BAB 5

Drama Completed 919405

Di dalam sebuah cafe, Mikael kelihatan sedang duduk sendirian sambil menyedut iced americano dihadapannya. Sesekali dia melihat jam ditangannya. Sepertinya dia sedang menantikan kehadiran seseorang. Beberapa ketika kemudian Mikael mengeluarkan telefon bimbit lalu membuat panggilan keluar.


“Hello Man kau kat mana? Lambat lagi ke? Aku dah sampai ni.”


“Sorry weh, lagi 5 minit aku sampai. Nak parking kereta jap. Orderkan aku iced latte.” Balas Luqman.

Usai pelayan cafe hantarkan iced latte ke meja Mikael, Luqman akhirnya munculkan diri.


“Wassap bro,apa khabar? Lama tak jumpa kau. Banyak sangat ke kerja dekat office tu?” Sapa Luqman bersahaja sambil menepuk bahu Mikael lalu mengambil tempat di hadapannya.


"By the way, mana girlfriend supermodel kau tu? Siapa nama dia? Aku dah lupa."


“Rissa.”


“Ha Rissa. Mana dia? Tak bawa dia lepak sekali ke? Aku pun teringin jugak nak berkenalan dengan girlfriend kau tu dengan lebih rapat.”


“Banyaklah kau. Nak berkenalan konon. Rissa takde dekat Malaysia sekarang. Dah sebulan lebih dia duduk dekat New York. Tolong business auntie dia kat sana.”


“Oh yeke? Patutlah aku tengok kau macam takde mood je. Rupanya tengah merindukan si buah hati yang sedang jauh nun di New York sana.” Gurau Luqman selamba sebelum menyedut iced latte untuk membasah tekaknya yang kering dek kerana cuaca yang panas terik diluar.


“Bukan itu masalah aku sekarang.”


“Dah tu masalah apa pulak?”

“Mama aku nak nak jumpa dengan girlfriend aku as soon as possible.”


“Apa yang susahnya, kau bagitahu ajelah pada Rissa tu yang mama kau nak jumpa dia. Settle. Bukannya kau tak ada girlfriend bro.” jawab Luqman bersahaja. Dia kembali menyedut air kegemarannya itu seolah-olah masalah Mikael sudah dapat diselesaikan dengan mudah.


“Masalahnya sekarang ni Rissa tak ada kat Malaysia and aku dah call dia banyak kali minta dia balik sekejap je untuk jumpa dengan mama aku tapi dia refuse." Luqman mula mengerutkan dahinya yang licin itu.


"Dia cakap dia terlampau busy dekat sana and tak boleh balik dalam masa terdekat ni. Dia pun ada bagitahu jugak yang dia belum bersedia ke fasa yang seterusnya which is tunang or kahwin.” Mikael menyuarakan masalah yang dihadapinya kepada Luqman dengan lebih jelas.


“Pulak dah. Hurmmmm.” keluh Luqman sambil menggelengkan kepalanya.

Naik pusing kepala Luqman memikirkan masalah kawannya seorang ini yang sudah dianggap seperti saudara kandungnya sendiri.

*****

Beep.... Beep....

Notifikasi telefon Haura berbunyi. Dia lantas membaca pesanan whatsapp yang diterimanya daripada Mona.

“Haura, jangan lupa hari ni kita ada lunchdate dengan Nina dan Fathin. Jumpa dekat sana nanti.” tulis Mona.

Haura melihat jam di tangannya kemudian dia segera bersiap untuk keluar. Sudah agak lama mereka berempat tidak berjumpa dan lepak bersama-sama. Semua sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Nina dan Fathin sekarang makin susah nak jumpa sebab dia orang berdua sudah bersuami lebih-lebih lagi Fathin yang baru je habis pantang anak pertamanya. Bila ada peluang macam ni memang takkan di sia-siakan.

*****


“Kau biar betul Mika. Kau jangan buat kerja gila la.” Luqman membantah. Suaranya yang agak keras menyebabkan beberapa meja di sekitarnya memandang ke arah mereka. Luqman kemudian mengangkat tangannya tanda minta maaf.


“Aku serius ni Man. Kali ni kau memang kena tolong aku. By hook or by crook kau kena dapatkan seorang perempuan untuk menyamar jadi girlfriend aku.”


“Ada lagi ke orang buat benda ni di zaman millennial ni?”


“Please Man, kau kan banyak cable. Tolong la carikan aku seseorang je yang boleh berlakon jadi girlfriend aku. Soal bayaran kau tak payah risau nanti aku settlekan.”


“Kau pun tahu kan pasal wasiat arwah datuk aku tu. Kalau ikutkan aku pun belum ready lagi nak kahwin tapi mama aku dah bising sangat. Dia siap ugut nak kenenkan aku dengan anak kawan-kawan datin dia tu. Tolong la aku Man. Kali ni je. Last!” sambung Mikail lagi.


“Kau ni memang tak serik-serik kan? Suka sangat buat sesuatu tanpa berfikir panjang. Tak pernah fikir apa kesan pada masa akan datang. Mujurlah dengan si Rissa tu kau bertahan sampai ke hari ni.”


“Alah yang tu pandailah aku uruskan nanti.”


“Mengarut betul la kau ni. Kenapa la idea pelik-pelik jugak yang muncul dekat kepala otak kau tu. Tak pernah di buat orang tau.”

Makin kusut otak Luqman dengan permintaan Mikael itu. Malah ini bukan kali pertama Mikael meminta pertolongan darinya. Sebelum ni Mikael pernah minta carikan perempuan yang boleh jadi peneman untuk waktu lunch dan dinner. Tapi bila perempuan tu dah tangkap cintan dengan dia, disuruhnya pula Luqman mencari idea untuk buat perempuan tu benci padanya.

Berulang kali hal yang sebegitu terjadi sehinggalah Mikael berjumpa denga Rissa Ariana. Luqman yang orang panggil "mat romeo" ni pun surrender dengan Mikael. Dia punya level "buaya" tu lain macam.

*****

Selesai lunch Haura berjalan kaki menuju ke keretanya. Disebabkan tidak jumpa cari tapak letak kereta yang berdekatan Haura telah memarkir keretanya diruangan parkir berbumbung selang beberapa blok dari cafe tersebut. Oleh kerana cuaca yang agak panas terik, sesekali Haura menyedut caramel macchiato yang ada ditangannya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Lalu dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Senyuman terukir manis di bibir Haura apabila dia melihat paparan skrin telefon tertulis bimbitnya. Cepat-cepat Haura menjawab panggilan tersebut.


“Hello assalamualaikun Haura.” Sapa Puan Hafizah disebalik telefon.


“Waalaikumussalam ibu. Ibu apa khabar? Sihat? Maaflah sebab Haura dah lama tak call ibu.” Balas Haura lembut. Terus hilang rasa penat Haura selepas mendengar suara Puan Hafizah.


“Ibu dengan ayah sihat aje. Haura pun mesti ada banyak kerja yang nak kena settlekan dekat sana, kan?” Seperti biasa Puan Hafizah memang sudah masak dengan perangai anaknya ni yang terlalu asyik dengan kerja, kerja, kerja.


“Itulah. Lately ni Haura memang busy sangat ibu tapi bukan bermaksud Haura tak nak call tau.”


“Iya, ibu faham. Anak ibu seorang ni selagi tak settle kerja memang dah tak hiraukan dah benda yang lain. Kalau ada gempa bumi pun belum tentu sedar.” Gurau Puan Hafizah.


“Ishhh.. mana ada.” Rajuk Haura manja. Puan Hafizah tertawa kecil.


“Hari ini Haura habis kerja pukul berapa?” Tanya ibunya inginkan kepastian.


“Macam biasalah ibu. Kenapa tu?” Jawab Haura sambil melihat jam ditangannya.


“Hari inikan Hanna balik Malaysia. Kalau Haura free ibu nak minta tolong Haura ambilkan Hanna di airport. Ibu dengan ayah tak dapat nak pergi ambil sebab hari ni di Rumah Qaseh Harmoni ada majlis sikit.”

PUKKKKKK....

Beberapa kali tepukan lembut hinggap di dahi Haura selepas ibunya meberitahukan perkara tersebut. Dia kemudian menamatkan panggilan tersebut. Dia sendiri tidak menyangka yang dia boleh terlupa tentang hari ni walhal baru beberapa hari yang lepas Hanna memaklumkan kepadanya. Mungkin kerana fokusnya terhadap kerja terlalu tinggi membuatkan dia terlupa akan hal yang lain.

Hubungan Haura dan Hanna sungguh akrab dan rapat. Dia sangat teruja untuk berjumpa dengan adik kesayangannya itu selepas 4 tahun tidak berjumpa.

Sejurus Haura menamatkan panggilan tiba-tiba Haura terdengar suara wanita menjerit meminta tolong. Haura mencari dari arah mana datangnya suara tersebut.

“Tolong..!! Tolong..!!” Jerit seorang wanita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience