BAB 91

Drama Completed 919171

Cahaya bulan yang terang menyinari sekitar kediaman Puan Hafizah. Dia dilihat sedang duduk sendirian di tangga. Sudah hampir 3 bulan Haura menghilangkan diri. Semenjak hari itu Puan Hafizah asyik melengung sahaja menantikan kepulangan anak perempuannya itu.

Jika sebelum ini apabila wanita itu menghilang, dia tidak terlalu ralat kerana dia tahu anaknya selamat di bawah pantauan orang tuanya di Terengganu. Tetapi kini Haura benar-benar telah hilang dari radar. Tidak ada seorang pun yang tahu ke mana dia pergi termasuk sahabat karibnya, Mona.

Sedang dia asyik mengelamun tiba-tiba bahunya disentuh lembut dari belakang. Lamunan Puan Hafizah serta-merta mati lalu dia segera menoleh ke arah tersebut. Wajah Encik Zamzuri terpapar di kaca pandangannya. Bibirnya sedikit terangkat, sebuah senyuman kelat terukir di bibir wanita itu.


"Hari dah lewat ni, tak elok awak duduk lama-lama dekat luar." Ujar Encik Zamzuri memecah kesunyian malam. Puan Hafizah sekadar memandang wajah suaminya itu sepintas lalu.


"Abang tahu awak risaukan anak kita tu tapi janganlah sampai awak mengabaikan soal kesihatan awak sendirian. Abang tengok umi lagi sihat dari awak sekarang ni." tambah Encik Zamzuri lagi. Sempat dia menyakat isterinya itu. Jelingan tajam yang dilemparkan oleh Puan Hafizah mengundang tawa suaminya itu.


"Orang tengah serius dia boleh main-main pula. Abang tak risau ke kalau ada benda yang tak elok berlaku pada anak kita tu?" Balas Puan Hafizah berbaur merajuk. Kening Encik Zamzuri bercantum.


"Bukan ke siang hari tadi Haura baru je telefon awak. Macam mana awak boleh cakap ada sesuatu yang dah jadi pada dia. Dia ada bagitahu apa-apa pada awak ke?" Soal Encik Zamzuri kembali dengan nada berbaur bimbang. Wajah isterinya itu direnung lama. Puan Hafizah menggeleng perlahan. Encik Zamzuri menghela keluh lega.

Selepas Haura memutuskan untuk tidak meneruskan hubungannya dengan Mikael, dia terus menghilangkan diri tanpa pengetahuan sesiapapun. Kali ini dia benar-benar ingin memencilkan diri demi mengubat lara dihatinya itu.

Setelah berbulan-bulan berlalu, akhirnya Haura muncul dengan menghubungi ibunya untuk memaklumkan tentang dirinya yang sedang baik-baik sahaja di sana. Dia tahu Puan Hafizah adalah orang yang paling terkesan dengan kehilangannya itu. Meskipun begitu dia tetap merahsiakan tentang keberadaannya.


"Awak masih tak percayakan anak kita tu?" Tanya Encik Zamzuri lagi. Sekali lagi wajah suaminya ditatap sebelum melepaskan keluh yang perlahan.


"Izah bukan tak percayakan dia tapi ..." Kata-kata Puan Hafizah mati di tengah jalan. Suaranya mula bergetar menahan sebak. Encik Zamzuri sekadar menanti jawapan yang bakal diberitahu oleh isterinya itu.


"Tapi, hati Izah ni selalu sangat resah bila fikirkan pasal anak kita tu. Selagi Izah tak nampak dengan mata kepala Izah sendiri, selagi itulah hati Izah ni akan berasa tak tenang." Sambung Puan Hafizah lagi. Encik Zamzuri merangkul bahu isterinya itu lalu diusap perlahan. Wanita itu kemudian merebahkan kepalanya pada bahu suaminya itu lalu memejam rapat kedua belah matanya. Mereka diam sejenak.


"Saya dengar awak ada berjumpa dengan Datin Norlie, betul ke?" Selang beberapa ketika Encik Zamzuri cuba menukar topik. Sepantas kilat Puan Hafizah mengangkat kepalanya lalu segera membetulkan kedudukan.


"Ya Allah! Macam mana Izah boleh lupa nak bagitahu abang." Kata-kata itu meluncur laju keluar dari mulutnya. Suaminya sekadar tersenyum.


"Macam mana keadaan Mikael? Masih tak ada perubahan ke?" Tanya Encik Zamzuri.


"Lepas mereka bawa dia ke kubur Sophia, agak teruk juga keadaan Mikael selepas tu. Yelah dia nak kena berlawan dengan emosi dia sendiri, kan. Celik je mata tiba-tiba semua orang cakap tunang dia dah meninggal 6 tahun lepas. Padahal dalam kepala dia seperti baru semalam dia berjumpa dengan wanita itu. Kalaulah Izah yang diduga macam tu, mungkin Izah dah sasau agaknya." Puan Hafizah mula membuka cerita.


"Tapi lama-kelamaan dia dah semakin baik. Perihal arwah Sophia, nampaknya dia sudah boleh terima ketentuan takdir. Dia pun dah mula masuk ke pejabat cuma ingatan berkaitan Haura masih lagi tak jelas. Meskipun dah bermacam cara dan bukti mereka semua tunjuk pada Mikael, dia tetap tidak dapat ingat dengan sempurna." Tambahnya lagi. Ada sedikit nada kecewa di hujung bait kata Puan Hafizah itu.


"Kita doakanlah yang terbaik untuk dia. Kita tak boleh nak paksa dia ingat siapa kita, risau makin buruk kesannya nanti. InshaAllah, masa adalah ubat yang terbaik." Balas Encik Zamzuri. Puan Hafizah menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kenyataan suaminya itu.

*****

Sejak suaminya keluar dari rumah, Datin Noreen kini lebih banyak menghabiskan masa di pusat rawatan kecantikan miliknya. Awal pagi lagi dia sudah tercongok di pejabat. Lewat malam barulah dia sampai di rumah semula sehingga Dazrin mula bersungut mengenai perubahan sikap ibunya itu.

Seperti biasa, jika terdapat pelanggan vvip yang datang untuk mendapatkan rawatan, Datin Noreen sendiri yang akan melayan mereka dari awal sehingga habis rawatan. Setelah semuanya selesai, Datin Noreen mengiringi pelanggannya itu sehingga ke pintu keluar. Apabila tetamu tersebut mula hilang dari pandangan barulah Datin Noreen membuka langkah untuk kembali ke biliknya. Tiba-tiba ada satu suara yang menyapa.


"Hello datin." Serentak dengan sapaan tersebut Datin Noreen menghentikan langkahnya. Namun wajahnya terus bertukar kelat apabila melihat susuk seorang wanita yang sangat dikenali sedang berdiri beberapa langkah di hadapannya. Keluh pendek dihela.


"Datin dah tak ingat I ke? I Rissa Arianna, kawan datin. Don't you miss me? Kalau tak silap, dah lebih 3 bulan kita tak jumpa, kan? I ada banyak sangat benda nak bagitahu datin." Ujar Rissa sarkastik sambil melakarkan sebuah senyuman yang lebar diwajahnya. Tetapi sepertinya ada niat yang tak baik disebalik senyumannya itu.


"Kau nak apa lagi dari aku? Tak habis lagi ke kau nak porak-perandakan keluarga aku?" Balas Datin Noreen kasar. Sebolehnya dia tidak mahu berurusan dengan wanita itu lagi.

Rissa melepaskan tawa kecil sebelum wajahnya bertukar menjadi bengis. Perlahan-lahan dia mula melangkah menghampiri Datin Noreen. Hanya tinggal beberapa inci sahaja jarak antara mereka. Wajah Datin Noreen ditatap seketika. Sungguh tajam panahan anak matanya itu.


"Ouch! Kaki I lenguhlah. Apa kata kalau kita borak dekat dalam pula." Ujar Rissa Arianna seraya melangkah masuk ke dalam pusat rawatan kecantikan tersebut. Datin Noreen terdiam seribu bahasa. Tubuhnya masih kaku dek terkejut dengan tingkah laku wanita itu. Tak semena-mena darahnya mula panas dan mendidih.


"Berani kau nak permainkan aku." Desis hatinya garang. Datin Noreen kemudian turut melangkah masuk.

Rissa mengarahkan salah seorang pekerja pusat kecantikan tersebut untuk mengiringinya masuk ke dalam bilik Datin Noreen. Wanita itu sekadar menurut perintah setelah mendapat isyarat mata dari Datin Noreen sendiri. Dia tidak mahu wanita itu mencetuskan sebarang kekecohan di situ kerana masih ada ramai pelanggan yang sedang mendapatkan rawatan.

Pintu bilik ditolak, Rissa Arianna mula menapak masuk lalu duduk di sofa yang tersedia di dalam bilik tersebut. Datin Noreen sekadar mengekorinya dari belakang. Sebelum pekerja tersebut berlalu pergi, Rissa sempat menyuruh wanita itu untuk menyediakan minuman buat dirinya.


"Excuse me. Tolong buatkan I coffee, please. And make sure, less sugar. I tak nak kena potong kaki nanti." Arahnya tanpa segan silu.


"Eh minah salih celup ni, banyak cekadak pula. Dia ingat aku ni kuli batak dia ke?" Bisik pekerja tersebut di dalam hati seraya meninggalkan bilik tersebut.


"Sekarang bagitahu aku, apa tujuan kau datang ke sini." Datin Noreen membuka bicara. Namun wanita itu seolah-olah tidak mengendahkannya. Dia bingkas bangun dan membelek-belek barang perhiasan yang terdapat di dalam bilik tersebut.


"Wah, I tak tahu pula yang datin ni pencinta barangan antik. Mesti mahal semua perhiasan yang ada dalam bilik datin ni, kan? Pasu ni, datin beli dekat mana?" Tanya Rissa dengan penuh teruja.


"Kau tak payah nak tukar topik, aku tak ada masa nak layan kau." Balas Datin Noreen tegas. Rissa menjeling. Dia masih lagi tidak menjawab pertanyaan tersebut.


"Kalau kau tak nak buka mulut sila keluar sekarang. Aku tak nak buang masa aku untuk layan orang macam kau ni. Tak ada faedah." Datin Noreen menguak pintu biliknya. Tangan diajukan ke luar pintu sebagai isyarat untuk wanita itu keluar dari situ. Serentak dengan itu seorang wanita muncul dengan membawa dulang yang berisi secawan air kopi.


"Ha, itupun minuman I dah sampai. Kenapa lama sangat, I haus tau." Rissa Arianna kembali melabuhkan punggungnya pada sofa. Datin Noreen berdengus menahan marah. Tangannya juga sudah mula menggigil.

Cawan kopi diangkat lalu dihirup perlahan. Matanya dipejam rapat untuk menikmati keenakkan kopi tersebut. Senyuman lebar terukir diwajahnya.


"Pandai datin cari pekerja. Bagi I, coffee ni terlalu sedap sampai I rasa nak datang ke sini hari-hari semata-mata untuk minum coffee je." Puji Rissa Arianna melambung namun Datin Noreen sedikit pun tidak termakan kata pujian tersebut. Baginya wanita itu sengaja untuk melengahkan masa.

"Kau nak apa dari aku? Aku tak rasa kau datang sini semata-mata untuk puji kopi yang staff aku buat." Nada Datin Noreen mula meninggi. Rissa terdiam. Senyuman di wajahnya turut memudar. Perlahan-lahan dia meletakkan kembali cawan pada piring di atas meja.

"I ingat bila umur makin meningkat, tahap kesabaran pun akan turut meningkat seiring usia. Tapi I silap, datin ni macam dah terbalik pula. Makin tua makin mudah hilang sabar." Balas Rissa berbaur sindiran. Darah Datin Noreen semakin menggelegak. Bila-bila masa sahaja boleh meletus.


"Well, I pun dah malas nak panjangkan cerita, sebenarnya I nak datin satukan I dengan Mikael. Macam mana cara sekalipun I kena kahwin dengan dia secepat yang mungkin." Rissa mula membuka mulut mengenai tujuan sebenar dia datang bertemu dengan wanita itu.


"Kau dah gila ke? Dengan keadaan Mikael yang macam tu, kau nak aku satukan kau dengan dia? Aku tak nak!" Datin Noreen menolak mentah-mentah permintaan wanita itu.


"Jangan salah faham datin. I bukan bagi datin pilihan untuk setuju ataupun tidak tapi ia satu arahan. Datin dah tak ada pilihan lagi jadi buatlah apa yang patut janji I akan sentiasa ada di sisi Mikael. Lagipun I tak rasa kerja ni susah untuk datin sebab sebelum ni pun datin dah pernah buat, kan?" Semakin sinis sindiran yang ditujukan kepada Datin Noreen. Merah muka wanita separuh abad itu apabila Rissa tidak berhenti menyindirnya.


"Sebab aku pernah buat lah kali ni aku tak akan jadi badut kau lagi Rissa. Cukuplah kau dah hancurkan keluarga aku. Aku takkan sesekali ikut cakap kau lagi. Lagipun aku tak berminat untuk masuk campur dalam urusan pejabat tu." Balas Datin Noreen tegas.


"Come on datin, gunakan segala kuasa yang datin ada. I tahu datin dah menang besar. Anak lelaki datin pun dah dapat semua harta peninggalan arwah Tan Sri Mokhtar yang sepatutnya jadi milik Mikael. Boleh dikatakan anak datin juga bakal mewarisi syarikat Khazzan Group. Jadi I nak datin masukkan I dalam syarikat tu sebagai PA Mikael. I nak hapuskan segala jejak yang berkaitan dengan perempuan tak guna tu."

Datin Noreen mati kata. Matanya terbuntang luas sebaik mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut wanita muda di hadapannya itu. Dia sungguh terkejut dengan segala maklumat yang diperoleh wanita itu. Dia sedar wanita dihadapannya itu bukan wanita biasa tetapi seorang yang sudah gila mindanya di mana dia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak dirinya sendiri.


"Tolonglah, aku dah tak nak terlibat dengan rancangan gila kau ni. Kalau kau nak sangat kerja dekat syarikat tu kau pergi apply sendiri dekat sana. Aku tak nak masuk campur. Lagi satu tolong jangan ganggu aku lagi."


"Kalau itu permintaan datin takkan I nak paksa pula, kan? By the way, cucu datin ni cute sangat, rasa macam nak gomol." Rissa Arianna menunjukkan paparan skrin telefon bimbitnya yang menunjukkan gambar anak Soraya yang berada di pusat asuhan kanak-kanak.


"Kau jangan sentuh keluarga aku. Cukuplah kau dah racun aku sebelum ni. Aku tak akan benarkan kau buat perkara yang sama pada aku sekali lagi." Marah Datin Noreen. Nada suaranya naik seoktaf. Rissa tertawa sinis.


"Well, take your time. I akan tunggu kata putus dari you, Datin Noreen. Tapi jangan lama sangat tau sebab I ni bukan seorang yang penyabar." Ujar Rissa sebelum berlalu pergi meninggalkan bilik tersebut. Amarah Datin Noreen sudah memuncak. Dia menjerit sekuat hati sehingga didengari oleh pekerja serta pelanggan pusat rawatan kecantikkannya itu. Rissa yang turut mendengar jeritan tersebut tersenyum puas.

*****

Mikael berjalan keluar dari bilik mesyuarat menuju ke biliknya. Langkah kakinya terhenti setiap kali tiba di meja yang berdekatan pintu biliknya. Lebih tepat meja yang pernah menjadi ruang kerja Jannatul Haura ketika wanita itu masih lagi berkhidmat di syarikat tersebut.

Ada satu rasa yang sukar digambarkan terzahir di dalam hatinya. Dia tahu tentang kewujudan Haura tetapi tiada satu pun memori tentang wanita itu yang jelas difikirannya. Sejujurnya, sejak Mikael kembali bekerja bagai ada bayangan yang sering menghantui dirinya. Ke mana saja dia pergi, akan ada susuk seorang wanita seolah-olah keluar dari pita memorinya yang rosak itu. Namun sehingga kini masih tiada jawapan. Emosinya pada ketika itu juga tak ubah seperti sebuah rollercoaster yang sedang ligat beraksi di landasannya.

Namun setiap kali dia memaksa dirinya untuk mengingati perkara tersebut, setiap kali itu juga kepalanya akan berasa teramat sakit. Dadanya juga sangat sesak sehingga dia sukar untuk bernafas. Mikael memukul dadanya beberapa kali.


"Encik Mikael ...?" Panggil Laila berkali-kali namun tiada jawapan dari lelaki itu.


"Encik okay ke tak? Pucat sangat muka encik ni." Tanya Laila lagi berbaur bimbang. Mikael menggelengkan kepala. Peluh sejuk mula terbit di dahinya.


"S-saya okay. Awak tolong ambilkan air untuk saya." Jawab Mikael sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

Buk!

Mikael menghempaskan tubuhnya pada Sofa empuk yang terdapat di dalam biliknya itu. Dia ingin merehatkan dirinya buat sementara waktu. Beberapa ketika kemudian Laila masuk dengan membawa segelas air putih lalu diserahkan kepada Mikael. Dia kemudian mengarahkan wanita itu untuk mengambil ubat di dalam laci di mejanya. Dengan tergopoh-gapah Laila mencari ubat tersebut lalu diberikan kepada lelaki itu.

Laila kemudian beredar dari situ meninggalkan Mikael untuk berehat. Lebih kurang 30 minit kemudian pintu bilik Mikael diketuk lalu dikuak perlahan. Soraya melangkah masuk sambil membimbit beg berwarna biru cair bercorak bunga halus di tangannya. Mikael bingkas bangun dari tidurnya itu.


"Dina ada bawakan bekal untuk abang. Aunty yang kirim sebab dia cakap abang keluar rumah tanpa sempat untuk sarapan pagi tadi." Ujar Soraya sambil tangannya mengeluarkan mangkuk tingkat yang sama corak dengan beg yang dibawanya itu.


"Thanks Dina." Balas Mikael sedikit lemah. Melihat keadaan sepupunya yang kurang bermaya itu, Soraya menuang air teh bunga yang dibawanya bersama.


"Nah, teh bunga. Boleh bagi tenaga sikit untuk abang. Dina tengok abang pun macam penat je." Ujar Soraya sambil menghulurkan secawan teh bunga kekwa kepada sepupunya itu. Mikael mengambil teh tersebut lalu meneguknya perlahan.

Baru sahaja Mikael ingin menikmati bekal yang dikirim oleh Datin Norlie kepadanya, tiba-tiba dia terdengar seperti ada kekecohan yang sedang berlaku di luar biliknya itu. Mereka berdua saling berbalas pandang.


"Cik tak boleh jumpa dengan Encik Mikael sekarang ni." Suara Laila kuat kedengaran di sebalik pintu.


"Shut up! You jangan berani nak halang I." Balas wanita itu lantang. Kemudian pintu bilik Mikael ditolak kuat. Cerlung mata Soraya memandang susuk wanita kekwat yang sedang berdiri di muka pintu itu. Laila yang berada di belakang menghela keluh pendek.


"M-maafkan saya encik, saya dah bagitahu pada Cik Rissa yang encik tak terima tetamu hari ini tapi ..." Tutur Laila sedikit gagap.


"Okay tak apa Laila, awak boleh pergi." Balas Mikael. Sebelum wanita itu berlalu sempat Rissa Arianna melemparkan jelingan yang tajam padanya.


"You nak apa lagi datang jumpa I ni Rissa? Masih tak jelas lagi ke apa yang I dah bagitahu you sebelum ni?" Soal Mikael. Soraya menahan tawa melihat wajah Rissa yang berubah dek pertanyaan dari Mikael itu. Wanita itu menjeling penuh amarah ke arahnya.


"Mestilah sebab I nak jumpa dengan you sayang, takkan perempuan ni pula." Balas Rissa sinis sebelum mula membuka langkah menghampiri lelaki itu. Menyedari akan perkara itu, Soraya segera bangkit dari tempat duduknya lalu menghalang wanita itu dari berbuat sedemikian.


"I'm sorry miss, tolong jaga jarak ye." Soraya berdiri tegak di hadapan Rissa sambil tangannya disilangkan ke dada. Langkah Rissa mati dengan serta-merta. Dia benar-benar terkejut dengan tindakan tersebut. Rasa marahnya juga sudah mula membuak-buak.


"I datang ke sini bukan untuk bergaduh dengan you. Jadi tolong ke tepi sebelum ..."


"Sebelum apa? You nak upah orang untuk bunuh I pula, macam tu?" Sampuk Soraya sebelum wanita itu menghabiskan kata-katanya. Rissa diam tidak berkutik. Tangannya sudah mula menggigil menahan marah. Egonya benar-benar tercabar.


"I rasa lebih baik you balik sebelum keadaan menjadi lebih teruk. I taknak office I ni jadi gelanggang untuk korang berdua." Ujar Mikael setelah mendiamkan diri untuk beberapa ketika.

Soraya puas mendengar jawapan yang diberikan oleh Mikael itu. Sejujurnya dia sudah mengisytiharkan wanita itu sebagai musuh ketatnya. Lebih-lebih lagi apabila wanita itu menggunakan ibunya untuk memenuhi kehendak gilanya itu. Bukwn itu sahaja, wanita tinggi lampai itulah juga yang menjadi punca runtuhnya ikatan cinta antara Mikael dan juga Haura. Dan disebabkan itu dia tidak mahu wanita itu dekat dengan sepupunya.


"Tapi, I betul-betul nak ..."


"Shhhhh!" Soraya meletakkan jari telunjuknya pada bibir sebagai isyarat supaya wanita itu mendiamkan diri. Semakin dekat dia menghampiri susuk Rissa Arianna.


"Aku rasa dah jelas sangat apa yang Mikael bagitahu tu. Nak aku ulang ke? Dia dah tak nak jumpa dengan kau lagi jadi tolong keluar sekarang. Aku rasa dah tiba masanya untuk kau mengalah dah teruskan hidup dengan lebih aman selepas ni." Bisik Soraya sinis di cuping telinga wanita itu. Berdesing telinga Rissa dibuatnya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Bagi wanita lain mungkin mereka akan berhenti berharap pada sesuatu yang tak mungkin jadi miliknya. Tetapi bagi wanita bernama Rissa Arianna ni, perkataan "mengalah" tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Setelah apa yang telah dia harungi, tidak mu gkin dia akan berhenti kerana inilah saat yang sangat dinantikan olehnya di mana Haura sudah tidak lagi wujud dalam kamus hidup lelaki itu.

Share this novel

Hashim
2023-03-01 00:55:18 

next please I miss u Haura ...I miss author jugak...tq

Rohani Hussin
2023-02-16 12:53:21 

bila nk update ni..lma dh tggu

norsila
2023-01-27 00:46:50 

pelik lah .napo risa ni tk di humban dlm jail joo..mganggu ketenangan mika skeluarga..datin tu leh joo buat report polis ttg ugutan risa..hiss


NovelPlus Premium

The best ads free experience