BAB 42

Drama Completed 919405

Suri dilihat berjalan keluar dari lif dan menuju ke mejanya. Juita yang ingin ke pantri berselisihan dengan Suri. Secara automatik langkahnya terhenti. Perlahan-lahan Juita berpaling ke arah Suri.


"Suri, mana kau pergi tadi? Puas aku cari kau tau. Aku call pun kau tak jawab." salah seorang rakan sekerja mereka menyapa Suri yang baru melabuhkan punggung je kerusi.

"Aku sakit perut tadi, tu yang menghilang sekejap." balas Suri sambil tersenyum.

Juita sedikit pelik dengan kelakuan Suri. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang telah terjadi kepada Suri kerana dia cukup kenal dengan perangai Suri yang sebenar. Juita kemudian meneruskan langkahnya menuju ke pantri. Dari jauh Suri memandang ke arah Juita yang perlahan-lahan menghilang dari pandangannya.

*****

Mikael dilihat sedang menelaah dokumen di mejanya. Sesekali dia menjeling ke arah Haura yang sedang khusyuk melakukan kerjanya. Lelaki itu tidak dapat menumpukan perhatiannya dalam melakukan kerja dek kehadiran Haura di dalam biliknya.

Pap!

Dengan kasar Mikael menutup fail yang ada di mejanya ketika itu. Dia kemudian bersandar pada kerusi sambil menutup matanya. Haura sangat terkejut dengan tindakan Mikael itu. Hampir tercampak pen yang dipegangnya ketika itu.


"Nasib baik tak gugur jantung aku." tutur Haura perlahan sambil mengusap dadanya yang berdegup kencang kerana terkejut. Dia kemudian memandang ke arah Mikael yang dilihat sedang berehat di kerusi.


"Tidur? Senang betul buat duit." bisik Haura di dalam hati. Dia memandang jam yang terpasang di tangan kirinya. Kemudian dia kembali memandang Mikael.


"Wah! Seronoknya jadi bos. Baru berapa minit masuk office dah boleh bersantai-santai." perli Haura kepada Mikael. Lelaki itu segera membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar sindiran dari Haura. Dia mengangkat tubuhnya lalu memandang ke arah Haura dengan pandangan yang tak puas hati.


"Mulut tu jaga sikit. Jangan sampai aku koyakkan mulut kau yang tak ada insuran tu." balas Mikael berbaur mengugut. Dia sungguh geram dengan perangai Haura yang gemar menyakitkan hatinya.

Haura mencelik luas matanya memandang Mikael seolah-olah melawan dan tidak takut dengan kata-kata lelaki itu. Mikael mengetapkan bibirnya menahan marah. Kedua belah tangannya yang diletak di atas meja digenggam kuat.

Tiba-tiba muncul satu idea di benak fikiran Mikael. Terbentuk satu senyuman nakal di bibirnya namun dengan cepat dia menyembunyikannya. Mikael kemudian membetulkan kedudukannya di kerusi lalu membuka kembali fail yang ada di mejanya.


"Buatkan aku kopi." arah Mikael pendek tanpa memandang ke arah Haura.

Haura yang sedang menyalin sesuatu di buku notanya berhenti menulis. Dia terus berpaling ke arah lelaki itu. Di renungnya kembali wajah Mikael tanpa sepatah kata pun yang terkeluar dari mulutnya.

Kerana tiada sebarang respon dari Haura Mikael berasa sedikit ralat. Dia mengalihkan pandangan matanya kepada Haura dan tidak semena-mena mereka berdua saling berbalas pandang. Renungan yang mendalam dari Haura membuatkan jantung Mikael berdegup dengan kencang. Dengan pantas dia mengalihkan pandangannya.


"A-apahal kau pandang aku macam tu? Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi?" ujar Mikael sedikit tergagap-gagap.

"Buatkan kopi untuk awak?" balas Haura selamba. Dia masih lagi memandang Mikael yang dilihat sudah tidak senang duduk di kerusinya.


"Dah tu, kau nak tunggu apa lagi? Pergi la buat sekarang." arah Mikael sekali lagi. Kali ini dia memandang wajah wanita itu.

Tanpa banyak songeh Haura terus bangkit dari kerusinya lalu berjalan keluar menuju ke pantri untuk membancuh kopi buat bos barunya itu.


"Aku dah agak dah. Mamat ni mesti akan minta aku buatkan air. Skill tu dah lapuk la. Dia ingat semudah tu ke dia nak buli aku. Ini Haura la." tutur Haura sendirian sambil berjalan menuju ke pantri. Senyuman nakal terukir lebar di bibirnya.

Tiba di hadapan pintu pantri langkah kaki Haura terhenti apabila melihat Suri sedang membancuh air. Senyuman diwajahnya turut lenyap. Dia menarik nafas yang dalam kemudian menghelanya perlahan-lahan. Dia mula menolak pintu pantri lalu melangkah masuk.

Suri segera berpaling apabila mendengar pintu bilik pantri ditolak. Apabila Haura orang yang dilihatnya dia segera mengalihkan pandangannya. Lagak gayanya itu seolah-olah dia tidak melihat sesiapa pun di situ. Haura sempat mengerling ke arah Suri yang tidak mengendahkan kehadirannya itu.


"Eh! Dah buang tabiat ke minah ni? Selalunya kalau ada peluang macam ni memang lantang suara dia memaki hamun aku. Kali ni diam pulak?" bisik Haura di dalam hati. Tangannya mencapai gelas untuk membancuh air kopi buat Mikael.


"Alamak aku lupa nak tanya mamat tu dia nak kopi yang mana satu. Nak yang dari mesin ke, yang instant ke atau yang bancuh sendiri?" bebel Haura apabila dia tidak tahu untuk membuat kopi yang mana untuk Mikael.

Haura berfikir sejenak. Dia menyilangkan kedua belah tangannya di dada. Sesekali dia meletakkan tangan kiri di dagu seperti gaya detektif sedang berfikir. Matanya silih berganti memandang jenis kopi yang ada di pantri tersebut.


"Ah! Bedal ajelah labu. Dah dia yang bagi arahan tak lengkap bukan salah aku." setelah berfikir untuk beberapa ketika akhirnya dia telah menemukan kata putus. Haura kemudian mencapai satu sachet kopi segera dari dalam laci kabinet lalu membancuhnya dengan air panas.

Usai membancuh kopi Haura berpaling untuk pulang ke biliknya semula. Namun dia agak terkejut kerana melihat Suri masih lagi ada di situ. Wanita itu sedang duduk di salah satu kerusi di pantri itu sambil menikmati air yang dibancuhnya sebentar tadi.

Namun tiada sepatah kata yang diucapkan oleh Suri. Tanpa berfikir panjang Haura segera melangkah keluar dari pantri lalu meluru ke bilik Mikael.

Suri memandang Haura dengan pandangan yang sungguh dalam. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya ketika itu. Tiba-tiba senyuman sinis terukir di wajahnya.

*****

Sebuah kereta Vellfire berwarna hitam bergerak masuk ke perkarangan rumah Encik Zamzuri dan Puan Hafizah. Hanna dan Dato Malik telah pun berdiri di muka pintu. Setelah kereta tersebut berhenti, kelihatan Puan Hafizah keluar dari kereta tersebut.

          "Assalamualaikum." sapa Puan Hafizah. Encik Zamzuri pula dilihat keluar dari pintu sebelah pemandu. Dia kemudian menuju ke belakang kereta lalu mengeluarkan sebuka kerusi roda.

          "Waalaikumussalam." balas Hanna dan Dato Malik serentak. Hanna segera berlari mendapatkan ibunya itu.

          "Opah mana ibu?" tanya Hanna dengan teruja. Puan Hafizah muncungkan mulutnya ke arah Datin Safiah yang masih berada di dalam kereta. Hanna segera memeluk opahnya itu.

          "Welcome home, opah." ujar Hanna ceria. Dia sangat teruja menyambut kepulangan opahnya itu dari hospital.

Hanna kemudian membantu Datin Safiah untuk keluar dari kereta tersebut. Puan Hafizah turut membantu dengan memapah ibunya itu untuk duduk di kerusi roda. Encik Zamzuri kemudian mengambil alih untuk menolak Datin Safiah masuk ke dalam rumah. Mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.

          "Kak Haura dah tahu ke yang opah dah keluar hospital?" tanya Hanna kepada kedua orang tuanya.

          "Ya Allah. Ibu lupa nak bagitahu dia. Nanti kamu tolong bagitahu kakak kamu ye." balas Puan Hafizah. Hanna mengangguk faham. Dia kemudian berjalan menuju ke dapur.

          "Umi ada nak makan apa-apa tak? Minum ke? Izah boleh buatkan." tanya Puan Hafizah kepada Datin Safiah. Dia sangat menitikberratkan kesihatan ibunya itu.

          "Kamu baru aje sampai, rehatlah dulu. Umi masih tak lapar lagi." balas Datin Safiah.

Beberapa ketika kemudian Hanna keluar dengan membawa sedulang air teh lalu dihidangkan kepada ahli keluarganya. Dia menuang air ke dalam cawan dengan penuh hemat. Kemudian dihulurnya satu per satu kepada ibubapa serta datuk dan neneknya.

          "Hanna dah call Kak Haura. Nasib baik Hanna  bagitahu akak cepat. Dia plan nak pergi hospital petang nanti lepas habis waktu kerja." Hanna memberitahu ibunya.

          "Yeke? Kakak kamu tu hari-hari datang ke hospital. Dah puas ibu dengan opah bagitahu dia supaya tak payah datang ke hospital." balas Puan Hafizah sambil menggelengkan kepalanya.

          "Kak Haura datang seorang ke ibu? Atau dengan Abang Mika?" tanya Hanna sambil tersengih. Datin Safiah tersenyum dengan gelagat cucunya itu. Encik Zamzuri tidak memberikan sebarang reaksi. Namun matanya memandang ke arah Puan Hafizah sambil menghirup air yang diberi oleh Hanna.

          "Ish kamu ni Hanna. Itu pulak yang ditanya." balas Puan Hafizah.

          "Iyelah. Hari tu kan Kak Haura datang dengan Abang Mika. Sebab tu Hanna tanya." balas Hanna selamba.

          "Nanti kamu tolong bawa opah masuk ke bilik. Ibu ada kerja sikit dekat dapur." arah Puan Hafizah kepada anak bongsunya itu. Hanna menganggukkan kepalanya.

          "Alah kamu tak payah susah-susah, umi boleh bergerak sendiri." balas Datin Safiah.

          "Eh mana boleh. Umi dah lupa ke pesanan doktor tadi? Awal-awal ni umi kena banyak rehat. Jangan lasak sangat. Kalau umi perlukan apa-apa umi panggil je Izah atau Hanna." dengan tegas Puan Hafizah  memberitahu Datin Safiah supaya banyakkan berehat. Datin sekadar mengangguk. Puan Hafizah kemudian berjalan masuk menuju ke dapur.

*****

Haura mengetuk beberapa kali sebelum menolak lembut pintu bilik. Dia berjalan masuk sambil membawa segelas air kopi di tangannya. Haura kemudian meletakkan di atas meja Mikael.

          "Nah! Air kopi yang awak minta tadi." ujar Haura sambil menghulurkan air kopi tersebut.

         "Apahal lama sangat kau pergi bancuh kopi? Kau pergi tanam benih kopi dulu ke?" balas Mikael sarkastik. Haura hanya mendiamkan diri meskipun dia berasa sungguh geram.

Mikael mengambil gelas tersebut lalu diletakkan rapat dengan bibirnya namun dia tidak meminum air tersebut. Dengan kasar Mikael meletakkan gelas tersebut ke atas meja. Dia memandang ke arah Haura dengan pandangan yang tajam.

          "Kau ni memang nak sabotaj aku ke?" Mikael meninggikan suaranya kepada Haura.

          "Sabotaj apa pulak. Awak yang minta saya buatkan kopi so saya buat la." balas Haura sedikit kasar.

          "Ni kopi instant kan?" Mikael bertanya kepada Haura. Keras nada suaranya.


"Ha'ah. Kenapa?" tanya Haura kembali. Mikael hanya mendiamkan dirinya.


"Aku tak nak air ni. Kau minum la." ujar Mikael sambil menolak gelas air di atas meja. Haura yang berdiri di hadapan agak terkejut dengan tindakan Mikael itu.


"Tadi beria sangat minta saya buatkan kopi sekarang tak nak pulak." bebel Haura.


"Aku tak minum kopi instant. Lain kali sebelum buat tu tanya orang dulu." balas Mikael.


"Alah banyak songeh betul. Awak tu yang bagi arahan tak lengkap lepas tu nak salahkan orang pulak." bidas Haura.

Dia kemudian mencapai gelas dibatas meja kemudian berjalan menuju ke pintu. Sebelum dia melangkah keluar dia berpaling kembali ke arah Mikael.


"Awak nak saya bancuh kopi yang mana? Ada banyak sangat pilihan dekat pantri tu." tanya Haura. Dia tidak mahu mengulangi kesalahan itu lagi.


"Tak payah. Dah putus selera aku nak minum air yang kau bancuh" balas Mikael. Merah padam muka Haura menahan marah. Dia kemudian menguak pintu bilik dengan kasar lalu keluar meninggalkan Mikael sendirian.

Setelah kelibat Haura lenyap dari pandangan Mikael melepaskan tawanya dek terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh Haura itu. Dia berasa sungguh puas dapat mengenakan wanita itu.


"Kau ingat semudah itu ke kau nak jadi PA aku. Jangan harap." bisik Mikael sendirian sebelum menyambung membuat kerjanya.

*****


"Amboi, bukan main laju lagi mulut tu membebel? Siapa pulak yang dah buat awak marah ni?" sapa Dazrin dari belakang. Kehadiran Dazrin itu memeranjatkan Haura yang sedang mencuci gelas. Sepantas kilat dia berpaling ke belakang.


"Encik Dazrin! Saya ingat siapa la tadi. Nasib baik saya tak terbaling gelas ni pada encik." balas Haura lega.


"Encik buat apa dekat sini? Nak minum air ke? Saya boleh bancuhkan." tanya Haura.


"Eh tak apa saya boleh bancuh sendiri." balas Dazrin sambil membuka pintu kabinet untuk mengambil gelas.

Haura yang masih lagi berdiri di sinki sekadar tersenyum. Dia cepat-cepat mencuci gekas lalu diletakkan di rak. Haura kemudian duduk di kerusi.


"Orang lain elok je. Nak minum air buat sendiri. Dia tu je yang mengada-ngada. Memang sengaja nak kenakan aku la tu." bebel Haura lagi.

Tanpa dia sedar kata-katanya itu turut di dengari oleh Dazrin. Lelaki itu tersenyum melihat kelakuan Haura. Dazrin kemudian mengambil tempat berhadapan dengan Haura.


"Macam mana kerja dengan bos baru? Okay?" tanya Dazrin.


"Eh! Macam mana encik tahu yang saya dah kena tukar?" tanya Haura kembali. Dahinya sedikit berkerut sambil memandang ke arah Dazrin.


"Saya baru je lepas jumpa nenek. Sebab itulah saya tahu." balas Dazrin. Dia kemudian menghirup perlahan air yang dibancuhnya sebentar tadi.


"Oh yeke? Patutlah." balas Haura pendek.


"So macam mana kerja dengan Mikael?" tanya Dazrin sekali lagi. Haura seperti tidak berminat untuk menjawab pertanyaan itu.


"Erm... Okay la." balas Haura malas. Dazrin mengerutkan dahinya.


"Lain macam je bunyinya tu. Semuanya okay ke? Kalau ada apa-apa masalah awk boleh bagitahu saya." balas Dazrin setelah merasakan ada sesuatu yang tidak kena disebalik jawapan yang diberikan oleh Haura.


"Eh tak ada masalah apa pun. Cuma..."


"Cuma? Cuma apa?"


"Mikael tu suka sangat cari pasal dengan saya. Geram tau. Tadi dia suruh saya buatkan dia kopi lepas tu marah-marah saya pulak. Padahal dia yang tak bagi arahan yang betul." Haura meluahkan rasa geramnya itu kepada Dazrin.


"Mikael minta awak buatkan dia kopi? Dah buang tabiat ke dia tu?" balas Dazrin sedikit hairan. Haura hanya menganggukkan kepalanya.


"Kalau awak nak tahu, Mikael tu tak suka bila suruh orang buatkan air untuk dia kecuali Mak Siti, tea lady dekat sini. Hanya Mak Siti je yang boleh buatkan air untuk dia." tambah Dazrin lagi.


"Habis tu yang Suri selalu buat air untuk dia tu boleh pulak." balas Haura.


"Bukan dia yang buat air tu. Dia cuma tolong hantarkan kepada Mikael je tapi yang bancuh air tu Mak Siti. Tapi sekarang Mak Siti dah tak kerja dekat sini sebab tu saya pelik bila awak cakap Mikael minta awak buatkan air untuk dia." Dazrin menerangkan kepada Haura dengan panjang lebar.


"Eiii mengada-ngadanya dia tu. Banyak songeh betul. Sikit lagi saya nak hempuk kepala dia. Perangai macam budak-budak." balas Haura meluahkan rasa di hatinya.


"Mungkin dia sengaja nak uji awak. Makkumlah ni kali pertama ada orang kerja direct di bawah dia. Mikael tu tak boleh nak fokus pada kerja kalau ada orang lain di dalam bilik dia." balas Dazrin. Haura hanya mendiamkan dirinya.


"Dah lewat ni. Nanti bising pulak Mikael tu. Makin lama awak dekat sini makin banyak akalnya untuk kenakan awak lepas ni." tutur Dazrin sambil melihat jam di tangannya. Haura bingkas bangun dari kerusi.

"Terima kasih Encik Dazrin sebab sudi berborak dengan saya." ujar Haura sambil tersenyum manis. Dazrin sekadar mengangguk. Haura kemudian membuka langkahnya untuk pergi.


"Eh kejap!" panggilan Dazrin itu mematikan langkah Haura. Dia berpaling memandang ke arah lelaki itu. Dazrin berjalan menghampiri Haura.

"Saya ada satu permintaan."


"Permintaan apa tu?" soal Haura sedikit bingung.


"Lepas ni saya tak nak awak panggil saya dengan panggil encik. Just call me Dazrin." balas Dazrin.


"T-tapi encik kan bos saya. Tak sopan pulak kalau saya panggil encik dengan panggilan yang macam tu, kan?" balas Haura. Dia menjadi serba salah.


"Maksud saya bila kita berdua macam ni awak tak perlu la formal sangat. Tak perlu nak berencik-encik dengan saya. Panggil nama je. Macam yang awak buat pada Mikael." Haura sedikit terkejut mendengar kata-kata itu. Dia kemudian melemparkan senyuman yang kelat kepada Dazrin.


"O-okay la saya gerak dulu. Jumpa lagi, D-dazrin." ucap Haura sedikit janggal. Dazrin tersenyum lebar mendengarkannya sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi itu. Haura kemudian berjalan keluar dari pantri meninggalkan Dazrin sendirian.

Hati Dazrin berbunga-bunga di saat Haura memanggil namanya sebegitu. Senyuman yang lebar masih kukuh terukir di wajahnya. Dia memerhatikan Haura sehingga kelibat wanita itu hilang dari pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience