BAB 78

Drama Completed 919566

Sepanjang mengekori Haura dan Mikael, Suri perasan ada kelibat lelaki memakai hoodie sedari turut memerhatikan gerak-geri mereka berdua. Tidak mahu lelaki itu mengganggu dan menjadi penyebab rancangannya gagal, Suri segera menuju ke arah lelaki tersebut.


"Kau siapa? Apa yang kau buat dekat sini?" tanya Suri kepada lelaki tersebut dari arah belakang.

Terkejut dengan pertanyaan itu lelaki tersebut cuba untuk melarikan dari. Namun tangan Suri lebih tangkas darinya apabila dia sempat menyambar hoodie yang dipakai oleh lelaki itu. Wajahnya mula terdedah. Ternyata lelaki itu adalah Badrul. Tubuh Badrul ditolak ke dinding.


"Siapa kau? Apa kaitan kau dengan dua orang tu? Kau nak apa dari mereka?" tanya Suri kasar. Matanya cerlung memandang Badrul.


"Aku nak Haura." balas Badrul pendek. Suri tersentak. Setelah itu sebuah senyuman yang sinis terukir diwajahnya. Dia kemudian membetulkan kedudukan Badrul serta merapikan pakaiannya.


"Jampi serapah apa yang perempuan dah guna sampai semua jantan tergila-gilakan dia." bisik Suri perlahan berbaur marah namun Badrul dapat mendengarnya dengan jelas.

"Kau kenal Haura?" soal Badrul yang tertanya-tanya identiti wanita di hadapannya itu. Suri mengangkat wajahnya memandang Badrul.


"Kita sehaluan. Kau dengan aku ada misi yang sama." ujar Suri tanpa menjawab pertanyaan Badrul. Lelaki itu berkerut.


"Apa maksud kau? Aku tak kenal kau dan aku taknak ada apa-apa kaitan pun dengan kau." balas lelaki berhoodie itu selamba.


"Kau mahukan Haura dan aku pula mahukan Mikael. Jadi kita boleh bekerjasama." ujar Suri tanpa rasa bersalah. Tangan dihulur untuk bersalaman namun tidak disambut oleh lelaki itu.


"Aku tak perlukan bantuan kau. Lagipun kau tu perempuan, aku tak yakin." balas Badrul menolak pelawaan Suri untuk bekerjasama. Suri menghela keluh yang panjang. Dia rasa tercabar apabila mendengar kata-kata lelaki itu.


"Atau kau nak aku hapuskan perempuan tu baru kau nak percayakan kata-kata aku?"

Langkah Badrul terhenti di saat mendengar ucapan yang keluar dari mulut Suri itu. Dia memandang wanita itu dengan mata yang terbuntang luas. Dari raut wajah Suri yang merah menahan rasa amarah itu Badrul tahu bahawa wanita itu benar-benar serius dengan apa yang baru diperkatakannya.


"A-apa maksud kau?" ujar Badrul tergagap-gagap.


"Perempuan tu dah rampas segalanya daripada aku. Orang sekeliling aku semua dah hilang kepercayaan pada aku disebabkan dia. Dan aku tak teragak-agak untuk musnahkan hidup dia. Biar segala penderitaan aku ni dia pula yang rasa." balas Suri. Suaranya sedikit bergetar dek menahan rasa marah yang makin membuak-buak.

Badrul tidak memberikan sebarang jawapan. Dia menyarungkan semula hoodie di kepala lalu menjengah ke luar mencari kembali kelibat Haura serta Mikael. Namun mereka berdua sudah hilang dari pandangan. Badrul cerlung memandang Suri.


"Mereka dah hilang. Kalau kau tak ganggu aku tadi aku mesti dapat jejak mereka." ujar Badrul berbaur marah. Suri tertawa sinis.


"Rileks lah. Apa kata kita pergi lepak dulu dekat mana-mana. Lepas tu baru kita bincang apa yang kita perlu buat." Suri memberi cadangan. Tanpa menantikan jawapan dari Badrul, Suri segera berlalu. Lelaki itu tidak mempunyai pilihan yang lain lalu berjalan mengekori Suri dari belakang.

*****

Tayar kereta yang dipandu oleh Mikael bergerak laju di jalan raya. Sesekali Haura melirik ke arah tunangnya yang sedang fokus memandu. Selepas pertemuannya dengan Dato' Zubir, Mikael kelihatan sedikit terganggu.


"Awak okay?" tanya Haura pendek. Mikael mengangguk.


"Awak mesti terkejut kan? Saya memang nak bagitahu awak pasal ni tapi saya tak tahu nak cakap macam mana."


"Hah? Maknanya kau dah lama tahu yang uncle Zubir dah kahwin lain?" soal Mikael bernada terkejut.


"Tak. Saya baru je tahu masa dekat hospital hari tu. Tak sangka pula yang Kak Rosie tu isteri muda Dato'Zubir." balas Haura laju.


"Itulah... Kalau berita ni sampai dekat telinga Aunty Noreen tak pasal-pasal meletus perang dunia ketiga nanti. Langkah selamat kau jangan buka mulut pada sesiapa pun pasal benda ni termasuk nenek." ujar Mikael memberi arahan. Haura menganggukkan kepalanya.

Setelah itu keadaan di dalam kereta diam buat seketika. Hanya lagu yang diputarkan di radio berdendang memecah kesunyian.


"Pejam celik tinggal beberapa hari je lagi event tu akan berlangsung. Tapi awak tak rasa macam ada sesuatu yang 'off' ke?" tanya Haura secara tiba-tiba. Mikael berkerut sebelum menggelengkan kepalanya.


"Kenapa? Ada benda yang tak kena ke? Kalau penting kita kena perbetulkan untuk kelancaran majlis tu nanti." balas Mikael berbaur risau. Haura menggeleng.


"Saya maksudkan Rissa. Awak perasan tak yang dia dah dua kali tak datang fitting baju untuk event tu. Padahal dia yang akan pakai rekaan utama designer tu nanti." ujar Haura panjang. Mikael melirik ke arah Haura seketika.

Selepas majlis perasmian pembukaan semula KHAZZAN HOTEL & RESORT yang berlangsung di Pulau Kapas, sebuah pertunjukkan fesyen dari satu jenama yang sangat terkemuka akan berlangsung di Khazzan Hotel di ibu kota. Rissa pula menjadi tonggak utama dalam pertunjukkan pada malam tersebut.


"Pasal tu kau tak payah fikirlah. Soraya akan uruskan semuanya. Kau cuma perlu fokus pada tugas kau je. Pastikan semuanya berjalan dengan lancar." balas Mikael cuba menghilangkan kerisauan di hati Haura. Wanita itu sekadar mengangguk.


"Stalker tu masih ikut kau lagi ke?" giliran Mikael pula bertanya. Tidak mahu terus bercakap mengenai Rissa dia segera menukar topik perbualan. Haura menggeleng.


"Baguslah kalau dia dah tak ikut kau." ucap Mikael lega.


"B-bukan. Saya geleng bukan sebab tak ada tapi sebab tak pasti. Kadang-kadang bila keadaan sunyi sikit saya akan meremang. Ibarat ada orang tengah perhatikan gerak-geri saya. Tapi ada waktu memang tak ada rasa apa-apa." balas Haura panjang lebar.

Mikael berkerut. Risau betul dia akan keselamatan tunangnya itu. Dia berfikir untuk sejenak. Mikael kemudian memberhentikan kereta yang dipandunya di bahu jalan. Haura menoleh ke arah lelaki itu.


"Apasal ni? Dah kenapa awak berhenti dekat tepi jalan ni?" tanya Haura pelik. Mikael berpaling ke arahnya lalu menatap lama wajah wanita itu.


"Kau tahu aku sangat risaukan keadaan kau sekarang ni. Lebih-lebih lagi sejak Mona tak ada untuk jadi peneman kau dekat rumah tu." tutur Mikael satu persatu. Haura melepaskan tawa kecil.


"Awak ni banyak sangat berfikir tau. Semua benda negatif dah mula bersarang dalam kepala awak tu. Dah berapa lama saya tinggal dekat situ sendirian. In Sya Allah semuanya okay, awak tak perlulah nak risau sangat." balas Haura. Namun lelaki itu tetap tidak berpuas hati dengan jawapan dari Haura itu.


"Selagi keselamatan kau tak terjamin selagi itulah hati aku ni tak tenang tau. Aku dah berapa hari tak dapat tidur dengan nyenyak semuanya sebab kau tau." ujar Mikael serius.


"Habis tu awak nak saya buat apa? Pasang guard dekat sekeliling rumah ke?" Haura berseloroh. Mikael kerling ke arahnya. Senyuman yang lebar terukir dibibir cuba dipadam serta-merta.


"Orang serius dia boleh main-main pula. Aku dah buat keputusan. Buat sementara waktu ni aku nak kau tinggal dekat kondo aku. Bila Mona dah balik sini baru kau boleh balik ke rumah kau semula." ujar Mikael. Haura terkesiap. Matanya terbuntang luas.


"Hah? Kondo?" teriak Haura di dalam hati. Dia benar-benar terkejut dengan cadangan yang diberikan oleh lelaki itu.


"S-stay dekat kondo awak? Taknak lah!"

Tanpa mengambil kira soal keselamatan Haura menolak. Dia tidak mahu menyusahkan Mikael dalam hal ini. Tambahan pula dia masih belum ada apa-apa ikatan yang sah dengan lelaki itu. Dia tidak mahu hubungan mereka itu boleh disalah erti oleh pihak lain.


"Apasal pula?"


"Tak apa. Saya boleh tinggal dekat rumah saya tu. Saya janji saya akan jaga diri saya baik-baik. Awak dah lupa ke yang saya ni pemegang tali pinggang hitam." balas Haura cuba meyakinkan Mikael.


"Okay kalau macam tu biar aku yang pindah masuk dalam rumah kau." ujar Mikael seraya memecut kembali kereta yang diparkir di bahu jalan. Haura diam tidak berkutik dek terkejut.

*****

Sejak mengetahui status hubungan Mikael dan Haura Rissa berasa sangat tertekan. Dia tidak dapat terima kenyataan bahawa wanita itu telah merampas Mikael dari menjadi miliknya.


"Darling, are you okay? Mummy risaulah tengok keadaan kamu macam ni. Kita jumpa doktor ya." ibunya cuba memujuk untuk kesekian kalinya. Namun tetap juga ditolak oleh Rissa.


"I'm fine mummy. No worries okay." balas Rissa meyakinkan ibunya. Dia turut melemparkan sebuah senyuman buat ibunya itu.


"By the way, hari ni I ada fitting untuk event minggu ni. I need to get ready." ujar Rissa lagi. Ibunya sekadar mengangguk. Sebelum dia bangkit untuk keluar sempat dia memeluk erat tubuh anak tunggalnya itu. Kata-kata semangat dibisikkan di telinga. Rissa sekadar tersenyum.

Kehadiran Rissa amat dinanti-nantikan oleh pihak pengurusan. Soraya menghela keluh yang panjang. Hampir saja designer menukar plan dengan menggantikan Rissa dengan model yang lain.


"Finally you're here." Gina Gupta, pemilik jenama GINA G menyapanya.

GINA G adalah satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia peragaan pakaian. Jenama yang sudah terkenal seantero dunia. Menjadi satu penghargaan yang sangat besar apabila beliau sudi untuk mengadakan 'fashion show' nya di Khazzan Hotel. Secara tidak langsung dapat mengangkat nama KHAZZAN GROUP di mata dunia.


"I'm so sorry Gina. Not feeling well this few days. But now i'm back and ready for action." ujar Rissa Arianna bersemangat.

Proses fitting baju berjalan dengan lancar. 95% persiapan sudah lengkap. Mereka juga sempat rehearsal dan berbincang dengan kesemua model yang terlibat dalam majlis tersebut.


"Excuse me, Haura ada datang tak hari ni?" Rissa menahan Soraya lalu bertanyakan tentang Haura. Berasa sedikit pelik Soraya menggelengkan kepalanya.


"Eh dah kenapa dia ni tiba-tiba tanya pasal Haura. Selalunya dengar nama Haura pun dah boleh naik hantu. Hari ni dia pula yang tanya kewujudan Haura. Pelik." bisik Soraya di dalam hati.


"Mikael ada? Husband you?" tanya Rissa lagi. Soraya berkerut apabila nama suaminya turut dipetik.


"Wait! Husband I? Kenapa cik nak tahu pasal husband I pula ni?" tanya Soraya kembali penuh tanda tanya. Rissa Arianna mengukirkan senyuman.


"No, please jangan salah faham. I just nak tanya khabar je. Tak lebih dari tu. I know he's your husband so chill okay." balas Rissa.

Selepas mendengar jawapan dari Rissa itu Soraya segera berlalu pergi. Rissa yang melihat kelibat wanita yang semakin menjauh itu dia tersenyum puas. Tentu ada sesuatu yang dia telah rencanakan.

*****

Ding!

Pintu lif terbuka. Mikael menarik sebuah bagasi berwarna rose gold menuju ke unit kondo miliknya. Haura mengekori dari belakang.


"Bapak tingginya rumah. Duduk dekat tingkat 21 ni tak gayat ke? Boleh aman ke aku tinggal dekat sini nanti?" bisik Haura dalam hati.

Matanya melilau melihat sekitar aras tersebut. Hanya empat unit rumah sahaja yang tersedia di aras tersebut. Pandangannya kemudian beralih kepada Mikael yang sedang membuka pintu rumahnya.


"Dia ni pun satu hal, suka sangat memaksa orang. Aku boleh je tinggal dekat rumah tu sensorang. Lagipun jiran semua dekat kot. Sekali aku jerit confirm mereka dengar. Ni tak, nak juga aku tinggal dekat sini."

Mulut Haura terkumat-kamit apabila teringatkan bagaimana Mikael memaksanya untuk tinggal di kondo tersebut buat sementara waktu. Dah habis cara Haura menolak lelaki itu tetap juga berdegil.

Siap diugut Haura. Jika wanita itu tidak mahu tinggal di kondo miliknya, dia pula yang akan berpindah masuk ke unit kediaman Haura. Dah buang tabiat ke lelaki tu? Sebab itulah Haura terpaksa setuju dan mengikut segala kehendaknya meskipun hati tidak rela.


"Ha, mulut terkumat-kamit macam tu mesti tengah mengata aku kan." tegur Mikael.


"Memang pun." balas Haura pendek. Dia masih lagi merajuk dengan lelaki itu. Mikael tertawa kecil. Haura mencebik. Makin seronok Mikael menyakat tunangnya itu.


"Dah jom masuk." pelawa lelaki itu masuk ke dalam unit kondonya. Haura sekadar menurut perintah.

Di saat melangkah masuk ke dalam rumah tersebut Haura terkesima. Betapa luas dan cantik rumah tersebut di matanya.


"Wah, not bad." spontan ayat tersebut keluar dari mulutnya. Tak berkedip Haura melihat sekeliling ruang rumah tersebut.


"Mulut tu jangan nak nganga sangat. Tak pasal-pasal masuk lalat nanti." sakat Mikael lagi. Haura segera merapatkan bibirnya. Jelingan tajam dilemparkan pada lelaki itu. Tawa Mikael pecah.

Mikael kemudian menunjukkan bilik yang akan didiami oleh Haura. Tidak mahu lama di situ, setelah membuat 'mini house tour' untuk Haura, Mikael kemudian meminta untuk mengundurkan diri.


"Awak dah nak balik ke?" tanya Haura. Mikael mengangguk. Riak Haura sedikit berubah. Entah apa yang sedang bermain difikirannya pada ketika itu. Mikael tersenyum.


"Kenapa, kau nak aku stay ke?" tanya Mikael kembali nakal. Haura terkesiap.


"B-bukan macam tu. S-saya cuma tan....." tergagap-gagap Haura membalas. Perkara itu membuatkan Mikael ketawa terbahak-bahak. Haura diam tidak berkutik. Wajahnya mula kemerah-merahan.

Satu persatu langkah diambil oleh Mikael menghampiri wanita itu. Perlahan-lahan jemarinya merapikan rambut Haura yang jatuh menutup wajah. Haura membatu. Renungan mendalam yang diberikan oleh Mikael membuatkan dia hanyut seketika.

Dup dap! Dup dap!

Jantung Haura bagai mahu meledak. Dia mula terasa kehangatan di wajahnya. Seraya dengan itu dia segera berpaling lalu duduk di sofa yang berhampiran.


"A-awak memang stay dekat sini ke?" Haura cuba menukar topik. Namun suaranya bagai tersekat di celah kerongkong. Wajah Mikael langsung tidak dipandangnya. Sekali lagi lelaki itu tersenyum.


"Tak adalah. Sebenarnya aku pun dah lama aku tak datang sini." Haura menoleh.


"Bila last awak tinggal dekat kondo mewah awak ni?"


"Lebih kurang dua atau tiga tahun lepas." balas Mikael selamba.


"Apa?" Serentak dengan itu Haura terus berdiri. Tinggi nyaring suaranya bertanya. Mikael sedikit terperanjat. Wajah Haura ditatap.

Begitu lama rumah tersebut terbiar tanpa penghuni. Kini bakal didiami olehnya sendirian. Haura mula tidak duduk diam. Dia segera meluru ke arah Mikael.


"Awak tak nak panggil tok imam dulu ke untuk buat solat hajat dekat sini. Rumah yang ditinggal lama selalunya jadi tempat......"

Haura tidak sanggup untuk habiskan ayatnya sendiri. Dia menikus di samping Mikael. Lengan Mikael dirangkul. Rasa seram dan takut mula menyelubungi dirinya.


"Tak perlu kot." balas Mikael pendek. Mulutnya diketap menahan tawa. Sekali lagi dia mengambil peluang untuk menyakat wanita itu.


"Kenapa pula? Macam mana kalau tiba-tiba ada benda yang ganggu saya? Dah la rumah ni luas." suara Haura tenggelam timbul. Matanya melihat sekeliling ruang tamu.


"Benda apa yang nak ganggu kau tu? Hantu?"


"Ish... mulut tu jangan nak cabul sangat boleh tak." ujar Haura sambil memukul bahu Mikael.


"Silap hari bulan hantu tu yang takut dengan kau tau." balas Mikael disusuli tawa besar. Bergema di segenap ruang tamunya itu. Haura menjeling. Satu cubitan berbisa hinggap di lengan tunangnya itu. Mikael mengaduh kesakitan.


"Rasakan penangan 'penyepit ketam' yang berbisa tu." ujar Haura berbaur geram.

Mikael berpaling menghadap Haura yang membelakanginya. Tangan wanita itu ditarik lembut. Perlahan-lahan Haura berpaling ke arahnya.


"Kau ni risau tak bertempat. Takkan aku nak bagi kau tinggal dekat tempat yang sembarangan." Mikael cuba memujuk.


"Kondo ni memang dah lama aku tinggal, tapi setiap minggu Luqman akan datang ke sini. Aku pun tak suka bila kondo ni dibiarkan lama tanpa penghuni." tambahnya lagi panjang. Terus hilang riak risau diwajah Haura. Keluh pendek dihela.

Kemudian dengan cerlung dia memandang Mikael. Rupanya lelaki itu sengaja untuk mengenakan dia. Tanpa banyak suara Haura segera menolak tubuh Mikael ke pintu utama.


"Awak boleh balik sekarang. Saya nak rehat. Jumpa esok." ujar Haura sambil tubuh Mikael didorong keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience