BAB 94

Drama Completed 919597

Di pusat kecantikan milik Datin Noreen, Rissa Arianna baru sahaja mendapatkan rawatan manicure dan pedicure. Pada awalnya dia hanya mahu bertemu dengan Datin Noreen tetapi wanita itu tiada di biliknya. Dia kemudian mengambil keputusan untuk menunggu di situ sehingga wanita itu tiba.

"Excuse me, lambat lagi ke bos you nak sampai?" Tanya Rissa sambil menilik kukunya yang baru dirias. Kali ini dia tidak mahu terlalu sarat dan french nail menjadi pilihannya.

"Maaf, saya tak pasti cik." Wajah pekerja dikerling sekilas sebelum menggelengkan kepalanya.

Dia kemudian dengan angkuh mengarahkan pekerja tersebut untuk mambancuh secawan kopi untuknnya. Paling utama rasanya perlu sama dengan kopi yang diminumnya tempoh hari. Dengan selamba badak dia memberitahu bahawa dia akan masuk menunggu di bilik Datin Noreen.

Lebih kurang 15 minit kemudian Datin Noreen tiba. Apabila dia melangkah masuk ke dalam pusat kecantikan tersebut, salah seorang pekerjanya tadi segera berlari ke arahnya.

"D-datin, saya minta maaf banyak-banyak. Kami dah cuba tapi ..." Ujarnya gagap. Datin Noreen mengerutkan dahinya.

"Kenapa ni? Ada benda yang dah jadi ke sepanjang saya tak masuk office?"

Wanita itu membongkokkan badannya 45 darjah.

"Maaf datin, Cik Rissa ada ..."

Belum sempat ayat itu dihabiskan dia terus bergegas masuk ke dalam biliknya. Pekerja tersebut menghela keluh berat. Dia amat risau jika bosnya itu akan memarahinya kerana membenarkan orang luar masuk ke dalam biliknya ketika dia tiada di pejabat.

Pintu bilik ditolak kasar. Rissa dilihat sedang duduk di sofa dengan kaki kirinya disilangkan ke atas kaki kanan. Cawan kopi yang ada ditangan diletakkan je atas meja.

"Finally sampai pun. Dah naik kematu punggung I ni sebab tunggu you."

"Kau tak faham bahasa ke? Aku dah cakap yang aku tak akan bersubahat dengan kau lagi, kau faham tak!" Datin Noreen mengetap rapat giginya. Rissa menjeling seketika sebelum tawa sinisnya dilepaskan.

"Whoa! Relaks la datin, i bukannya datang serang you. I just nak melawat you je. Nak tanya khabar you, khabar Mikael." Ujar Rissa sebelum meneguk kopi yang dipesannya.

Datin Noreen mengeluh apabila nama Mikael disebut. Dia memang sudah mengjangkakan perkara itu. Tiada sebab lain jika tiba-tiba wanita yang tidak waras akalnya itu datang bertemu mata dengannya jika bukan berkaitan dengan anak saudaranya itu. Tak habis-habis dengan Mikael.

"I dengar Mikael masuk hospital baru-baru ni, betul ke? Kenapa datin tak inform pada I?" Soal Rissa tanpa rasa bersalah. Datin Noreen menjeling.

"Orang suruhan kau ramai buat apa tanya aku. Entah-entah hidup Mikael sekarang ni pun dalam pengawasan kau. Berapa ramai spy yang kau hantar untuk follow dia?" Balas Datin Noreen marah.

"I just nak tahu apa yang dia buat setiap hari, itu je. Lagipun dia bukan orang lain, bakal suami I juga, kan? And you datin bakal jadi aunty I." Senyuman yang lebar terukir diwajahnya.

"Tebal betul muka kau, kan. Kau tak penat ke asyik terkejar-kejar orang yang tak nak pada kau? Dah terang-terang Mikael tu reject kau, bukan sekali tau tapi berkali-kali. Kau nak tunggu apa lagi?"

Senyuman yang terukir diwajah Rissa hilang serta merta. Riak wajahnya berubah menjadi kelat. Dia terdiam buat seketika.

"Why? You nak suruh I pergi cari lelaki lain?" Datin Noreen mengangguk selamba.

"Hell no! I akan dapatkan apa yang sepatutnya jadi milik I. Tak semudah itu I akan bagi pada orang lain. I taknak jadi macam you datin."

Berdesing telinga Datin Noreen apabila disindir pedas oleh wanita itu. Tangannya dikepal kuat menahan amarah.

"Meskipun kau berjaya tundukkan Mikael suatu hari nanti, belum tentu lagi hubungan kau tu akan direstui oleh keluarga dia. Dan berani kerat jarilah kalau Mikael tu hendakkan perempuan psycho macam kau ni." Bidas Datin Noreen kasar. Dia tersenyum puas apabila serangannya itu mengena. Rissa mula panas hati dengan kata-kata tersebut.

"Just wait and see Datin Noreen. I akan pastikan Mikael jadi milik I dan I akan musnahkan hidup you sampai you akan sujud dekat depan I." Ujar Rissa sebelum beredar dari situ. Datin Noreen merebahkan tubuhnya pada sofa. Kepala dipicit lembut. Emosinya benar-benar penat dek perang mulutnya sebentar tadi. Perempuan gila!

*****

Sudah 2 bulan berlalu sejak pertemuannya dengan Haura. Kelakuan Mikael tidak ubah seperti orang yang ditinggalkan buah hati. Mana taknya, selepas dia dibenarkan keluar dari hospital dia terus ke rumah Haura untuk bertemu dengan wanita itu. Namun dia hanya pulang dengan kekecewaan apabila wanita itu tiada di sana.

Haura hanya bermalam di rumah orang tuanya itu untuk 2 malam sahaja. Selepas itu dia mengikuti Datin Safiah pulang ke kampungnya. Ibunya tidak banyak membantah malah memberikan lampu hijau buat anaknya itu untuk tinggal lebih lama di sana jika itu mampu mengembalikan semangat anaknya itu.

Semenjak dari itu Mikael dilihat makin kerap termenung. Ada ketikanya dia seperti orang hilang akal apabila sering melihat bayangan Haura. Kelakuannya itu sudah mula menjadi buah mulut pekerja di Khazzan Group.

"Makin menjadi-jadi perangai kau sekarang ni. Yang kau pergi tarik tangan bini orang tu dah kenapa?" Bebel Dazrin.

"Aku bukannya sengaja. Aku ingatkan dia tu ..."

"Haura?" Mikael terdiam. Dazrin menggelengkan kepalanya.

"Mika dah 3 bulan kita cari dia tapi tak jumpa. Family dia pun tak tahu dia ada dekat mana. Mungkin dia tengah healing untuk sembuhkan hati dia yang dilukakan oleh seseorang."

Tambah Dazrin lagi. Perkataan "dilukakan" ditekankan sedikit sebagai sindiran halus buat lelaki itu. Mikael menjeling. Dazrin tertawa kecil melihat reaksi yang diberikan oleh sepupunya itu.

Mikael mengeluh. Tidak pernah terdetik dihatinya untuk melukakan wanita itu. Semuanya berlaku diluar kawalannya. Dalam tidak sedar dia telah menyakitkan hatinya sehingga cincin pertunangan diserahkan semula kepadanya.

"Kau memang tak ingat langsung ke? Walaupun aku dah tunjuk bermacam-macam gambar dan cerita segalanya kepada kau, masih tak ingat juga?" Dazrin menukar topik. Mikael menggeleng lemah. Kotak cincin dibuka dan dikatup berkali-kali silih berganti. Bahu Mikael ditepuk perlahan.

"Kau tak perlu rushing untuk recover ingatan kau tu. Doktor pun dah pesan, kan. Biar waktu yang menentukan segalanya. Kalau kuat jodoh korang inshaAllah tak ke mana."

"Kalau tiba-tiba dia muncul dengan lelaki lain macam mana?"

Dazrin agak terkejut dengan pertanyaan dari Mikael itu. Dia tidak menyangka sepupunya itu berfikir hingga ke tahap itu dan dia mula mendapat idea untuk menyakatnya.

"Tak apalah kalau itu mampu buatkan dia bahagia. Lagipun kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan." Mikael membuntangkan matanya. Cerlung dia memandang Dazrin yang sedang seronok menyakat. Tawa besar sepupunya itu pecah.

Lelaki itu kemudian menyarankan dia untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut. Risau jika kesihatan mentalnya terjejas dan memberi kesan buruk pada rawatannya.

*****

Mikael tiba di bangunan Sri Sroja Holding. Setibanya dia di sana dia dipelawa untuk terus ke bilik mesyuarat. Masih berbaki 10 minit sebelum mesyuarat tersebut bermula. Sementara menunggu Dazrin dan wakil syarikat tiba dia membuka Ipad miliknya lalu membaca berita semasa yang dipaparkan di dada akhbar digital. Maklumlah sekarang ini semua benda dihujung jari sahaja.

Setelah Dazrin mengambil tempatnya, Rissa Ariana melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dengan penuh gah. Mikael mengeluh kecil. Melihat wajah wanita itu sahaja sudah cucup membuatkan dia rimas. Sejak memorinya hilang wanita itu tidak pernah berhenti mengganggunya. Ke mana sahaja dia pergi wanita itu pasti ada bersama. Berkepit bagai pasangan kekasih.

"Hello, Mikael. Rissa menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi disambut malas oleh lelaki itu. Dazrin mencuit belakangnya supaya tidak terlalu tunjuk perasaannya pada saat itu.

Beberapa ketika kemudian pintu bilik ditolak kasar. Seorang wanita dalam keadaan tercungap-cungap.

"Sorry kalau saya dah buat semua orang tertunggu." Ujarnya sedikit mengah. Mikael kaku tanpa suara. Matanya tidak berkedip memandang wanita itu.

"Haura?"

Nama itu meluncur keluar dari mulut Dazrin. Haura membetulkan posisi serta merapikan dirinya. Setelah itu dia memperkenalkan dirinya secara formal.

Perempuan ni CEO Dermaga Holding? Nonsense! Dari PA cabuk kepada pemilik syarikat terkemuka, kau ingat ni cerita dongeng ke? Rissa menafikan apa yang baru didengarinya itu. Dia tidak percaya jika wanita itu adalah salah kaum kerabat keluarga ternama itu.

Setelah usai mesyuarat Dazrin datang menghampiri Haura untuk bertanyakan khabarnya. Kehadirannya itu disambut baik oleh wanita itu. Mikael masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya. Mindanya kosong. Dia tidak tahu apa yang harus dia bicarakan dengan wanita itu. Padahal sebelum ini bukan main lagi keliling satu Malaysia cari dia.

Pertemuan mereka keli ini terasa lain sedikit. Haura benar-benar tidak menghiraukan Mikael. Biar betul dia tak pandang aku. Macam aku ni bukan siapa-siapa pada dia. Mikael berbisik di dalam hati.

Berbeza pula dengan Dazrin, dia melayan lelaki itu dengan penuh ramah. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dengan aku jangan katakan senyum, pandang pun tidak. Dia mengeluh. Hatinya terasa amat sakit bila diperlakukan sebegitu.

Dia mengeluh perlahan. Tangan kanannya menekan lembut dadanya. Apasal aku rasa macam ni? Sedalam mana perasaan aku pada dia sampai aku rasa macam ni bila diabaikan.

Di lobi Mikael sedaya upaya cuba mengejar wanita itu yang seolah-olah cuba melarikan diri darinya.

"We need to talk."

Langkah Haura mati sebaik sahaja lelaki itu memintas di hadapannya. Mikael mendapatkan Haura sebelum wanita itu keluar dari bagunan Sri Sroja. Namun jawapan yang diterima benar-benar mengguris hatinya.

"Tiada apa lagi yang nak dibincangkan. Saya dah tinggalkan semua memori kita bersama cincin tu. Jadi tolong jangan ganggu saya lagi."

Haura berlalu pergi meninggalkannya sendirian. Tiba-tiba tangan wanita itu disambar lalu ditarik ke keluar dari bangunan itu dengan gopoh. Haura mengaduh kesakitan dek kakinya yang melecet akibat memakai kasut tumit tinggi. Sedari tadi dia menahannya.

"Duduk."

Dia segera duduk di sebuah bangku tanpa membantah. Mikael kemudian melutut dengan sebelah kaki di hadapannya. Haura tergamam. Dia diam tidak berkutik. Kasut tumit tinggi miliknya ditanggal satu persatu. Lelaki itu kemudian mengeluarkan beg kecil dari begnya lalu mengambil dua keping plaster lalu ditampal pada luka di kaki wanita itu. Beg tu...

"Kalau tak pandai pakai heels tak payah pakai."

Haura mengeronyot geram. Dia segera menepis tangan lelaki itu dari menyentuh kakinya lalu berdiri.

"Awak tak payah nak ajar sayalah. Saya tahu apa yang saya buat. Yang pakai heels ni saya, yang sakit pun saya. Awak tak payah nak masuk campur."

Bidas Haura geram selepas terasa dirinya diperli oleh lelaki itu. Kalau tak sakitkan hati orang tak sah! Mikael menyambar tangan Haura sekali lagi apabila wanita itu ingin meninggalkannya tetapi direntap kasar.

"Don't touch me!"

*****

"Macam mana perempuan tu boleh ada dekat sini?" Laung Rissa berang.

Telefon bimbitnya dilemparkan ke dinding. Orang suruhannya baru sahaja menghantar beberapa keping gambar yang menunjukkan kemesraan di antara Mikael dan juga Haura di luar bangunan syarikat tersebut.

Dato' Jamilah, pemilik Sri Sroja turut berada di dalam bilik tersebut. Dia sangat terkejut dengan kelakuan wanita itu yang tiba-tiba sahaja membaling telefon bimbitnya. Dia juga merupakan ibu saudara kepada wanita itu.

"What's going on?"

"Macam mana perempuan tu boleh ada dekat sini? Kenapa mesti aunty bekerjasama dengan syarikat dia? Kenapa tak bagitahu I dulu?" Marahnya lagi. Cerlung matanya memandang wanita itu. Ibu saudaranya itu bangkit mengejut.

"Did you just yell at me, Rissa? Seriously?"

Rissa kaget apabila ditengking oleh wanita itu kembali. Dia sedar yang dia sudah melampaui batas. Dia tidak sepatutnya menengking ibu saudaranya itu sebegitu. Rissa mengetap bibirnya. Tidak tahu alasan apa yang perlu diberikan bagi menyejukkan hati Dato' Jamilah yang kian menggelegak itu. Dia tidak mahu rancangannya gagal lagi.

Apabila dia tahu syarikat milik ibu saudaranya itu akan bekerjasama dengan Khazzan Group dia terus offer dirinya untuk bekerja di syarikat tersebut. Tapi dengan syarat segala urusan yang berkait dengan syarikat tersebut akan diuruskan olehnya. Dengan cara tu dia akan sentiasa bertemu dengan Mikael. Peluang tu juga akan digunakan untuk memikat hati mika supaya lelaki itu terima dirinya semula.

Dato' Jamilah tidak pernah sangsi dengan kebolehan yang ada pada anak saudaranya itu kerana dia tahu wanita itu merupakan seorang yang sangat berpelajaran. Jadi dengan mudah dia bersetuju dengan syarat tersebut kerana dia yakin wanita itu mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

"You kena ingat, this is my company. I yang ambil you kerja dekat sini. Walaupun you anak saudara I jangan anggap itu sebagai lesen untuk you bertindak sesuka hati. Bila-bila masa je I boleh keluarkan you dari syarikat ni."

Share this novel

norsila
2023-03-09 20:37:11 

aduhhh tk sudah2 pyondol ni....dogil sgt..kasi kat buaya lah..biar dio rasa..dogil naa..hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience