang hendak diuruskan sebelum meninggalkan negara pada minggu depan. Kenapa lelaki berat melepaskannya?

“Boleh tapi abang nak bawa sayang shopping pakaian di 1B,” dia membuntangkan mata. Mulutnya bagaikan terkunci. Suaminya ini tahukah yang dia tidak suka pergi ke mana-mana jika ada cuti? Suaminya tahukah dia lebih suka duduk di rumah dan melakukan kerjanya sendiri. 1B? Dia tidak suka pergi ke pusat membeli-belah yang agak besar itu.

“Tak perlu, banyak pakaian saya tak habis pakai pun! Lagipun tempat tu tak selamat bang. Takut saya nak pergi sana!” katanya menolak pemberian suaminya. Muka lelaki itu kelat. Dia memalingkan wajahnya. Kasihan pula dia. Mungkin suaminya mahu membelanjakan sedikit wangnya untuk dirinya. Dia tidak pasti. Kenapa wajah itu masih kelat?

“Bila pula sayang tahu tempat tu tak selamat? Mana ada pengumuman!” dia sengih. Kalau dibuat pengumuman mengenai tempat yang retak itu tentu 1 Borneo akan lengang dan ditakuti pengunjung. Hairan dia. Perkara kecil begitupun takkan tak nak fikir? Soalnya dalam hati.

“Sayang ejek abang kan?” soal suaminya. Berderau darahnya. Kenapa pula dia mengejek suaminya dalam hati. Dia menggeleng tetapi senyum sumbing. Aduhai!

“Jangan marah abang, saya cakap yang benar. Saya… tak bermaksud menolak, pakaian saya banyak lagi.” katanya serba-salah pula. Dia bukan menolak tetapi dia segan hendak memilih pakaian itu dan ini. Cukuplah dengan apa yang dia miliki. Dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan di atas peluang yang diberikan. Dia tidak berniat hendak melukakan hati suaminya. Sebenarnya dia tidak mempunyai masa yang banyak hendak berjalan ke mana-mana. Dia lebih suka menghabiskan masanya di rumahnya dan menyemak senarai barangnya yang masih belum dibawanya atau meneliti senarai kerjanya yang masih belum habis. Itu yang dia tidak suka dibawa ke mana-mana. Hai, kenapa pula lelaki ini muncul ketika dia sedang sibuk membuat persiapan hendak melanjutkan pelajarannya? Kalau lah dulu…

“Tak pe, kita jalan-jalan, bukan selalu kita jalan-jalan begini kan sayang,” kata lelaki itu memujuknya lagi. Lelaki itu sudah mengucup pipinya. Semakin membahang mukanya.

“Kawasan bangunan 1B tu retak-retak bang, takut nak ke sana, merbahaya tak selamat kita ke sana!” katanya yang baru melihat gambar-gambar yang diedarkan di whatsapp kawan-kawannya. Dia risau sesuatu terjadi ketika mereka di situ. Tetapi dia bukan bermaksud hendak menolak pelawaan suaminya. Ini julung-julung kali dia dibawa berkunjung ke pusat membeli belah. Selama ini dia sendiri yang pergi ke mana-mana sahaja yang dia mahu. Haruskah dia lepaskan peluang ini?

“Ah, sikit saja tu sayang. Bukannya rosak semua tu! Kita pergi tempat yang tak retak sayang.” Dia diam. Suaminya suka memujuknya sekarang. Apa yang dia mahu cakap kalau dia sudah dipujuk. Dia terpaksa mengangguk sahaja.

“Abang, saya nak pergi ke dapur kejap,” katanya. Lelaki itu terus menoleh ke arahnya. Bulat mata itu. Dia pula selamba sahaja hendak turun ke dapur. Takkan mahu berdua-duaan sahaja dengan lelaki ini.

Sesak nafasnya!

“Kenapa pula?” soalnya.

“Abang kan tak benarkan saya balik, jadi saya mahu ke dapurlah, bantu mama mertua saya di dapur sediakan sarapan,” katanya menahan nafas mencari alas an untuk meninggalkan lelaki itu. Sebenarnya dia tidak mahu berlama-lama di sisi suaminya itu. Segan dan malu bertindihtindih menyilu hatinya.

“Ada pembantu sayang, buat apa sayang nak sibuk kat dapur,” lelaki itu sudah mengucup tangannya. Eh, kenapa lelaki ini. Dia seperti benar-benar kerinduan pula. Apa tidaknya, lebih lima bulan dia sendiri seperti tidak ada suami. Ada dalam tiada. Sebak hatinya tiba-tiba.

“Sayang sepatutnya kat sisi abang, layan abang bukannya nak duduk di dapur pula ketika suami memerlukan sayang.” ah, lelaki ini sudah membisik dan memeluknya erat. Meremang bulu romanya.

“His abang ni, selama ni abang tolak saya, selama ini saya tunggu abang… tapi abang jual mahal.” katanya menolak pelukan suaminya. Suaminya tetap pula memeluknya. Lelaki ini kuat memaksa sebenarnya. Tetapi kenapa dulu dia tidak dipedulikan? Memang lelaki ini nikah terpaksa dengannya kan?

“Sayang… ini kisah cinta kita yang tertunda…” bisik suaminya lagi. Dia menutup matanya. Dia mahu menikmati kasih mereka yang bersatu akhirnya. Siapa menyangka? Dia yang sepatutnya berasa dirinya sudah diceraikan oleh lelaki di sisinya ini terasa amat terkejut. Ya, dia memang masih mamai-mamai kerana terkejut sekarang ini. Akhirnya mereka bersatu lagi di atas sebuah kasih sayang yang dia sendiri masih kaburkabur. Apakah lelaki ini menganggapnya sebagai kekasih, isteri atau apa?

Ah, dia benar-benar masih keliru. Harap-harap selepas ini suaminya akan menjelaskan maksud sebenar kasih sayangnya ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience