BAB 58

Drama Completed 919430

Knock! Knock!

Pintu bilik diketuk dari luar. Mikael yang sedang duduk di meja kerja menoleh ke belakang apabila mendengar pintu biliknya dikuak. Wajah lembut Datin Norlie terpampang di sebalik pintu.


"Boleh mama masuk?" sapa Datin Norlie. Mikael sekadar menganggukkan kepalanya.

Datin Norlie mula melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu. Matanya ligat memerhatikan di sekitar bilik tersebut. Mikael melihat kelakuan ibunya itu dari ekor mata namun tidak dihiraukannya.


"Mika ada masalah ke? Mama tengok masa makan tadi Mika diam je. Nenek risau sangat tengok keadaan kamu tau." tanya Datin Norlie sambil melabuhkan punggungnya ke birai katil milik Mikael.


"Tak ada apa pun mama. Mika okay je." balas Mikael tanpa memandang wajah ibunya itu. Keadaan jeda seketika.


"Kenapa Mika tak bagitahu mama." pertanyaan dari Datin Norlie itu membuatkan Mikael berhenti melakukan kerjanya.


"Bagitahu apa mama?" balas Mikael sedikit pelik dengan pertanyaan dari ibunya itu.


"Kamu tak payah nak berdalih lagi Mikael. Doktor Rina dah bagitahu semuanya pada mama. Sampai hati Mika rahsiakan semua tu daripada mama." ujar Datin Norlie berbaur kecewa.

Mikael mengerutkan mukanya. Dia kini sedar bahawa rahsianya sudah bocor. Mikael hanya mendiamkan dirinya. Dia tiada sebarang alasan untuk diberikan kepada ibunya itu.


"Mika tahu tak betapa risaunya mama dengan nenek bila dapat tahu pasal benda ni." tambah Datin Norlie lagi.

Dia kemudian menoleh ke arah Datin Norlie yang kelihatan sedih dengan berita tersebut. Hatinya turut berada sayu melihat keadaan ibunya itu. Dia segera bangkit dari kerusinya lalu melutut di hadapan Datin Norlie.


"Mika minta maaf. Mika tak ada niat untuk lukakan hati mama. Mika cuma tak nak menyusahkan mama dengan nenek je." ujar Mikael serba-salah.Dia menatap wajah ibunya itu dalam-dalam. Jari jemari wanita itu juga digenggam rapi.


"Lepas tu Mika sanggup tanggung semua tu sendirian. Apa guna mama ada dekat sini kalau mama tak dapat nak tolong anak mama sendiri." balas Datin Norlie sebak. Mikael terdiam buat seketika.

"Mika minta maaf kalau tindakan Mika tu dah buat mama kecil hati. Mika memang tak nak mama risau pasal Mika." sekali lagi Mikael meminta ampun dari ibunya.

Tangan wanita itu diusap serta dicium berkali-kali kemudian diletakkan dipipinya. Betapa Mikael risau jika ibunya itu merajuk dan berkecil hati dengan tindak tanduknya itu.

Datin Norlie mengusap kembali rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang.


"Mama minta maaf sebab tak dapat tolong kamu di saat kamu perlukan pertolongan. Perasaan mama bercampur baur. Mama takut kalau peristiwa lama berulang lagi." Ujar Datin Norlie sebak.


"Tak... Mama tak ada buat salah apa-apa pun. Semua tu atas kehendak Mika sendiri. Lagipun Mika dah okay sekarang ni." balas Mikael lembut.


"Kamu nak jaga hati mama ke ni?"


"Mama sendiri nampak keadaan Mika macam mana, kan? Jadi mama jangan risau ye." balas Mikael lagi sambil meyakinkan Datin Norlie akan keadaannya. Datin Norlie tersenyum lalu memeluk erat anaknya itu untuk beberapa ketika.


"By the way, Mika ada sesuatu nak tanya dengan mama." tanya Mikael menukar topik. Perlahan-lahan perlukan ibunya itu dilepaskan.


"Apa dia?" tanya Datin Norlie pelik.


"Kenapa mama bagitahu aunty Noreen yang Mika dah nak kahwin?" tanya Mikael sambil memandang tepat ke wajah ibunya.


"Huh?" Datin Norlie terkesiap. Dia mula tidak tentu arah apabila diajukan soalan tersebut. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya pada ketika itu.

Mikael tersenyum nipis melihat kelakuan Datin Norlie itu. Dia kemudian bingkas bangun lalu duduk di sisi ibunya. Jari jemari wanita itu masih digenggamnya rapi.


"Bukan ke mama dah janji dengan Mika tak nak bagitahu sesiapa pasal hal ni. Mama mungkir janji kan." ujar Mikael lagi menyakat ibunya itu.

Datin Norlie berpaling membelakangi anak lelakinya itu. Secara sembunyi dia menepuk mulutnya perlahan.


"Mulut ni memang tak boleh simpan rahsia langsung." bisik Datin Norlie di dalam hati.

Dia kemudian mencuri pandang wajah anak lelakinya itu. Namun seperti ada laser yang terpancar keluar dari mata Mikael apabila merenung ke arahnya. Datin Norlie segera mengalihkan pandangannya.


"Ala... Mama bukannya sengaja. Mama cuma terlalu teruja bila kamu cakap nak kenalkan mama dengan bakal isteri kamu. Sebab tu mama terlepas cakap pada nenek dan aunty Noreen." akhirnya Datin Norlie membuka mulut menjawab pertanyaan dari Mikael itu.


"Huh? Nenek pun tahu pasal benda ni?" tanya Mikael lagi berpura-pura terkejut. Sekali lagi Datin Norlie terkesiap lalu menekup mulutnya.


"Eh kejap. Macam mana kamu tahu pasal benda ni? Aunty Noreen bagitahu kamu ke?" soal Datin Norlie kembali kepada Mikael.


"Bukan dia tapi Dazrin. Tiba-tiba je dia datang dekat office Mika tanya pasal ni." balas Mikael.


"Dazrin? Maknanya semua orang dah tahu la pasal kamu nak kahwin ni." Mikael menganggukkan kepalanya. Meskipun hanya Datin Norlie dan Dazrin sahaja yang tahu mengenai perkara tersebut.

"Kalau aunty sendiri yang datang tanya Mika rasanya keadaan tak akan setenang ni. Mama faham-faham jelah perangai aunty tu macam mana. Lebih-lebih lagi bila perkahwinan Mika ni ada kaitan dengan wasiat arwah datuk. Mika tak rasa aunty akan berdiam diri." tambah Mikael panjang lebar.


"Kesian anak mama. Nak kahwin pun kena sorok-sorok. Mama sentiasa doakan kebahagiaan kamu dengan bakal isteri kamu tu. Jika dah tertulis dia memang untuk kamu, lambat laun pasti akan bersatu juga." ujar Datin Norlie sambil mengusap lembut tangan anak lelakinya itu.


"Thanks mama." balas Mikael sebelum memeluk erat tubuh wanita di hadapannya itu sekali lagi.

*****

Haura yang baru selesai menyiapkan sarapan dilihat sedang berjalan keluar dari bilik pantri. Di tangan terdapat satu dulang makanan yang berisi air kopi serta sandwich. Tiba-tiba Laila datang menyapanya.


"Haura!” tegur Laila. Haura yang tidak perasan akan kehadiran Laila pada waktu itu sedikit terkejut. Mujur tidak terlepas dulang makanan di tangannya itu.


"Akak..... Terkejut saya tau. Nasib baik tak jatuh dulang ni." balas Haura.

"Sorry, akak tak sengaja." ujar Laila sedikit kalut. Haura berkerut.

"Akak datang ni nak jumpa dengan saya ke? Atau nak pergi bancuh air?" tanya Haura.


"Akak nak tanya sikit, betul ke semalam kamu keluar dinner dengan Encik Dazrin?" soal Laila serius tanpa berselindung. Haura sangat terkejut dengan soalan tersebut.


"Mana akak tahu?" tanya Haura kembali.


"Ada budak office bagitahu. Akak terdengar dia orang bergosip dekat parking lot tadi. Siap dengan cerita Datin Noreen serang kamu dekat restoran tu." ujar Laila panjang lebar.


"Pembetulan. Datin tak serang saya pun. Dia cuma datang sekejap je. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan." dengan laju Haura memotong kata-kata Laila itu.


"Ish, kamu ni main-main pulak. Akak serius ni tau." balas Laila sambil menepuk lembut bahu Haura. Haura tertawa kecil.


"Saya pun serius jugak kak. Datin tak ada buat apa-apa pun. Dia cuma datang jumpa Dazrin sekejap lepas tu hilang." ujar Haura lagi menerangkan situasi sebenar kepada Laila. Namun Laila tidak percaya bulat-bulat dengan kenyataan dari Haura itu.


"Encik Mikael dah tahu ke?" tiba-tiba nama Mikael disebut oleh Laila.


"Mikael? Pasal apa?" tanya Haura pelik.


"Pasal gosip ni la. Tak pasal-pasal kena rasuk dek hantu bos kamu tu nanti. Baik kamu bagitahu dia cepat." tambah Laila lagi.


"Kenapa pulak? Itukan dah di luar waktu kerja. Tak kan hal peribadi saya pun nak kena report pada dia." balas Haura. Dia rasa tiada keperluan untuk dia memberitahu Mikael tentang perkara itu.


"Suka hati kamulah Haura. Akak cuma ingatkan kamu je. Lebih baik tahu dari mulut kamu sendiri daripada dengar dari mulut orang lain." balas Laila memberi peringatan.


"Kak, cakap pasal Mikael kan, saya nak tanya sikit dengan akak." Haura mula menukar topik.


"Aii, lain macam bunyinya tu. Nak tanya pasal apa?" balas Laila pelik.

"Akak dah lama kerja dekat sini kan?" pertanyaan dari Haura itu menguatkan lagi rasa pelik di hati Laila.

"Lama la dari kamu." balas Laila bersahaja.

"Akak ada tahu apa-apa cerita pasal girlfriend Mikael tak?" tanya Haura. Mata Laila terbuntang luas apabila perkataan 'girlfriend' itu keluar dari mulut Haura.

"Girlfriend? Dah kenapa kamu tanya pasal girlfriend dia ni? Musykil betul akak." tanya Laila kembali. Dia mula rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Haura dari pengetahuannya.


"Akak tahu ke tak? Atau pernah dengar cerita ke." tanya Haura sekali lagi.


"Selama akak kerja dekat sini tak pernah lagi akak dengar pasal girlfriend Encik Mikael. Dia tu memang spesis workaholic. Sampai hari minggu pun pulun kerja jugak. Orang lain punya kerja pun dia kebas. Dah berbuih mulut Puan Sri nasihatkan dia tapi macam biasalah mana dia nak dengar semua tu." balas Laila panjang lebar. Haura menganggukkan kepalanya. bersungguh-sunguh dia dengar penjelasan dari Laila itu.


"Oh yeke? Boleh tahan jugak dia tu ek? Patutlah saya tengok dia tu selamba je ganti atau buat kerja orang lain." balas Haura.


"Dia tu terlampau sibukkan diri dengan kerja sampai tak ada masa langsung untuk diri sendiri. Nak kenal-kenal dengan perempuan memang lambat lagi." tambah Laila lagi.

"Saya tak percayalah kalau dia tu tak ada girlfriend. Tengok gaya pun dah macam kaki perempuan. Tak mungkin." sepantas kilat Haura mencantas kenyataan dari Laila itu.


"Amboi.., mulut tak ada insuran." balas Laila sambil mencubit lembut lengan Haura. Haura sekadar tersenyum nakal.


"Kalau kamu nak tahu arwah Tan Sri siap buat wasiat untuk dia kahwin kalau nak warisi harta peninggalannya. Kamu rasa?" ujar Laila lagi. Kali ini Haura benar-benar terkejut.


"Serius la kak? Sampai macam tu sekali?" balas Haura separa percaya. Laila menganggukkan kepalanya berkali-kali.


"Oh sebab wasiat inilah sampai dia sanggup upah perempuan entah dari mana untuk menyamar jadi girlfriend dia." bisik hati kecil Haura.


"Akak ada dengar juga budak office cakap yang Encik Mikael ni dulu perangai dia bukan macam ni. Dia sangat ramah dan mesra, lebih kurang macam Encik Dazrin jugak. Tapi lepas dia balik dari oversea dua tahun lepas terus berubah 360 darjah." tambah Laila lagi.


"Oversea? Dia buat apa dekat sana? Study ke?" tanya Haura lagi untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Mikael. Dia tidak pernah tahu tentang perkara tersebut.


"Yang tu akak tak tahu pulak. Kalau nak tahu lebih lanjut kamu tanya la dia terus. Buat apa tanya pada akak. Dahlah akak nak pergi buat kerja. Bye." balas Laila selamba sebelum meninggalkan Haura sendirian di bilik pantri.

Haura sedikit terkejut dan tidak terkata dengan tindakan Laila itu namun kemudian dia tertawa kecil lalu mula membuka langkah menuju ke tempatnya.

*****
Melihat kelibat Mikael yang tiba di perkarangan bilik, Haura segera bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menyapa bosnya itu.


"Selamat pagi, Encik Mikael." sapa Haura dengan penuh ceria. Senyuman manis terhias di bibirnya. Mikael sekadar menganggukkan kepalanya.

Haura kemudian segera mencapai tablet di atas mejanya lalu mengekori lelaki itu masuk ke dalam biliknya.


"Tengah hari nanti awak ada meeting dengan Encik Rahmat. Lepas tu pukul 3 petang ada meeting dengan wakil dari TF Holdings." tutur Haura satu per satu kepada Mikael yang baru saja melabuhkan punggungnya di kerusi.

Mikael melihat ada segelas kopi serta sandwich di atas mejanya. Dia kemudian memandang ke arah Haura dengan penuh tanda tanya.


"Oh, makanan tu saya beli masa on the way ke office sebab saya tak sempat nak sarapan dekat rumah tadi. Alang-alang tu saya belikan untuk awak sekali." balas Haura sedikit tergagap-gagap.


"Kau ni kalau orang tak suruh beria buat. Tapi bila di suruh macam-macam alasan kau bagi." balas Mikael berbaur sindiran. Haura sungguh geram dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.


"Kalau awak tak nak saya boleh ambil semula dan bagi pada orang lain." Haura mengacah sambil mara untuk mengambil semula dulang tersebut.


"Eh, mengada-ngada betul. Ada aku cakap aku tak nak ke?" kata-kata Mikael itu membuatkan Haura mematikan langkahnya. Senyuman nipis terukir diwajahnya namun dia cuba sorokkan dari dilihat oleh Mikael.


"Oh saya lupa nak bagitahu, Puan Sri nak jumpa dengan awak." Haura menyampaikan pesanan yang ditinggalkan oleh Naimah sebentar tadi.

"Sekarang ke?" tanya Mikael. Haura sekadar mengangguk.

"Okay, kejap lagi aku pergi."

"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu." balas Haura mengundurkan dirinya.

Mikael menarik dulang makanan itu ke arahnya. Tanpa dia sedar sebuah senyuman terbit dibibirnya.

*****

Mikael dilihat sedang berjalan menuju ke bilik Puan Sri Normah. Suri yang sedar akan kehadiran Mikael itu segera berlari mendapatkan rakan sekerjanya yang sedang berborak di suatu sudut. Dia kemudian sengaja bertanya dengan suara yang sedikit lantang sehingga didengari oleh Mikael.


"Eh betul ke aku dengar semalam Encik Dazrin keluar dinner dengan Haura?" tanya Suri kepada rakan sekerjanya.

Mikael terus memperlahankan langkahnya apabila mendengar nama Haura dipetik. Dia mula memasang telinga untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


"Ya, ada staf nampak mereka berdua dating semalam. Bukan main sweet lagi." balas rakannya itu. Suri tersenyum nipis.


"Yelah, Encik Dazrin kot. Dahlah hensem, baik pulak tu. Untunglah Haura."


"Kau jangan nak reka cerita la. Kau tahu Datin Noreen tak suka dengan Haura, kan." Suri berpura-pura menidakkan berita tersebut.


"Yang nak kahwin nanti si anak bukannya mak dia. So apa masalahnya?" ujar rakan Suri lagi.


"Kalau betul cerita korang ni memang aku tabik la pada Haura. Sanggup redah lautan api demi cinta sejati." balas Suri dengan harapan Mikael termakan akan kata-katanya itu.

Mikael menggenggam kuat kedua belah tangannya. Dia kemudian berlalu pergi dengan rasa marah dihati namun dia cuba mengawal emosinya itu.

Suri tersenyum puas melihat reaksi yang diberikan oleh Mikael itu. Umpan yang dilempar olehnya telah dimakan oleh Mikael.

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-09-21 23:41:32 

Mikael ni apa masalahnya....psiko ke...


NovelPlus Premium

The best ads free experience