BAB 31

Drama Completed 919430

Haura melaporkan perkembangan terkini kepada Puan Sri Normah berkaitan majlis doa selamat yang akan diadakan tidak lama lagi. Sejak Laila dimasukkan ke hospital, Haura mengalami sedikit masalah setiap kali perbincangan diadakan. Ada saja perkara yang dibantah oleh Suri. Namun berkat bantuan daripada Dazrin, Haura dapat menempuhi perkara itu.


“Macam mana dengan persiapan untuk majlis tu nanti?”


“Alhamdulillah persiapan semua berjalan lancar. Hampir 90% dah siap. Hari ni saya ada food testing dekat Danau Catering.” Tutur Haura. Puan Sri Normah mengangguk.


“Suri macam mana? Kamu okay ke berurusan dengan dia?” tanya wanita itu lagi.


“Pada mulanya agak payah jugak puan sri, tapi mujur ada Encik Dazrin yang banyak membantu saya.” Balas Haura.


“Mikael?” Tanya Puan Sri Normah lagi. Haura terdiam. Sesungguhnya hampir sebulan mereka membuat persiapan Mikael tidak pernah datang bertanya apatah lagi membantunya.

Ketika itu juga Mikael datang membuka pintu bilik Puan Sri Normah. Haura segera berpaling memandang Mikael. Langkah lelaki itu mati seketika. Tangannya masih terpegang pada tombol pintu.


“Sorry. Mika tak tahu nenek tengah sibuk.” Ujar Mikael sambil berundur untuk meninggalkan bilik tersebut.


“Eh tak apa Encik Mikael. Saya memang nak keluar dah ni.” Balas Haura. Puan Sri Normah memandang mereka berdua silih berganti.


“Bagus jugak kamu datang. Nenek pun ada sesuatu nak bagitahu kamu ni.” Ujar Puan Sri Normah.

Mikael kemudian berjalan masuk lalu duduk bertentangan dengan Haura setelah dipanggil masuk oleh neneknya. Haura mencuri pandang wajah Mikael yang serius itu sebelum meminta diri untuk keluar. Namun turut dihalang oleh Puan Sri Normah.


“Kamu tunggu sekejap.” Mikael mengangkat wajah memandang neneknya. Haura yang baru mengangkat punggung untuk bangun membatalkan niatnya.


“Hal apa yang nenek nak bagitahu Mika?” tanya Mikael mendatar.


“Kejap lagi nenek nak kamu teman Haura pergi ke Danau Catering. Untuk food testing.” Mata Haura terbuntang. Begitu juga dengan Mikael.


“Eh! Tak apa puan sri. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun Encik Dazrin ada, dia boleh tolong saya.” Balas Haura menolak cadangan bosnya itu. Mikael mengerling ke arah Haura.


“Dazrin mana ada hari ni.” Balas Mikael perlahan. Dia seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Haura itu. Haura menjeling geram. Neneknya pula melirik sebelum mengiakan apa yang diberitahu Mikael itu.

“Betul apa yang Mikael cakap tu. Dazrin cuti hari ni, ada hal sikit katanya. Jadi nenek nak kamu yang temankan Haura hari ni. Boleh Mika?” tanya Puan Sri Normah kepada Mikael. Haura sedar dia tidak mampu menolak arahan dari bosnya itu.

Haura menoleh ke arah Mikael. Mereka saling berbalas pandang. Haura tidak memberikan sebarang reaksi. Dia tidak mengharapkan apa-apa pun. Dia terima sahaja apa keputusan yang akan diberi oleh Mikael.


“Hmmm, baiklah.” Balas Mikael malas. Puan Sri Normah tersenyum.

Keluar sahaja dari bilik Puan Sri Normah, Mikael memasang langkah laju. Haura memanggilnya sambil berlari anak.


“Encik Mikael!” panggil Haura. Mikael menghentikan langkah lalu berpaling. Mukanya masih ketat dan keruh.


“Pihak katering minta kita ada dekat sana sebelum pukul 3 petang nanti.” tutur Haura penuh hati-hati. Dia risau jika apa yang keluar dari mulutnya itu akan menyakitkan hati Mikael. Satu hal pulak untuk dia menghadap lelaki itu dalam keadaan yang tidak nyaman.


“Nanti bagitahu bila nak gerak. Aku ada je dekat bilik tu.” Balas Mikael sebelum berlalu pergi. Haura kemudian menghela keluh lega.


“Kau borak apa dengan Encik Mikael?” Tegur Suri dengan tiba-tiba. Haura yang baru menarik kerusi untuk duduk mengeluh lemah. Dia tidak menjawab.


“Kau ni dah pekak ke? Aku tanya kau ni.” Suri mula berang. Hatinya menjadi tidak keruan.


“Sorry, aku ada banyak lagi kerja yang nak kena buat. Minta tolong sangat kau pergi buat kerja kau. Boleh?” Balas Haura sinis. Suri geram. Dia memukul kuat permukaan meja Haura. Haura terkesiap, tubuhnya sedikit bergetar.

*****


“Abang!” jerit Soraya Edina kepada abangnya, Dazrin. Dia kemudian melambaikan tangannya. Senyuman manis terhias diwajah wanita itu. Dazrin segera melangkah mendapatkan adiknya itu.

Soraya menghulurkan tangan untuk bersalam lalu dicium tangan abangnya itu. Menyusul di belakang Soraya, suaminya serta anak mereka, Shafiy. Dazrin mengintai anak buahnya yang yang tidur lena di dalam stroller. Soraya melilau melihat sekeliling.


“Abang datang sorang je ke?” tanya Soraya. Dari bait katanya itu berbaur kecewa. Dazrin memandang ke arah Syahmi, adik iparnya. Dia kemudian mengalihkan pandangannya memandang Soraya.


“Ha’ah. Daddy dengan mommy tak dapat datang. Dia orang sibuk sikit.” Balas Dazrin. Soraya dan Syahmi saling berpandangan kemudian mengangguk perlahan.


“Eh, tunggu apa lagi. Jomlah kita gerak.” Pelawa Dazrin. Dia menarik sebuah bagasi yang ada di depannya.


“Abang hantar Dina balik rumah nenek dulu ye.” Tutur Soraya. Dazrin terhenti. begitu juga dnegan Syahmi.


“Tapi dekat rumah mommy dah sediakan semua kelengkapan untuk menyambut kepulangan Dina.” Balas Dazrin.


“Dina nak jumpa nenek dulu. Dina rindu sangat dengan dia. Boleh kan abang?” Soraya cuba memujuk. Syahmi sekadar mendengar.


“Hmm, yelah. Tapi jangan lama-lama sangat nanti apa pulak abang nak jawab dekat mommy dengan daddy nanti.” Dazrin bersetuju. Soraya tersenyum. Mereka kemudian membuka langkah menuju ke kereta untuk pulang ke kediaman Puan Sri Normah.

Tiba di perkarangan rumah Puan Sri Normah, mereka melihat beberapa orang sedang memasang beberapa buah khemah.


“Pasang khemah banyak-banyak ni ada majlis apa bang? Abang Mika nak kahwin ke?” soal Soraya selamba. Dazrin terlepas tawa kecil. Soraya berkerut.

“Mikael? Kahwin? Abang tak tahu la Dina bila abang Mika kamu tu nak kahwin.” balas Dazrin. Dia tersenyum dengan pertanyaan adiknya itu.


“Yelah. Khemah banyak-banyak macam ni selalunya ada majlis besar. Kalau bukan majlis abang Mika, majlis apa pulak?” soal Soraya lagi.


“Tulah, duduk lagi lama-lama dekat oversea tu sampai tarikh birthday nenek sendiri pun dah lupa.” Dazrin menyakat adiknya.


“Oh my god! Abang! Serius tak tipu, Dina memang terlupa pasal tu!” Soraya menepuk dahinya.


“Abang janganlah bagitahu nenek pulak. Masak Dina kena ceramah nanti.” Tambahnya lagi memberi amaran kepada abangnya. Dazrin yang melihat Soraya dari cermin pandang belakang menggelengkan kepalanya tanda tidak ingin bersubahat.


“Abang!” marah Soraya manja apabila melihat reaksi abangnya itu. Syahmi yang berada di sebelah Dazrin tertawa melihat gelagat dua beradik itu.

Datin Norlie yang sedang memantau pekerja memasang khemah melihat kereta yang dipandu oleh Dazrin bergerak masuk ke bawah garaj. Dia melihat kelibat beberapa orang di dalam kereta tersebut.


“Siapa pulak yang Dazrin bawa balik tu? Kawan dia ke?” Datin Norlie tertanya-tanya. Namun apabila dia melihat Soraya keluar dari pintu penumpang wajahnya terus berubah. Dia tersenyum lebar sehingga ke telinga.

Soraya melihat ibu saudaranya yang sedang berdiri di tengah laman itu sedang memerhatikannya, dia segera berlari mendapatkan wanita itu. Dia memeluk erat tubuh ibu saudaranya itu, begitu juga dengan Datin Norlie.


“Kenapa Dina balik tak bagitahu aunty. Boleh aunty ikut Dazrin pergi airport ambil kamu.” Ujar Datin Norlie sambil mengusap rambut Soraya. Dazrin bersama Syahmi kemudian menyusul. Syahmi bersalaman dengan ibu saudaranya itu.


“Anak kamu ke ni? Comelnya! Dah besar dah dia.” Datin Norlie mengambil Shafiy dari Syahmi. Soraya mengangguk.

“Kalau nenek tahu ni mesti dia seronok.” Tambah Datin Norlie lagi.

Shafiy kelihatan tidak begitu selesa kerana banyak muka yang tidak dikenalinya. Mungkin juga kerana perubahan cuaca yang tiba-tiba. Ini adalah kali pertama Shafiy pulang ke Malaysia. Dia dilahirkan di luar negara. Datin Norlie kemudian mempelawa mereka untuk masuk ke dalam untuk berborak dengan lebih lanjut.

*****

Haura melangkah keluar dari bilik Mikael. Akan tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat Suri yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh dia suatu sudut seolah-olah sedang menantikan kehadirannya. Dia merenung tajam ke arah Haura seperti tidak berpuas hati.

Namun Haura tidak menghiraukannya. Dia terus berlalu menuju ke lif seperti tidak melihat apa-apa. Suri menjadi semakin panas hati. Dia segera berlari anak untuk menahan Haura.


“Apa benda yang kau sorok daripada pengetahuan aku?” dengan marah Suri menyoal Haura.


“Ish! Kau ni tak habis-habis cari pasal dengan aku. Apa maksud kau? Aku tak fahamlah.” balas Haura sedikit kasar. Dia sudah mula meluat dengan perangai Suri itu.


“Mentang-mentang Encik Dazrin tak ada, sekarang kau nak menggatal dengan Encik Mikael pulak?” balas Suri kasar. Tuturnya itu sungguh tajam. Rasa marah dihatinya juga semakin membuak-buak.


“Suka hati kaulah nak cakap apa pun. Malas dah aku nak layan kau ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi.” Bidas Haura pedas. Suri mengetap bibir.


“Kau! Jangan sampai…..” tangannya dituding ke muka Haura. Namun belum sempat dia menghabiskan kata Mikael datang mencelah.


“Jangan sampai apa?” tanya Mikael dingin. Suri cepat-cepat menurunkan tangannya.


“En-encik Mikael.” Suara Suri terketar-ketar. Mikael merenung tajam ke arah Suri sehingga wanita itu tidak mampu untuk mengangkat wajahnya. Dia tahu Mikael sungguh marah akan dirinya.

Melihat Suri yang mula menikus itu membuatkan Haura memandang ke arah Mikael. Air muka lelaki itu sungguh bengis.


“Patutlah minah ni cuak. Memang seriau aku tengok air muka mamat ni.” Getus hati Haura. Dia kemudian melihat jam di tangannya.


“Dah lewat ni. Jomlah kita gerak dulu.” Tutur Haura sebelum dia berjalan pergi menuju ke lif. Mikael menjeling ke arah Suri sekali lagi sebelum dia meninggalkan wanita itu sendirian.

Apabila Mikael dan Haura berlalu pergi, raut wajah Suri mula bertukar menjadi gelap. Tangannya digenggam kuat.


“Tak guna punya perempuan! Kau tunggulah nasib kau!” marah Suri perlahan.

Keluar sahaja daripada lif Haura mengeluarkan kunci kereta. Dia berjalan laju menuju ke keretanya. Mikael yang mengikuti dari belakang tiba-tiba bersuara.


“Kau nak pergi mana pulak tu?” Soal Mikael.


“Nak ke kereta la. Takkan nak pergi jalan kaki kot.” Balas Haura.


“Tak payah. Naik kereta aku je.” Haura terdiam. Dia berpaling memandang Mikael yang sudah pun berdiri di sisi sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna hitam. Mikael kemudian terus masuk ke dalam kereta.


“Eiii! Mamat ni kan. Belum apa-apa lagi dah start nak cari pasal.” Jerit Haura di dalam hati.


“Cepatlah!” jerit Mikael. Haura bergegas menuju ke kereta tersebut.

Disaat Haura melangkah masuk ke dalam kereta tersebut satu bauan yang indah menusuk ke hidungnya.


“Bau macam...... mamat ni.” bisik hatinya. Tanpa dia sedar senyuman kecil terukir dibibirnya. Dia mengambil tempat disebelah Mikael. Matanya asyik menilik disegenap sudut kereta. Sungguh bersih dah rapi seperti kereta baru.


“Pakai la seatbelt tu. Ke kau nak aku pakaikan untuk kau.” Tegur Mikael. Mata Haura nanap.


“Tak payah! Saya boleh pasang sendiri.” Balas Haura sedikit gelabah sambil menjeling ke arah Mikael. Apabila semuanya sudah dalam keadaan sedia Mikael mula memecut keretanya menuju ke Danau Catering.

Ketika dalam perjalanan Haura kelihatan sangat gelisah. Dia membelek-belek sesuatu di dalam beg tangannya.


“Mana pulak gula-gula dengan minyak angin aku tadi. Takkan aku tertinggal kot.” Bisik hati Haura. Bibirnya kelihatan sedikit pucat. Mikael mengerling ke arah Haura.


“Kau ni kenapa? Dari tadi tak duduk diam. Sakit mata aku ni tengok.” Soal Mikael yang mula terganggu dengan tingkah laku Haura itu. Haura mengetap bibir.


“Awak boleh tolong bukakan tingkap tak. Sikit pun jadilah janji angin luar dapat masuk.” tutur Haura perlahan. Dia mula rasa mual.

Haura sebenarnya mabuk kenderaan. Jika dia menjadi penumpang dia akan makan ubat satu jam sebelum bertolak. Tapi tadi dia tidak sempat untuk berbuat demikian kerana menyangka dia akan memandu sendiri.


“Cepatlah saya dah tak tahan ni.” Mikael sedikit cemas. Dia segera menurunkan sedikit tingkap di sebelah Haura. Setelah itu barulah darah kembali mengalir diwajahnya yang pucat lesi tadi.


“Apa masalah kau ni. Aku tanya bukannya reti nak jawab.” Soal Mikael lagi. Haura mengerling pada Mikael. Dia sebenarnya segan untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada lelaki itu.


“Ha! Tengok tu siap menjeling lagi. Orang tanya ni jawablah.” Tambah Mikael. Nadanya berbaur geram.


“Saya mabuklah!” balas Haura tanpa memandang wajah lelaki di sebelahnya itu.

Mikael terdiam. Sesekali dia melirik ke arah Haura yang tersandar pada kerusi sambil mukanya di tala pada angin di luar tingkap. Rambutnya berterbangan ditiup angin. Tiba-tiba Mikael terlepas tawa kecil. Haura lantas memandangnya. Hampir tersembul mata Haura dibuatnya.

Sepanjang Haura kenal dengan Mikael, itulah pertama kali dia melihat serta mendengar Mikael tertawa. Keadaan jeda seketika. Haura terleka melihat raut manis yang menghias wajah Mikael. Meskipun dia hanya melihat Mikael dari sisi. Tanpa sedar dia turut tersenyum. Hatinya terasa berbunga-bunga.


“Tak sangka, ini rupanya kelemahan kau.” Ujar Mikael berbaur sindiran. Senyuman di wajah Haura tiba-tiba lesap. Di ganti dengan jelingan yang tajam pada Mikael.


“Awak ingat saya ni robot ke?” balas Haura geram.


“Yelah, selalunya aku tengok kau ni asyik cari pasal dengan orang je. Ingatkan diri tu dah kebal. Rupa-rupanya…” sekali lagi Mikael tidak dapat menahan tawanya. Haura mencebik. Dia tahu Mikael tengah soronok membahannya.

Sepantas kilat jari Haura menekan butang radio tanpa meminta izin dari tuan kereta tersebut. Mikael sedikit terkejut. Namun Haura tidak mendengar radio itu malah berkali-kali dia mengalih siaran radio yang tersedia. Mikael mula mengerutkan dahinya.


“Dah pasang tu dengar ajelah. Tak payah main tukar-tukar siaran macam tu. Serabut la telinga aku dengar.” Haura tersenyum. Akhirnya dia ketemu cara untuk balas dendam kepada Mikael.


“Bosan la dengar radio sekarang ni. Banyak sangat berborak lepas tu iklan 24jam. Lagunya entah ke mana.” Balas Haura selamba.


“Kalau macam tu tak payah pasang radio. Tutup je, senang. Telinga aku pun tak bingit.” Bidas Mikael sambil tangannya mematikan radio tersebut. Namun Haura memasangnya semula.


“Tak nak! Daripada saya dengar awak duduk mengejek saya baik saya dengar dj radio ni merapu. Tak adalah sakit sangat hati saya ni. Awak tu fokus ajelah memandu. Kalau rasa bingit, tutup telinga.” Bidas Haura kembali. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan Mikael berasa geram. Haura melirik ke arah Mikael yang mukanya sudah merah menahan geram. Haura tersenyum sebelum berpaling untuk menghirup angin luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience