BAB 19

Drama Completed 919171

Haura menguak pintu bilik Puan Sri Normah lalu melangkah keluar. Dia sempat melemparkan senyuman kepada Laila dan beberapa pekerja yang lain sebelum berlalu pergi. Suri yang baru tiba di situ memandang Haura dari atas ke bawah dengan wajah yang kerek.


“Kak Laila, siapa tu?” tanya Suri.


“Entah akak pun tak tahu. Tapi Puan Sri memang tunggu dia dari awal pagi lagi.” balas Laila.

Dazrin yang sedang berjalan menuju ke bilik Puan Sri Normah memperlahankan langkah apabila terdengar perbualan antara Suri dan Laila itu. Dia cuba mencari kelibat orang yang diperkatakan itu namun tiada bayang yang dapat ditangkap oleh matanya. Dia mengabaikan semua itu lalu berjalan masuk berjumpa dengan neneknya.


“Good morning Puan Sri.” Dazrin menyakat neneknya.


“Ish..! Kamu ni Dazrin terkejut nenek tau. Ingatkan siapa yang datang tadi.”


“Siapa yang datang tadi tu nek?” soal Dazrin ingin tahu.


“Siapa, siapa?” tanya Puan Sri Normah kembali.


“Perempuan yang baru keluar dari bilik ni la siapa lagi.”


“Oh. Itu orang akan gantikan tempat Naimah yang tengah cuti bersalin sebagai pembantu nenek.” Balas Puan Sri Normah bersahaja.


“Dazrin tak tahu pun nenek tengah cari pembantu. Selalunya staff yang sedia ada ni je yang akan cover kerja staff yang cuti.” Balas Dazrin. Puan sri Normah sekadar senyum.


“Kamu datang jumpa nenek ni ada apa? Belum masuk waktu lunch lagi.”


“Eh terlupa pulak. Sebenarnya Dazrin nak bagitahu yang Dazrin tak dapat nak temankan nenek lunch tengah hari nanti.”


“Dah kenapa pulak. Tadi bukan main lagi merayu ajak nenek cakap nak lunch sekali.” Gurau Puan Sri Normah.


“Ni semua Mika punya pasal. Last minit dia minta Dazrin gantikan tempat dia. Mika tu suka sangat sabotaj ‘date’ kita. Jeles la tu.” Balas Dazrin pura-pura merajuk. Puan Sri Normah tertawa dengan keletah cucunya itu.


“Dazrin dah bagitahu Mika, minta dia temankan nenek lunch. Sorry tau nenek sebab dah hampakan nenek.” Dazrin berdrama.


“Tak payah nak berdrama sangatlah. Dah cepat pergi nanti lambat pulak.”

Sebelum keluar dari bilik Dazrin sempat mengenyitkan mata ke arah neneknya. Nakal sungguh perangai cucunya itu.

 

*****

 

Haura dan Mona sedang duduk di sebuah restoran nasi kandar untuk makan tengah hari. Haura masih lagi dengan wajahnya yang masam mencuka, muncungnya pula panjang sedepa. Sudu yang ada ditangannya menjadi alat untuk dia menguis nasi di dalam pinggan. Mona yang sudah masak dengan perangai Haura tahu ada sesuatu yang sudah terjadi.


“Kau ni kenapa Haura? Beria ajak aku lunch lepas tu buat aku ni macam tak wujud pulak. Diam membisu je dari tadi. Apahal?” soal Mona.


“Tak ada apalah.” Balas Haura malas sambil meletakkan sudu ke pinggan. Dia kemudian mencapai gelas yang berisi jus epal lalu disedutnya. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Mikael pagi tadi.


“Kau tak payah nak kelentong aku la. Ni Mona tau. Tengok muncung kau yang panjang sedepa tu pun aku dah tahu. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Bagitahu la aku kenapa.” pujuk Mona.


“Dah la, malas aku nak cerita. Sakit hati aku yang tadi pun masih belum hilang lagi.” Balas Haura berbaur marah.


“Dah tu apa motif kau ajak aku lunch ni. Nak suruh aku tengok muka kau yang sekejap imut sekejap kemut ni?” gurau Mona kasar.

Salah satu perangai Haura yang dia tidak gemar yang ni lah. Dah bagi hint lepas tu diam. Suka buat orang gelisah dan tertanya-tanya. Haura membalas dengan menjeling tajam ke arah Mona.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang ke meja mereka menjual kerepek dan tisu muka. Budak itu memberitahu yang dia dari rumah anak yatim. Riak wajah Haura berubah serta merta. Dia bertanyakan jenis kerepek yang ada serta berapa harganya.

Haura kemudian mengeluarkan wang kertas bernilai RM20 satu keping dan RM10 satu keping lalu diberikan kepada kanak-kanak itu. Dia mengambil 2 bungkus kerepek dan 1 bungkus tisu muka. Budak itu kemudian beredar dari kedai tersebut. Mona yang berada di situ sekadar jadi pemerhati sahaja.


“Kau ni dari dulu tak berubah, kan? Dah sah-sah la budak-budak ni semua sindiket. Duit jualan tu bukan dapat dekat dia orang pun.”


“Yakin betul ye kau bercakap, kau pernah jumpa ke dengan dalang dia? Tak apalah yang penting Allah tahu niat sebenar aku.” Balas Haura. Mona hanya mendiamkan diri.


“Esok kau busy tak?” tanya Haura menukar topik.

“Esok? Kenapa?” soal Mona kembali.

“Jom teman aku shopping, nak?”

“Shopping? Eh! Macam ada sesuatu je kau ni. Apa benda yang kau tak bagitahu aku lagi ni? Cer cerita.” Pujuk Mona.


“Tak sekarang ni kau boleh teman aku ke tak. Kalau tak boleh nampak gayanya  aku shopping sorang-sorang jelah esok.”


“Shopping kot mana mungkin insan yang bernama Mona ni tak nak pergi. Haruslah aku teman kau esok.” balas Mona beria.


“Tapi macam hari ni la, kau kena datang ambil aku. Sebab kereta aku masih ada dekat bengkel lagi.” tambah Mona lagi.


"Okay cun. Yang tu kau tak payah nak kalut sangat la. Macam la tak biasa.” Balas Haura bergurau.

Mereka berdua kemudian sambung semula menjamah makanan yang terhidang di atas meja.

 

*****

Mona dan Haura dilihat sedang memilih kasut tumit tinggi buat Haura. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikiran Mona.


“Tak pernah dalam sejarah kau ajak aku beli barang macam ni. Lagipun ni bukan style kau pakai barang yang macam ni.”

Rahsia Haura hampir terbongkar apabila sahabatnya itu dapat meneka ada keanehan yang sedang berlaku. Dia hanya membisukan dirinya fokus mencari kasut yang kena dengan seleranya.


“Kasut tumit tinggi kau yang dah sedia ada tu semua orang yang belikan. Nak harapkan kau beli sendiri memang lambert lagi. Baik kau mengaku cepat, apa yang kau dah sorokkan dari aku ni.”


“Next week aku dah mula kerja.”


“Itu je beritanya? Aku ingat apa la tadi. Bukan main beria kau sorok dari aku. Ingatkan nak bagitahu kau nak kahwin.” Sakat Mona. Haura memandang Mona dengan pandangan yang tak puas hati lalu memukul lembut bahu wanita itu.


“Syarikat mana yang terima kau kerja tu? Cepat betul kau buat kerja ek. Bila masa kau cari pun aku tak tahu. Tup tup dah dapat kerja.”

“Khazzan Group.”

“Oh Khazz…. WHAT!?”

AHHHHHHHHHH!!

Mona menjerit dengan penuh teruja. Dia tidak menyangka Haura akan menurut katanya dan setuju untuk bekerja di Khazzan Group. Haura dengan cepat menekup mulut Mona lalu menariknya ke tepi. Hampir kesemua mata dalam kedai tersebut memandang ke arah mereka.


“Ish…! Kau ni tak payah la sampai nak menjerit, malu dekat orang.”


“Serius la Haura kau dapat kerja tu? Syarikat Puan Sri yang kita jumpa dekat pulau hari tu kan? Omaigod!” jerit Mona lagi.


“Iye Mona. Tapi kot ye pun kau excited sangat perlahan la sikit suara kau tu. Habis orang tengok. Dah la suara kau tu berbisik pun orang kedai sebelah boleh dengar. Ini kau menjerit pulak, tak ke bergegar satu bangunan ni.”


“Aku tumpang gembira untuk kau je, bukannya aku bangun buat tarian tiktok dekat sini.” Balas mona nakal.


“Jadi kau shopping hari ni sempena kau nak start kerja baru la ye.”


“Bukan sebab aku teruja nak mula kerja dekat situ tapi sebab aku rasa pakaian aku yang sedia ada tu banyak yang tak sesuai. Yelah masa aku pergi pejabat Puan Sri semalam aku tengok pekerja dia semuanya cantik dan lawa.” Haura memberitahu niatnya.


“Cik Haura jangan risau, saya sebagai personal stylish Cik Haura akan bantu sebaik yang boleh. Kalau boleh biar sampai terbeliak bos dekat sana bila tengok cik nanti.” Ujar Mona penuh semangat.


“Eh eh, dia pulak yang melebih.” Haura menggelengkan kepalanya dengan telatah  yang sudah mara ke depan memilih pakaian yang akan dipakai oleh Haura.

Usai membeli belah, Haura berehat di bangku kosong yang ada berdekatan dengan escalator. Manakala Mona pula telah pergi ke tandas. Haura meletakkan beg kertas yang dipegangnya di sisi.

Kemudian datang seorang wanita duduk disebelah Haura. Dia kemudian mengalihkan beg kertasnya lalu diletakkan di lantai. Beberapa ketika kemudian ada seorang lelaki datang menjemput wanita itu. Ketika wanita itu bangun dia tidak sedar telefon bimbitnya telah terjatuh begitu juga dengan Haura.

Tepat disaat wanita itu beransur pergi Mona pun muncul. Mona menghulurkannya rotiboy yang baru dibelinya.


“Nah! Makanan kegemaran kau.” hulur Mona yang kemudian melabuhkan punggungnya pada bangku.


“Kau ni tahu je yang aku tengah lapar. Tak kan ini je, airnya mana?” Haura berseloroh.


“Eh banyak songeh pulak dia. Orang dah beli tu makan jelah.” Balas Mona. Haura tersengih.

Kring..! Kring…!

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi deringan telefon yang kedengaran tidak jauh dari tempat duduk mereka. Seteleh beberapa ketika deringan tersebut masih belum berhenti.


“Telefon kau ke yang berbunyi tu?” Soal Haura kepada Mona.


“Bukan. Ringtone aku lain, lagu kpop.” Balas Mona. Sempat lagi dia bergurau.


“Aku rasa telefon ni kot yang berdering.” Mona menghulurkan telefon yang dijumpainya kepada Haura.

Telefon tersebut berdering sekali lagi. Mona menyuruh Haura menjawab panggilan itu kerana beranggapan mungkin pemiliknya yang menelefon. Haura segera menjawab panggilan tersebut.


“Hello, siapa ni?” sapa si pemanggil.


“Saya pemilik telefon ni. Boleh saya tahu kamu ada dekat mana sekarang.”


“Saya jumpa telefon ni dekat bangku yang puan duduk tadi.”


“Alhamdulillah. Sekejap lagi driver saya pergi ambil. Terima kasih banyak-banyak ye.” Balas wanita itu sebelum mengakhiri perbualan.

Beberapa minit kemudian seorang lelaki datang menghampiri Haura dan Mona. Lelaki inilah yang datang menjemput wanita tadi. Haura segera bangun dan menyapa lelaki tersebut.


“Encik ni telefon yang terjatuh tadi.”


“Okay baik. Terima kasih. Ini ada hadiah sikit untuk kamu dari datin.” Balas lelaki itu sambil menghulurkan sampul duit kepada Haura.


“Eh tak apa encik. Saya tolong ikhlas. Lagipun kebetulan saya memang duduk dekat sini. Saya tak ada buat apa-apa pun.” Tolak Haura sopan.


“Nanti encik kirim salam pada datin ye.” Tutur Haura lagi setelah melihat lelaki itu seperti serba salah dengan tindakannya.

Setelah lelaki itu pergi Haura kembali menyambung perbualannya dengan Mona. Namun tanpa Haura sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gerak gerinya dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience