BAB 4

Drama Completed 919171

DUA TAHUN KEMUDIAN...

Di kediaman Puan Sri Normah kelihatan Pak Wahid sedang menggilap kereta sambil bersiul riang. Mak Wan memanggil suaminya itu untuk mengalas perut sebelum memulakan tugas hariannya. Suasana pagi itu terasa sungguh harmoni.

Di ruangan makan pula, Puan Sri Normah bersama Datin Norlie, Dato Rizal dan Luth Mikael sedang menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh Mak Wan. Kemudian disertai oleh Noah Azrael dan isterinya, Khayla Miasara.

           “Bila kamu nak kahwin Mika?” tanya Puan Sri Normah secara tiba-tiba.

Hampir tersembur keluar makanan dalam mulut Mikael. Khayla dengan pantas menuang air kosong ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Mikael. Datin Norlie dan Dato Rizal saling berpandangan.

          “Kenapa tiba-tiba je ni mak?” Tanya Datin Norlie.

          “Apa yang tiba-tiba nya? Inikan permintaan arwah ayah kamu. Mak cuma bertanya aje.” Jawab Puan Sri Normah dengan selamba sambil menjamah bihun goreng Singapore di dalam pinggannya.

          “Betul mak tapi sekarang ni Mika masih takde calon lagi. Mak nak ke cucu mak ni kahwin dengan orang sembarangan yang datang entah dari mana-mana. Norlie tak nak mak.” Balas Datin Norlie sambil menggelengkan kepala.

Mikael masih mendiamkan diri. Kalau boleh dia memang tak nak bincang langsung pasal kahwin ni. Dari air mukanya jelas kelihatan dia sungguh tidak selesa apabila topik ini dibincangkan.

***

          “Mama ingat perihal kahwin ni perkara yang main-main ke? Mika belum ready lagi lah mama!” Suara Mikael kedengaran sedikit bergema di ruangan biliknya. Dia mula rasa tertekan kerana sejak wasiat arwah datuknya dibacakan dia acap kali diajukan soalan yang sama.

          “Ada nampak macam mama ni main-main ke? Mama serius tau. Bila nak kenalkan mama dengan bakal menantu mama tu?”

          “Menantu? Mama, Mika mana ada girlfriend lepastu tiba-tiba nak Mika kahwin ni dah kenapa. ”

          “Eh eh.. betul ke takde girlfriend? Tiap-tiap malam mama tengok kamu asyik bergayut telefon. Bergayut dengan siapa pulak? Boyfriend ke?” Datin Norlie cuba meneka.

          “Ishhh.. mama ni ke situ pulak dia. Mika ni straight lah. Cuma sekarang ni Mika masih belum ada calon dan yang paling utama Mika masih belum bersedia lagi. Fullstop!”

          “Hurmm.. kalau susah sangat biar mama ajelah yang carikan calon isteri untuk Mika. Lagipun anak kawan-kawan mama masih ramai yang single. Linda anak Datin Marie, Mika kenal kan?” Datin Norlie mengemukakan pendapatnya.

          “What? Please mama, jodoh Mika biar Mika yang cari sendiri. Takkan Mika nak kahwin dengan orang yang Mika tak cinta. No way!” bantah Mikael sekeras-kerasnya. Tak terlintas difikiran bahawa mamanya akan memberikan cadangan yang sedemikian.

          “Alah alasan je semua tu. Mama dengan papa dulu pun bukannya kami bercinta dulu baru kahwin tapi kami bercinta selepas kahwin. Sebab tu mama dengan papa sampai sekarang masih sweet and romantik.” ujar Datin Norlie sambil memejamkan mata mengimbau kenangan romantis bersama suaminya.

           "Mama dengan papa lain. Tak sama dengan situasi yang Mika lalui sekarang ni."

Datin Norlie membuat muka apabila lamunannya itu dimusnahkan oleh Mikael. Dia menggelengkan kepala dengan jawapan Mikael itu. Dia tahu anak bujangnya itu masih belum pulih sepenuhnya jadi dia tidak boleh terlalu memaksa Mikael untuk menurut segala kehendaknya. Risau jika situasi yang sama berulang kembali.

***

Beberapa hari selepas pemergian gemulah suaminya empat bulan yang lalu, Puan Sri Normah meminta kesemua anak serta cucu-cucunya berkumpul dikediamannya untuk mendengarkan pembacaan wasiat.

Menurut Encik Musa selaku peguam peribadi arwah Tan Sri Mokhtar, beliau telah diamanahkan oleh arwah untuk membacakan wasiat tersebut kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Mokhtar. Salah satu daripada isi wasiat tersebut adalah beliau mewariskan hartanya sebanyak 40% kepada Luth Mikael termasuk sebuah condo mewah.

          “Saya tidak setuju!! Kenapa arwah ayah hanya memberikan 10% sahaja kepada Dazrin tetapi 40% kepada Mikael.” lantang Datin Noreen menyuarakan pendapatnya.

          “Ini tidak adil. Dazrin pun cucu kandung arwah ayah juga. Kenapa arwah ayah mesti pilih bulu? Ini mesti ada orang yang dah racun fikiran ayah sebelum dia tulis wasiat ni.” Luah Datin Noreen sambil menjeling tajam ke arah Datin Norlie.

          “Reen apa yang you buat ni? Malulah orang tengok.” Tegur Dato Zubir perlahan sambil menarik lengan Datin Noreen.

          “You tak tahu apa-apa you diam! Jangan nak menyibuk perihal keluarga i!” Kelu lidah Dato Zubir apabila dijerkah oleh isterinya di depan ahli keluarga yang lain. Suara Datin Noreen bergema di segenap ruang. Kemudian dengan kasar dia merentap tangannya dari pegangan suaminya itu.

          “Kak long nak tuduh Norlie yang racun fikiran ayah?” Datin Norlie mula bersuara lalu bingkas bangun dari tempat duduknya. Namun pantas kilat tangan Dato Rizal menyambar pergelangan tangan isterinya dan mengarahkannya untuk duduk semula di kerusi.
         
          “Yang kau nak terasa tu kenapa? Ada aku cakap kau ke yang racun. Takde kan?  Orang kalau dah buat salah memang macam ni. Menggelupur tak tentu pasal.” Sindir Datin Noreen lagi.

Puan Sri Normah mengeluh lemah sambil menggelengkan kepala. Tangannya tidak duduk diam memicit lembut kepalanya yang mulai berdenyut itu. Sungguh dia kecewa dengan sikap kedua orang anaknya itu.


“Kamu berdua boleh duduk diam tak. Tolong hormat sikit arwah ayah kamu tu. Kubur dia masih lagi merah tapi kamu dah bergaduh adik beradik berebutkan harta. Kalau macam inilah sikap kamu mak rela derma kesemua harta peninggalan ni ke pusat kebajikan.” Kata-kata Puan Sri Normah itu telah mematikan suasana yang agak tegang sebentar tadi.

Datin Noreen terdiam. Dia kemudian memandang sekeliling. Beberapa pasang mata sedang memandang ke arahnya. Dazrin segera bingkas bangun lalu menarik lembut tangan Datin Noreen untuk duduk semula di kerusi. Soraya Edina, anak perempuannya sekadar menjadi pemerhati.


“Musa tolong teruskan dengan pembacaan wasiat tu.” Arah Puan Sri Normah setelah keadaan sudah kembali reda.


“Baiklah Puan Sri.” Balas Musa mengikut perintah.


“Encik Mikael hanya akan mendapat semua harta tersebut sekiranya beliau memenuhi syarat-syarat yang telah diberikan iaitu dalam tempoh 18 bulan Mikael harus mendirikan rumah tangga. Tetapi jika Encik Mikael tidak dapat menyempurnakan permintaan tersebut maka kesemua harta peninggalan itu akan diberikan kepada sepupunya iaitu Encik Dazrin Ikhwan.” Musa menerangkan isi kandung wasiat dengan penuh teliti.

Terbuntang biji mata Mikael apabila mendengar syarat itu dibacakan. Dia terpinga-pinga. Datin Norlie menggenggam erat jari jemari anaknya itu lalu memandang tepat ke wajahnya sebagai isyarat untuk kekal bertenang sehingga pembacaan wasiat tersebut tamat.


“Oh macam tu.” bisik Datin Noreen sambil bibirnya mengukirkan senyuman yang sinis. Dia dapat merasakan harta peninggalan arwah bapanya itu akan jatuh ke tangan Dazrin kerana terdapat syarat dalam wasiat tersebut yang tidak mungkin akan dapat ditunaikan oleh Mikael.

Proses pembacaan wasiat berjalan dengan lancar  dan tiada bantahan dari pihak waris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience