BAB 17

Drama Completed 919430

Di sebuah café Luqman dilihat sedang berbual-bual dengan Mikael. Selepas pertemuan Mikael dengan Haura tempoh hari Luqman tidak mendapat apa-apa berita dari lelaki itu.


“Amacam Mika okay tak calon yang aku carikan untuk kau tu? Cantik kan?” Luqman bertanya dengan penuh minat.


“Perempuan tu? Cantik? Hah! Kau jangan nak buat lawak la.”

Terbayang di memori minda Mikael kejadian yang telah terjadi padanya ketika berjumpa dengan Haura. Sungguh dia geram & marah dengan perangai Haura yang menurutnya keras kepala dan sangat menjengkelkan.


“La.. dah kenapa pulak ni. Selama ni aku rasa kau tak ada masalah pun dengan perempuan pilihan aku. Kenapa kali ni lain macam pulak reaksi kau?” tanya Luqman pelik.


“Mana kau jumpa perempuan tu? Dekat mana kau kutip?”


“Eh kau ni banyak songeh pulak. Orang dah tolong cari tu bersyukur la sikit. Banyak complain pulak dia. Lepas ni kau cari sendiri la.” Balas Luqman.


“Memang kena cari yang lain pun sebab dia dah reject offer tu.” tutur Mikael. Suaranya tenggelam timbul.


“Hah? Reject? Kau biar betul Mika. Perempuan mana yang berani reject kau ni.” Luqman menyakat rakannya itu sambil ketawa terbahak-bahak.

Kata-kata Haura tempoh hari sedikit sebanyak telah membuatkan Mikael terasa maruah dirinya dicalar. Berani betul wanita itu melemparkan kata yang sedemikian tepat ke muka Mikael. Belum pernah ada seorang pun yang berani menolak pelawaannya.


“Kau tak payah nak gelak sakan eh. Ni semua kau punya pasal tahu tak? Kalau kau tak suruh aku jumpa dia sorang-sorang masa dekat redang hari tu mesti tak jadi macam ni.


“Aik aku pulak yang kena. Kau yang kena reject aku pulak yang dipersalahkan. Ini tak adil!” Luqman memprotes.


“Ni tak lain tak bukan, mesti kau ada sakitkan hati dia sebab tu dia reject kau, kan? Apa yang kau dah buat pada perempuan tu? Berbuih dah mulut aku ni nasihatkan kau. Nak jadi mat romeo la konon tapi dengan perempuan pun tak reti nak mengayat.” Bebel Luqman lagi. Sekali lagi tawa nakalnya pecah.

Mikael hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang respon. Matanya tajam memandang Luqman yang sedang asyik tertawakannya.


“Apa kata kau cuba slow talk lagi sekali dengan perempuan tu. Mana tahu kali ni dia setuju pulak. Perempuan ni, kalau kau bagi ayat manis sikit je gerenti cair. Lepastu hati kau pun kena kental beb sebab perempuan ni ada banyak ragam.”


“Ah! Tak kuasa aku. Kalau kau nak kau pergi sorang-sorang. Aku dah tak ada hati nak hadap muka perempuan tu. Buat sakit hati aku je.”


“Uih! Garangnya. Okay kalau macam tu nanti aku carikan calon yang lain untuk kau. Kali ni aku sendiri yang akan bawa dia pada kau.”


“Kau buatlah apa yang patut janji aku nak ada seseorang yang boleh berlakon jadi girlfriend aku secepat yang mungkin.”


“Bereh boh.” balas Luqman pendek.

Sejak Mikael balik ke Malaysia 2 tahun lepas, dia sering meminta Luqman kenalkan dia dengan kawan wanita Luqman. Mentang-mentanglah Luqman ni banyak kabel digunanya sehabis baik. Perubahan Mikael yang sungguh drastik itu pada awalnya agak meresahkan. Namun lama kelamaan Luqman sudah kalih dengan perangai rakannya itu.

***

Suara riuh yang bergema di kediaman Encik Zamzuri dan Puan Hafizah memecah suasana. Tiga buah khemah terpacak di perkarangan rumahnya. Banyak kenderaan yang beratur dipinggir jalan. Kelihatan Hanna yang tampil manis dengan busana kurung moden berona merah jambu sedang beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Mona juga tidak ketinggalan untuk menyapa bakal pengantin itu.


“Congrats Hanna dah jadi tunangan orang.” Ucap Mona ringkas. Dia memeluk erat tubuh Hanna yang kecil molek.


“Thank you kak Mona. Nanti Hanna kahwin jangan lupa datang tau.”


“Eh tak mungkin akak lupa sebab akak orang yang paling penting pada hari tu. Kalau tak ada akak memang tak jalan majlis kahwin Hanna nanti.” Mona berseloroh. Hanna tertawa kecil.


“Hanna tak tahu ke yang Kak Mona ni dah upgrade jadi tok kadi.” sampuk Haura yang tiba-tiba datang dari arah dapur.

Mona dan Hanna serentak memalingkan muka kearah Haura sebelum melepaskan tawa masing-masing.


“Hanna, photographer dah tunggu tu nak bergambar.” Puan Hafizah memanggil Hanna.


“Oh yeke? Jom la kak kita bergambar sekali.” Pelawa Hanna.


“Takpe kamu gerak dulu nanti jap lagi akak datang.” Balas Haura. Dia kemudian mengalihkan pandangan kepada Mona yang sedang berdiri dibelakangnya.


“Tunang adik kau tak datang ke?” soal Mona sambil matanya liar mencari seseorang.


“Sekejap lagi dia datang. Mak dia baru je lepas call.”


“Patutlah aku tak nampak kelibat bakal pengantin tu.”


“Yang kau beria sangat tu dah kenapa?”


“Mana ada apa-apa. Aku tanya je.”

Haura tersenyum melihat gelagat Mona yang kelihatan seperti orang sudah kantoi melakukan kesalahan. Tiba-tiba air muka Haura berubah menjadi sedikit kelat apabila dia terlihat ke arah tetamu yang baru sahaja tiba. Untuk menyembunyikan rasa di hatinya dia kemudian mengajak sahabatnya itu untuk bergambar bersama Hanna.

Beberapa ketika kemudian, Puan Hafizah memanggil Haura untuk bersamanya. Disisi ibunya itu ada seorang wanita setengah abad yang sangat dikenalinya. Haura cuba mengukirkan senyuman dibibirnya. Dia kemudian mengucup tangan wanita tersebut. Hatinya sedikit gelisah kerana wanita tersebut adalah ibu kepada bekas tunangnya, Syed Syahmi. Puan Hafizah memberi ruang untuk mereka berdua berbual.


“Haura sihat? Rindu betul auntie dengan kamu.” Soal wanita itu.


“Alhamdulillah sihat je. Auntie macam mana? Sihat?” tanya Haura kembali.


“Macam ni la Haura. Bila dah tua ni macam-macam penyakit datang.” Haura sekadar tersenyum mendengar jawapan tersebut. Tiada kata yang mampu keluar dari mulutnya. Fikirannya seolah-olah buntu.


“Auntie nak minta maaf pada kamu atas apa yang dah terjadi antara kamu dan Syahmi.” Tutur wanita tersebut dengan tiba-tiba.


“Eh tak ada apalah. Benda pun dah lama terjadi.” Balas Haura. Emosinya sudah mula goyah.


“Auntie betul-betul rasa bersalah pada kamu. Auntie tak sangka Syahmi sanggup melukakan hati kamu.” Tutur wanita itu dengan nada sebak. Mata Haura mula berkaca.


“Haura tak ada simpan dendam pun dengan Syahmi. Semua Haura dah terima dengan penuh reda. Auntie jangan risau okay.” Balas Haura lembut. Dia kemudian memeluk wanita itu untuk menenangkannya yang sudah mengalirkan air mata.

Dalam tidak sedar malam sudah berkunjung tiba. Selesai sudah majlis pertunangan Hanna bersama jejaka pilihan hatinya. Semua tetamu telah beransur pulang. Datin Safiah bersama suaminya sedang berada di ruang tamu berbual bersama besannya. Haura dan Mona pula membantu Puan Hafizah mengemas apa yang patut.


“Kau nak terus balik ke Mona?” tanya Haura


“Ha’a lagipun dah lewat ni. Nanti bising pulak mama aku tu.” balas Mona.


“Tak pun malam ni kau tidur je la dekat sini dulu. Esok baru kau balik. Amacam?” Haura memberi cadangan. Mona berfikir sejenak. Belum sempat Mona memberi jawapan Puan Hafizah bersuara.


“Betul tu Mona, tidur ajelah dulu dekat sini. Tak elok anak dara keluar lewat malam macam ni.”


“Kalau auntie dah cakap macam tu saya okay je.” Balas Mona nakal.


“Eleh. Kalau ibu tak cakap macam tu pun dia tetap akan tidur dekat sini jugak tu.” Sakat Haura.

Setelah membelek-belek pakaian di dalam almari, Haura mengabil beberapa pasang baju lalu diletakkan di birai katil.


“Nah, kau pilih la nak pakai yang mana. Tuala aku dah letak dalam bilik air tu.”

Mona mencapai baju tersebut lalu dibeleknya beberapa kali. Tiba-tiba air mukanya berubah seperti teringatkan sesuatu.


“Kau dah buat keputusan ke?” soal Mona secara tiba-tiba.


“Keputusan apa?” soal Haura pelik.


“Tawaran yang Puan Sri bagi tu la.”


“Entahlah Mona, aku macam bingung tau sekarang ni. Tak tahu nak terima atau tak.”


“Yang kau susah sangat nak terima tu kenapa? Benda dah ada depan mata so ambil jelah lagipun bukan senang tau nak dapat peluang kerja dekat company tu.”


“Ye aku tahu, tapi…”


“Tapi apa lagi.”


“Kau tak pelik ke tiba-tiba dia nak hire aku. Aku dengan dia bukannya kenal sangat pun jumpa sehari dua je kot.” Haura menyuarakan keraguan yang ada dihatinya.


“Haura, Puan Sri tu owner company tu tau bukan orang lain. Bila dia sendiri yang offer kerja untuk kau maknanya dia ada nampak sesuatu la dari diri kau tu.” Balas Mona. Haura mengerutkan dahi berfikir.


“Lagipun bos mana yang nak hire orang sembarangan. Dah kaya sangat ke sampai tak kesah company untung atau rugi, macam tu?”


“Kau ni kalau bab membebel memang nombor satu. Sampai cair tahi telinga aku dengar.” Haura menyakat nakal.


“Kau terima jelah tawaran tu, tak payah fikir-fikir lagi dah. Lagipun kau memang nak cari kerja jugak kan. So kau dah tak payah susah-susah keluar cari kerja. Semua dah ada depan mata. Tinggal sama ada kau nak atau tak je.” Tambah Mona lagi.


“Erm.. Tengoklah macam mana.”


“Ke kau nak aku yang call Puan Sri tu baru kau nak terima. Mana kad tu bak sini!” Mona cuba mengugut Haura.


“Okay! Okay! Aku call esok. Sekarang ni dah tengah malam. Kot ye pun nak kerja tunggu la siang dulu.”


“Okay, dahlah aku nak mandi dulu. “

Mona melangkahkan kakinya ke bilik air sambil bernyanyi riang. Haura menghela nafas yang berat. Ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya. Entah kenapa dia rasa sungguh berat hati untuk terima tawaran yang diberikan oleh Puan Sri Normah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience