BAB 64

Drama Completed 919161

Angin bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, ditambah seri dengan bunyi kicauan burung membuatkan suasana pada petang itu sungguh damai.

Haura terkebil-kebil apabila mendengar ucapan kata maaf yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia menyangkakan dirinya itu sudah tidak mungkin akan berbaik semula dengan lelaki yang bernama Luth Mikael.

          "Memang awak dah sakitkan hati saya. Bukan sikit tau tapi banyak sangat. Awak ingat senang-senang je ke saya nak maafkan awak." balas Haura separa merajuk.

          "Aku sendiri tak tahu kenapa aku buat kau macam tu. Fikiran aku bercelaru. Setiap kali aku tengok kau, dengar suara kau, aku rasa......"

Mikael cuba meluahkan rasa hatinya namun terhenti disekerat jalan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk dia menyampaikan isi hatinya itu kepada Haura. Dia sendiri bingung dengan perasaan itu.

Haura menanti dengan penuh teruja apakah yang bakal disampaikan oleh lelaki itu. Namun penantiannya itu sia-sia apabila Mikael terus berdiam diri.

          "Saya call awak banyak kali tau. Tapi sekali pun awak tak jawab. Mesej saya satu pun awak tak balas. Saya ingat awak dah bencikan saya." balas Haura.

          "Tak, aku tak pernah benci kau. Aku cuma...."

          "Haura!"

Sekali lagi kata-kata Mikael terputus di tengah jalan. Hadir sosok seorang lelaki dari arah belakang Haura menyeru nama wanita itu. Serentak dengan itu Haura menoleh ke arah suara tersebut.

Tubuh Haura berubah menjadi kaku. Matanya terbuntang luas apabila melihat sosok lelaki yang mula menapak menghampirinya. Mikael berasa tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.


"Ish! Spoil betul la dia ni. Tapi siapa dia?" tutur Mikael di dalam hati. Matanya cerlung merenung lelaki yang telah pun berdiri di hadapan Haura.

          "Jannatul Haura. Tak sangka saya akan jumpa awak dekat sini." tegur lelaki tersebut.

          "E-Encik Badrul....." perlahan nama itu keluar dari mulut Haura. Lelaki itu tersenyum memandang Haura.

          "Dah lama kita tak berjumpa, kan? Lepas awak resign hari tu saya terus tak dapat jejak awak. Mana awak pergi?" ujar Badrul. Sempat dia melirik ke arah Mikael buat seketika.

Tangan Haura mula menggigil. Tubuhnya juga terasa kaku. Peristiwa gelap yang menimpa dirinya kembali bermain di kaca fikiran. Haura mula mengetap bibir.

Badrul kemudian menapak selangkah demi selangkah mendekati wanita itu. Semakin hampir lelaki itu dengan dirinya, Haura pula melangkah beberapa tapak ke belakang dek rasa takut yang mula menyelubungi dirinya.

Mikael rasa tidak sedap hati. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat wanita di hadapannya itu seperti di dalam ketakutan. Tingkah laku Badrul juga sangat meragukan baginya. Tanpa berfikir panjang Mikael terus mara ke hadapan. Tangan Haura dicapai lalu dia menarik wanita itu ke belakang.

Haura kaget. Jantungnya seolah-olah terhenti buat seketika. Haura memandang Mikael yang sedang merenung tajam ke arah Badrul. Haura mengalihkan pula pandangan pada jemarinya yang sedang digenggam erat oleh lelaki itu.

          "Mikael......" bisik hatinya sebak. Detak jantungnya mula berirama kencang. Dia tidak pasti sama ada kerana dia terlalu gementar berdepan dengan Badrul ataupun kerana tindakan Mikael itu.

          "Siapa ni Haura?" soal Mikael tegas. Namun lidah Haura terlalu kelu untuk menjawab.

          "Badrul. Nama saya Badrul. Ex bos Haura." ujar Badrul selamba. Tangan dihulur untuk berjabat. Namun tidak disambut oleh Mikael.
 
          "Oh ex bos. So kau buat apa dekat sini?" tanya Mikael lagi.

          "Kerja. Tapi tak sangka pula boleh jumpa semula dengan bekas pekerja terbaik saya ni dekat sini." balas Badrul sambil melirik pada Haura. senyuman tidak lekang di wajahnya.

Haura menundukkan kepalanya dan berselindung di sebalik tubuh Mikael yang tegap itu. Jari jemari lelaki itu semakin erat digenggam. Mikael dapat rasakan bahawa lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu merupakan satu ancaman buat Haura. Mikael kemudian mengerling jam yang berada di tangannya.

          "Hari pun dah lewat ni. Kami gerak dulu. Jom Haura." ujar Mikael seraya menarik tangan Haura. Mereka berlalu meninggalkan Badrul sendirian di situ. Senyuman licik terbit di bibir lelaki itu saat matanya memerhatikan Mikael dan Haura yang semakin menjauh.

Mereka berdua tiba di resort tanpa kehadiran Budi. Lelaki itu telah memaklumkan kepada mereka bahawa dia terpaksa pulang kerana ada sedikit urusan yang tidak dapat di elak.

Satu demi satu langkah Mikael dituruti Haura. Sepanjang perjalanan satu patah kata pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Haura pula tidak mampu untuk mengungkapkan sebarang bicara.

Dari pandangan matanya, Mikael kelihatan begitu serius sehingga Haura takut untuk menyapa. Akan tetapi pegangan tangan mereka masih lagi kukuh bertaut.
 
          "Awak....." ujar Haura sambil menghentikan langkahnya. Perkara itu membuatkan Mikael terhenti dengan mengejut.

Haura kemudian memandang pada genggaman tangan mereka yang masih belum terlerai. Mikael turut melirik. Kemudian sepantas kilat Mikael melepaskan tangannya itu.


"A-aku minta maaf. Aku tak sengaja." ucap Mikael spontan. Haura menggelengkan kepala.


"Saya yang patut berterima kasih dengan awak sebab dah tolong saya tadi." balas Haura sambil tersenyum tawar.


"Siapa lelaki tu? Betul ke dia ex bos kau?" tanya Mikael inginkan kepastian. Namun tidak dijawab oleh Haura.


"Saya penat, saya nak rehat. Awak balik la ke bilik awak dulu."

Haura menukar topik. Mikael berkerut. Dia merasakan wanita itu sengaja mengelak untuk berbicara mengenai lelaki yang bernama Badrul itu.


"Aku hantar ke bilik." balas Mikael pendek.


"Eh tak apa. Saya boleh balik sendiri. Awak baliklah ke bilik awak."

Namun Mikael tetap berkeras untuk menghantar Haura sehingga ke depan pintu biliknya. Setelah beberapa kali menolak akhirnya Haura akur.

*****


"Berani perempuan tu tampar aku? Dia ingat dia siapa?" teriak Rissa di dalam biliknya. Habis barang di atas meja soleknya diselerakkan ke lantai.


"Kau tu PA Mikael je bukannya owner syarikat tu. Berlagak!” marahnya lagi.

Tidak cukup dengan menyelerakkan barangan di meja solek, dia membaling pula segala barangan yang dapat di capai oleh tangan serta kakinya. Diiringi pula dengan teriakkan yang sangat kuat.

Rissa Arianna berasa sungguh tertekan. Rancangannya untuk bertemu dengan Mikael di pejabat tidak kesampaian. Dia sebenarnya tidak dapat terima kenyataan bahawa lelaki itu ingin mengakhiri hubungan yang telah terbina antara mereka berdua.


"Mana kau pergi Mikael. Kau larikan diri dari aku ke? Kau memang nak cabar aku kan, Mikael." dengus Rissa sambil matanya cerlung memandang ke depan. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya pada ketika itu.


"Putus? Kau ingat semudah itu je ke aku nak lepaskan kau. Lepas apa yang aku dah buat untuk kau, macam tu je kau buang aku? No way!" tambahnya lagi sambil tertawa sinis.


"Aku akan hapuskan semua yang menjadi penghalang untuk aku mendapatkan kau. Meskipun orang itu mak bapak kau sendiri."

*****

Di bawah sinaran cahaya rembulan Haura berdiri sendirian di bawah pohon nyiur yang dilihat melambai-lambai akibat ditiup angin. Sesekali dia memeluk erat tubuhnya dek kedinginan angin malam.

Dia merenung jauh ke tengah laut. Sejak bertembung dengan Badrul pada petang tadi fikirannya sedikit terganggu. Masih segar terbayang diingatannya setiap perbuatan yang telah lelaki itu lakukan terhadap dirinya.

Tanpa dia sedar mutiara jernih jatuh mengalir dipipinya. Sesungguhnya kejadian itu telah memberi impak yang sangat buruk pada dirinya. Mikael yang sedang memerhati dari jauh perlahan-lahan mula menghampirinya.


"Buat apa dekat sini sorang-sorang?" tegur Mikael perlahan sambil mengambil tempat di sisi Haura.

Terkejut dengan kehadiran Mikael yang secara tiba-tiba itu, Haura memalingkan wajahnya membelakangi lelaki itu lalu menyeka air mata yang masih basah dipipinya.


"Saja nak hirup udara malam dekat sini. Awak pula buat apa dekat sini?" soal Haura kembali. Dia sedikit mendongak memandang ke arah lelaki itu.


"Samalah macam kau. Nak hirup udara malam." balas Mikael bersahaja. Dia sekadar memandang Haura dengan ekor matanya sahaja.

Untuk beberapa ketika mereka berdua saling mendiamkan diri. Memberi ruang pada diri masing-masing untuk menikmati keindahan malam itu. Hanya bunyian deruan angin malam serta ombak yang menghempas ke pantai yang mengisi kekosongan malam.


"Oh saya lupa nak bagitahu awak. Beberapa hari lepas ada perempuan call nombor office untuk bercakap dengan awak. Nampak macam urgent tapi itulah saya lupa pula nak tanya nama dia." ujar Haura membuka bicara.


"Perempuan? Call nombor office? Siapa? Rissa ke? Tak mungkinlah." hati Mikael mula tertanya-tanya.


"Dia ada tinggalkan apa-apa pesanan ke?" tanya Mikael.


"Tak ada pulak. Tapi mulut dia boleh tahan juga. Suka hati dia je nak sound saya. Padahal saya dah cakap awak tak ada dekat office." adu Haura kepada Mikael. Lelaki itu sekadar mendengar.


"Girlfriend awak ke?"

Seperti di tarik dengan magnet kepala Mikael terus berpusing ke arah Haura. Matanya terbuka luas dek terkejut mendengar pertanyaan dari Haura itu.


"Girlfriend? Kau buat lawak ke apa ni? Kau tahu aku tak ada girlfriend kan." balas Mikael sambil tertawa paksa. Kedengaran sungguh janggal tawanya itu.


"Tak adalah. Perempuan tu cakap dia call nombor personal awak berkali-kali tapi awak tak jawab pun. Kalau pasal kerja takkan sampai nak call sampai macam tu kan?" balas Haura panjang.


"Kau pun call aku banyak kali juga kan? So kau dikira sebagai girlfriend aku juga ke?" Mikael membalas kembali kenyataan Haura itu. Haura terdiam.


"B-bukan tu maksud saya." Haura tertunduk malu. Tergagap-gagap dia untuk membidas semula kata-kata Mikael itu.

Dup dap! Dup dap!

Muka Haura mula terasa hangat. Jantungnya juga sudah mula berdegup laju sehingga telinganya itu mampu mendengar setiap degupan itu.


"Tak rileks betul la jantung aku ni. Bukan main kuat lagi dia berdegup. Sikit-sikit dah la. Tak pasal-pasal mamat ni dengar pula. Nanti aku jadi bahan ejekan dia lagi." tutur hati Haura sendirian. Tangannya secara sembunyi mengusap dadanya itu. Matanya pula mencuri pandang laki itu.

Mikael tertawa kecil melihat telatah Haura itu. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan jiwa Mikael rasa lebih tenang. Sejujurnya Mikael tidak dapat membuang Haura dari fikirannya selepas melihat keadaan wanita itu pada petang tadi. Lelaki yang bernama Badrul itu sangat mengganggunya.

Di kala nama Badrul muncul di benak fikirannya, riak wajah Mikael terus berubah. Pada awalnya senyuman manis menghiasi wajah tampan lelaki itu terus lenyap dalam sekelip mata sahaja.


"Awak okay ke tak ni? Awak ada masalah ke?" tanya Haura setelah melihat perubahan Mikael itu. Mikael sekadar menganggukkan kepalanya.

Haura kemudian menghela nafas yang berat. Bukan kerana dia risaukan keadaan Mikael tetapi kerana ada sesuatu di hatinya yang masih belum terluah. Berbekalkan segala kekuatan yang ada Haura beranikan diri untuk bersuara. Kali ini dia berdiri tepat di hadapan Mikael.


"Saya ada benda nak bagitahu awak. Tapi awak kena janji yang awak akan dengar penjelasan saya ni sampai habis." ujar Haura sambil matanya merenung tepat ke mata Mikael.

Hatinya sedikit berdebar memikirkan apa yang bakal disampaikan oleh Haura nanti. Mikael tidak memberikan sebarang respon. Dia hanya memandang Haura dengan penuh tanda tanya.


"Awak ada dengar kan pasal saya keluar dinner dengan Dazrin hari tu?"

Bagai ditusuk dengan sembilu. Itulah gambaran betapa sakitnya hati Mikael ketika Haura mengungkit tentang perkara itu. Satu perasaan yang aneh mula menguasai diri Mikael.

Mikael terasa seperti ingin segera beredar dari situ. Dia seolah-olah sudah tidak berminat untuk terus mendengar penjelasan dari Haura. Namun kali ini di halang keras oleh wanita itu. Haura menarik tangan Mikael supaya terus berada di situ serta mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri.


"Mika please. Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni." rayu Haura sambil kedua belah tangannya memegang tangan Mikael.


"Saya mengaku yang saya memang keluar makan malam dengan Dazrin. Memang betul kami terserempak dengan Datin Noreen masa di restoran." ucap Haura satu persatu. Serentak dengan itu Mikael meloloskan tangannya dari pegangannya Haura.


"Tapi ada satu je yang tak betul. Gosip yang dah tersebar dekat office tu semuanya tak betul." tambah Haura lagi.


"Kenapa kau bagitahu aku semua ni? Kau sendiri pernah cakap yang aku tak ada hak untuk campur urusan peribadi kau kan." balas Mikael dengan suara yang sedikit bergetar. Dia sedang menahan satu rasa yang sedang berkecamuk di dalam dirinya.


"Er- Saya...... Suka hati saya lah. Naluri hati saya ni kuat suruh saya jelaskan semuanya pada awak. Supaya tak timbul salah faham antara kita nanti." balas Haura perlahan. Dia sebenarnya turut bingung dengan kelakuannya sendiri.


"Salah faham?" soal Mikael pendek. Haura mengangguk laju. Mikael kemudian melepaskan tawa kecil.


"Kenapa awak ketawa? Bukan ke punca sebenar awak jauhkan diri dari saya sebab gosip tu." Haura menebak. Mikael terdiam mendengar kata-kata wanita itu. Sekali lagi hatinya rasa tertusuk.

Untuk kesekian kalinya mereka berdua hilang kata untuk di bicarakan. Masing-masing hanya saling berbalas renungan. Sesekali mereka dipukul angin bayu yang bertiup menyebabkan dedaunan jatuh berterbangan di serata tempat.


"Boleh tak kalau kit......."

Belum sempat Mikael menghabiskan kata-katanya, Haura pantas memotong.


"Jap jangan gerak." ucap Haura pendek.

Haura mula mendekat lalu menjengketkan kakinya kerana lelaki di hadapannya itu mempunyai struktur tubuh yang tinggi lampai. Mata Mikael terbuntang. Jantungnya bagai ingin meledak di saat wajah Haura begitu hampir dengannya. Sesungguhnya jarak antara mereka berdua begitu dekat.

Haura menghulurkan tangannya. Mikael pantas memejam rapat kedua matanya di saat tangan Haura menyentuh rambutnya. Jantungnya juga semkain rancak berdegup.


"Ada daun dekat rambut awak." ujar Haura sambil menunjukkan daun tersebut kepada Mikael. Namun dia berkerut apabila melihat lelaki itu memejamkan mata.


"Awak....." Bahu Mikael dicuitnya perlahan. Mikael terkesiap.


"Kenapa dengan awak ni? Tiba-tiba je pejam mata. Takkan nampak hantu kot." tutur Haura sambil melihat sekelilingnya dengan cemas.


"A-apa yang kau dah buat." tutur Mikael perlahan. Hatinya benar-benar telah terusik.


"Mata saya rimas tengok benda ni tersangkut dekat rambut awak." balas Haura sambil menguntumkan senyuman buat Mikael. Daun itu campak ke tepi.

Tatkala itu tiba-tiba sahaja telefon bimbit Haura berdering. Nama Dazrin Ikhwan terpampang di skrin.


"Dazrin call. Kejap tau." ujar Haura ringkas.

Namun belum sempat Haura melangkah Mikael dengan pantas telah menyambar tangan wanita itu lalu menariknya rapat sehingga menyebabkan wajah Haura mendarat di dada Mikael buat seketika. Sepantas kilat Haura menjauh.


"Apa aku buat ni? Aku cemburu ke?" desis hati Mikael. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian.


"Mi-Mikael....." tutur Haura terkejut. Mata mereka saling bertentangan.


"Kau rasa tak apa yang aku rasa?" tanya Mikael seraya dengan perlahan meletakkan tangan Haura pada dadanya.


"R-rasa apa? S-saya tak rasa apa-apa pun." Haura cuba merentap tetapi tidak berjaya.


"Cuba rasa dan dengar. Orang bilang, jantung kita akan beri tindak balas yang luar biasa bila kita berdepan dengan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup kita." ujar Mikael lagi. Deringan telefon dari Dazrin itu bagai tidak kedengaran di telinga mereka berdua.


"A-apa maksud awak. Saya tak faham." Haura mula tidak tentu arah dengan kelakuan Mikael itu.


"A-aku..... A-aku rasa aku dah jatuh hati dengan kau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience