BAB 95

Drama Completed 919597

Kediaman Puan Sri Normah dipenuhi dengan tetamu. Mereka mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kelahiran anak kedua Soraya dan juga kepulangannya dari tanah suci. 

Hubungan Datin Noreen dan anak perempuannya masih lagi dingin tetapi sudah tidak sedingin dahulu. Dia juga sudah kerap luangkan masa bersama cucunya. Ternyata menjadi juga rancangan Datin Norlie yang sengaja meninggalkan Shafiy kepada kakaknya itu. Kalau dia tidak berbuat begitu entah bila budak itu akan dapat merasa kasih sayang seorang nenek.

Pada hari itu buat pertama kalinya juga Dato' Zubir membawa Rosie bertemu dengan keluarga tersebut. Itupun setelah Puan Sri Normah sendiri yang menjemput. Datin Noreen sedikit pun tidak terkejut kerana dia sudah dimaklumkan oleh suaminya berkenaan perkara tersebut.

Alhamdulillah majlis telah pun selesai. Semua berjalan dengan sempurna. Mereka sekeluarga kemudian berkumpul di ruang tamu.

"Mika naik atas dulu."

Mungkin kerana penat Mikael tidak mahu lama berada di situ. Lagipun tiada apa yang ingin diboraknya. Namun Puan Sri Normah menghalangnya kerana sudah hampir seminggu dia pulang baru hari ini dia berpeluang bertemu mata dengan cucunya itu. Sudah sebulan lebih lelaki itu berpindah keluar dan tinggal di kondominium miliknya. Dengan selamba Dazrin menarik tangannya untuk duduk semula di sofa. Mikael menghela keluh pendek.

"Kenapa dengan kamu ni? Sepanjang majlis mama tengok kamu monyok ke. Tak habis-habis pandang telefon." Dia terkesiap. Dazrin tertawa kecil.

"Dia tengah frust sekarang ni aunty."

Serentak dengan itu panahan matanya tajam memandang lelaki itu. Tetapi sedikit pun tidak membantutkan keterujaan Dazrin untuk terus bercerita. Hampir kesemua mata yang ada di situ mula memandang mereka berdua silih berganti. Tolong jangan mulakan! Mikael berharap sangat sepupunya itu terus mengunci mulut.

"Mikael terjumpa Haura 2 hari lepas masa meeting dengan Sri Sroja. Ex girlfriend dia pun ada juga." Ujar Dazrin diselangi dengan sindiran nakal. Mikael mengetap bibir. Rahsianya sudah pecah. Bukan tidak mahu berkongsi cerita tetapi dia tidak mahu keluarganya terutama ibu dan neneknya kecewa.

"Jumpa dekat mana? Kenapa tak jemput dia datang hari ni."

Berita tersebut sangat mengejutkan mereka. Maklumlah sudah berbulan mereka tidak dapat menjejaknya. Pada masa yang sama mereka sangat teruja. Namun keterujaan mereka itu terbantut apabila Mikael tanpa berselindung memberitahu tentang perubahan sikap dan layanan Haura terhadapnya. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila Dazrin memberitahu bahawa wanita itu kini CEO Dermaga Holdings.

Terbelalak biji mata Datin Noreen apabila mengetahui perkara tersebut. Sebelum ini bukan main lagi dia perlekehkan status hidup wanita itu. Rupa-rupanya dia adalah pewaris kepada syarikat terkemuka tersebut bahkan Dermaga Holdings jugalah yang telah menyelamatkan Khazzan Group dari jatuh melingkup. Sebab itulah kita jangan sesuka hati menilai seseorang dari luaran sahaja.

*****

Alunan muzik rancak memenuhi segenap ruang di sebuah pusat hiburan. Luqman tergesa-gesa keluar dari situ apabila ada seseorang menghubunginya. Dia tidak mahu suasana yang bingit itu mengganggu perbualannya nanti. Eh, tu macam Rissa. Dia nak pergi mana pula tu? Bisiknya apabila melihat kelibat wanita itu yang agak mencurigakan. Secara diam-diam Rissa keluar dari situ lalu pergi ke lorong kecil bersebelahan dengan tempat itu. Dalam diam juga dia mengekori wanita itu.

Tidak sampai 5 minit menunggu tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam tiba di situ. Luqman yang baru sahaja ingin menyapa wanita itu membatalkan niatnya. Seorang wanita yang tidak dikenalinya keluar lalu menghulurkan satu bungkusan kecil berwarna putih kepada Rissa. Dek rasa curiga yang makin tumbuh menjalar di dalam hatinya Luqman mula merakamkan kejadian tersebut.

Tang!

Tanpa sedar kakinya tersepak tin kosong yang bergelimpangan di tepi jalan tersebut. Mujurlah ada tong sampah besar dekat situ boleh juga dia menyorokkan tubuhnya yang tegap itu dari dilihat oleh mereka. Sepantas kilat wanita itu menoleh. Risau jika gerak-gerinya itu diperhatikan.

Apabila lelaki itu menjengahkan kepalanya semula kelibat kedua-dua wanita itu serta kereta tadi sudah tidak lagi kelihatan. Lenyap. Aik hilang dah? Ada kuasa teleport ke? Nasib baik aku sempat rakam sikit. Tapi apa benda dalam bungkusan tu?

*****

Laju Mikael melangkah keluar dari pejabatnya. Wajahnya kelihatan berseri dan riak teruja jelas kelihatan. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi seseorang.

"Bro sorry sangat hari ni aku tak dapat teman kau. Aku ada lunchdate dengan Haura. Akhirnya lembut juga hati dia untuk berjumpa dengan aku." Sungguh teruja Mikael bercerita sebaik sahaja panggilan tersebut dijawab. Dazrin tergamam. Dia melihat skrin telefonnya berkali-kali. Risau jika dia tersalah baca nama si pemanggil tadi.

"Penat lelah kau selama 2 minggu berhasil juga akhirnya."

Tut!

Panggilan dimatikan. Sekali lagi dia terkedu seketika. Matanya terkebil-kebil melihat skrin telefonnya yang sudah tidak menyala. Macam tu je kau palau aku? Bebel Dazrin geram. Setelah itu bibirnya mula terjongket mengukirkan senyuman. Kepala digelengkan sedikit dek telatah sepuunya itu. Semoga kau berjaya bawa Haura balik.

*****

Bukan main berselera lagi dia menikmati spaghetti bolognese yang dipesannya. Haura mencebik. Ipoh hor fun miliknya tidak dijamah. Tadi bukan main beria cakap nak bincang sesuatu tapi sepatah haram pun tak ada keluar lagi dari mulut dia tu. Bebel Haura di dalam hati. Matanya sesekali menjeling wajah bekas tunangnya itu.

Dia berdehem beberapa kali bagi mencuri perhatian lelaki itu namun tidak dihiraukan. Lelaki itu hanya berpura-pura tidak mendengarnya kerana dia sedang tekun menyusun ayat untuk dibicarakan. Tak pasal-pasal balik juga aku kejap lagi.

"Awak nak bincang apa dengan saya dari tadi asyik diam je." Haura mula menyuarakan isi hatinya. Geram pula apabila dirinya tidak diendahkan. Mikael terkesiap. Lidahnya masih kelu untuk berkata-kata. Wanita itu menghela keluh pendek.

"Kalau awak tak ada apa-apa yang nak bagitahu pada saya baik saya balik je. Sia-sia je datang." Seraya dengan itu Haura mula bangkit dari tempat duduknya tetapi Mikael pantas menghalangnya. Dijeling wajah lelaki itu sekilas sebelum dia kembali duduk.

"S-saya sebenarnya..."

Tergagap-gagap tutur bicaranya disaat ingin meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Wanita itu masih menanti dengan sabar meskipun mukanya sudah mula kemerahan dek rasa geram terhadap lelaki itu. Waktu inilah penyakit gagap dia menyerang.

"Sebenarnya apa?"

"Saya nak awak."

Laju ayat itu meluncur keluar dari mulutnya apabila disoal garang. Tetapi Haura langsung tidak terperanjat kerana dia sudah menjangkakannya. Pandangan mereka terkunci untuk beberapa ketika sebelum wanita itu mengalihkan pandangannya. Haura menggeleng.

"Tapi awak masih tak ingat siapa saya. Awak sendiri tertanya-tanya dan ragu dengan perasaan awak terhadap saya. Macam mana saya nak kembali pada awak?"

"Perasaan cinta dan sayang tu boleh dipupuk. Sedikit demi sedikit ingatan saya makin pulih. Saya bukan tiada memori langsung pasal awak cuma..."

"Cuma memori cinta yang kita bina tu yang masih samar dan belum kembali, kan?"

Lelaki itu terdiam. Tiada jawapan untuk dibalas bagi kenyataan tersebut. Memang benar apa yang dituturkan oleh wanita itu. Dia sendiri tidak pasti kenapa sehingga kini dia masih belum mampu ingat dengan sempurna. Fikirannya mula buntu.

Haura perlukan ruang. Terlalu banyak luka yang ada dihatinya. Tipu jika dia tidak terasa apabila dirinya tidak diiktiraf sebagai tunangnya terutamanya apabila lelaki itu langsung tidak mengenalinya. Namun sekelumit rasa marah dan dendam langsung tidak bercambah di dalam hatinya. Siapa dia untuk melawan takdir. Mungkin ini cara tuhan untuk menguji hamba-Nya.

"Lepas awak pergi hati saya ni rasa kosong sangat. Setiap hari saya cuba cari diri awak dalam hati saya." Suara mula tenggelam timbul. Wajah Mikael dipandang sekilas. Namun dia terpaksa keraskan hatinya.

"Tapi semua tu hanya sia-sia kalau saya seorang je yang cinta dan sayang pada awak sedangkan awak langsung tak ada perasaan tu. Ianya tak ubah seperti cinta tidak berbalas yang sekadar bertepuk sebelah tangan. Saya tak kuat untuk hadapi kesakitan tu lagi."

Mikael terus terdiam. Memang sukar untuk dia meyakinkan wanita itu sekalimlagi. Tanpa mereka sedar di luar restoran tersebut sepasang mata sedang memerhatikan mereka.

"Makan dekat Secret Recipe je? Low class betul. Dah tak ada restoran lain ke dia orang ni nak lunch?" Ujar Rissa perlahan ketika melihat sosok Mikael bersama Haura yang sedang berbual. Keluh panjang dihela. Wajah pemandunya dijeling sekilas. Demi cintanya pada lelaki itu dia sanggup menurunkan egonya lalu melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.

"Sayang, you buat apa dekat sini?"

Tanpa segan silu dia merangkul leher lelaki itu dengan manja sebelum duduk di sebelahnya. Riak wajah Mikael terus berubah. Haura tergamam. Dia memandang Mikael dan wanita itu silih berganti. Dah kenapa minah biul ni ada dekat sini. Memang kerja dia mengintip orang ke? Setelah itu lengan lelaki itu pula dirangkulnya sambil melemparkan jelingan berbisa buat Haura.

Berkali-kali Mikael meleraikan pelukan tersebut namun tidak diendahkan. Keras kepala! Haura tertawa kecil. Geli hatinya dengan gelagat wanita itu yang terlalu beria untuk membuatnya cemburu. Kening Mikael terjongket sedikit.

"Wow, bagai pinang dibelah dua. Sesuai sangat jadi pasangan. Apa kata awak kahwin je dengan Rissa ni, habis cerita."

Rissa mula tersenyum lebar sehingga ke telinga. Sedap didengar apabila dikatakan mereka berdua pasangan yang serasi. Makin menggesellah dia. Mengada-ngada! Lelaki itu pula langsung tidak berganjak. Tiada sebarang reaksi diwajahnya. Kosong. Dia benar-benar tidak menyangkan Haura akan mengeluarkan kata-kata itu. Wajah wanita itu direnung lama namun tidak dihiraukannya.

Berbulu matanya melihat aksi manja yang mengalahkan kucing parsi, Haura segera mencapai beg tangannya lalu beredar dari situ. Makin lama dia duduk di situ bukan setakat mata sahaja yang sakit tapi hatinya beribu-ribu kali lebih sakit. Rangkulan dilengan Mikael dilerai kasar sebelum dia berlari mengejar wanita itu. Rissa terpinga-pinga. Hatinya sangat sakit apabila diperlakukan sebegitu. Kau tinggalkan aku macam tu je?

Langkah wanita itu terhenti apabila tangannya ditarik dari belakang. Mikael masih tidak berputus asa untuk memenagi hati wanita itu semula. Dia tahu Haura masih lagi cintakan dirinya. Lebih tepat lagi perasaan sayang wanita itu kepada Luth Mikael masih lagi utuh.

"Kenapa awak suruh saya kahwin dengan Rissa sedangkan awak tahu saya tak ada perasaan pada dia."

Kasar dia melantunkan soalan tersebut. Pandanganya dihunus tajam ke mata wanita itu. Haura terkesiap. Air liur ditelan kesat. Sudah lama dia tidak melihat sisi bengis lelaki itu. Masih garang dan menakutkan. Pandangan matanya sahaja sudah mampu membunuh banyak hati. Haura mengetap bibirnya apabila menyedari dirinya hanyut dalam kenangan.

"S-sebab saya rasa awak dengan dia..."

Belum sempat Haura menghabiskan kata-katanya Mikael laju memintas. Telinganya panas setiap kali mendengar wanita itu mengenenkan dirinya dengan wanita lain. Hatinya sakit.

"Tipu! Saya tahu awak masih cintakan saya. Awak boleh tipu saya tapi awak tak boleh tipu hati awak sendiri." Lantang Mikael membalas membuatkan Haura mati kata. Mereka saling berpandangan. Gelombang mula terasa di dadanya. Nafas Haura mula turan naik dengan laju.

"Ya memang saya masih cintakan Mikael tapi awak bukan dia. Saya tak nampak dia dalam diri awak sekarang ni." Suaranya mula sebak.

Mendengar jawapan yang diungkapkan itu Mikael mula melepaskan genggamannya. Ia benar-benar memberi tamparan yang hebat buat dirinya. Dia menapak beberapa langkah ke belakang. Wajah Haura langsung tidak dipandang. Di saat dia ingin pergi dari situ Rissa datang menghampiri. Sekali lagi lengannya dirangkul.

"Stop it Rissa. Just leave me alone."

"Kenapa dengan you ni sayang? Apa yang perempuan ni dah buat pada you?"

Sekilas dia menjeling ke arah Haura yang hanya berdiri tegak di situ. Tangannya ligat membelek wajah Mikael yang tidak bermaya itu. Sekali lagi lelaki itu memintanya untuk meninggalkan dirinya namun tetap tidak diendahkan.

"It's okay sayang I akan sentiasa ada di sisi you. Tak macam orang tu bila you sakit je terus tinggalkan. Sekarang you dah nampak siapa yang betul-betul ikhlas cintakan you. It's me not her!"

Sempat dia melemparkan sindiran buat Haura. Senyuman sinis terukur dibibirnya. Akhirnya dia berjaya juga mendapatkan Mikael semua. Hebat betul penangan minyak tu baru beberapa minit dah nampak kesan. Riak gembira jelas terpancar diwajahnya. Namun jawapan yang diberikan oleh Mikael benar-benar membuatkan jantungnya terhenti seketika. Darah merah dimukanya seolah-olah telah turun ke kaki. Sekelip mata wajahnya berubah menjadi pucat lesi.

"I tak pernah merancang untuk kembali pada you tapi lambat-laun I akan kembali pada you juga, kan." Ujar Mikael tanpa berselindung. Kening Haura bercantum. Rissa mula tidak tentu arah. T-tak mungkin! Macam mana dia boleh tahu?

"A-apa yang you cakap ni I tak faham." Rissa sedaya upaya cuba menafikan perkara itu. Dengan muka yang bengis Mikael menjeling sekilas sebelum merampas beg tangan miliknya lalu menuangkan segala isi beg tersebut. Habis berterabur barang jatuh ke lantai. Orang yang lalu lalang mula melihat kevarah mereka bertiga. Tangan Rissa mula menggigil. Haura turut bimbang melihat kelakuan lelaki itu.

Tang!

Akhirnya satu botol kecil jatuh ke lantai. Bagai ingin tersembul keluar biji matanya apabila botol tersebut keluar dari tempat persembunyian. Sekali lagi lelaki itu memandang ke arahnya dengan pandangan yang sungguh tajam. Botol tersebut diambil lalu ditunjukkan kepadanya. Berkali-kali dia menafikan perkara itu. Katanya dia tidak tahu botol itu kepunyaan siapa dan entah bagaimana boleh berada di dalam beg tangannya. Tangan Mikael diraih sambil merayu demi mendapat kepercayaan lelaki itu.

"You ingat I tak tahu ke yang you guna minyak ni supaya I tergila-gilakan you semula. I tak bodoh Rissa."

Haura tergamam. Minyak apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu? Tidak mahu terus berteka-teki dia terus mengambil botol kecil dari tangan Mikael lalu ditiliknya. Agak lama dia memerhati sebelum matanya terbuntang luas. Minyak pengasih? Terus cerlung matanya memandang wanita itu.

"Kau dah gila ke Rissa guna minyak pengasih ni? Berdosa besar tau." Haura mula bersuara. Dia sungguh tidak menyangka wanita itu sanggup bertindak sehingga ke tahap itu. Malu dan marah kerana rahsianya sudah terbongkar Rissa segera merampas kembali botol tersebut dari tangan Haura. Tubuh wanita itu kemudian ditolak kuat sehingga dia hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Mikael.

"Berdosa ataupun tak itu urusan aku. Tak ada kena mengena dengan kau. Lagipun korang dah tak boleh buat apa-apa sebab aku dah calitkan minyak tu pada Mikael. Kau tunggu jelah buah hati kau tu datang menagih cinta aku kembali."

Sekali lagi Haura membuntangkan matanya. Dia segera memeriksa di sekitar leher dan tangan Mikael kerana hanya bahagian itu yang terdedah dah disentuh oleh wanita tersebut. Menggigil tangannya apabila melihat ada kesan minyak di belakang tengkuk lelaki itu. Haura mengetap bibir sambil mengepal penumpuk. Cukup marah dia kepada wanita itu. Rissa tertawa puas.

"Matikan jelah angan-angan you tu Rissa. Rancangan jijik you tu tak akan berhasil."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience