BAB 38

Drama Completed 919597

Suri berjalan kembali ke majlis. Mukanya sungguh dingin dan sedikit menggerunkan. Dia masih lagi mengusap pergelangan tangannya yang digenggam oleh Haura sebentar tadi.


“Tak guna punya perempuan! Berani kau ugut aku macam tu. Kau ingat kau siapa? Mentang-mentang Puan Sri Normah baik dengan kau terus kau jadi besar kepala. Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau. Kau tunggulah nasib kau Haura!” bisik hati Suri dengan penuh dendam dan amarah.

Tiba-tiba tangannya telah ditarik kasar oleh seseorang. Sekali lagi dia mengaduh kesakitan. Berselindung jauh dari khalayak ramai, Datin Noreen berdiri merenung Suri dengan tajam sekali seperti ada laser yang memancar keluar dari matanya.


“Kau ni memang bodoh dari azali ke?” marah Datin Noreen kepada Suri. Kepala Suri ditujalnya beberapa kali.

Suri yang hatinya sudah terbakar cerlungkan matanya memandang Datin Noreen. Dia cukup pantang jika ada orang yang merendah-rendahkannya apatah lagi menghina dirinya itu.


“Datin jaga sikit mulut datin tu ye. Jangan main sembur je!” balas Suri kasar.


“Kau ingat aku tak nampak ke apa yang kau dah buat pada perempuan tu tadi.” Balas Datin Noreen. Dia cuba mengawal suaranya dari di dengari oleh orang lain. Suri terdiam.

Mendidih hati Datin Noreen apabila melihat Suri cuba membuat onar di dalam kawasan rumahnya lebih-lebih lagi ketika majlis masih lagi berlangsung. Dia risau jika Suri tersilap langkah namanya sekali akan turut terpalit.


“Perempuan tu yang mulakan dulu. Saya cuma pertahankan maruah saya je. Datin tak tahu cerita jangan nak main tuduh je.” Suri memutar belit cerita untuk membela dirinya.


“Eh, kau ingat aku ni buta ke? Kau dah provoke dia, lepas tu kau nak bagitahu aku yang kau ni mangsa pulak. Memang kau silap orang la. Memang patut perempuan tu melawan kau tadi.” Balas Datin Noreen menyindir Suri.

Suri terdiam. Dia sedar dia tidak mampu untuk membohongi Datin Noreen. Dia mengetapkan bibirnya menahan marah. Jari jemarinya digenggam kuat. Kalau bukan kerana wanita di hadapannya itu merupakan bos di tempatnya berkerja sudah lama diganyang sampai lumat.


“Kau dengar sini baik-baik dan buka telinga kau tu luas-luas. Aku tak nak kau buat kerja kotor kau tu dekat sini. Kau nampak orang tengah ramai kan, so behave sikit. Jangan sebab perasaan dengki kau pada perempuan tu, kau bertindak tanpa mengguna otak. Kau ingat tu.” Datin Noreen memberi amaran. Dia kemudian berlalu meninggalkan Suri yang dibiarkan dalam keadaan marah.

Mahu sahaja Suri menjerit sekuat hatinya. Apa yang dia buat semua tidak kena di mata orang. Apatah lagi apabila orang kerap membandingkan dirinya dengan Haura. Saban hari semakin kuat perasaan bencinya kepada wanita itu. Yang membuatkan hatinya rasa bagai dirobek apabila dia melihat Haura cuba merampas Mikael darinya. Dan lelaki itu juga sudah mula menunjukkan minatnya kepada Haura.

*****

Tiba di kereta, Haura menekan punat di alat kawalan jauh kereta untuk membuka kunci kereta tersebut. Mikael berasa tidak senang kerana dia melihat Haura seperti tidak tentu arah lalu dia mengikuti wanita itu ke keretanya. Dia kemudian menyambar kembali kunci yang ada di tangan Haura lalu bergerak melintasi wanita itu.


“Apa yang awak buat ni?” Haura tertinggikan suaranya kerana terkejut dengan tindakan Mikael itu.


“Kau bagitahu aku sekarang. Kau nak nak pergi mana sebenarnya?” tanya Mikael sekali lagi.


“Saya tak ada masa la nak layan kerenah awak ni. Saya ada hal urgent ni. Tolonglah pulangkan balik kunci kereta tu.” Balas Haura sambil cuba merebut kembali kunci dari pegangan Mikael. Dia masih lagi cuba untuk menahan marahnya.


“Aku drive.” Balas Mikael pendek. Dia segera berjalan ke kereta. Haura terpinga-pinga. Dia menghentikan langkahnya seketika.


“Awak cakap apa tadi?” soal Haura untuk kepastian tentang apa yang baru didengarinya.


“Cepatlah masuk kereta. Biar aku yang drive.” Balas Mikael sambil masuk ke dalam kereta. Haura segera berlari mendapatkan Mikael.


“Saya boleh drive sendiri. Awak keluarlah.” Haura yang berdiri di luar pintu di sebelah pemandu meminta supaya Mikael keluar dari kereta tersebut.


“Kau ingat aku nak biarkan je kau drive dalam keadaan kau yang dah tak tentu hala macam tu. Kalau jadi apa-apa dekat tengah jalan nanti macam mana?” Balas Mikael kasar. Haura tergamam. Dia tidak mampu membalas kata-kata lelaki itu.


“Tunggu apa lagi. Cepatlah masuk.” Haura segera membuka langkah memasuki ke dalam perut kereta itu.


“Bawa saya ke Institut Jantung Negara.” Tutur Haura tanpa memandang ke arah Mikael yang sedang memakai tali pinggang keledar ketika itu.

Haura kemudian turut menarik tali pinggang keledar di sebelahnya namun tersekat-sekat. Dia mula mengeluh kerana berkali-kali dia cuba masih lagi tersangkut. Tanpa mengeluarkan suara Mikael segera merapatkan dirinya kepada Haura lalu menarik tali pinggang keledar itu. Haura tergamam, dia tidak menggerakkan tubuhnya walaupun seinci malah nafasnya juga ditahan buat seketika.

Dia mencuri pandang wajah Mikael yang begitu dekat dengannya pada ketika itu. Tidak pernah dia melihat wajah mana-mana lelaki sedekat itu meski wajah bekas tunangnya. Dia menatap wajah kacak Mikael itu buat seketika.

Dup dap! Dup dap!

Jantung Haura berdegup kencang. Entah di mana silapnya, tiba-tiba seperti ada arus elektrik yang mengalir di dalam dirinya, Haura segera memejamkan mata dengan rapat. Selepas Mikael selasai memasang tali pinggang keledar barulah dia membuka mata dan kemudian menghela nafas yang panjang.

Tanpa sepatah kata, Mikael terus menghidupkan enjin kereta lalu memecut laju menyusuri jalan. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Hanya deruan angin yang kedengaran kerana Mikael menurunkan sedikit cermin tingkap di sebelah Haura.


“Opah saya masuk hospital.” Tiba-tiba Haura bersuara lantas Mikael berpaling ke arahnya.


“Saya rasa saya yang jadi punca opah saya jatuh sakit.” ujarnya lagi. Kali ini suaranya kedengaran sedikit sebak. Mikael tidak membalas kata-kata itu. Dia hanya membiarkan sahaja Haura meluahkan isi hatinya.


“Saya dah kecewakan dia dan lukakan hati dia. Saya derhaka pada opah dan ibu saya.” Luah Haura lagi. Airmata yang bertakung sudah tidak mampu dibendung lagi. Bercucuran jatuh membasahi pipinya yang gebu itu. Mikael dengan tenang menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Haura.


“Terima kasih.” Balas Haura sambil mengelap air mata di pipinya.

*****


“Mana pulak Haura ni pergi.” Bisik hati Mona. Berkali-kali dia cuba menghubungi telefon bimbit sahabatnya itu namun tidak dijawab.


“Kamu masih tak dapat hubungi Haura lagi?” tanya Puan Sri Normah kepada Mona.


“Belum lagi, puan sri.” Balas Mona sambil menggelengkan kepalanya.


“Dia memang tak bagitahu ke dia nak ke mana?” tanya Dazrin pula. Syahmi dan Soraya turut tertanya-tanya.


“Tak ada. Dia cuma minta kunci kereta lepas tu terus menghilang. Saya pun tak pasti dia pergi mana.” Balas Mona. Dia sungguh risau akan sahabatnya itu.

Kring! Kring! Kring!

Telefon bimbit Mona berdering. Nama Haura terpampang di skrin telefonnya. Dengan pantas dia terung menjawab panggilan tersebut.


“Haura! Mana kau pergi? Dari tadi aku call kau tau.” Dengar sahaja nama Haura di seru oleh Mona, semua mata yang ada di situ tertumpu kepadanya.


“Sorry Mona, aku ada hal kecemasan. Opah aku masuk hospital.”


“Ya Allah, yeke? Lepas tu kau dekat mana sekarang ni?” tanya Mona prihatin.


“Aku on the way ke sana. Sorry tau Mona sebab dah susahkan kau.” Balas Haura. dia rasa bersalah kerana telah meninggalkan Mona sendirian di kediaman Puan Sri Normah.


“Pasal aku ni kau tak payah risaulah. Aku boleh balik sendiri.” Balas Mona sebelum mengakhiri perbualan tersebut.


“Opah Haura masuk hospital sebab tu dia tergesa-gesa tadi. Sekarang dia on the way nak ke IJN.” Mona memaklumkan berita itu kepada Puan Sri Normah.


“Yeke? Patutlah dia tergesa-gesa. Harap semuanya baik-baik belaka.” Balas Puan Sri Normah.


“Lepas tu you nak balik macam mana? Ke nak I hantarkan?” soal Soraya kepada Mona.


“It’s okay, I book grab je nanti. Tak pun I naik teksi.” Balas Mona sambil tersenyum.


“Tak payah susah-susah. Dazrin nanti kamu tolong hantarkan Mona balik ye.” Terbuntang mata Mona mendengar perkara itu. Tidak kurang juga dengan Dazrin. Namun dia tidak sanggup menolak permintaan neneknya itu.


“Hah? Er… baiklah. Nanti kalau dah nak balik bagitahu je, nanti saya hantarkan.” Balas Dazrin. Puan Sri Normah tersenyum nipis.

*****

Tiba di pintu masuk hospital Mikael melihat banyak kereta yang ada di situ. Agak sukar untuk mereka mendapatkan tempat letak kereta dengan mudah. Tiba di lobi Mikael menghentikan kereta yang dipandunya.


“Kau masuk dulu. Aku pergi cari parking.” Ujar Mikael. Tanpa sebarang kata Haura membuka tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta. Sebelum Mikael sempat bergerak dia mengetuk tingkap kereta memanggil Mikael.


“Datin Safiah.” Ujar Haura pendek. Muka Mikael berkerut kehairanan.


“Opah saya nama Datin Safiah. Mudah awak untuk cari saya nanti.” Ujar Haura lagi.

Pon! Pon!

Kereta di belakang sudah menekan hon. Mikael mengangguk kepala dengan laju lalu meninggalkan Haura sendirian. Haura kemudian segera berlari masuk ke lobi.

Langkah Haura laju menuju ke bilik yang menempatkan opahnya. Namun apabila tiba di depan pintu bilik langkahnya terhenti. Dadanya menjadi semakin sesak dan sebak. Dia menghela nafas yang panjang. Dengan terketar-ketar dia mencapai tombol pintu lalu di buka pelahan pintu tersebut.

Satu per satu langkah di ambil, dia tidak melihat sesiapa pun yang ada di dalam bilik tersebut. Sehinggalah dia melihat opahnya yang sedang tidur di katil. Haura menatap sosok tubuh tua di hadapannya yang sedang terbaring itu. Tanpa dia sedar air mata yang baru sahaja kering jatuh kembali mengalir dipipinya. Dengan perlahan dia mula melangkah mendekati wanita itu. Haura kemudian duduk di kerusi yang tersedia di sisi katil tersebut.


“Maafkan Haura opah.” Tutur Haura perlahan. Dia menggenggam erat tangan tua itu lalu diciumnya berkali-kali.


“Haura tahu Haura dah banyak buat salah dengan opah. Haura tak sengaja sakitkan hati opah.” Tambahnya lagi. Esakkannya kian kedengaran. Haura mula menangis sepuasnya.

Beberapa ketika kemudian, Haura terasa bahunya seperti disentuh dengan lembut. Dia berpaling dan menggangkatkan mukanya. Dia melihat Puan Hafizah sedang berdiri dibelakangnya sambil tersenyum nipis. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama ibunya berdiri di situ. Dengan pantas Haura bangkit dan memeluk erat tubuh ibunya itu.


“Opah tak apa-apa, dia tengah tidur tu. Haura tak payah risau sangat.” Tutur Puan Hafizah dengan lemah lembut. Dia menggosok belakang Haura dengan lembut.


“Kenapa ibu tak bagitahu Haura?” soal Haura sambil melepaskan pelukannya. Dia seolah-olah merajuk dengan ibunya itu.


“Ibu bukan tak nak bagitahu tapi Haura kan ada event penting hari ni. Ibu tak nak ganggu Haura bekerja. Lagipun keadaan opah tak teruk pun.” Balas Puan Hafizah sambil menggenggam kedua belah tangan Haura. Dia cuba memujuk anak sulungnya itu.


“Sampai hati ibu. Nasib baik Hanna call Haura tadi. Kalau tak sampai sekarang Haura masih tak tahu apa-apa lagi pasal opah.” Tambah Haura lagi.


“Budak bertuah betul. Ibu dah pesan pada dia jangan call kamu. Degil betul dia tu.” Balas Puan Hafizah sambil menggelengkan kepalanya.


“Dah mari ikut ibu sekejap. Ada benda sikit ibu nak tanya pada kamu.” Puan Hafizah mempelawa Haura untuk berbual dengannya ruangan sebelah.


“Zah…” panggil Datin Safiah lemah. Belum sempat Puan Hafizah bertanya kepada Haura ibunya pula sudah memanggil.


“Ya umi.” Balasnya lembut kemudian meluru ke katil. Haura mengikutinya dari belakang.


“Ambilkan umi air putih. Umi hauslah.” Pinta Datin Safiah. Di kemudian melihat Haura yang keluar di sebalik dinding pemisah.


“Kamu pun ada sekali Haura.” tuturnya lagi sambil tersenyum lemah. Haura kembali mengalirkan airmatanya. Dia segera berlari mendapatkan opahnya itu. Dicium berkali-kali tangan opahnya itu.


“Haura minta maaf opah. Sebab Haura opah jadi macam ni.” ujar Haura. datin safiah dan Puan Hafizah saling berpandangan.

Di luar bilik tersebut Mikael dilihat sedang menjengah ke dalam bilik. Hanna yang tiba dengan membimbit beg plastik yang berisi buah-buahan segar memperlahankan langkahnya. Dia sedikit curiga melihat tingkah laku Mikael itu.


“Encik cari siapa ye?” tanya Hanna kepada Mikael. Mikael segera berpaling ke arah Hanna.


“Er… sorry. Nak tanya sikit, ni bilik Datin Safiah ke?” tanya Mikael.


“Mak aih! Hensemnya! Tapi Zaquan lagi hensem.” bisik hati Hanna nakal.


“Encik ni siapa? Macam mana encik kenal opah saya?” soal Hanna kembali.


“Sebenarnya saya tak kenal pun dengan Datin Safiah. Saya datang sini dengan Haura.” balas Mikael sedikit teragak-agak.


“Oh, datang dengan Kak Haura ke. Kalau macam tu jomlah masuk.” Pelawa Hanna sambil melangkah masuk ke dalam bilik.


“Opah…” Sapa Hanna ceria setelah mendengar suara opahnya di dalam bilik tersebut.


“Ha sampai pun kamu. Mana menghilang? Lama betul kamu pergi cari buah.” Tegur Puan Hafizah. Hanna hanya tersengih apabila dimarahi oleh ibunya itu. Puan Hafizah segera mengambil beg plastik dari tangan Hanna.


“Kak Haura! Kenapa akak biarkan abang hensem tu tercegat seorang diri dekat luar.” Hanna memarahi kakaknya itu. Haura terpinga-pinga. Begitu juga dengan Datin Safiah dan Puan Hafizah.


“Abang hensem mana pulak ni Hanna. Kamu jangan nak buat perangai nakal kamu dekat sini.” Puan Hafizah menegur Hanna sekali lagi. Hanna sememangnya gemar bergurau senda tanpa mengira tempat.


“Assalamualaikum.” Sapa Mikael lembut. Perlahan-lahan dia muncul dari arah belakang Hanna. Haura sedikit terkejut dan bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Dia mencuri pandang reaksi ibu dan opahnya itu.


“Alamak! Macam mana aku boleh lupa pasal mamat ni.” Bisik Haura di dalam hati.


“Waalaikumussalam.” Balas Puan Hafizah dan Datin Safiah hampir serentak. Mereka berdua saling bertukar pandang.


“Kenapa awak tak call je saya.” Tanya Haura sambil berjalan ke arah Mikael.

Mikael hanya tersenyum. Dia menunjukkan telefon bimbit milik Haura yang turut berada di tangannya. Haura terus mengagau mencari telefonnya di dalam beg tangan.


“Sorry…” ujarnya perlahan sambil memandang mata Mikael.


“Siapa ni Haura? Rakan sekerja kamu ke?” tanya Datin Safiah.


“Yelah. Ibu tak pernah tahu pulak yang Haura ada kawan lelaki yang lain selain….” Tambah Puan Hafizah.

Belum sempat ibunya menghabiskan kata-kata Haura telah memotong di tengah jalan. Dia tahu ibunya itu ingin memetik nama Syahmi kerana hanya lelaki itu sahabat yang paling akrab dengannya. Dia tidak mahu Mikael tahu tentang hubungan lampaunya dengan Syahmi.


“Ibu… opah… Kenalkan ini bakal suami Haura, Luth Mikael.” Serentak mengeluarkan kata-kata itu Haura telah merangkul lengan Mikael dan digenggamnya erat jari jemari lelaki itu. Sepantas kilat Mikael memandang ke arah Haura. Wanita itu juga sedang memandangnya dengan senyuman yang lebar terukir di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience