BAB 77

Drama Completed 919566

Dazrin termenung di meja. Masih terngiang-ngiang di telinganya tentang apa yang diperkatakan oleh Datin Noreen. Sejujurnya sehingga kini dia masih tidak boleh terima kenyataan bahawa Mikael telah mengikat tali pertunangan dengan gadis yang dia cintai. Sedangkan lelaki itu tahu tentang isi hatinya.

Sanggup Mikael merampas Haura darinya. Memang benar dia sukakan Haura tapi sanggupkah dia menkhianati sepupunya sendiri. Dazrin buntu.


"Tolong mummy dan kamu akan bahagia dengan Haura."

Datin Noreen menabur janji manis kepada anak lelakinya itu. Dazrin benar-benar dalam dilema. Perlukah dia menuruti segala rancangan yang telah dibuat oleh ibunya itu? Atau dia terpaksa terima kenyataan bahawa jodohnya bersama Haura telah tiada.

Knock! Knock!

Namun lamunannya itu terhenti apabila pintu bilik diketuk. Soraya melangkah masuk dengan senyuman yang menghiasi wajahnya. Dazrin segera membetulkan kedudukannya.


"Dina buat apa dekat sini?" tanya Dazrin.


"Meeting. Alang-alang tu Dina jenguk la abang sekali." balas Soraya sambil meletakkan beg kertas yang dibimbitnya ke atas meja. Dazrin sekadar memerhati.


"Apa benda tu?" tanya Dazrin lagi.


"Sushi favorite abang. Jomlah kita lunch sama-sama."

Soraya mula mengeluarkan beberapa bekas sushi dari beg kertas tersebut. Dazrin melihat jam di tangannya. Matanya terbuntang luas. Waktu berlalu sangat pantas. Bagaimana dia boleh tidak sedar waktu sudah menjengah ke tengah hari. Nasib baik tiada temujanji penting yang perlu dia hadiri.


"Abang ada masalah ke?"

Tiba-tiba Soraya mengajukan soalan tersebut kepada abangnya. Dazrin yang agak kaget memperlahankan kunyahannya. Dia menghabiskan dahulu makanan yang ada di dalam mulutnya sebelum membalas pertanyaan adiknya itu.


"Apasal Dina tanya abang macam tu? Abang okay je." balas Dazrin kemudian mencapai gelas air miliknya. Soraya menganggukkan kepalanya.


"Kenapa abang tak datang makan malam dekat rumah nenek hari tu? Tak pernah dalam sejarah abang tak datang." tanya Soraya lagi. Kelakuan abangnya itu benar-benar mencuri perhatiannya.

Dazrin terbatuk kecil mendengar pertanyaan itu. Sekali lagi dia menyedut air untuk menghilangkan rasa perit di tekaknya. Di saat itu juga otaknya sedang ligat mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Soraya.


"A..abang ada dekat luar masa tu. Jumpa kawan lama." jawab Darin sedikit gagap. Soraya sekadar mengangguk.

Soraya yakin abangnya sedang sembunyikan sesuatu. Jawapan yang diberikan itu amat bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh Datin Noreen ketika Puan Sri Normah bertanya mengenai Dazrin.

Datin Noreen memberitahu bahawa Dazrin tidak sihat dan kerana itu dia ingin berehat di rumah. Dia juga meminta maaf kerana tidak dapat menyertai ahli keluarganya yang lain pada malam itu.


"Baguslah. Dina ingat abang tak datang sebab nak elak dari berjumpa dengan abang Mika." dengan selamba Soraya membalas. Wajah Dazrin tidak dipandang.

Dazrin membuntangkan matanya sambil menoleh ke arah Soraya yang sedang asyik menikmati sushi yang dibawanya. Ketika itu ada satu perasaan yang terdetik dihatinya. Dia turut meragui tindakannya pada malam itu. Adakah benar dia tidak mahu ke rumah Puan Sri Normah kerana tidak ingin bersua dengan Mikael? Adakah hanya kerana lelaki itu beetunang dengan Haura?

*****


"Haura...! Cepatlah kita dah lewat ni." Laung Mona dari luar rumah. Haura berlari-lari anak keluar dari bilik.


"Ya, dah siap ni." laung Haura kembali. Dia mencapai segala perkakas yang perlu dibawanya ke pejabat. Setelah itu barulah dia keluar.


"Bukan main lama lagi bersiap." bebel Mona seraya melangkah masuk ke dalam perut keretanya. Setelah mengunci pintu pagar rumah barulah Haura masuk ke dalam kereta.

Sejak kejadian hari itu, setiap hari Mona yang akan menghantarnya ke pejabat. Mikael pula menghantarnya pulang kembali ke rumah. Semuanya atas desakan Mikael yang terlalu risaukan keselamatan tunangnya itu.


"Haura, aku kena pergi Langkawi malam ni. Kau macam mana nanti?" ujar Mona tanpa menoleh.


"Berapa lama?"


"Dua minggu."


"Lama tapi tak apalah. Macam aku ni tak biasa pergi kerja sendiri pula." balas Haura selamba.


"Kau okay ke? Macam mana kalau Badrul tak guna tu stalk kau lagi?"

Mona yang risaukan keadaan sahabatnya itu mengajukan pelbagai pertanyaan. Haura tertawa melihat Mona yang begitu mengambil berat akan dirinya.


"Mona, aku okay. Kau tahu aku ada tali pinggang hitam kan." balasnya untuk menghilangkan resah di hati Mona. Wanita itu tidak bersuara. Sungguh berat hatinya untuk meninggalkan Haura sendirian.
Haura tiba di pejabat sedikit lewat dari kebiasaannya. Laila memberitahunya bahawa Mikael telah pun berada di dalam bilik. Tanpa berlengah dia terus meletakkan begnya di meja lalu segera berlari masuk ke bilik Mikael.

Knock! Knock!


"Masuk." ujar Mikael di sebalik pintu.

Haura menguak pintu bilik perlahan-lahan lalu melangkah masuk. Dengan tergesa-gesa dia segera membuka nota di tabletnya untuk memaklumkan kepada Mikael jadual untuk hari tersebut.

Mikael yang sedang duduk di kerusi bingkas bangun dan menghampiri wanita itu. Wajahnya masam mencuka.


"Apasal kau lambat? Aku call kau pun tak berangkat." soal Mikael serius.

Haura menelan air liurnya yang tiba-tiba sahaja rasa seperti tersekat di kerongkong. Mikael berdiri di hadapannya dengan tangan yang berlipat di dada. Haura cuba menggagau mencari telefon bimbitnya. Namun dia mengeluh perlahan apabila teringat bahawa telefon berada di dalam beg yang ditinggalkan di meja.


"S...saya minta maaf. Telefon saya silent."


"Kau tahu tak aku risaukan kau. Tolong jangan buat macam ni lagi." ujar Mikael lembut. Tangan Haura digenggam rapi.

Dari pandangan matanya jelas terpancar riak risau lelaki itu. Haura menyimpul satu senyuman. Mikael berkerut. Entah apa yang sedang bermain di fikiran wanita itu sehingga membuatkan dia tersenyum sendirian.


"Aku serius tau. Kau boleh pula tersenyum sorang-sorang." tambah Mikael lagi.


"Sorrylah. Saya tak boleh nak kawal rasa geli dalam hati ni." balas Haura. Mikael menarik muka seolah-olah merajuk. Perkara itu mengundang tawa besar dari Haura.


"Sayang juga awak pada saya ya." ujar Haura sambil tersenyum.


"Gila tak sayang. Kau tahu tak yang kau ni dah takluk seluruh hati aku." Haura terkesima. Tidak sangka pula Mikael akan bermadah di situ. Dia diam tidak berkutik.


"Saat aku ungkapkan kata cinta aku pada kau, waktu itu juga aku bersumpah dengan diri aku yang aku akan cuba menjadi penawar untuk segala luka yang ada di hati kau. Tak akan sesekali aku biarkan kau menderita. Itu janji aku." tutur Mikael panjang lebar


"Mikael....." perlahan nama itu meniti di bibir Haura.

Wajah Haura mula berubah menjadi merah padam. Matanya juga mula berkaca. Perasaannya ketika itu bercampur-baur antara gembira dan sedih. Haura tertunduk sebak. Meskipun begitu dia tetap cuba gagahkan dirinya untuk mengukirkan sebuah senyuman.

*****

Trut! Trut!

Sudah hampir tiga puluh kali dia mendail nombor tersebut masih juga tidak dijawab. Dengan bengang Suri menghentak meja makan di rumahnya. Setelah Juita keluar, rumah tersebut sudah kelihatan tidak teratur. Bersepah di sana sini.


"Perempuan tua ni memang nak cabar aku ke? Hari tu dia tinggal tahi atas kepala aku. Sekarang ni giliran aku pula." ujar Suri perlahan.

Dia kemudian menaip sesuatu di telefonnya. Agak panjang ayat yang dikarang olehnya itu. Sambil menaip senyuman sinis terukir diwajahnya. Setelah butang 'hantar' ditekan dia meletakkan semula telefon di atas meja.

Tidak sampai tiga minit telefonnya mula berdering. Melihat nama Datin Noreen yang terpapar di skrin Suri tersenyum sinis. Dia tidak menjawab panggilan tersebut malah dia melemparkan telefon tersebut ke atas sofa. Kemudian dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Datin Noreen mula tidak senang duduk. Selepas membaca mesej yang dihantar oleh Suri tadi dia segera menghubungi semula wanita itu. Namun tiada jawapan.


"Perempuan jalang! Kau nak balas dendam pada aku ke? Angkatlah telefon tu." marahnya sendirian.


"CALL AKU KALAU KAU TAK NAK AKU SEBARKAN BERITA PASAL KELUARGA KAU PADA UMUM. BILA AKU DEDAHKAN BENDA NI KHAZZAN GROUP AKAN MUSNAH DAN LENYAP BUAT SELAMA-LAMANYA. BEGITU JUGA DENGAN KAU." - SURI

Satu jam kemudian Suri keluar dari biliknya. Tuala membalut rambutnya di kepala. Dia segera mencapai telefon yang di baling tadi. Berbelas-belas panggilan yang tidak dijawab serta mesej suara naik di notifikasi. Suri tertawa puas.


"Baru kau rasa macam mana perasaan bila kau palau call aku. Itu baru sikit tau Noreen." ujarnya sendirian.

Kringgg! Kringgg!

Sekali lagi telefonnya berdering. Sememangnya Datin Noreen gerangan si pemanggil. Suri menggeserkan ibu jari di skrin lalu menjawab panggilan tersebut.


"Susah sangat ke kau nak jawab call aku?" tengking Datin Noreen di sebalik telefon sebaik sahaja Suri menjawab.


"Soalan tu aku yang patut tanya pada kau. Bukan hari ni aku call kau tau, dah berhari-hari. Tapi apa yang kau buat pada aku? Ada kau jawab call aku tu? Tak ada kan." balas Suri kasar. Datin Noreen berdengus marah.


"Bila kena ugut sikit barulah menggelupur nak call aku. Ceh!"


"Kau tak payah nak berlagak dengan aku. Bagitahu aku maklumat apa yang kau ada yang meyakinkan kau boleh jatuhkan aku."


"Banyak. Kau nak dengar yang mana dulu? Tapi bukan percuma ya." balas Suri sinis.

Datin Noreen mula naik berang. Sempat dia bertekak dengan wanita itu seketika. Namun masing-masing berhati batu dan tidak mahu mengalah.


"Aku malaslah nak bertekak dengan kau dalam telefon macam ni, tak puas. Apa kata kita jumpa dekat tempat biasa malam ni. Itupun kalau kau nak tahu pasal maklumat tulah."

Suri memberi cadangan. Pada awalnya ditolak keras oleh Datin Noreen kerana dia tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan wanita itu. Namun rasa ingin tahu yang mula bersarang di dalam hatinya membuatkan dia bersetuju dengan cadangan tersebut.

*****

Rissa terbaring di atas katil. Sekali imbas tidak ubah seperti mayat hidup. Tidak terurus langsung. Biliknya sangat bersepah dengan Mikael yang berada di merata-rata tempat. Ada yang tertampal di dinding ada juga yang berselerak di atas lantai. Album gambar juga bertimbun di atas katil bersamanya.


"Mikael.... Haura..." tuturnya lemah. Tidak semena-mena airmata mengalir dipipinya. Setelah itu dia mula meracau seperti orang gila. Habis semua benda disepahkannya.

Serentak dengan jeritan tersebut, pintu biliknya segera diketuk kuat. Suara lelaki dan wanita memanggil namanya diluar pintu silih berganti. Namun Rissa tidak menghiraukan semua itu.


"Darling, please open the door. Daddy and mummy here." ujar ayahnya cuba memujuk. Mereka yang baru sahaja pulang dari luar negara terus bergegas pulang ke rumah setelah mendapat khabar mengenai anak perempuannya itu.


"You said she has fully recovered. But what is this?" ibu Rissa bertanya kepada suaminya.


"Don't ask me because I don't even know what happened. She was fine before we left to London." balas ayahnya.


"Kak Yam! Tolong bawakan kunci bilik Rissa naik ke atas." laung ibunya kepada pembantu rumah. Suara Rissa masih kuat kedengaran di sebalik pintu.


"Ini kuncinya datin sri." ujar Yam sambil menghulurkan segugus kunci kepadanya.

Kunci diserahkan kepada suaminya untuk membuka pintu. Ketika ibu dan bapanya melangkah masuk ke dalam bilik mereka terkesiap. Bilik Rissa tidak ubah bagai tongkang pecah. Ibunya segera berlari mendapatkan Rissa yang teresak-esak di lantai. Dipeluk erat anak tunggalnya itu.


"It's okay darling. Mummy ada dekat sini." ujarnya sambil mengusap lembut kepalanya anaknya itu. Lama kelamaan Rissa mula beransur tenang. Tangisannya juga makin hilang dari deria pendengaran.

Bapanya yang meneliti di setiap genap ruang bilik anaknya itu termenung jauh apabila melihat beberapa keping gambar wanita yang ditoreh wajahnya. Dia mengambil sekeping gambar Mikael dilantai lalu ditatapnya lama.


"Dia lelaki yang sama ke dengan kejadian sebelum ni?" bisiknya di dalam hati. Sesekali dia melirik ke arah anaknya itu. Dia menghela keluh yang panjang.

*****

Mikael dan Haura berjalan seiringan keluar dari panggung wayang. Filem bergenre romantik komedi menjadi plihan Haura pada kali ini.


"Romantik betul watak hero tadi kan. Bertuah betul kalau perempuan dapat lelaki seromantik dia. Tak macam orang tu. Hari-hari cakap macam nak bergaduh je." ujar Haura nakal. Mikael menjeling ke arahnya.


"Amboi, perli aku ke tu?" tanya Mikael meskipun dia sudah tahu jawapannya.


"Saya tak ada mention nama sesiapa pun. Siapa makan cili dialah yang rasa pedas, kan?" jawab Haura selamba.


"Aku tak romantik pun kau tetap jatuh hati dengan aku juga. Macam manalah agaknya kalau aku bersikap romantik dengan kau. Silap hari bulan taknak berenggang langsung dengan aku gamaknya." bidas Mikael nakal. Haura menghentikan langkahnya. Dia mencebik dan mengerutkan dahinya. Lengan Mikael dicubit manja.


"Awww... sakitlah. Suka betul bagi sepit ketam tu dekat orang. Dah habis lebam badan aku ni kena cubit dengan kau." gurau Mikael lagi.

Haura melemparkan jelingan yang tajam buat Mikael yang tersengih ke arahnya sambil menggosok lengannya yang dicubit oleh Haura tadi. Setelah itu dia mula menarik muka lalu melangkah laju meninggalkan di belakang.


"Alamak, merajuk pula ke?" bisik Mikael sendirian setelah melihat reaksi yang diberikan oleh Haura itu.

Mikael segera berlari mendapatkan Haura. Tangan wanita itu dicapai lalu digenggam erat. Haura memperlahankan langkahnya. Genggaman tersebut direnung silih berganti dengan wajah Mikael yang sedang berjalan di sisinya.

Haura menguntumkan sebuah senyuman sebelum membalas genggaman erat jemari Mikael. Mereka berjalan bergandingan tangan. Riak bahagia jelas terpancar di wajah mereka. Dalam mereka tidak sedar ada mata yang sedang memerhatikan gerak-geri mereka berdua.


"Saya nak ke toilet kejap. Awak tolong belikan 'rotiboy' boleh. Tekak ni tiba-tiba je rasa nak makan benda alah tu." pinta Haura. Mikael menganggukkan kepalanya kemudian berlalu pergi.


"Kak Rosie..." tegur Haura setelah mengenalpasti wanita yang sedang berdiri di sebelahnya itu. Dengan riak yang terkejut Rosie turut menyapa Haura.


"Eh Haura. Buat apa dekat sini?" tanya Rosie


"Window shopping je." balas Haura. Mereka berdua kemudian berjalan keluar.


"Kamu datang seorang je ke?" tanya Rosie lagi.


"Haura." Namun belum sempat Haura menjawab Mikael segera berjalan menghampirinya. Dua bungkus rotiboy dibawa di tangan.


"Kenalkan akak, ni tunang saya Mikael." Rosie berkerut. Wajah tampan lelaki itu sangat terasa 'familiar'. Dia cuba mengingati di mana dia melihat wajah lelaki tersebut. Tiba-tiba matanya tercelik luas.


"Eh kejap. Kamu berdua kan yang......"

Haura menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Rosie menekup mulut dengan kedua belah tangannya. Dia benar-benar tidak menyangka kejadian itu telah menjadi titik pertemuan buat dua insan yang berada di hadapannya itu.


"Macam mana kamu boleh...... Seriously akak speechless sekarang ni." ujar Rosie lagi.


"Panjang ceritanya kak. Nak ceritakan karang takut tak habis pula. Yang pasti akak lah yang menjadi asbab kami bertemu." balas Haura. Mikael sekadar tersenyum.


"By the way congratulations. I'm happy for both of you." ucap Rosie buat mereka berdua.


"Akak datang seorang je ke?" Mikael mula bertanya.


"Eh tak adalah. Akak datang dengan suami akak. Entah mana pula dia bawa anak dia jalan-jalan." balas Rosie sambil melihat sekeliling. Panjang lehernya mencari kelibat suami tercinta.


"Ha, tu pun dia." ujar Rosie sambil melambaikan tangannya. Dia kemudian berjalan mendapatkan suaminya. Riak wajah Haura sedikit berubah. Seperti ada sesuatu yang tak kena.

Serentak dengan itu juga Mikael berpaling. Matanya terbuntang luas melihat lelaki yang sedang menolak stroller budak menuju ke arahnya. Lelaki itu turut mematikan langkahnya apabila melihat Mikael sedang berdiri di hadapannya. Matanya terbeliak. Haura pula langsung tidak berpaling.


"Kenapa ni abang?" Rosie agak pelik melihat kelakuan mereka berdua mual bertanya keoada suaminya perlahan namun tiada jawapan. Dia memandang wajah Mikael dan suaminya silih berganti.


"U-uncle...." ujar Mikael separa percaya. Haura mengerutkan wajahnya. Rosie membuntangkan matanya apabila perkataan itu keluar dari mulut Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience