BAB 52

Drama Completed 919430

"Assalamualaikum nenek, auntie." sapa Soraya. Dia berlari anak mendapatkan Puan Sri Normah dan juga Datin Norlie. Syahmi mengikutinya dari belakang sambil mendukung anak mereka, Shafiy.


"Dina jangan nak berlari sangat, seriau nenek tengok. Ingat sikit yang kamu tu tengah bawa budak dalam perut kamu tu." tegur Puan Sri Normah kepada Soraya. Wanita itu hanya tersengih memeluk neneknya itu.


"Betul tu Dina. Kamu jangan nak lasak sangat dalam trimester pertama ni." tambah Datin Norlie menasihatinya.


"Dah puas saya tegur auntie, memang macam itulah dia setiap hari dekat rumah. Sama naik lasaknya dengan Shafiy." adu Syahmi kepada ibu saudaranya itu. Dia sengaja menyakat isterinya itu. Puan Sri Normah menjeling ke arah Soraya kemudian menggelengkan kepalanya.

Datin Norlie mengambil Shafiy dari dukung Syahmi. Dia kelihatan sangat gembira dengan kehadiran cucunya itu. Maklumlah Shafiy adalah cucu serta cicit pertama dalam keluarga besar mereka.


"Geramnya tokma dengan awak ni." ujar Datin Norlie sambil menggomol Shafiy yang sudah mula selesa dengannya.


"Menghitung hari je lagi auntie nak timang cucu baru." balas Soraya.


"Dapat kawan baru la awak lepas ni ye." tambah Datin Norlie sambil mengagah Shafiy. Soraya tersenyum melihat anaknya yang ketawa mengekek-ngekek apabila di agah oleh Datin Norlie.


"Abang Mika mana auntie?" tanya Soraya menukar topik.

"Entahlah, auntie pun tak tahu ke mana budak bertuah tu pergi. Tiba-tiba je menghilang." balas Datin Norlie lagi.

Tidak berapa lama kemudian Dazrin muncul sekali lagi di rumah tersebut. Muka Puan Sri Normah sedikit berkerut.


"Eh! Anak buah kesayangan uncle ada dekat sini rupanya." tegur Dazrin sambil berjalan ke arah Datin Norlie.


"Amboi, sejak Shafiy ada abang dah tak pandang Dina ye." Soraya berseloroh. Dia kemudian bangun dan bersalam dengan abangnya itu begitu juga dengan Syahmi. Dazrin tertawa kecil.


"Eleh merajuk pulak dia. Tapi malaslah abang nak pujuk." gurau Dazrin sambil mengagah anak saudaranya itu.

"Kenapa pulak?" soal Soraya pura-pura merajuk.

"Yelah buat apa abang nak pujuk, suami kamu kan ada. Biar dia ajelah yang pujuk kamu. Kurang sikit kerja abang." jawapan yang diberi oleh Dazrin itu mengundang tawa mereka berlima.

"Yang kamu datang ke sini semula kenapa Dazrin? Bukan ke tadi kamu cakap nak terus balik ke rumah." Puan Sri Normah akhirnya membuka mulut bertanya kepada cucunya itu.


"Dazrin memang dah balik rumah tadi tapi kawan mummy masih ada dekat sana sebab tu Dazrin datang ke sini semula." balas Dazrin selamba.


"Dah kenapa pulak macam tu?" tanya Datin Norlie pula.


"Dazrin rimaslah. Nanti kawan mummy tu sibuk nak kenenkan Dazrin dengan anak-anak dia orang. Mummy tu pun sama naik je." balas Dazrin. Datin Norlie sekadar tersenyum. Puan Sri Normah pula diam tanpa suara.


"Kawan mummy? Ada majlis apa dekat rumah tu abang?" tanya Soraya kepada Dazrin.


"Mummy ada buat makan-makan sikit untuk kawan mak datin dia tu datang bergosip. Boleh dikatakan setiap bulan memang mummy wajib ajak kawan dia tu datang makan dekat rumah. Kalau bukan waktu lunch, dia akan ajak untuk datang makan malam." balas Dazrin panjang lebar. Soraya sekadar menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu ibunya itu sering mengadakan jamuan kecil di rumahnya.


"Kamu berboraklah dahulu ye. Auntie nak masuk ke dapur sekejap. Nak tengok Mak Wan tengah buat apa." ujar Datin Norlie sambil menyerahkan Shafiy kepada Dazrin.

Dazrin kemudian membawa Shafiy untuk keluar bermain di halaman rumah. Syahmi turut keluar bersama meninggalkan Soraya berdua-duaan dengan Puan Sri Normah.

"Dina, nenek dengar sejak kamu pindah keluar dari rumah tu kamu dah tak balik langsung ke sana. Betul ke?" tanya Puan Sri Normah secara tiba-tiba. Dia merenung wajahnya satu-satunya cucu perempuannya itu. Soraya tertunduk lemah.


"Siapa yang bagitahu nenek? Abang Dazrin ke?" soal Soraya kembali. Perlahan sahaja suaranya.

"Tak adalah, bukan abang kamu. Tapi mummy kamu sendiri yang bagitahu nenek." balas Puan Sri Normah. Soraya terdiam mendengar jawapan dari neneknya itu.


"Bukan Dina tak nak balik ke sana nenek tapi...." Soraya tidak dapat untuk menghabiskan ayatnya. Hatinya tiba-tiba sahaja menjadi sebak.


"Nenek tahu perangai mummy kan? Dia cukup benci dengan Syahmi dan Shafiy." ujar Soraya dengan nada sebak.


"Kami pindah keluar pun sebab mummy yang suruh. Dia tak nak tinggal serumah dengan anak dan suami Dina. Katanya Syahmi tak layak untuk jadi suami Dina. Sebab tu Dina ambil keputusan untuk keluar dari rumah tu." balas Soraya panjang lebar. Puan Sri Normah menggelengkan kepalanya.


"Nenek pun tak tahu nak buat macam mana dengan mummy kamu tu. Dah berbuih mulut nenek ni nasihatkan dia. Tapi nenek tahu kamu anak yang kuat. Kamu bersabar sikit ye. Inshallah sikit hari lagi hati dia akan terbuka juga untuk terima kamu semula." balas Puan Sri Normah memberi kata-kata semnagat kepada cucunya itu. Soraya mengesat air matanya lalu memeluk erat tubuh neneknya.


"Inshallah nenek." balas Soraya pendek.

*****

Haura mengerling ke arah Mikael yang sedang khusyuk menelaah dokumen di meja kerjanya. Dia begitu geram dan sakit hati apabila terkenangkan apa yang telah lelaki itu lakukan ketika bertemu dengan ahli keluarganya.


"Dari pagi lagi aku tunggu tapi aku tak nampak pun tanda-tanda yang mamat ni akan minta maaf atau bagi penjelasan pada aku." bebel hati kecilnya.


"Ada emas ke dalam mulut dia sampai susah sangat nak buka mulut? Tak apa, aku bagi dia masa sikit lagi. Kalau tak ada juga memang aku robek-robek mulut dia." omelnya lagi kerana terlalu geram.

Namun setelah menunggu untuk beberapa ketika, Haura sudah tidak dapat menahan rasa marah di dadanya itu. Dia segera bangkit dari kerusinya lalu berjalan ke arah Mikael. Dia menolak kuat kerusi itu dengan kuat sekali sehingga terhentak ke dinding di belakangnya.

Namun tidak memberi kesan langsung kepada Mikael. Haura membuka langkahnya lalu berjalan mendekati Mikael.

Ketika Haura tiba di hadapan meja Mikael, lelaki itu sedikit pun tidak mengangkat wajahnya untuk memandang Haura yang telah tercegat di hadapannya itu. Haura cuba berdehem beberapa kali namun masih tidak dihiraukan oleh Mikael. Perkara itu menambahkan lagi rasa sakit hati Haura.

Dengan wajah yang masam mencuka, Haura berpindah tempat. Dia mula berdiri di samping Mikael. Dia kemudian telah mengetuk kuat meja tersebut beberapa kali tanpa bersuara. Mikael terkinjat. Dia melirik tajam ke arah Haura.


"Apa masalah kau ni duduk ketuk-ketuk meja orang. Tak nampak ke aku tengah buat kerja ni?" tegur Mikael yang mula rasa terganggu dengan kehadiran Haura di situ.


"Yang awak buat-buat tak nampak saya berdiri dekat sini kenapa? Atau memang sengaja nak lari dari saya?" soal Haura geram. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya itu.


"Lari apa benda kau ni. Kalau aku nak lari baik aku tak payah masuk office terus." balas Mikael sinis.


"Sekarang ni saya nak dengar penjelasan dari mulut awak." Haura menyuarakan tujuan sebenar dia berdiri di situ.


"Kau nak penjelasan apa lagi?" tanya Mikael. Dia segera berhenti melakukan sebarang kerja. Mikael mengalihkan pandangan kepada Haura.


"Kenapa awak cakap yang kita nak bertunang pada hari nikah nanti? Siapa yang bagi kebenaran untuk awak cakap macam tu." marah Haura.


"Aku tak tahu, aku main cakap je. Lagipun aku sendiri tak sedar apa yang keluar dari mulut aku masa tu." balas Mikael tanpa rasa bersalah. Perkara itu menambahkan lagi rasa geram Haura.


"Awak ni dah gila ke? Awak sedar tak apa yang awak dah buat ni?" soal Haura dengan nada yang kasar tetapi agak perlahan supaya tidak didengari oleh ahli keluarganya yang lain.


"Ishh...! Bisinglah kau ni. Nanti pandai-pandai la aku cari jalan nak uruskan hal ni. Dah pergi sambung buat kerja kau." balas Mikael sambil mengusir Haura dari situ. Dia sendiri sebenarnya sedang kusut kerana dia sedar bahawa dia telah melakukan sesuatu yang sangat di luar jangkaan.


"Awak ingat benda tu boleh buat main ke?" marah Haura lagi.


"Chill la, benda kecil je pun." balas Mikael selamba.


"Benda kecil awak cakap? Awak tahu tak yang awak dah libatkan semua ahli keluarga saya dan awak dah tipu dia orang. Dan awak still cakap benda ni hal kecil je. Awak tahu tak yang awak dah mainkan perasaan dia orang dengan berita yang mengarut ni." bebel Haura panjang lebar. Mikael menghela keluh yang panjang.


"Hari tu kau yang beria kenalkan aku pada dia orang sebagai bakal suami kau. Waktu tu tak ada pulak kau fikir pasal perasaan dan emosi aku. Tapi bila aku tersasul cakap macam ni dekat family kau, kau terus nak salahkan aku. Aku cuma ikut gerak hati aku je." balas Mikael membela dirinya.


"Gerak hati? Apa kena mengena gerak hati awak dengan hal ni. Rasanya tak perlu kot nak ikut gerak hati awak tu sebab kita bukannya betul-betul bercinta pun." bidas Haura. Namun kata-kata Haura itu sedikit sebanyak menjentik hati Mikael.


"Aku datang salah, kalau tak datang lagilah salah. Silap hari bulan terus tak bertegur sapa dengan aku." sindir Mikael.


"Rasanya saya dah bagitahu dengan jelas pada awak masa awak call saya semalam. Awak je yang tak faham bahasa." tambah Haura lagi. Dia masih tidak boleh terima jawapan dari Mikael itu.


"Tapi kau tipu aku kan?" Mikael mula goyah. Dia sudah tidak mampu membohongi dirinya lagi. Akhirnya dia menyuarakan kata hatinya kepada Haura.


"Tipu apa pulak? Memang saya dah cakap pada awak semalam yang saya dah inform parents saya. Yang awak terhegeh-hegeh datang juga tu dah kenapa. Saya tak suruh pun." ujar Haura.


"Kenapa kau bagitahu aku yang Dazrin akan gantikan tempat aku? Sedangkan kau sebenarnya tak bagitahu langsung pada dia pasal benda ni. Kau pulak ambil keputusan nak berterus terang dengan family kau pasal kita." ujar Mikael panjang lebar. Haura terdiam buat seketika. Dia tidak menyangka Mikael akan mengambil serius perkara itu.

"Kenapa kau mesti tipu aku? Kau boleh je bagitahu perkara yang sebenar pada aku." tanya Mikael lagi. Dia tidak tahu kenapa dia berasa sungguh sakit hati apabila Haura sering bercerita mengenai Dazrin apabila bersama dengannya.

"Se-semuanya sebab awak! Awak yang desak saya untuk buat semua tu." balas Haura. Mikael tertawa sinis.


"Aku? Apa yang aku dah buat pada kau?" soal Mikael lagi.


"Awak asyik cakap yang Dazrin tu boyfriend saya la, skandal saya la. Saya stress tau tak dengan perangai awak ni. Dah la saya nak kena hadap kerenah si Suri tu lagi." balas Haura berterus-terang.

Sejujurnya Haura juga tidak suka apabila Mikael sering mengaitkan dirinya dengan Dazrin padahal kenyataannya mereka tidak ada apa-apa hubungan pun.


"Kalau benda dah betul kenapa nak stress pulak. Kau sendiri yang selalu petik nama dia setiap kali kita berbual. Tak henti-henti bandingkan aku dengan dia. Yang baik semua jatuh pada Dazrin. Benda yang tak elok semua kau bagi pada aku. Teruk sangat ke aku ni dekat mata kau?" tanpa Mikael sedar soalan itu telah tersasul keluar dari mulutnya. Haura sedikit terkejut dengan pertanyaan Mikael itu. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah lelaki itu.


"What the....? Apahal aku boleh tersasul cakap macam tu pada minah ni?" Mikael mengetap bibirnya.


"Aku mungkin lelaki tak guna bagi kau tapi aku janji yang aku akan jernihkan kembali keadaan. Kau tak payah risaukan hal ni sebab ada benda lain yang perlu kau risaukan." Sepantas kilat Mikael menukar topik setelah dia sedar akan kata-kata yang diungkapnya sebentar tadi.


"Maksud awak?" soal Haura kembali. Dahinya berkerut.


"Mama aku nak jumpa dengan kau minggu depan." balas Mikael bersahaja tanpa memandang wajah Haura.


"What? Kenapa pulak dia nak jumpa saya?" Haura sangat terkejut sehingga dia tertinggikan suara tanpa sengaja.

Knock! Knock!

Serentak dengan itu tiba-tiba sahaja pintu bilik Mikael diketuk. Naimah menjengah masuk setelah terima isyarat daripada Mikael.


"Maaf mengganggu. Puan Sri Normah nak berjumpa dengan Encik Mikael pukul 11.00 nanti." ujar Naimah menyampaikan pesan.


"Okay baik. Nanti saya akan ke sana." balas Mikael.

Usai menyampaikan pesanan dari Puan Sri Normah, Naimah segera keluar dari bilik tersebut. Mikael memyambung kembali perbualannya dengan Haura yang telah terputus di tengah jalan.


"Sorry, dekat mana kita berhenti tadi?" tanya Mikael kepada Haura.


"Mama awak nak jumpa dengan saya." balas Haura seperti tidak berminat.


"Oh! Maksud aku, dia nak jumpa dengan bakal isteri aku." ujar Mikael lagi.


"So.....?" soal Haura pendek. Dia masih tidak jelas dengan permintaan Mikael itu.


"Aku dah pun setuju dengan permintaan mama aku tu dan aku akan bawa kau untuk jumpa dengan dia." balas Mikael memberikan kata putus.


"Kenapa saya pulak. Awak sepatutnya kena tanya saya dulu dama ada saya setuju atau tak. Bukannya main redah macam ni." bebel Haura lagi. Dia tidak berpuas hati dengan tindakan Mikael yang dianggap pentingkan diri sendiri itu.


"Kau sendiri bagitahu yang kau akan berlakon jadi girlfriend aku kalau aku tolong kau. Takkan itupun kau dah lupa. Singkat betul ingatan kau ni." balas Mikael sarkastik.


"Tapi...."


"Tak ada tapi-tapi lagi. Semua benda aku dah uruskan kau cuma perlu datang tunjukkan muka kau pada mama aku. Tapi kau jangan nak memandai cakap benda yang bukan-bukan. Just follow the flow." ujar Mikael memberi peringatan kepada Haura.


"Kalau saya taknak, awak nak buat apa?" soal Haura untuk menguji Mikael.


"No. Kau dah tak boleh nak pilih dah. Setuju ataupun tidak, kau tetap akan jadi isteri aku." ujar Mikael sambil memandang tepat ke mata Haura.

Dup dap! Dup dap!

Jantung Mikael terdegup dengan sungguh kencang. Dia cuba mengawal gelora yang sedang melanda di jiwanya itu.


"Errr.. Maksud aku berlakon jadi bakal isteri aku." Untuk kesekian kalinya Mikael terlepas cakap sesuatu yang dia sendiri tidak tahu dari mana puncanya.

Haura diam tidak berkutik. Lidahnya menjadi kelu setelah mendengar luahan kata yang terucap dari mulut Mikael. Entah kenapa dadanya terasa sesak dan jantungnya berdetak dengan kencang sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience