BAB 86

Drama Completed 919581

Suri mengemudi keretanya mengekori Rissa Arianna. Dia merasakan wanita itu ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Padahal mereka telah sepakat untuk saling berkongsi maklumat mengenai Haura dan juga Mikael.


"Perempuan ni dah khianat aku ke? Masa nak dapatkan maklumat bukan main lagi, lembut gigi dari lidah. Bila dah dapat semua tu terus palau aku. Segala call dan mesej aku tak berjawab." Bebel Suri sendirian.

Kereta yang dipandu Rissa berhenti di hadapan kediaman Puan Sri Normah. Suri berasa agak pelik. Ikutkan hati ingin sahaja dia masuk ke dalam rumah tersebut namun dia tidak dapat untuk berbuatnyang sedemikian kerana dia sudah diberi amaran supaya tidak mengganggu mereka lagi. Lagipun tiada sebab untuk dia ke sana. Suri memarkir keretanya dipinggir jalan. Dia mengambil keputusan untuk terus menunggu di situ sehingga Rissa keluar.


"Apa yang kau sorokkan dari aku? Apa tujuan kau datang ke rumah agam ni?" Bisiknya lagi.

*****

Puan Sri Normah mula memicit kepalanya yang mula berdenyut. Kekecohan apa yang telah melanda rumahnya pada malam itu. Khayla yang melihat keadaan neneknya itu segera menghampiri wanita itu.


"Nenek okay ke? Nak Khayla bawa nenek ke bilik?" Tanya Khayla berbaur risau. Puan Sri Normah menggelengkan kepalanya.


"You nak suruh kami tengok gambar apa lagi Reen? You masih tak puas lagi ke dengan apa yang you dah cetuskan ni?" Marah Dato' Zubir.

Mikael mula membuka sampul surat yang diberikan oleh ibu saudaranya itu. Terdapat sejumlah kepingan gambar di dalamnya. Mikael menilik satu persatu gambar tersebut. Haura yang berdiri disebelahnya turut melihat gambar-gambar tersebut. Mereka berdua saling berbalas pandang.


"Inikan......" Pendek sahaja ayat yang keluar dari mulut Haura pada saat itu. Reaksinya yang sangat terkejut itu membuatkan Datin Noreen tersenyum nipis. Mikael mengetapkan bibirnya.


"Kamu tunggu apa lagi cepat bagitahu pada kami sekarang siapa perempuan di dalam gambar tu." Arah Datin Noreen lantang. Mikael memandang wajah ibu saudaranya itu.


"Maaf Mika tak boleh bagitahu. Tapi yang pasti Mika tak ada sebarang hubungan sulit dengan dia." Balas Mikael tegas. Dia benar-benar tidak mahu identiti wanita itu terdedah. Datin Noreen makin panas hati dengan sikap Mikael itu. Dia kemudian merampas gambar tersebut lalu diberikan kepada Puan Sri Normah.


"Mak tengok sendiri dengan mata kepala mak tu. Cucu kesayangan mak ni ada hubungan dengan perempuan lain. Siap ada anak lagi mak. Tapi tak tahulah anak tu sah taraf ataupun tak. Memang sepadan sangatlah mereka berdua ni mak, dua-dua khianat sesama sendiri dan kaki penipu." Herdik Datin Noreen. Puan Sri Normah tidak kuat untuk melihat gambar-gambar tersebut. Dia menyerahkannya kepada Khayla kemudian dihulur pula kepada Soraya. Puan Sri Normah mula mengusap dadanya yang kian sesak.


"Minta maaf kalau saya kurang ajar dengan datin tapi saya rasa kali ni datin dah melampau. Siapa datin untuk tuduh kami macam tu. Apa hak datin untuk cerca kami macam tu?" Haura mula ke depan. Dia sudah hilang sabar dengan tomahan yang dilemparkan oleh wanita itu.


"Aku ada hak! Lelaki yang kau goda tu suami aku. Dan lelaki yang bakal jadi suami kau tu anak saudara aku. Aku taknak dia jadi mangsa dan terjerat dalam kancah penipuan kau ni." Lantang datin Noreen membalas. Bergema suaranya di segenap ruang tamu tersebut. Rissa Arianna yang menjadi punca kekecohan tersebut berlaku hanya menikus di sudut dinding.


"Nor kenal Mika tu macam mana, dia tak akan pernah buat perkara yang macam tu mak." Giliran Datin Norlie pula bersuara membela maruah anaknya yang dipijak lumat oleh Datin Noreen.

Dato' Rizal dengan pantas menarik tangan isterinya yang ingin bangun untuk menghalangnya dari terus bertindak melulu. Datin Norlie menghela keluh pendek sambil melirik ke arah suaminya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja. Tiada satu kata pun yang keluar dari mulutnya.


"Abang tak nampak ke apa yang Kak Reen sedang buat tu? Dia hina anak kita bang." Suara Datin Norlie bergetar menahan marah. Dato' Rizal mengusap tangan isterinya itu dengan lembut.


"Ya Nor abang tahu tapi anak kita tu dah besar panjang. Pandailah dia selesaikan masalah ni sendiri. Selagi kita yakin Mika tidak buat salah itu dah cukup. Kebenaran akan terbongkar juga nanti. Kita cuma perlu tunggu dan lihat je ke mana drama ni akan pergi." Balas Dato' Rizal memujuk isterinya itu. Datin Norlie mengangguk perlahan.

Rissa Arianna secara diam-diam berjalan menghampiri Haura. Dia cuba menarik wanita itu ke arahnya namun tindakannya itu telah sedari oleh Mikael. Sepantas kilat Mikael menarik Haura ke dalam pelukannya.


"Apa lagi yang you nak buat pada Haura kali ni? Sekarang dah puas hati you?" Marah Mikael. Rissa terkedu. Semua mata mula tertumpu kepadanya.

Rissa mengetap bibir. Dia kini terperangkap di dalam rancangannya sendiri. Dia cuba memerah otak untuk meloloskan diri dari situ.


"I nak tanya you Haura, betul ke you benar-benar cintakan Mikael? Bukan ke Syahmi ni bekas tunang you dulu." Tanya Rissa dengan penuh bisa. Haura menggenggam kuat kedua belah tangannya. Sekali lagi hampir kesemua isi rumah tersebut terkejut dengan kenyataan dari wanita itu. Datin Noreen tersenyum.


"Betul memang I dan Syahmi pernah bertunang tapi itu kisah dua tahun lepas. Kami dah lama putus dan dia pun dah berkahwin. Jadi apa masalahnya dekat situ? You nak cakap yang I ni masih tak dapat lupakan Syahmi sebab tu I cuba untuk masuk ke dalam family ni, macam tu? I tak gila macam you tau Rissa. Akal fikiran I masih waras lagi." Bidas Haura pedas. Rissa cerlung memandangnya.


"Dari apa yang I tengok you sebenarnya yang masih tak dapat terima kenyataan yang Mikael ni dah tinggalkan you. Move on ajelah Rissa." Tambah Haura lagi. Nafas Rissa mula turun naik dengan laju, dadanya mula berombak menahan marah. Dia benar-benar rasa terhina dengan kata-kata Haura itu.


"Whatever. But I jamin yang you tak akan pernah bahagia dengan Mikael sebab dia masih lagi tak dapat lupakan bekas kekasih dia yang dah mati tu. I berani cakap macam tu sebab I tahu Mika boleh nampak bayangan Sophia dalam diri you. Masa bercinta dengan I pun dia tak habis-habis sebut nama perempuan tu."

Pang!

Dengan padunya pipi Rissa terima satu tamparan dari Soraya. Wanita itu sudah mula hilang sabar dengan sikap Rissa yang terlalu meminta untuk ditampar.


"Busuk betul hati kau kan. Tak habis-habis nak fitnah orang." Tengking Soraya. Rissa terkesiap. Dia benar-benar tidak menjangkakan perkara itu. Kali ini bukan setakat hatinya yang sakit malah pipinya juga turut berasa sakit. Dengan penuh rasa marah di dada dia berlari keluar dari kediaman tersebut.


"Dah puas ke hati mummy sekarang?" Soraya mengajukan soalan tersebut kepada ibunya. Datin Noreen sangat terkejut dengan pertanyaan tersebut. Dia mula panas punggung.


"Ini semua rancangan mummy kan? Untuk pisahkan Mikael dan Haura macam mummy buat pada Dina dulu." Ujar Soraya sebak.


"Dina minta semua orang jangan percaya dengan apa ada dalam gambar tu sebab semua tu fitnah semata. Ini bukan kali pertama mummy buat kerja macam ni. Kalau nenek nak tahu mummy dah fitnah Syahmi dan Haura jalinkan hubungan sulit sampai ada anak. Apa yang buat Dina terkilan adalah mummy tuduh anak Dina tu sebagai anak haram mereka. Nenek jenis apa kalau cucu sendiri dia tak kenal." Luah Soraya panjang lebar. Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Datin Noreen mati kata.


"Sekarang ni dia gunakan cara yang sama dengan gunakan gambar daddy dan Haura serta abang Mika. Dina tahu mesti ada cerita yang sebenar di sebalik gambar-gambar tersebut." Tambah Soraya lagi.

Mutiara jernih mula mengalir keluar dari mata Haura. Dia sungguh terharu dengan tindakan Soraya yang telah membela dirinya itu. Belum sempat air matanya itu jatuh ke bumi dia segera menyeka dengan jari jemarinya. Merasakan dirinya kini sudah cukup lemas berada di situ Haura pula mengundurkan dirinya.


"Minta maaf semua, saya minta diri dulu." Ujar Haura tanpa memandang wajah sesiapapun di dalam rumah tersebut. Mikael segera berlari mendapatkan Haura.

Dato' Zubir yang sedari tadi hanya mendiamkan diri memejamkan matanya buat seketika. Dia menarik nafas yang sangat dalam sebelum bangun berdiri. Kepingan gambar yang berada di tangannya diletakkan di atas meja.


"You betul-betul nak tahu cerita sebenar di sebalik gambar yang you dah bagi ni Noreen?" Tanya Dato' Zubir kepada Datin Noreen dengan nada yang sangat serius. Isterinya itu mula kecut perut. Tidak pernah sekali Dato' Zubir bercakap dengan nada yang begitu dengannya.


"Sebelum tu saya nak minta maaf dengan mak kalau pendedahan saya selepas ni mengguriskan hati mak. Saya dah tak mampu untuk simpan rahsia ni lagi." Tambah Dato' Zubir.


"Apa maksud kamu ni Zubir? Kepala mak dah naik pusing dengan ragam kamu semua. Cepat jelaskan semuanya pada mak sekarang." Balas Puan Sri Normah.


"Orang yang mak tengok dalam gambar tu memang betul saya bersama dengan Haura. Kami memang pernah berjumpa di luar waktu kerja."


"Betul tak apa yang Reen cakap mak mereka berdua memang ada hubungan. Berani you menduakan I Zubir." Sampuk Datin Noreen penuh amarah. Dato' Zubir berdengus.


"I belum habis cakap lagi tolong jangan menyampuk. Kalau you tak tahu hujung pangkal cerita baik kunci je mulut you tu." Marah Dato' Zubir kepada isterinya. Sekali lagi Datin Noreen terkedu.

Dato' Zubir kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuka galeri gambar lalu menunjukkan gambar penuh yang menampakkan wajah mereka dengan lebih jelas pada hari kejadian. Mujurlah isterinya ada menangkap gambar mereka bertiga boleh ditunjukkan sebagai bukti kukuh.


"Lokasi, pakaian semuanya matching dengan gambar yang Noreen tunjukkan pada mak tadi. Bukan kami berdua je yang ada dekat situ jadi tak ada istilah saya berdua-duaan dengan tunang Mikael." Jelas Dato' Zubir untuk jernihkan keadaan.


"Tapi siapa perempuan dalam gambar ni. Kenapa wajah dia macam pernah tengok?" Tanya Puan Sri Normah. Dato' Zubir tidak segera menjawab pertanyaan tersebut. Dia mengalihkan pandangannya kepada Dato' Rizal.

Kerana rasa ingin tahunya telah membuak-buak seperti lahar gunung berapi Datin Norlie segera menghampiri ibunya itu. Dia melihat imej yang tertera di kaca telefon bimbit itu. Dahinya mula berkerut seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba matanya terbuntang luas.


"Dina cuba bagi pada aunty gambar Mikael tu." Datin Norlie meminta kepingan gambar yang berada di atas meja itu. Soraya segera menghulurkan gambar tersebut kepadanya. Matanya makin luas terbuka.


"Mak.... Cuba tengok ni." Datin Norlie dan Puan Sri Normah saling berpandangan. Datin Noreen mula tidak sedap hati.


"Apa semua ni Zubir? Tolong jelaskan pada mak."


"Perempuan dekat dalam gambar tu adalah isteri kedua saya. Sudah hampir dua tahun kami berdua berkahwin." Balas Dato' Zubir tanpa berselindung lagi. Datin Noreen terkejut besar dengan pendedahan berani mati dari suaminya itu.


"A-apa you cakap Zubir? Isteri kedua you? Dan budak dalam gambar tu you nak cakap dia anak you pula?" Balas Datin Noreen sedikit gagap. Bahang di dalam dirinya mula meninggi. Dia mula rasa hilang kawalan dek rama marah yang teramat sangat.


"Yes, budak dalam gambar tu adalah anak I, Maria binti Zubir, yang juga merupakan adik kandung kamu berdua." Balas Dato' Zubir sambil bergilir pandang wajah Dazrin dan Soraya. Mereka berdua diam tidak berkutik.

Datin Noreen jatuh terjelepok ke lantai. Air mata mula mengalir deras dipipinya. Dazrin segera menenangkan ibunya yang sudah menangis bagai nak gila itu. Soraya sekadar melihat sahaja kelakuan ibunya itu.

Puan Sri Normah mula mengajukan bermacam-macam soalan kepadanya. Dato' Zubir dengan berbesar hati menjelaskan semuanya kepada ibu mertuanya itu. Dia juga sudah lama menantikan saat ini di mana dia tidak lagi perlu menyembunyikan tentang hubungannya dengan isteri keduanya itu.

*****

Suri yang sedang termenung di dalam kereta sedikit terkejut apabila melihat kelibat Rissa yang berlari keluar dari kediaman Puan Sri Normah dalam keadaan yang terburu-buru.


"Eh apahal pula minah tu? Masa nak masuk tadi bukan main lagi lagak gayanya. Sekarang ni laju macam orang kena kejar dek penyamun pula. Ni mesti kes kena halau dengan Mikael sebab tu nampak marah semacam je." Teka Suri meskipun dia hanya melihat di dalam kesamaran cahaya lampu malam sahaja.

Suri segera mencapai kunci kereta untuk menghidupkan enjin keretanya. Namun entah di mana silapnya enjin tersebut tidak mahu hidup.


"Apahal pula ni tadi elok je kau hidup. Waktu-waktu getir macam ni juga kau nak buat hal kan." Marah Suri. Tangannya tidak berhenti mencuba untuk hidupkan enjin kereta tersebut. Sesekali dia melihat kereta milik Rissa yang masih lagi berada di depan matanya. Namun dia semakin menggelabah apabila kereta tersebut mula meninggalkan kediaman itu.


"Haura, tunggu dulu!" Lantang Mikael memanggil wanita itu. Namun wanita itu tetap tidak menghiraukannya.

Mikael berlari mendapatkan tunangnya itu. Wanita itu kelihatan sangat tergesa-gesa untuk meninggalkan kediaman tersebut. Namun belum sempat Haura melangkah keluar dari pintu pagar utama Mikael sempat menarik tangan wanita itu. Tubuh Haura tertarik ke arah Mikael sehingga menampakkan wajah Haura yang sudah lencun dibasahi dengan air mata. Dia cuba untuk menyeka air mata tersebut namun ditepis kasar oleh Haura. Tubuh Mikael kemudian telah ditolak kasar. Sedaya upaya dia cuba menjauhkan dirinya dari lelaki itu.


"Boleh tak awak jangan ganggu saya, untuk malam ni je. Saya perlukan masa untuk hadam semua ni." Pinta Haura sebak. Perlahan sahaja tutur katanya.


"No, aku tak akan tinggalkan kau lebih-lebih lagi dalam keadaan yang macam ni." Balas Mikael sambil cuba untuk memujuk wanita itu.

Tangan Haura cuba digapainya. Namun selangkah kaki Mikael menapak ke arahnya selangkah juga Haura mengundur ke belakang. Mikael memandang Haura dengan riak yang terkejut namun wanita itu langsung tidak memandang ke arahnya. Kini Mikael sedar bahawa wanita di hadapannya itu marah akan dirinya. Mungkin kerana kata-kata yang dilontarkan oleh Rissa mengenai Sophia sebentar tadi yang telah mengganggu emosi wanita itu.


"Aku mengaku memang pada mulanya aku tertarik dengan kau sebab tingkah laku kau mengingatkan aku pada Sophia. Tutur kata dan perangai kau hampir sama dengan dia. Tapi aku masih waras Haura, aku sedar wanita itu dah tak ada lagi dekat dunia ni. Dia dah jadi masa silam aku." Ujar Mikael.


"Sejak aku kenal dengan kau perlahan-lahan trauma aku hilang. Trauma yang mula menghantui aku selepas aku terbabit dalam kemalangan jalan raya di mana aku kehilangan Sophia. Akulah yang menjadi punca dia meninggal dunia. Bertahun-tahun aku menyalahkan diri aku sendiri dan menganggap aku yang telah membunuh tunang aku sendiri sehinggakan aku tak sedar aku mulabberubah menjadi seperti orang lain. Ahli keluarga aku sangat terkesan dengan perkara tersebut. Tapi semua tu hilang bila aku kenal dengan kau. Tanpa aku sedar juga aku dah jatuh hati dengan kau." Ungkap Mikael lagi.


"Perasaan cinta dan sayang yang terbit dalam hati aku ni bukan rekaan semata-mata. Aku cintakan kau sepenuh hati aku. Aku rela mati demi membuktikan rasa cinta aku ni pada kau."


"Awak tak faham bahasa ke? Saya cakap saya perlukan masa untuk bersendirian." Haura meninggikan suaranya. Lelaki itu terkesiap.


"Saya minta maaf Mikael. Saya tak berniat untuk tengking awak macam tu. Saya tak marahkan awak saya cuma perlukan masa untuk bersendirian. Please let me go." Tutur Haura sambil menggenggam tangan Mikael.

Mikael cuba memujuk Haura untuk membenarkan firinyanmenghantarnya pulang namun tetap ditolak keras oleh Haura. Dia menegaskan untuk pulang sendiri dengan menaiki teksi. Dengan berat hati Mikael menganggukkan kepalanya melepaskan Haura pergi. Mikael menghantar tunangnya itu sehingga ke pintu pagar. Perlahan-lahan pegangan tangan mereka berdua terlerai. Haura meluru keluar dari pagar utama kediaman tersebut.


"Saya cintakan awak Haura." Ungkap Mikael sepenuh hatinya. Wanita tersenyum ke arahnya.

Namun tanpa Haura sedar ada sebuah kereta yang memecut laju ke arahnya. Mikael yang melihat perkara itu segera berlari mendapatkan Haura. Dia tidak sanggup untuk kehilangan cinta hatinya untuk kesekian kali.

Shreeet! Gedebuk!

Suri menekan brek keretanya. Jantungnya terasa bagai hendak pecah. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya lalu melihat di hadapan keretanya. Matanya terbeliak dan tangannya juga mula menggigil dengan teruk sekali apabila dia melihat ada sekujur tubuh yang kaku yang berlumuran dengan darah di hadapannya.

Dia cuba untuk keluar untuk memeriksa keadaan orang yang baru dilanggarnya itu. Namun apabila dia memalingkan wajahnya dia melihat ada satu lagi jasad yang kaku di pinggir jalan. Fikiran Suri mula menjadi kosong. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia tidak berniat untuk membunuh mereka berdua.

Suri yang sedang kalut untuk mengekori Rissa segera menekan pedal minyak keretanya semaksima yang mungkin setelah enjin keretanya hidup kembali demi mengejar wanita itu yang telah jauh meninggalkannya di belakang. Namun dia tidak sempat untuk mengelak apabila Haura muncul secara tiba-tiba di hadapannya.


"A-aku tak bunuh dia. Aku tak bunuh orang." Suri mula ketakutan. Tanpa meminta sebarang pertolongan dia segera beredar dari situ kerana tidak mahu dirinya tertangkap. Keretanya dipecut dengan laju meninggalkan kawasan kemalangan tersebut.

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-12-30 06:31:15 

kekadang aku menyampah la Ngan Haura ni...

Nudar11
2022-12-28 09:40:55 

Tolong buat Suri jadi gila lepas ni. Haha

husmafiq enterprise
2022-12-25 08:33:34 

ah sudah...hero mati...


NovelPlus Premium

The best ads free experience