BAB 44

Drama Completed 919326

DUA TAHUN YANG LALU

Haura berjalan masuk ke sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya. Wajahnya kelihatan sedikit muram. Dia seperti sedang mencari kelibat seseorang di dalam cafe tersebut.

Soraya yang melihat Haura berdiri di depan pintu melambai-lambaikan tangannya. Haura tidak segera melangkah tapi dia cuba untuk mengumpul segala tenaga yang ada sebagai persiapan untuk berdepan dengan wanita itu. Supaya dirinya tidak melakukan perkara yang bodoh.

Satu per satu langkah di ambil oleh Haura. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Dia kemudian mengambil tempat berhadapan dengan Soraya.

          "Sorry sebab ajak you jumpa dalam keadaan yang macam ni." Soraya membuka bicara.

          "Straight to the point. Apa benda yang penting sangat nak bagitahu tu." balas Haura kasar. Belum sempat Soraya membalas pelayan cafe datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.

Haura memesan segelas air Italian Soda manakala Soraya pula memesan Iced Latte. Setelah pelayan tersebut selesai mengambil pesanan barulah mereka menyambung kembali perbualan yang terputus tadi.

          "I nak minta maaf dengan you. I memang tak tahu yang Syahmi dah lama bertunang dengan you. I betul-betul tak ada niat pun nak rampas dia dari you." ujar Soraya.

          "Tapi you still ambil dia dari I, kan?" balas Haura.

          "Ya I mengaku tapi itu semua terjadi sebab I tak tahu yang dia dah ada tunang. Kalau I tahu I tak akan...." kata-kata Soraya terputus di tengah jalan apabila Haura memotongnya.

          "Ayat cliche yang selalu perampas akan guna." bidas Haura sinis.

          "I sedar yang I dah buat salah besar dengan you. I dah hancurkan hati you. I minta maaf sangat-sangat."

          "Hah! Mudah betul kata maaf tu keluar dari mulut seseorang yang telah meragut kebahagiaan orang lain." balas Haura. Suaranya menggigil menahan rasa marah yang berkobar-kobar di hatinya. Soraya diam tak berkutik.

Pelayan cafe sekali lagi datang menghampiri mereka untuk menghantar minuman yang trlah dipesan.

          "Thanks." ucap Soraya kepada pelayan itu sambil tersenyum. Haura hanya memerhatikan tingkah laku wanita di hadapannya itu. Dia menghirup perlahan air soda yang dipesannya tadi.

          "Bukan sehari dua tau tapi 10 tahun. Betapa lamanya cinta yang kami semai musnah macam tu je. Hanya kerana hadirnya you, sosok wanita lain dalam hidup dia." ujar Haura usai dia meletakkan kembali gelas di meja.

          "Sebab tu I datang sini jumpa dengan you. I nak minta maaf atas apa yang telah I lakukan pada you. I nak tebus kesalahan tu. I harap sangat you dapat maafkan I."

          "You ingat semudah tu je ke I boleh maafkan you. Korang berdua dah hancurkan hati I. Terlalu perit dan sukar untuk I terima semua tu."

          "I minta maaf Haura. Tapi I terlalu cintakan dia."

          "So do I! You ingat I saja-saja ke serahkan hati I pada dia? Setiap hari I ternanti-nanti untuk dia melamar I untuk halalkan hubungan kami ni. Tapi you dah musnahkan semua tu." balas Haura sedikit kasar. Soraya terdiam.

          "Cinta? Sebabkan cinta you sanggup musnahkan hidup wanita lain demi penuhi kehendak diri you tu? Bukan ke selfish namanya tu." tambah Haura lagi.

Soraya tertunduk sayu. Dia sedar akan kekusutan yang telah dia cetuskan itu. Betapa hancurnya hati Haura ketika itu dia juga turut merasakannya. Soraya benar-benar rasa bersalah dengan tindakannya itu.

Sejak kejadian itu, Soraya juga telah menjauhkan dirinya dari Syahmi. Dia tidak menyangka lelaki itu tidak jujur dengan dirinya. Syahmi tidak pernah memberitahu yang dirinya itu sudah mengikat tali pertunangan dengan Haura. Bukan baru sebulan dua tetapi sudah 3 tahun.

Namun dia tahu segala yang terjadi itu berpunca dari dirinya. Maka dia jugalah yang harus menamatkan semua itu.

          "I janji yang I akan pulangkan semula Syahmi kepada you. Kalau dengan putuskan hubungan I dengan dia baru you dapat maafkan I, I sanggup. I tak nak bermusuhan dengan you. I pergi dulu." balas Soraya sebak.

Haura sangat terkejut akan kata yang diungkapkan oleh Soraya namun dia tidak membalasnya. Haura hanya mendiamkan dirinya. Soraya kemudian bangkit dari kerusi lalu melangkah pergi. Tinggallah Haura sendirian di meja itu.

Beberapa ketika kemudian keadaan di kaunter cafe menjadi sedikit huru-hara. Tiba-tiba pelayan cafe yang mengambil pesanan mereka tadi berlari mendapatkan Haura.

          "Cik... kawan cik..." ujar pelayan itu. Namun kerana terlalu panik dia tidak memberitahu Haura dengan jelas.

Haura kemudian berjalan ke kaunter untuk melihat apa yang sedang terjadi. Alangkah terkejutnya Haura ketika itu apabila melihat Soraya terkulai layu di lantai cafe.

          "Ya Allah! Soraya!” Dengan cepat dia segera mendapatkan Soraya. Dia turut meminta orang ramai untuk menelefon ambulan.

*****

Di hospital kelihatan Soraya sedang terbaring di katil. Haura memandangnya dari hujung katil. Di tatapnya wajah itu dalam-dalam. Terbit rasa kasihan di hatinya pada wanita itu. Hatinya menjadi serba-salah.

          "Kenapa? Kenapa aku harus kasihankan perempuan yang dah hancurkan hidup aku!" bisik hati kecil Haura. Dia kecewa dengan dirinya sendiri. Dia kemudian membuka langkah untuk pergi.

Ketika itu juga Soraya membuka matanya perlahan-lahan. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit itu. Beberapa ketika kemudian barulah dia sedar yang dia kini berada di suatu tempat yang asing bagi dirinya. Melihat keadaan Soraya itu Haura membatalkan niatnya.

          "I ada dekat mana ni?" Soal Soraya lemah setelah dia melihat ada kelibat seseorang yang berdiri berdekatan dengannya. Matanya juga melilau melihat sekeliling.

          "Hospital. You pengsan dekat cafe tadi." balas Haura. Soraya segera bangkit. Di amatinya dalam-dalam wajah wanita di hadapannya itu. Ternyata orang itu adalah Haura.

          "H-Haura. Apa yang you buat dekat sini? You ke yang bawa I datang ke hospital?" soal Soraya. Makin bertambah rasa bersalahnya kepada Haura. Namun Haura tidak menjawab pertanyaan tersebut.

          "Memandangkan you pun dah sedar I balik dulu la."

          "Thanks Haura." ucap Soraya. Dia cuba untuk tersenyum tetapi otot di wajahnya terasa kaku. Tanpa bersuara Haura segera pamit pergi.

Serentak dengan itu, seorang doktor dan juga jururawat telah berjalan menuju ke katil Soraya. Kata-kata yang keluar dari mulut doktor itu telah mematikan langkah Haura dari meninggalkan tempat itu. Kakinya terasa sungguh lemah untuk meneruskan langkahnya.

          "Tahniah Puan Soraya. Puan hamil 5 minggu." ujar doktor yang merawat Soraya dengan ceria.

          "Hamil?" Soraya meninggikan suaranya. Hampir terkeluar biji mata Soraya ketika itu kerana terkejut. Tiada kata lain yang terungkap dari bibirnya.

         "Mulai sekarang puan kena jaga kesihatan. Supaya bayi dan ibu kedua-duanya sihat. Emosi puan pun penting sebab akan mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan kelak. " ujar doktor itu lagi.

Air mata Soraya mula mengalir deras dipipinya. Jururawat yang ada bersama ketika itu mengusap belakang Soraya untuk menenangkannya. Perkara itu normal baginya setiap kali doktor menyampaikan berita itu kepada si ibu.

Hancur luluh hati Haura ketika itu. Syahmi bukan saja telah menduakan dirinya malah dia telah melakukan sesuatu yang sangat tidak terduga. Haura yakin anak yang dikandung oleh Soraya itu adalah anak Syahmi. Perlahan-lahan dia kembali ke katil Soraya.

          "Oh awak yang datang bersama dengan pesakit ni tadi, kan?" tanya doktor kepada Haura. Dia menganggukkan kepalanya. Soraya mengangkat wajahnya memandang Haura. Tangisnya menjadi semakin kuat.

          "Dalam fasa ni memang normal kalau dia kerap menagis. Emosi ibu mengandung ni sensitif sikit. Memang kena jaga dia elok-elok sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Apa-apa hal boleh terus masuk jumpa saya." ujar doktor kepada Haura.

          "Terima kasih doktor." balas Haura mendatar. Doktor dan misi tersebut beredar dari situ. Kini tinggallah Haura dan Soraya di katil tersebut. Air mata Soraya masih lagi laju mengalir dipipinya.

Namun tiada setitis air mata yang mengalir keluar dari mata Haura. Fikirannya seolah-olah kosong. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di kerusi yang terletak di sisi katil. Haura menarik nafas yang dalam sebelum memandang ke arah Soraya. Terketar-ketar tangannya pada saat itu.

           "Ada apa-apa yang you nak bagitahu I?" Haura bertanya kepada Soraya. Dia sedaya upaya untuk kekal tenang dalam situasi itu. Soraya segera mencapai tangan Haura.

          "I minta maaf Haura." rayu Soraya sambil menagis. Haura memejamkan matanya.

          "I tak nak dengar kata maaf dari you. Yang I nak dengar sekarang ni penjelasan yang sebenar dari mulut you sendiri. You sedar tak yang you dah pregnant dan I yakin itu anak Syahmi, kan?" Haura meninggikan sedikit suaranya dek rasa marah yang membara.

Soraya tidak memberikan sebarang kata. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Dia mengiakan apa yang dikatakan oleh Haura itu.

Haura mati kata. Dia tidak sangka sehingga ke tahap itu hubungan mereka berdua. Tangan Haura menggigil menahan marah. Jari jemarinya yang terletak di atas peha digenggam kuat.

          "Syahmi dah tahu pasal ni?" soal Haura lagi.

          "Belum. Actually I pun baru je tahu yang I pregnant masa doktor bagitahu tadi. Sekarang ni I sendiri tak tahu macam mana nak bagitahu family I." balas Soraya. Tangisnya sudah mulai reda.

          "I tak sangka korang berdua bukan setakat curang di belakang I malah korang dah....." Haura tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

Soraya menggelengkan kepalanya. Dia kemudian bangkit dari katil lalu membuka beg tangannya. Dia mengeluarkan sekeping kad lalu diserahkan kepada Haura. Terbeliak mata Haura saat dia membaca tulisan kad tersebut.

Kad Perakuan Nikah.

Tertera nama dan gambar Syahmi dan Soraya sebagai pasangan suami isteri yang sah. Haura kaku lidahnya juga kelu. Tiada kata yang mampu diungkapkan oleh Haura pada ketika itu.

          "Dah 3 bulan lebih kami nikah. Tanpa ada sesiapa pun yang tahu termasuk ahli keluarga kami sendiri. Cuma daddy I je yang tahu sebab dia wali I." ujar Soraya.

          "Oh, patut la Syahmi kerap sangat outstation beberapa bulan kebelakangan ni. Rupa-rupanya dah ada isteri. Tapi kenapa? Kenapa mesti tunang I?" soal Haura.

Soraya mula membuka cerita. Dia menjelaskan kepada Haura bagaimana dia boleh kenal dengan Syahmi 4 tahun yang lalu. Haura begitu tidak menyangka mereka berdua telah berkenalan agak lama malah sebelum dia bertunang lagi.

Hati Haura menjadi semakin sakit. Macam mana dia boleh tidak nampak perubahan pada diri Syahmi. Kenapa Syahmi masih meneruskan pertunangan mereka sekiranya hati dia sudah tawar. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikiran Haura.


"I rasa you patut call Syahmi dan bagitahu pasal ni." ujar Haura setelah menenangkan dirinya.


"No. I tak nak dia tahu. I rasa I patut gugurkan kandungan ni." balas Soraya.

"You dah gila ke Soraya. Ni anak you yang sah. Kenapa you nak gugurkan kandungan ni?" Haura sangat marah apabila Soraya menyatakan hasratnya itu.


"Sebenarnya I dah minta cerai dengan Syahmi. I nak pulangkan dia pada you." ujar Soraya . Sekali lagi air mata mengalir dipipinya.


"You ingat I ni macam you ke? Merampas dan memusnahkan kebahagiaan orang lain?" agak kasar Haura membidas kata-kata Soraya. Wanita itu tidak bersuara.


"I tak nak jadi punca you lakukan dosa yang besar macam ni." tambah Haura lagi.

"Tapi....."


"Kalau you tak kahwin dengan Syahmi sekalipun I memang dah tak akan terima dia dalam hidup I. Apatah lagi sekarang ni korang berdua dah kahwin. Apa hak I untuk runtuhkan rumahtangga korang?" ujar Haura.


"Tipu la kalau I cakap I tak sedih dengan berita ni. Dia tunang I kot. 3 tahun I tunggu dia lamar I, tup-tup you orang yang dia pilih untuk dijadikan isteri."


"Hidup la bahagia dengan dia dan jagalah amanah yang Allah bagi ni sebaik mungkin. Anggaplah ini hukuman buat korang berdua atas apa yang telah korang lakukan pada I. Demi Allah I reda dengan semua ni. Hati I yang hancur ni biar masa je yang menyembuhkannya." tutur Haura sebelum meninggalkan Soraya sendirian di katil. Air matanya makin laju mengalir.

Haura menghela keluh yang panjang setelah usai menceritakan detik pertemuannya dengan Soraya kepada Mona. Mulut Mona ternganga dan matanya pula terbeliak mendengar cerita yang panjang lebar dari sahabatnya itu.


"So maknanya masa Syahmi kantoi dengan kau masa dekat hotel tu dia dah kahwin? Dan perempuan yang dia bermesra-mesra tu isteri dia yang sah?" soal Mona separa percaya. Haura menganggukkan kepalanya.


"Lepas tu aku terus tukar nombor telefon dan tempat kerja sebab hari-hari Syahmi datang cari aku. Aku dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia. Tup-tup beberapa hari sebelum majlis di rumah Puan Sri Normah kita orang bertemu semula." balas Haura.


"Kecil betul Malaysia ni. Bukan jumpa biasa-biasa pulak tu tapi sebagai cucu menantu kepada bos kau." tutur Mona.

"Itulah pasal. Aku ingatkan kisah aku dengan dia dah tamat." Haura cuba berseloroh.


"Sebenarnya dah lama aku tahu pasal hubungan dia tu."


"What?"


"Maksud aku, dah ramai kawan-kawan aku bagitahu yang dia orang nampak Syahmi dengan perempuan lain tapi aku yang tak nak percaya. Sebab aku terlalu yakin yang Syahmi setia dengan aku seorang je. Dan aku juga tak persoalkan tentang perkara tu pada dia." ujar Haura panjang lebar.


"Kerana aku yang terlalu cintakan Syahmi, aku sanggup butakan mata dan hati aku untuk terima kenyataan tersebut." tambahnya lagi.


"Tapi akhirnya kau yang merana lebih. Dia dah pun bahagia dengan hidup dia." pintas Mona menyambung kata-kata Haura itu. Haura hanya tersenyum tawar.


"Jujur dengan aku Haura. Kau masih ada hati lagi ke dengan Syahmi? Aku tahu selama 2 tahun ni kau tak pernah buang dia hari hati kau. Kau masih menunggu kehadiran dia ke?" pertanyaan Mona itu seolah-olah telah memberi tamparan yang hebat kepada Haura.

Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Jiwanya bergelora. Dia sendiri tidak pasti dengan dirinya. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Adakah Syahmi yang pernah bertakhta di hatinya pada suatu masa dahulu masih lagi kekal berada di situ? Haura sendiri tidak pasti.

*****

Awal pagi lagi Haura sudah tiba di pejabat. Dia membersihkan bilik dan juga mengemas meja Mikael. Sedang dia membuang habuk di atas meja Mikael dia ternampak ada satu laci yang tidak tertutup dengan rapat. Dia melihat ada beberapa botol ubat di dalamnya.


"Botol apa pulak ni? Bukan main banyak lagi." bisik hati Haura. Tangannya mula gatal untuk mengambil botol tersebut. Dia memandang sekeliling sebelum menarik luas pintu laci itu. Namun belum sempat dia mencapai botol ubat tersebut Mikael mula melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.


"Kau buat apa dekat meja aku?" soal Mikael. Langkahnya terhenti seketika. Haura amat terkejut dan mulai cemas. Dia risau jika kelakuannya tadi telah dilihat oleh Mikael.


"S-saya kemaskan meja awak ni sikit. Berselerak sangat sakit mata saya tengok. Sama macam saya tengok awak." balas Haura tergagap-gagap. Mikael memandang Haura dengan pandangan yang tidak puas hati.


"Dah pergi dari situ. Aku tak suka bila ada orang sentuh meja aku. Walau berselerak macam mana sekalipun kau jangan pandai-pandai nak kemaskan." balas Mikael kasar. Dia kemudian berjalan menuju ke mejanya. Haura pula mengambil tempat di kerusinya.


"Eiii... Pagi-pagi lagi dah emo. Datang bulan ke mamat ni?" bebel Haura sendirian.


"Ha! Orang cakap ni menjawab. Buat ajelah kerja kau tu. Sibuk nak buat kerja yang orang tak suruh." balas Mikael apabila dia melihat mulut Haura terkumat kamit sambil menjeling ke arahnya.


"Alamak! Kantoi la pulak." bisik hati Haura. Dia tidak menghiraukan teguran itu malah dia sengaja menjeling tajam ke arah lelaki itu. Mikael sekadar menggelengkan kepalanya dengan perangai Haura itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience