BAB 49

Drama Completed 919533

Mikael dilihat terbaring kaku di atas katilnya sambil tangannya diletakkan di atas dada. Matanya terbuka luas dan memandang lurus ke siling biliknya tanpa berkedip. Sekali imbas tidak ubah seperti bangkai bernyawa. Jasadnya masih di situ tetapi rohnya sudah melayang entah ke mana.

Kringgg! Kringgg!

Tiba-tiba telefon bimbit Mikael berdering. Sepantas kilat dia terus bangkit dari tidurnya lalu mencapai telefon yang berada di hujung katil. Dia seolah-olah sedang menantikan panggilan telefon tersebut dari tadi. Tanpa melihat siapakah gerangan si pemanggil, Mikael terus menjawab panggilan tersebut.


"Hello?" ujur Mikael separa teruja. Wajahnya juga kelihatan berseri berbanding sebentar tadi yang kelihatan lebih kusam.


"Hello sayang!" balas Rissa manja disebalik telefon.


"Rissa...?" ringkas nama itu keluar dari mulut Mikael. Senyuman dibibirnya turut lenyap.

Ternyata sangkaan Mikael jauh meleset. Dia menyangkakan Haura yang menelefonnya berkaitan kejadian di pejabat pada siang hari tadi. Rupa-rupanya kekasih jarak jauhnya yang menelefon untuk melepaskan rindu.


"Yes sayang. Kenapa? You macam tak suka je I call you." Rissa mula merajuk.


"B-bukan I tak suka tapi I tengah busy sekarang ni. Ada kerja penting yang I perlu siapkan segera." bohong Mikael.


"Setiap kali I call, you asyik cakap you sibuk je. Bila masa yang you ada untuk I?" marah Rissa. Dia rasa Mikael seperti ingin menjauhkan diri darinya.


"Selama ni I memang sentiasa tunggu dan ada untuk you. Tapi you je yang macam dah lupakan I sejak you kerja dekat sana." balas Mikael. Rissa mula panas hati. Mikael seolah-olah menyalahkan dirinya hubungan mereka kian renggang.


"Jadi sekarang ni you nak salahkan I ke? You ingat I duduk dekat sini goyang kaki je ke? You ingat I datang holiday? Mika, I sedang tunaikan impian dan cita-cita I. You sebagai teman lelaki I sepatutnya bagi sokongan pada I bukannya jatuhkan I macam ni." Marah Rissa lagi. Bagi dirinya, Mikael tidak menghormati keputusannya itu.


"I'm sorry okay. I tak ada niat pun nak sakitkan hati you. I memang sokong keputusan you tu, cuma..." balas Mikael tanpa menghabiskan kata-katanya. Dia tidak mahu untuk bertikam lidah dengan wanita itu.

"By the way, bila you nak balik Malaysia? Family I dah kerap sangat tanya pasal you." Mikael menukar topik.

"Again? Dah tak ada benda lain ke yang you nak tanya I. Tak habis-habis dengan soalan yang sama je. I rimas la dengan soalan you ni." balas Rissa kasar.

"Rimas?" balas Mikael pendek dengan nada yang terkejut. Dia tidak menyangka pertanyaan darinya itu telah membuatkan Rissa berasa tidak selesa. Mikael menghela nafas yang berat sehingga didengari oleh wanita itu.


"Sayang, you tahu kan apa tujuan I datang ke sini? Cepat atau lambat I tetap akan balik juga ke Malaysia tapi bukan sekarang. So, please jangan paksa I dan tunggu je I balik. I harap sangat you faham." Rissa cuba memujuk Mikael.

"Masa dah semakin suntuk, Rissa. Mama I akan kahwinkan I dengan perempuan pilihan hati dia kalau I tak bawa you jumpa dia dengan segera." balas Mikael.

"Dan you setuju dengan semua tu?" balas Rissa seolah-olah tidak percaya.

"Setuju ataupun tidak, I tak boleh nak bantah. Ini semua permintaan terakhir arwah datuk I, you pun tahu pasal ni, kan?" Ujar Mikael.

"Sayang, you tu lelaki tau. You sepatutnya pertahankan hak you. Jangan nak turutkan sangat pemikiran kuno parents you tu." balas Rissa sedikit kasar.

"Rissa! You sedar tak orang yang you cakap kuno tu mama I?" marah Mikael. Dia tidak sangka Rissa sanggup mengeluarkan kata-kata yang seperti itu.

"Betul la apa yang I cakap. Zaman sekarang ni mana ada orang tetapkan jodoh untuk anak mereka. Orang zaman dulu je buat macam tu." Rissa tetap teguh dengan pendapatnya.


"I betul-betul terkilan dengan sikap you. I tak sangka yang you sanggup......" Mikael tidak dapat meneruskan kata-katanya.


"Macam ni lah. I rasa kita patut stop dulu contact each other buat sementara waktu. Bagi I masa untuk muhasabah diri." ujar Mikael beberapa ketika kemudian. Rissa sangat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Mikael itu.


"What? Are you serious Mika?"


"Yup!" balas Mikael pendek.


"Takkan sebab I tak nak balik jumpa mama you, you nak putuskan hubungan kita ni? You jangan main-main dengan I Mika." soal Rissa kasar.


"Nope! Actually I dah lama nak bagitahu you pasal ni cuma I tak jumpa waktu yang sesuai. I perlukan masa untuk berfikir sedalam-dalamnya tentang hala tuju hubungan kita ni. Dan I harap you pun turut faham dengan keputusan yang I pilih ni." balas Mikael panjang lebar.


"Ke you dah ada perempuan lain? Sebab tu you sanggup tinggalkan I demi girlfriend baru you tu." marah Rissa. Kali ini lantang suaranya.


"Apa yang you merepek ni? Hal ni tak ada kena mengena dengan orang lain pun. Just you and me!" Mikael meninggikan suaranya. Rissa diam tanpa suara.

Mikael menarik nafas yang dalam untuk menenangkan dirinya sebelum sambung memberi penjelasan kepada Rissa.


"I tak nak bergaduh dengan you. I buat semua ni untuk kebaikan you juga. Supaya you dapat fokus untuk kembangkan career you dekat sana tanpa fikirkan I atau anggap I sebagai penghalang you untuk berjaya. I juga nak you tahu yang keputusan I ni dah muktamad. I harap you faham."

Tanpa mendengar balasan dari Rissa Mikael terus mematikan panggilan tersebut. Dia berasa sungguh lega apabila meluahkan apa yang telah terbuku dihatinya buat sekian lama. Seolah-olah batu besar yang selama ini menghempap dirinya telah pun hilang.

*****

Haura duduk bersila di atas sofa di ruang tamu rumahnya sambil televisyen terpasang di hadapannya. Tangan Haura memeluk erat bantal yang ada di atas ribanya. Matanya pula tidak berkedip dan memandang terus ke skrin televisyen. Seolah-olah tembus skrin kaca tersebut. Jauh betul dia termenung. Entah apa yang sedang berlegar difikirkannya.

Wajahnya juga kelihatan sedikit sugul dan pucat. Beberapa ketika kemudian barulah Haura kembali kepada nyata.


"Bangkit Haura! Jangan nak fikir benda yang tak sepatutnya kau fikir!" tutur Haura perlahan. Dia menepuk lembut kedua belah pipinya untuk membangkitkan dirinya dari terus berkhayal.

Dengan lemah Haura mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja kopi di hadapannya lalu mendail nombor yang terdapat di dalam senarai kenalannya. Hanya dengan beberapa deringan sahaja panggilan tersebut segera di jawab.


"Assalamualaikum ayah." Haura memberi salam.


"Waalaikumussalam." balas Encik Zamzuri pendek.


"Ayah dah tidur ke? Maaflah kalau Haura ganggu ayah." tutur Haura lembut.


"Tak adalah. Kenapa kamu call ayah malam-malam buta ni?" tanya Encik Zamzuri.


"Pasal hujung minggu ni....." mulutnya terhenti dari mengeluarkan bicara.


"Kenapa? Mikael tak dapat datang ke?"" Encik Zamzuri cuba meneka. Dari tutur kata Haura dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya itu.


"Hmm... Haura minta maaf sebab dah kecewakan ayah dengan ibu." balas Haura perlahan. Suaranya tenggelam timbul.


"Tak apa, ayah faham. Dia sibuk la tu dengan kerja dia. Tapi kamu tetap balik kan hujung minggu ni?" tanya ayahnya itu.


"Haura balik." balas Haura pendek sambil menganggukkan kepalanya meskipun ayahnya tidak dapat melihat perkara itu.


"Haura.. Kamu okay ke ni? Lemau semacam je ayah dengar suara kamu tu." tanya Encik Zamzuri cuba mengorek cerita.

"Eh! Haura okay je ayah." Haura berpura-pura ceria sambil mengeluarkan tawa kecil yang dipaksa.


"Kamu gaduh dengan Mikael ke?" Mata Haura terbuntang mendengar pertanyaan dari ayahnya itu. Lidahnya turut kelu untuk berkata-kata. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.

Nak kata dia bergaduh dengan Mikael, tidak. Nak kata dia tak marah pada Mikael pun tidak juga. Haura sendiri tidak tahu akan kehendak hatinya pada saat itu. Tapi yang pasti ianya ada kena mengena dengan lelaki yang bernama Luth Mikael.


"Err.. Mana ada ayah. Kita orang tak gaduh pun." balas Haura menafikan perkara itu.


"Baguslah kalau macam tu. Jangan sebab dia tak boleh nak datang hujung minggu ni kamu tarik muka dengan dia pulak. Mungkin ada hal yang lebih penting yang dia perlu uruskan." ujar Encik Zamzuri panjang lebar. Haura sekadar mendiamkan diri.


"Okaylah ayah. Haura masuk tidur dulu ye. Nanti pesan pada ibu untuk masak lauk kegemaran Haura hujung minggu nanti tau." ujar Haura sebelum menamatkan panggilan telefonnya dengan ayahnya itu.

Selepas berbual dengan ayahnya Haura bersandar pada sofa sambil memejam rapat kedua belah matanya. Dia menghelakan keluh yang panjang.

Meow!

Haura terkinjat. Matanya terbeliak kerana terkejut. Dia segera melihat ke arah sangkar kucing yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.


"Ish... macam mana aku boleh lupa yang Mona tinggalkan kucing dia dekat sini." bisik Haura sambil mengusap dadanya yang berdegup kencang.

Haura kemudian berjalan menuju ke sangkar tersebut lalu melepaskan kucing yang bernama Gio itu keluar. Kucing tersebut menggeselkan tubuhnya pada kaki Haura. Haura tersenyum sambil mengusap kembali kepala dan tubuh kucing tersebut.

Haura menuju ke dapur untuk mengambil makanan untuk diberikan kepada Gio. Sedang kucing enak menjamu selera, Haura kembali ke ruang tamu.

Sekali lagi Haura termenung jauh. Dia kemudian melirik pada telefon bimbitnya yang di letakkan di sisinya.


"Memang diam terus ek? Hati batu betul! Tak ada inisiatif langsung ke untuk call aku." bebel Haura sendirian.


"Aku bukan main bersengkang mata tak tidur malam sebab dia. At least cakap la terima kasih ke sorry ke. Ni tak, satu mesej pun tak ada. Nak harap dia call memang tak la." bebelnya lagi. Dia segera mencapai telefon bimbitnya lalu mencari nama Mikael di senarai log panggilan.


"Ikutkan hati nak je aku call mamat ni lepas tu bagi la sebakul dua bebelan singa aku ni." Haura membebel tanpa henti. Matanya tertumpu pada nama Icy Prince di telefon bimbitnya.

Haura kemudian menaip sesuatu di telefonnya. Dia menukarkan nama kontak dari 'Icy Prince' kepada 'Monster M'.

Meow!

Gio datang dari arah dapur lalu datang menggeselkan tubuhnya pada Haura. Manja sungguh Gio dengan Haura. Gio kemudian melompat duduk di atas riba Haura.


"Ada ke patut Gio dia buat bodoh je lepas aku nangis depan dia tadi. Dah la tak kejar pun aku masa tu, sekarang ni call pun tak nak. Memang tak ada perasaan langsung kan mamat ni." Haura mengadu pada kucing yang duduk dengan selesa di atas ribanya.


"Meow!" Haura tersenyum dengan reaksi manja Gio.


"Tengok! Kucing pun pandai bagi respon." tambahnya lagi.

Haura membuka whatsapp Mikael lalu menekan skrin telefonnya tanpa henti.


"arghhhhdiamjemmgtakdeperasaanekatleasttanyalaorangokayketaknidiamjekeawakmmgtakdeperasaanekgrr"

Itulah rutin Haura untuk meluahkan rasa marah atau geramnya pada Mikael. Dia akan menaip panjang lebar isi hatinya di whatsapp Mikael kemudian akan memadamnya semula setelah rasa panas dihatinya kian pudar.

Namun tanpa di duga ketika dia sedang menaip luahan hatinya itu, Gio tiba-tiba menyondol dan menjilat muka Haura sehingga dia terpaksa mengalah dan meletakkan telefon bimbitnya di sisi. Haura membelai manja Gio yang sememangnya inginkan perhatian.

Beberapa ketika kemudian Gio melompat turun lalu pergi ke arah dapur. Haura mengambil kembali telefon bimbitnya dengan niat ingin menyambung kembali sesi membebelnya. Namun matanya terbuntang luas dan mulutnya turut ternganga apabila dia melihat mesej yang ditaip olehnya sebentar tadi telah dihantar dan telah dibaca oleh si penerima iaitu Mikael.


"Ishhh.. Ni mesti sebab si Gio pijak telefon aku tadi. Aduh apa aku nak bagitahu mamat ni nanti. Harap-harap dia tak faham la apa yang aku hantar tu." tutur Haura sendirian. Dia menjeling ke arah Gio yang sedang asyik membasah tekak.

Haura rasa sangat berdebar. Dengan menggelabah dia cuba untuk padam mesej tersebut namun sudah terlambat. Dia tidak berniat langsung untuk menghantar mesej tersebut.


"Tenang Haura. Dia mungkin dah baca tapi mesti dia tak faham apa yang kau tulis tu. So chills je." Haura cuba menenangkan dirinya yang kian berdebar.

Beep! Beep!

Bunyi notifikasi di telefon Haura menandakan ada mesej yang masuk. Ternyata Mikael membalas mesej yang dihantar oleh Haura itu.


"Apa benda yang kau hantar ni?" "Kau jampi aku ke?"


"Jampi kejadah dia. Tak reti membaca ke mamat ni." omel Haura. Namun dia tidak memberi sebarang respon pada mesej yang dihantar oleh Mikael itu.

Kringgg! Kringgg!

Monster M is calling.........

Haura mencampak telefon bimbitnya pada sofa dan segera berdiri apabila melihat nama yang terpampang di skrin telefonnya pada saat itu. Dia sungguh terkejut.


"Apahal dia call pulak." ujar Haura spontan. Dia berjalan mundar mandir di hadapan televisyen.

Haura tidak terus menjawab panggilan tersebut dengan harapan Mikael akan berhenti menelefonnya. Namun sangkaannya meleset sama sekali apabila Mikael terus menerus menelefonnya.


"Ishhh.. Apa yang dia nak? Masa aku tunggu kau call bukan main liat lagi." omel Haura berbaur merajuk.

Namun apabila telefon berkali-kali di asak tanpa henti oleh Mikael akhirnya dia akur. Haura mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut.


"Hello......" sapa Mikael membuka bicara.


"Hmmm...." balas Haura malas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience