BAB 102

Drama Completed 919597

Sudah seminggu Mikael tidak sedarkan diri. Datin Norlie sangat bimbang melihat keadaan anaknya itu lebih-lebih lagi apabila doktor memberitahu tiada sebarang tanda untuk lelaki itu sedarkan diri.

Kebetulan pada hari tersebut Puan Sri Normah turut berada di hospital, melawat cucunya itu. Haura yang sudah memikirkan perkara tersebut beberapa hari cuba mengutarakan pendapatnya.

"Nenek, aunty, sebenarnya Haura ada sesuatu nak bagitahu."

"Apa dia?"

Haura melirik ke arah lelaki yang sedang terbaring kaku di atas katil. Keluh pendek dihela.

"Bukan dekat sini. Apa kata nanti esok Haura pergi ke rumah. Kita bincang dekat sana. Penting." Ujar Haura serius. Datin Norlie dan Puan Sri Normah saling berpandangan dengan wajah yang pelik.

*****

Datin Norlie menyambut kedatangan Haura bersama ibu bapa serta neneknya. Haura menolak Datin Safiah yang berkerusi roda.

Puan Sri Normah memandang Datin Safiah dengan penuh tanda tanya. Keningnya diangkat sedikit. Datin Safiah sekadar mengangkat bahu.

"Apa yang penting sangat kamu nak bagitahu tu?" Datin Norlie membuka bicara. Agak pelik bila orang tua Haura turut hadir pada hari tersebut.

"Sebelum tu saya nak minta maaf kalau kedatangan kami ni agak mengejut." Ujar Encik Zamzuri penuh adab. Dato' Rizal mengangguk sambil tersenyum. Masih menantikan tujuan sebenar kedatangan mereka.

"Sebenarnya kami datang ni untuk melamar anak dato' dan datin untuk puteri kami ni."

Hampir terbeliak biji mata Datin Norlie mendengar perkara itu. Semua agak terkejut. Mana tidaknya tiba-tiba sahaja pihak perempuan yang datang meminang pihak lelaki. Belum pernah lagi terjadi dalam kalangan ahli keluarganya.

"Kami tahu sebelum ni Haura dah pernah putuskan tali pertunangan. Kali ini kami datang untuk sambung kembali ikatan yang telah terputus tu." Tambah Encik Zamzuri lagi.

Dato' Rizal menoleh ke arah isterinya. Kening diangkat sedikit. Untuk seketika mereka terdiam.

"Saya setuju!" Balas Datin Norlie menerima pinangan tersebut. Dato' Rizal dan Puan Sri Normah turut mengangguk setuju. Seluruh ahli keluarga Haura melepaskan nafas lega.

Mereka sebenarnya memang sudah merancang untuk nikahkan mereka berdua selepas Mikael sedar. Tak sangka pula pihak Haura lebih pantas bertindak.

"Haura dapat rasa yang Mikael akan tinggalkan saya lepas dia bangun nanti." Tutur Haura secara tiba-tiba. Kesemua mata tertumpu kepadanya.

"Jadi Haura dah siapkan satu rancangan untuk pastikan kami selamat melangsungkan perkahwinan. Dan semua tu perlukan bantuan dari semua orang yang ada dekat sini." Tambahnya lagi. Dia tersengih menampakkan sebaris giginya yang rapi.

Kali ini bukan sahaja keluarga Mikael malah ibu bapanya sendiri terkejut. Tidak tahu-menahu dengan rancangannya itu.

Dengan penuh semangat Haura mula memberitahu mereka semua tentang rancangan tersebut. Bermula dari saat Mikael ingin menjauhkan diri darinya.

Jika benar lelaki itu akan cuba menjauhkan diri bermakna dia harus mengalah. Setelah itu barulah mereka akan berbincang tentang tarikh nikah yang sebenar. Untuk provoke lelaki itu Haura akan menghantar kad undangan kononnya dia akan berkahwin dengan pilihan keluarga.

"Kalau Mika tak termakan umpan tu macam mana?" Soal Puan Sri Normah. Haura tersenyum.

"Rasanya semua orang tahu macam mana perangai dia, kan. Bukan mudah untuk dia lupakan sesuatu dalam masa yang singkat lebih-lebih berkaitan hal yang macam ni. Dia akan lebih memikirkan soal orang lain berbanding diri dia sendiri. Sebab tu Haura dapat rasakan yang dia akan cuba jauhkan diri dari Haura sebab insiden hari tu."

"Jadi bila dia tahu yang Haura akan kahwin dengan orang lain mesti dia akan terkesan." Datin Norlie cuba mengagak.

"Betul!" Balas Haura bersemangat.

"Bila dia dah termakan umpan tu semua orang akan mula lakukan bahagian masing-masing. Kena berlakonlah sikit sampai dia rasa dia perlu lupakan Haura sepenuhnya."

"Kahwin?" Dato' Rizal cuba meneka. Haura mengangguk.

"Dia akan minta kami carikan jodoh untuk dia supaya dia boleh lupakan kenangan lama. Orang baru, memori baru." Tambah Datin Norlie pula.

"Bila semua tu dah berlaku barulah kita teruskan dengan majlis yang sebenar."

*****

"Macam itulah ceritanya. Lebih kurang." Ujar Haura selepas menceritakan bagaimana dia telah menjerat suaminya masuk ke dalam perangkapnya. Jemari lelaki itu digenggamnya erat.

Suasana pada petang itu sangat mendamaikan. Haura dan Mikael berjalan di gigi air sambil berpimpin tangan.

"Macam mana kalau saya tak setuju masa nak kahwin hari tu. Yelah mesti saya rasa tertipu, kan."

Haura menghentikan langkah apabila soalan tersebut diajukan kepadanya. Mikael yang maju selangkah di hadapan turut terhenti. Dia kemudian menoleh ke arah isterinya itu. Haura menarik muka masam. Genggaman tangan juga dilepaskan.

"Kenapa? Awak memang tak sudi ke kahwin dengan saya? Awak rasa terpaksa ke?" Rajuknya manja. Mikael mula rasa serba-salah. Tidak berniat untuk buat wanita itu salah faham dengan pertanyaannya. Tangan Haura segera dicapai lantas memujuk.

"Bukan macam itulah sayang. Saya ikhlas berkahwin dengan awak. Bukan setakat itu je, saya rasa bersyukur sangat bila tahu awak adalah pengantin perempuan saya. Hanya Allah je yang tahu betapa gembiranya saya masa tu." Pujuk Mikael. Kedua belah pipi wanita itu dipegang lalu diusap perlahan-lahan. Rambutnya yang menari-nari dek tiupan angin laut dirapikan ke belakang telinga. Haura tersenyum simpul.

"Saya minta maaf sebab dah lukakan hati awak. Saya minta maaf sebab tak berjuang untuk pertahankan cinta kita. Saya pengecut." Tutur Mikael perlahan. Dia kecewa dengan dirinya sendiri.

"Terima kasih sentiasa ada di sisi saya dan percaya dengan kekuatan cinta kita."

"Jika kita sudah ditakdirkan untuk bersama, sejauh mana awak lari kita tetap akan bersatu. Sebelum awak lari lebih jauh saya tangkaplah awak dulu." Haura berseloroh. Perkara itu mengundang tawa besar Mikael.

Tubuh wanita itu dipeluknya erat. Haura membalas pelukan dengan merangkul pinggang suaminya itu kembali.

"I love you so much, sayang." Bisik Mikael perlahan.

"I love you too." balas Haura sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience