BAB 15

Drama Completed 919171

Mona memecut laju keretanya menyusur keluar dari tapak letak kereta di lapangan terbang menuju ke kediaman Encik Zamzuri dan Puan Hafizah. Haura yang duduk disebelah Mona memandang sekeping kad nama yang berada ditangannya. Tertulis nama Puan Sri Normah sebagai Ceo Khazzan Group, sebuah syarikat yang tidak asing lagi di Malaysia. Terngiang dikepala perbualannya dengan Puan Sri Normah sebelum mereka berangkat pulang.

 

Dazrin bersama Mikael sedang berurusan di kaunter untuk proses daftar keluar dari resort itu. Puan Sri Normah yang sedang duduk diruangan menunggu terlihat kelibat Haura yang baru sahaja keluar dari bilik pekerja resort. Dia segera mendapatkan Haura.


“Haura.” Puan Sri Normah menegur Haura yang sedang berbual dengan pekerja resort. Dia menyentuh lembut bahu Haura.


“Eh nenek. Buat apa dekat sini.”


“Nenek tengah tunggu budak berdua tu.” Balas Puan Sri Normah sambil muncungkan mulutnya ke arah Dazrin dan Mikael.


“Kamu tengah sibuk ke? Nenek nak tanya kamu sikit ni.”


“Tak sibuk pun nek. Nak tanya apa tu?” Haura tertanya-tanya.


“Jomlah kita duduk dulu.” Pelawa Puan Sri Normah.


“Haura pekerja dekat resort ni ke?” tanya Puan Sri Normah membuka bicara.


“Eh taklah. Saya sekarang belum kerja lagi lepas resign dari company lama saya beberapa bulan lepas. Nak rehatkan diri dulu sebelum start buru kerja baru.” Balas Haura tenang. Puan Sri Normah sekadar mengangguk dengar jawapan Haura tersebut.


“Oh yeke? Bukan apa, nenek tanya ni sebab nenek tengok cara kamu berurusan dengan pekerja dekat sini macam kamu sudah terbiasa dengan selok belok resort ni. Sebab tu nenek ingat kamu kerja dekat sini.” Balas Puan Sri Normah.


“Oh. Taklah nek. Haura dari kecil lagi selalu datang bercuti dekat sini. Jadi ada pekerja yang memang Haura dah kenal lama.” Balas Haura sambil mengukirkan senyuman.

Puan Sri Normah menganggukkan kepala. Dia kemudian mengeluarkan sekeping kad nama miliknya lalu dihulurkan kepada Haura. Tanpa membuang masa dan berselindung dia terus mempelawa Haura untuk bekerja dengannya. Haura sedikit terkejut dengan tawaran tersebut.

Haura menilik kad ditangannya itu berkali-kali. Dia tidak menyangka bahawa wanita dihadapannya itu adalah pemilik salah sebuah syarikat yang terkenal di ibu kota.

Haura tidak terus menolak tawaran itu untuk menjaga hati wanita itu. Tetapi dia telah meminta agar Puan Sri Normah memberinya sedikit masa untuk berfikir sebelum dia memberikan kata putus. Puan Sri Normah mengangguk faham dan memberitahu Haura untuk menelefonnya jika sudah mempunyai jawapan.

 


“Woi Haura! Kau ni dah kenapa? Jauh betul termenung.” Teguran dari Mona itu telah membangkitkan Haura dari lamunannya. Dia membetulkan kedudukannya sebelum memandang ke arah Mona.


“Takkan dah rindu dekat orang pulau kot.” Gurau Mona.


“Ishhh.. kau ni mana ada la."


"Dah tu kenapa monyok je muka tu."


"Aku cuma rasa berdebar sikit. Yelah dah 2 bulan lebih aku tak jumpa ibu dan ayah aku. Tambah pulak dengan apa yang aku dah buat pada dia orang.” balas Haura. Mona menggosok lembut bahu Haura sambil tersenyum kepadanya.


“Kad apa dekat tangan kau tu?” tanya Mona sambil memuncungkan mulutnya ke arah kad yang berada di tangan Haura.


“Ada orang offer aku kerja di syarikat dia.” balas Haura perlahan tapi dapat ditangkap oleh telinga Mona.


“Serius ke weh? Alhamdulillah la kalau macam tu. Tak payah susah-susah dah kau nak cari kerja lepas ni.” Balas Mona lega.

Mona sungguh teruja dengan berita tersebut namun dia tertanya-tanya siapakah gerangan orang tersebut. Haura kemudian memberikan kad yang ada ditangannya kepada Mona.

Brek kereta ditekan dengan mengejut oleh Mona selepas dia membaca nama syarikat yang tertulis pada kad tersebut. Bunyi horn kereta mula bergema.


"Mona! Kau ni dah gila ke? Bawa kereta elok-elok sikit boleh tak? Nasib baik tak ada kereta yang langgar." Marah Haura. Sikit lagi mukanya ingin mencium cermin kereta.

Mona kemudian mencari tempat yang sesuai untuk memberhentikan keretanya buat sementara waktu. Tanpa berlengah dia terus menyoal siasat Haura. Haura memberitahunya siapakah pemilik nama Puan Sri Normah. Berkali-kali Mona membaca nama pada kad tersebut.


“Haura! Biar betik! Nenek tu Ceo Khazzan Group? Dan dia offer kau kerja dengan dia?” soal Mona tidak percaya. Haura sekadar menganggukkan kepalanya.


“Perghhh! Bukan kaleng-kaleng ni. Bukan senang nak dapat tawaran kerja macam ni tau. So bila kau nak start kerja?” soal Mona lagi. Namun kata-kata Mona itu tidak disambut oleh Haura.


“Haura, tolong jangan bagitahu aku yang kau reject offer Puan Sri tu. Aku cepuk kau kang!” Mona memberi amaran setelah melihat raut wajah Haura yang agak mencurigakan.


“Aku tak reject offer tu tapi aku pun tak terima lagi.”


“Apa benda kau merepek ni Haura. Tak reject tapi tak terima. Ah! Peninglah kepala aku.” Kata-kata Haura telah membuat kepala Mona pening untuk mentafsir maksud sebenar Haura. Tawa Haura pecah kerana terhibur dengan gelagat sahabatnya itu.


“Kau ingat kelakar? Aku serius tau. Kau jangan Haura.”


"Nantilah kita cakap pasal benda ni. Bagi aku masa untuk berfikir dulu.


"Nak fikir apa lagi. Peluang keemasan ni. Peluang macam ni tak selalu datang." Balas Mona lagi. Haura menggelengkan kepala lalu menyuruh Mona menyambung semula perjalanan mereka. Mona menjeling tajam ke arah Haura.

*****

Jam di dinding telah pun menunjukkan pukul 8.30 malam. Usai mandi Dazrin mengangkat bagasi miliknya ke atas katil untuk mengeluarkan serta mengemaskan pakaiannya. Dia merasakan sesuatu yang berbeza apabila dia mengangkat beg tersebut. Bagasi itu terasa lebih berat dari kebiasaannya.

Gerak hatinya itu tepat kerana apabila dia membuka bagasi tersebut alangkah terkejutnya dia kerana pakaian yang ada di dalam perut bagasi itu bukanlah miliknya malah pakaian milik wanita. Terbeliak biji mata Dazrin melihatnya sebelum dia cepat-cepat melompat turun dari katilnya. Tangannya laju menutup semula bagasi tersebut.


“Mak aih, beg siapa pulak yang kau angkut ni Dazrin oii.” Tutur Dazrin sambil meneliti bagasi tersebut berkali-kali dari jauh.


“Macam mana aku boleh salah ambil beg ni.” Tambahnya lagi sambil tangannya tak henti membelek bagasi tersebut.

Nasibnya baik apabila dia menjumpai sekeping kad yang tertera nombor telefon  pada bagasi tersebut. Tanpa membuang masa Dazrin terus mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor tersebut . Berkali-kali dia cuba menghubungi pemilik bagasi tersebut namun tiada jawapan.

Knock! Knock! Knock!

Tiba-tiba pintu bilik Dazrin diketuk. Datin Noreen membuka pintu biliknya lalu mengajak untuk turun kerana ada tetamu yang datang. Dazrin meletakkan telefonnya lalu pergi bersama ibunya.

*****

Mona yang baru sahaja sampai di rumah merebahkan badan pada sebuah katil empuk yang terletak di biliknya. Kakinya seperti sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Mana taknya habis satu KL dia pusing mencari barang buat persiapan untuk majlis pertunangan Hanna.

Tiba-tiba dia teringat akan telefon bimbitnya yang senyap sunyi sedari tadi. Dengan malas dia bangkit dari tilamnya lalu mendapatkan beg tangan yang diletak di atas meja solek. Akibat terlalu penat, dengan mata separa terbuka Mona mengagau beg tersebut mencari telefon bimbitnya.


“Patut la senyap. Bateri mati rupanya.” Tangan segera mengambil pengecas dari begnya.

 “Siapa pulak yang miss call aku ni malam-malam buta ni. Bukan main banyak lagi dia spam call.” Tutur Mona ketika dia melihat banyak mesej masuk selepas dia menghidupkan telefon bimbitnya.

Jam ditelefonnya telah menunjukkan pukul 11.45 malam. Pada mulanya dia ingin menelefon semula keesokkan harinya. Tapi niat itu dibatalkan kerana dia merasakan seperti ada perkara yang penting ingin disampaikan kepadanya. Mona kemudiannya mendail kembali nombor tersebut.

 “Hello? Sorry kacau, tadi ada call nombor ni ke?” sapa Mona setelah panggilannya itu dijawab oleh seorang lelaki hanya dengan beberapa kali deringan sahaja.


“Oh iye, tadi saya ada call tapi tak dapat.” Balas Dazrin setelah dia mengenalpasti nombor tersebut.

“Phone saya mati tadi. By the way, encik ni siapa ye? Kenapa call saya?”

“Macam ni cik, saya rasa kita dah tersalah ambil bagasi sebab yang ada pada saya sekarang ni bukan kepunyaan saya.” Dazrin memberitahu tujuan sebenar dia menelefon Mona.


“Oh my god! Yeke? Sekejap saya check. Saya baru sampai rumah jadi saya belum berkesempatan lagi nak kemas beg.” Balas Mona cemas sambil segera membuka bagasi yang ada dengannya. Ternyata isi kandung bagasi tersebut bukan miliknya.


“Maaf ye encik, saya memang tak perasan. Sorry sangat.”


“Eh takpe, saya pun salah jugak. Awak ada di KL ke sekarang?” Tanya Dazrin untuk kepastian.


“Ya saya.” Balas Mona pendek.


“Kalau macam tu esok kita jumpa, boleh?” balas Dazrin.


“Boleh-boleh nanti awak bagitahu je nak jumpa dekat mana dan pukul berapa. Nanti saya datang bawa bagasi ni.”

Setelah kedua-dua belah pihak mencapai persetujuan Mona telah mematikan panggilan telefon tersebut. Dia menepuk kepalanya berkali-kali menyalahkan diri kerana tidak peka dan telah tersalah mengambil bagasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience