BAB 66

Drama Completed 919161

Haura telentang di atas katil. Fikirannya buntu. Dia tidak tahu bagaimana harus dia jelaskan kepada Mikael tentang kejadian tadi. Telefon bimbitnya ditenung lama.


"Nak call ke tak eh? Kalau aku call nak cakap apa pula nanti. Tapi kalau aku tak call masalah besar pula yang menanti. Ishh... Apa aku nak buat ni."

Selepas keluar makan tengah hari Mikael sudah tidak kembali lagi ke pejabat. Hampir ke malam Haura menunggunya namun kelibat lelaki itu tetap tidak kunjung tiba.


"Ah! Lantaklah apa yang nak jadi pun. Janji aku dah bagitahu semua pada dia." tutur Haura tegas. Dia kemudian mendail nombor Mikael.

Trut! Trut!

Panggilan yang pertama tidak dijawab oleh lelaki itu. Begitu juga dengan panggilan yang kedua. Namun Haura tidak berputus asa. Terus menerus dia menelefon lelaki itu akhirnya dia berjaya.


"Err hello. A-awak sibuk ke? Kenapa tak angkat call." tanya Haura sedikit gagap. Dia sebenarnya terkejut apabila Mikael menjawab panggilannya itu.


"Ada apa kau call aku ni? Nak explain pasal siang tadi? Tak payah kot." balas Mikael dingin.

Haura menarik nafas yang dalam. Inilah cabaran yang dia perlu hadapi setiap kali ada perselisihan faham antara dia dan juga lelaki itu. Sungguh sukar untuk dia menjelaskan segalanya.

"Suka atau tak, awak tetap kena dengar penjelasan dari saya. Kalau tak sampai ke sudah kita akan macam ni." ujar Haura lagi.


"Kalau tak ada benda lain yang kau nak bagitahu aku baik kau pergi tidur ajelah."

Seraya mengunggapkan kata-kata itu Mikael menamatkan panggilannya. Haura terpinga-pinga. Adakah dia baru sahaja dipalau oleh lelaki itu. Haura menghela keluh yang panjang.

Dengan rasa geram yang mula menyelubungi diri Haura menaip sesuatu di telefonnya bimbitnya.


"Saya tunggu awak di bus stand dekat rumah saya. Saya akan tunggu sampai awak datang." - Haura

Selepas mengirimkan mesej tersebut kepada Mikael, Haura segera bersiap. Cardigan paras lutut disarungkan ke tubuhnya. Setelah mengunci pintu pagar rumahnya Haura segera berjalan sendirian menuju ke hentian bas yang dimaksudkan itu.

Sudah hampir 15 minit Haura berdiri di situ namun bayang Mikael masih lagi tidak kelihatan. Jam di tangannya telah menunjukkan pukul 10.25 minit malam. Sepanjang dia berada di situ sudah berapa kali lelaki datang menegurnya. Tetapi dipalau oleh Haura.

Mujur juga masih terdapat banyak kereta yang lalu lalang di situ. Tidak kurang juga orang yang baru pulang dari kerja dengan menaiki kenderaan awam tersebut. Sekurang-kurangnya dia rasa lebih selamat.

Namun masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa Haura sedar jam sudah mulai menjengah jam 11 malam. Mikael tetap juga tidak munculkan diri.


"Dah dekat sejam aku tunggu ni batang hidung dia pun tak nampak lagi. Mungkin dia memang taknak jumpa dengan aku kot." ujar Haura perlahan berbaur kecewa.

Dia berdiri sambil berpeluk tubuh dek kedinginan angin malam. Sesekali dia memerhatikan kereta yang lalu lalang sambil mengharapkan kereta Mikael datang menghampiri. Namun hampa. Semakin lama keadaan di sekitar itu menjadi semakin sunyi.

Haura mula rasa seram sejuk. Bukan hantu yang dia takut tetapi kerana ada mata yang sedang memerhati. Dari paras rupa yang tidak terurus berkemungkinan besar dia seorang gelandangan atau pun 'mat pet'.


"Apahal pula mamat tu usha aku macam tu. Seram siot." bisik hatinya sendiri.


"Dahlah Haura, baik kau balik je. Memang dia dah tak akan datang. Sia-sia je kau tunggu dia dekat sini. Macam kau tak kenal pula mamat tu macam mana." tutur Haura sendirian. Dia mengeluh.

Dengan rasa kecewa yang terbuku di dada, Haura berjalan meninggalkan hentian bas tersebut. Dia dapat rasakan dirinya telah diekori. Hatinya mula tidak senang.

Haura mula menapak laju. Semakin besar langkah yang diambil, semakin laju jua lelaki itu mengejarnya. Merasakan dirinya di dalam bahaya Haura berlari sekuat hati. Namun nasibnya kurang baik apabila lelaki tersebut berjaya mendapatkannya.


"Kau nak apa hah? Dah tak ada kerja lain ke?" soal Haura lantang. Namun lelaki itu hanya tertawa mendengar kata-kata Haura itu.


"Uih, garangnya. I like.." balas lelaki itu sambil tersengih. Wajahnya yang kuyu serta pergerakkan yang terhuyung-hayang menunjukkan lelaki itu dalam keadaan separa sedar. Erti kata lain, khayal.


"Dasar orang gila!" balas Haura sebelum berlalu pergi. Namun lelaki itu telah bertindak menarik Haura ke dalam dakapannya.

Secara spontan juga tubuh Haura memberikan tindak balas dengan membuka langkah seni mempertahankan diri yang telah lama tidak dipraktikkan.

Gedebuk!

Setelah bergelut untuk beberapa ketika, lelaki itu jatuh terhumban ke lantai. Haura mengambil kesempatan itu untuk melarikan dirinya. Malang tidak berbau apabila Haura tersilap langkah sehingga kakinya terpelecok lalu dia jatuh terduduk ke lantai.

Lelaki itu datang menghampiri sambil tertawa. Haura cuba untuk bangun namun kakinya terlalu sakit untuk digerakkan. Lelaki itu makin mendekat. Di usap rambut Haura perlahan. Di hidunya dengan penuh syahwat. Haura mengatup matanya rapat.

Puk!

Satu pukulan hinggap di wajah lelaki itu. Haura membuka matanya selepas mendengar lelaki itu mengaduh kesakitan. Dengan wajah yang bengis Mikael mengarahkan lelaki itu untuk segera beredar. Dia kemudian berpaling memandang Haura yang terjelepok di lantai.


"Apa masalah kau? Kau nak apa sebenarnya dari aku?" marah Mikael kepada Haura. Dadanya turun naik dengan laju. Peluh jantan terbit di dahinya. Haura terdiam. Dia tidak dapat membidas kata-kata tersebut.


"Telefon kau mana? Berpuluh kali aku call kau sekali pun tak angkat. Aku dah macam orang gila cari kau." Ujar Mikael lagi. Haura segera menggagau kocek cardigannya namun telefonnya tiada di situ.


"S-sorry, telefon saya tertinggal dekat rumah." ucap Haura bersalah. Tangannya masih lagi memicit kakinya yang mula kemerahan itu.


"Tak cukup ke kau dah gantung perasaan aku. Sekarang ni kau nak tambah pula dengan siksa jiwa aku?" Mikael benar-benar melepaskan rasa marahnya.

Marah bukan kerana benci tetapi marah kerana terlalu sayang. Dia benar-benar risau akan wanita itu.


"Siksa? Jadi awak rasa setiap perbuatan saya ni hanya satu penyiksaan buat awak?" balas Haura sedikit terkilan. Hatinya mulai sebak.

Haura gagahkan diri untuk berdiri namun tidak berdaya. Kakinya terlalu sakit, tapi tidak sesakit hati perempuannya itu. Mikael cuba membantu tetapi telah ditepis kasar oleh wanita itu. Hati Haura benar-benar telah terluka.


"Saya berdiri macam orang bodoh tunggu awak dekat bus stand tu dan awak cakap saya siksa awak? Kalau saya tahu macam ni sikap awak saya tak akan panggil awak datang ke sini. Saya pun tak hadap pertolongan awak tadi." menggigil tangan Haura menahan rasa.

Getaran pada setiap bait kata Haura itu menusuk hatinya. Mikael mengetap bibir. Dirinya mula diselubungi rasa bersalah kerana telah melepaskan amarahnya secara membuta tuli.

Haura kemudian memberitahu Mikael bahawa Dazrin telah meluahkan perasaannya pada Haura. Lelaki itu turut melamar Haura untuk menjadi kekasihnya.

Mikael terdiam. Memang benar sangkaannya. Sepupunya itu juga menyimpan perasaan yang sama terhadap Haura. Mikael mula merasakan dirinya telah tewas dalam perjuangan tersebut.

Haura sedikit kecewa. Dia mengharapkan lelaki itu akan mengajukan bermacam-macam soalan kepadanya. Tetapi Mikael hanya diam seribu bahasa.


"Aku hantar kau ke klinik." ujar Mikael sambil mendukung Haura menuju ke hentian bas. Haura menggelupur minta dilepaskan. Mikael menjeling.


"Boleh tak kali ni je kau dengar cakap aku?" sungguh tajam kata yang diucapkan oleh lelaki itu. Haura menurut perintah.

Usai mendapatkan rawatan, sekali lagi Mikael mereka menaiki teksi untuk ke rumah Haura. Berkali-kali Haura memberitahu bahawa dia boleh meminta Mona mengambilnya namun ditolak oleh Mikael. Haura benar-benar bingung.


"Awak taknak tanya ke apa jawapan yang saya bagi pada Dazrin?" tanya Haura setelah mengunci pintu pagar rumahnya.

Mikael menggelengkan kepalanya. Dia memberitahu bahawa itu ada hal peribadi yang tidak harus dia masuk campur. Hati Haura benar-benar kecewa. Dia kemudian berlalu meninggalkan lelaki itu.

Setelah kelibat Haura hilang dari pandangan, Mikael mengeluh lemah. Jiwanya terasa kosong. Berita yang disampaikan oleh wanita itu benar-benar menyentap jiwanya. Tiba-tiba telefonnya berdering. Mikael berpaling ke belakang apabila nama Haura terpapar di skrin.


"Masa awak cakap awak dah jatuh hati pada saya, saya happy sangat. Sampai saya tolak lamaran Dazrin."

Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Haura setelah Mikael menjawab panggilannya. Mikael terkesiap. Dia diam tidak berkutik.


"Saya tolak sebab saya dah mula ada rasa sayang pada awak. Walaupun awak dah banyak kali sakitkan hati saya tapi perasaan saya tetap tidak berubah malah makin kuat." ujar Haura.

"Awak ada bagitahu kalau kita berdepan dengan orang yang istimewa dalam hidup kita, jantung akan bagi tindak balas yang luar biasa. Ya betul. Setiap kali saya nampak awak, saya tatap wajah awak, saya dengar suara awak jantung saya ni rasa macam nak pecah." luahnya lagi sebelum diam duat seketika.


"Saya tak tahu bila perasaan ni hadir. Tapi saya betul-betul cintakan awak. Tapi sekarang saya keliru sama ada tepat atau tidak keputusan yang saya dah buat tu. Sebab saya tak dapat rasa keikhlasan kasih sayang awak tu pada saya. Saya rasa macam tertipu."

Luahan Haura itu benar-benar buat Mikael rasa tak keruan. Cinta yang disangkakan hanya bertepuk sebelah tangan ternyata berbalas.


"Kenapa kau tak bagitahu aku tadi?"


"Saya yang taknak bagitahu atau awak yang taknak dengar? Awak tak pernah bagi saya peluang untuk explain semuanya pada awak." balas Haura.


"Aku ingat kau akan pilih Dazrin. Yelah dia selalu layan kau dengan baik. Tak macam aku yang tak habis sakitkan hati kau je."


"Sejujurnya, saya benar-benar kecewa dengan awak. Rasa diri ni bodoh sangat sebab dah jatuh hati pada awak." ucap Haura seraya menamatkan panggilan.

*****

Mona tiba di hadapan rumah Haura. Dia melihat Mikael sedang berdiri di luar kereta seolah-olah sedang menunggu seseorang.


"Mikael? Buat apa dekat sini?" tanya Mona. Namun belum sempat Mikael menjawab Haura telah menjerit memanggil sahabatnya itu.


"Mona tolong aku kejap." laung Haura sambil membaling kunci rumahnya.

Setelah membuka pintu pagar Mona segera mendapatkan Haura yang kelihatan sukar untuk berjalan. Dia begitu risau melihat keadaan sahabatnya itu.


"Kenapa dengan kaki kau tu?"


"Jatuh. Aku dah pergi klinik semalam." ujar Haura sambil menjeling ke arah Mikael yang berada di luar pagar.


"Weh, apa mamat tu buat dekat sini pagi-pagi buta ni?" tanya Mona perlahan. Haura hanya menjawab tidak tahu.

Niatnya untuk mengorek rahsia terbantut apabila dibalas kelat oleh Haura. Mona berkerut.

Tiba di luar pagar, Mona meminta Mikael membantunya untuk memapah Haura sementara dia mengunci pintu pagar. Ketika Mikael menghulurkan tangannya Haura telah menepis kasar tangan lelaki tersebut. Dia tidak mahu disentuh lelaki itu.


"Ishhh... Tak payahlah nak pegang-pegang orang." ujar Haura. Rasa kecewa pada lelaki itu masih belum hilang sepenuhnya.


"Aku nak tolong kau je. Kaki kau tu kan tak elok lagi." balas Mikael sambil memandang kaki Haura yang berbalut itu.


"Tak payah. Saya tak perlukan bantuan dari awak pun." balas Haura sedikit kasar.

Mikael tahu wanita itu masih berasa marah akan dirinya. Berkali-kali dia cuba memujuk namun Haura tetap tidak menghiraukannya. Mona hanya memerhati dari ekor mata.


"Lain macam pula aku tengok budak dua orang. Seorang acah-acah merajuk, seorang lagi nak memujuk, kononnya." bisik Mona di dalam hati. Dia tersenyum geli hati.


"Lambat lagi ke Mona? Aku dah lambat ni." soal Haura.


"Kejap, dah nak siap ni. Tak menyempat la kau ni Haura." balas Mona sambil tergopoh-gapah memasang mangga di pagar.

Dia kemudian mendekati Haura dan Mikael. Keadaan sedikit tegang. Mona cuba mengukirkan senyuman meskipun kelihatan janggal.


"So, macam mana sekarang ni? Dah habis bincang?" Mona bertanya kepada dua insan yang saling membalas jelingan hadapannya itu. Mikael terdiam. Haura pula terkedu.

"B-bincang apa pula kau ni." balas Haura gagap.

Dia masih belum bagitahu pada Mona akan kejadian semalam. Tambahan pula dia risau akan ditarbiahkan oleh sahabatnya itu kerana sudah banyak kali Mona memberi amaran supaya jauhkan diri dari Mikael.


"Tak adalah. Aku tengok korang berdua ni macam ada sesuatu yang nak dibincangkan. Sebab tu aku tanya."


"Mengarutlah. Dah jom hantar aku ke office. Dah lambat ni. Nanti bising pula bos aku nanti." perli Haura. Tangan Mona ditarik. Mikael berkerut.


"Tak apa Mona. Biar aku je yang bawa dia pergi office." balas Mikael cuba leraikan pegangan Haura itu.


"Tak payahlah. Saya pergi dengan Mona je." tepis Haura untuk kesekian kalinya.

Mona mula naik pening dengan perangai mereka berdua ni. Masing-masing degil. Dua-dua taknak mengalah.


"Apa benda korang ni. Gaduh macam budak-budak. Tak malu ke kalau jiran tengok." ujar Mona sambil menggelengkan kepalanya.


"Kau ni pun satu, pagi-pagi buta dah emo tak tentu pasal. Aku bagi kau masa 5 minit untuk settlekan masalah korang. Lepas 5 minit kau tak datang juga aku terus gerak." tambah Mona lagi. Dia segera meninggalkan Mikael dan Haura sendirian. Haura melemparkan jelingan yang tajam buat Mikael.

Dari dalam kereta Mona mencuri pandang gelagat mereka berdua dari cermin sisi. Setelah beberapa minit berlalu Haura kemudian datang lalu masuk ke dalam kereta Mona. Pintu kereta di tarik kasar.

"Nak marah pergi ketuk dia. Jangan lepaskan geram kau tu dekat baby aku ni." Mona berseloroh. Haura berdengus.


"Eii, tak boleh bawa bergurau la kau ni." Mona kemudian memecut laju keretanya apabila di arah oleh Haura.

*****

Mikael terjenguk-jenguk ke arah pintu biliknya. Fikirannya terganggu. Dia tidak dapat fokus dalam melakukan kerjanya. Sudah hampir 3 jam dia duduk di biliknya itu tapi baru sekali Haura datang bertemu dengannya. Itupun tak sampai 5 minit.

Mikael makin buntu fikirkan cara untuk memujuk wanita itu. Selama ini Haura yang sentiasa cuba menjernihkan keadaan apabila berlaku perselisihan faham. Namun kali ini dia pula yang terpaksa memerah otak memikirkan cara untuk menambat kembali hati wanita itu.

Knock! Knock!

Pintu bilik Mikael diketuk. Dengan pantas dia menjawab. Wajahnya kelihatan begitu teruja.


"Kau free tak Mika?" sapa Dazrin di sebalik pintu.

Sinar diwajahnya tadi serta-merta hilang. Lain diharapkan lain pula yang datang. Dazrin dengan lemah duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut.


"Apahal kau ni? Muram semacam je aku tengok." tanya Mikael. Dazrin mengeluh.


"Aku baru lepas kena reject. Serius aku frust gila." balas Dazrin lemau. Mikael tersenyum nipis.

Mikael berpura-pura tidak tahu mengenai perkara tersebut. Padahal dialah punca kenapa lamaran lelaki itu ditolak. Tanpa berselindung Dazrin meluahkan segala rasa kecewanya kepada Mikael. Namun identiti wanita tersebut tetap menjadi rahsia.

Setelah meluahkan segalanya barulah jiwa Dazrin terasa tenang. Sebelum keluar sempat dia meninggalkan pesan bahawa ada mesyuarat penting bakal diadakan pada jam 3 petang nanti. Arahan Dato' Zubir serta Puan Sri Normah. Mikael mengangguk.

Usai Dazrin keluar Mikael segera menekan menekan papan kekunci komputer yang berada di depannya.


"Cara pujuk perempuan merajuk paling berkesan."

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-10-11 20:40:10 

hahahaha.. akhirnya berani jg Mikael mluahkan perasaannya.. tapi ego tu mmg tk boleh buat bincang.. semoga mereka dpt bersama.. hihihihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience