BAB 55

Drama Completed 919566

Laila berjalan di sekitar pejabat sambil matanya ligat mencari sesuatu. Dia kemudian menahan pekerja yang lalu lang untuk bertanya sesuatu kepada mereka.


"Ada nampak Suri tak?" tanya Laila.

"Rasanya tadi dia ada dekat lobi. Kenapa Kak Laila cari dia?"


"Tak ada apa. By the way, thanks." balas Laila kemudian bergegas menuju ke lif.

Dari jauh Laila melihat Suri sedang berbual mesra dengan beberapa rakan sekerjanya yang lain. Dia mula berjalan menghampiri wanita itu.


"Suri, kamu ikut akak kejap. Akak ada benda sikit nak cakap dengan kamu." panggil Laila. Dengar sahaja namanya dipanggil, Suri menjeling ke arah Laila.


"Nak bincang pasal apa? Cakap ajelah dekat sini." balas Suri sedikit kasar. Mendengar jawapan dari Suri itu membuatkan Laila merenung wanita itu dalam-dalam. Dia kemudian menarik lengan Suri lalu berbisik kepada wanita itu.


"Kamu memang nak akak cakap dekat sini ke? Dah fikir masak-masak?" bisik Laila perlahan. Berdesing telinga Suri mendengarnya. Matanya serta merta memandang Laila.

Agak tajam renungan mata Laila pada Suri. Dia seolah-olah sedang memberi amaran yang keras kepada wanita itu. Dari tatapan mata Laila itu Suri tahu bahawa wanita di hadapannya itu ingin bercakap mengenai kejadian yang berlaku di pantri tadi.


"Kau tengah ugut aku ke ni?" bisik Suri kasar. Dia tersenyum kelat memandang rakannya yang lain.


"Ugut? Buat apa akak nak ugut kamu. Apa yang akak dapat?" balas Laila kembali.


"Untuk pengetahuan kamu, akak tak ada masalah tau untuk bagitahu perkara tu dekat sini. Kalau kamu nak, sekarang pun akak boleh buka cerita tu." tambah Laila lagi. Suri berdengus kasar.

Beberapa pasang mata yang ada di situ mula memandang ke arah mereka berdua sambil mengerutkan dahi mereka. Keadaan kelihatan sedikit tegang.


"Apahal ni Suri? Kau okay ke tak? Lain macam je aku tengok." tanya salah seorang rakannya.

Hal tersebut telah membuatkan Suri menjadi sungguh gelisah. Tindak tanduknya ketika itu telah memberikan bayangan yang dia kini sedang dilanda masalah. Dirinya ketika itu tidak ubah seperti cacing kepanasan.


"Korang, nanti kita sambung borak lain kali ek. Kak Laila ni tiba-tiba nak bincang benda penting dengan aku pulak." ujar Suri kepada rakannya.

Serentak dengan itu Laila mula berjalan meninggalkan mereka. Suri kemudian membuka langkah mengekori jejak Laila. Tanpa mereka berdua sedar, di dalam diam Juita telah mengekori mereka berdua dari belakang.

Dang!!!!!

Pintu kecemasan di ruangan bumbung di tutup kasar oleh Suri. Dia turut mengunci pintu tersebut sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan ada orang lain yang datang ke situ.

Setelah Suri dan Laila masuk ke ruangan bumbung tersebut, Juita segera berlari ke arah pintu untuk masuk. Dengan penuh berhati-hati Juita cuba memulas tombol pintu. Namun sungguh malang nasibnya apabila pintu tersebut telah dikunci dari dalam.


"Alamak kunci pulak. Macam mana aku nak dengar perbualan dia orang ni." bisik Juita di dalam hati.

Dia cuba merapatkan telinganya pada pintu dengan harapan dia bisa mendengar perbualan di antara Suri dan juga Laila. Namun hampa.


"Apa benda yang penting sangat yang kau nak cakap dengan aku tu?" Suri membuka bicara.

Laila yang sedang berdiri sambil menyilangkan kedua tangannya di dada berpaling menghadap Suri.


"Kenapa kamu pukul Haura?" tanya Laila tegas. Namun Suri tidak memberikan sebarang jawapan.


"Kamu sedar tak apa yang kamu dah buat pada Haura tu?" tanya Laila lagi.


"Ya, memang aku pukul dia. Dan aku buat semua tu dalam keadaan aku sedar dan masih waras lagi. So apa masalahnya sekarang ni?" balas Suri angkuh.


"Kamu ni dah melampau tau Suri. Haura tu tak ada ganggu hidup kamu pun. Yang kamu berdendam sangat dengan dia tu kenapa?" Laila mula naik geram dengan perangai Suri itu.


"Mana kau tahu dia tak ganggu hidup aku? Bukannya dia bagitahu pada kau pun. Kau tu bukannya ada dekat sini, baru je berapa hari masuk kerja balik. Jangan nak berlagak pandailah." balas Suri.


"Akak kenal Haura tu macam mana. Akak yakin dia tak ada ganggu hidup kamu pun. Kalau kamu yang menyusahkan hidup dia tu ada logiknya jugak." sindir Laila. Suri menjadi bertambah berang.


"Oh, jadinya kau lagi kenal dan percaya dengan perempuan yang baru kerja dengan kau tak sampai setahun tu berbanding dengan aku yang dah bertahun-tahun kerja dengan kau ni? Come on, Laila!" lantang Suri menjawab. Dia sudah tidak mampu menyembunyikan rasa marahnya itu.


"Sebab akak kenal kamulah akak jadi bertambah yakin yang Haura tu tak ada buat salah pun dalam hal ni." bidas Laila tajam.


"Akak bukan baru kenal kamu semalam tau. Segala tindak tanduk kamu tu akak dah boleh baca dah." Suri diam tidak berkutik.

Dari pandangan matanya jelas sekali perasaan amarahnya sedang berkobar-kobar. Namun Laila tidak berhenti menasihati Suri yang telah dianggap seperti adiknya sendiri.


"Sudah-sudahlah buat perangai macam ni. Kalau kantoi dengan pihak atasan mendapat kamu nanti."


"Ish...! Kau ni semak la! Jangan nak menyibuk dalam urusan aku boleh tak?" marah Suri.


"Akak bukannya nak menyibuk urusan kamu. Tapi akak risau kalau kelakuan kamu di diketahui oleh pihak atasan. Apa yang kamu nak jawab nanti?" balas Laila penuh sabar.


"Yang kau dari tadi tak habis-habis cakap pasal pihak atasan tu kenapa? Ke kau yang nak buat report pasal aku sebenarnya."


"Fikir logik sikitlah Suri. Kalau akak nak buat report, buat apa akak datang jumpa kamu sekarang ni. Baik akak terus pergi jumpa dengan dia orang. Cepat sikit kamu kena halau dari sini."


"Hah! Halau aku? Memang itu sebenarnya niat kau kan? Untuk singkirkan aku dari sini." Suri tertawa sinis. Laila menggelengkan kepala.


"Susahlah bercakap dengan orang yang keras kepala macam kamu ni. Akak cuma risau kalau ada apa-apa yang jadi pada kamu nanti." keluh Laila.


"Buat apa kau nak risau kalau kau kunci rapat mulut kau tu. Dia orang tak akan tahu pasal kejadian tu kalau kau tak buka mulut." balas Suri.


"Kamu lupa agaknya. Haura tu kerja dengan Encik Mikael. Kamu rasa Encik Mikael tak akan perasan ke kesan lebam yang kamu tinggal dekat tubuh Haura tu?" ujar Laila. Suri terdiam. Hal itu tidak pernah terlintas di fikirannya.


"Kamu rasa apa yang Encik Mikael akan buat kalau dia tahu pasal kejadian tu? Kamu ingat dia akan berdiam diri aje ke?" tambah Laila lagi.


"Ah! Kau diamlah! Pandailah aku urusan diri aku sendiri. Kau tak payah nak menyibuk jaga tepi kain orang sangat." Suri mula naik angin. Perasaannya juga telah bercampur baur.


"Tangan kau tu baru je elok kan. Jangan sampai aku buat kau jadi lumpuh satu badan pulak. Biar cacat terus!" ujar Suri berbaur ugutan sebelum meninggalkan Laila sendirian. Sekali lagi Laila menggelengkan kepalanya dengan kelakuan Suri itu.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki semakin jelas di deria pendengaran Juita. Dia yang masih berada di luar pintu segera berlari menyembunyikan dirinya. Juita sedari tadi cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka berdua namun tidak berjaya.

Kaki serta mulut Suri saling bergerak seiringan. Mulutnya tidak berhenti membebel di saat dia melangkah keluar dari pintu tersebut.


"Kecil-kecil tak reti nak mampus, bila besar menyusahkan orang. Sepatutnya masa aku tolak kau dari tangga hari tu biar mampus terus. Tak adalah nak menyibuk hal aku macam ni. Siap ugut-ugut aku lagi. Kau ingat kau siapa Laila?" bebel Suri panjang lebar. Kata-kata tersebut telah didengari oleh Juita.

Juita agak terkejut dengan pengakuan dari Suri itu. Dia menekup mulut dengan tangannya. Juita sungguh tidak menyangka Suri sanggup mencederakan Laila yang selama ini menganggap wanita itu seperti adiknya sendiri.

*****

Knock! Knock! Knock!

Pintu bilik Mikael di ketuk. Seraya lelaki itu menyahut, pintu di tolak perlahan dari luar. Wajah Haura terpampang di sebalik pintu. Pada mulanya Mikael mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan yang ingin bertemu dengannya.

Namun apabila matanya bertentangan dengan mata Haura dia segera mengalihkan pandangannya itu. Mikael terus menyambung melakukan kerjanya tanpa menghiraukan Haura. Wanita itu kemudian membuka langkahnya berjalan menghampiri Mikael.

Suasana di dalam bilik tersebut sunyi buat seketika. Masing-masing tidak mengeluarkan sebarang patah bicara.


"Dia ni memang tak nak pandang aku langsung ke?" bisik hati Haura. Muka Haura sedikit berkerut dek rasa geram.


"Ehem......" Haura berdehem untuk mencuri perhatian Mikael. Namun lelaki itu tetap tidak menghiraukannya. Jangan katakan dia nak pandang wajah Haura, jeling pun tidak.


"Lama-lama aku dekat sini boleh bertukar jadi hulk aku nanti. Tambah pulak dengan perangai mamat ni yang meminta sangat." omelnya lagi.


"Aku risaukan kau!" "Hati aku sakit sangat!"

Tiba-tiba fikiran Haura dihujani dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Mikael kepadanya. Wajah Haura yang putih gebu mula bertukar menjadi merah padam. Hatinya juga turut rasa berbunga-bunga. Buat seketika dia terasa seperti di awang-awangan.


"Jangan buat hal dekat sini Haura. Bangkit!" bisik hati kecilnya.

Haura segera menyingkirkan perasaan itu dari hatinya. Dia menepuk lembut pipinya supaya bangkit dari khayalannya itu.


"A-awak... Saya nak minta maaf pasal tadi. Awak masih marahkan saya ke?" ujar Haura lembut. Sejujurnya dia tidak dapat melakukan tugasnya selagi kata maaf itu tidak diungkapkan.


"Tak ada apa yang aku perlu maafkan. Dah jangan ganggu aku. Banyak lagi kerja yang aku nak kena buat." balas Mikael kasar. Haura terdiam. Kata balas dari Mikael itu cukup untuk mematikan rasa yang indah di hatinya.


"Okay, boleh. Tapi sebelum tu awak kena ikut saya dulu." Serentak dengan itu, Haura segera mencapai lengan Mikael. Namun lelaki itu cepat-cepat menarik tangannya kembali.

Haura menjeling ke arah Mikael. Pandangannya penuh dengan makna.


"Apa yang degil sangat mamat ni. Mengalahkan budak kecil. Dia ingat aku tak tahu ke yang dia merajuk dengan aku. Acah-acah garang konon." bisik Haura di dalam hati. Matanya cerlung memandang Mikael yang tidak menghiraukannya itu.

Sekali lagi Haura menarik tangan lelaki itu. Kali ini dia mencapai jari jemari Mikael lalu digenggamnya erat. Mikael kaku buat seketika. Namun dia tidak meleraikan genggaman tersebut.


"Cepatlah ikut saya sekejap." ujar Haura lagi sambil menarik tangan Mikael untuk kesekian kalinya.

Mikael bangkit dari kerusinya lalu mengekori jejak langkah Haura. Matanya lurus memandang Haura tanpa berkedip. Sesekali dia melihat tangannya yang digenggam erat oleh wanita itu. Degup jantung di dadanya berdetak dengan kencang sekali.


"Awak duduk dekat sini." ujar Haura sambil menolak lembut tubuh Mikael untuk duduk di ruangan sofa di biliknya itu. Haura pula mengambil tempat di sebelahnya.

Mikael masih lagi diam membisu. Tindak tanduk Haura itu benar-benar mengelirukan dirinya.

Haura kemudian mengeluarkan beg ajaibnya lalu diletakkan di atas meja kopi. Satu persatu ubatannya di keluarkan dari beg tersebut.


"Bak sini tangan tu." ujar Haura sambil menghulurkan tangannya. Namun Mikael masih lagi kaku di situ.

Haura berasa sungguh geram. Dia merenung wajah Mikael untuk beberapa ketika. Tanpa sebarang suara Haura segera mencapai tangan kanan lelaki itu dengan kasar.

Tiba-tiba riak wajahnya berubah apabila melihat kesan luka yang ada di tangan Mikael itu. Dengan pantas Mikael menarik kembali tangannya itu.


"Kau tak payah sibuklah. Biar aku yang buat sendiri." ujar Mikael.


"Jangan degil boleh tak? Bak sini tangan tu biar saya sapu ubat." balas Haura sambil menahan rasa geramnya.

"Kau tak payah menyibuk hal akulah. Pergi buat kerja kau tu." balas Mikael kasar. Haura mencerlungkan matanya.


"Kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah." omel Haura di dalam hati.

Haura kemudian menarik kasar tangan lelaki itu lalu mula menyapukan ubat. Mulutnya juga tidak berhenti membebel. Tanpa sedar senyuman nipis terukir di bibir Mikael. Entah kenapa hatinya berasa cukup senang mendengar bebelan dari Haura itu.


"Boleh tak jangan nak melawan. Ikut ajelah apa yang saya suruh. Saya cuma nak tolong sapukan ubat pada luka awak ni je. Bukannya nak terkam awak." bebel Haura.


"Lepas tu jangan sesuka hati nak cederakan diri sendiri macam ni. Saya tak suka."


"Kenapa? Luka sikit aje pun."


"Saya cakap tak suka, tak sukalah. Jangan awak berani buat macam ni lagi. Sekarang ni memanglah luka kecil je, lepas ni macam mana pulak?"


"Kau risaukan aku ke?"


"Mestilah saya risaukan awak. Awak kan bak....." bebelannya terhenti di tengah jalan. Tangannya juga berhenti bergerak. Mikael mula tersenyum lebar.


"Bak? Bak apa? Cakap tu biarlah sampai habis. Jangan cakap separuh jalan macam ni." sakat Mikael. Wajah Haura mula berubah menjadi merah kerana malu.


"Apa-apa jelah. Pokoknya saya tak suka awak buat macam ni lagi.


"Aku pun tak suka bila kau disakiti oleh orang lain. Luka dan sakit dekat tangan aku ni tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan sakit yang aku rasa bila tengok kau terluka." ujar Mikael lagi. Haura terkedu. Hatinya rasa begitu hangat dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Mikael.


"Tolong janji dengan saya yang awak tak akan sakitkan diri awak lagi. Kalau tak...."


"Kalau tak? Kau ni memang suka sangat cakap tergantung macam ni kan."


"Kalau tak, saya sendiri yang akan belasah awak sampai lunyai." balas Haura sambil mengemaskan perkakas yang digunakan untuk menyapu luka.


"Sanggup ke?" Mikael menyakat lagi.


"Mestilah saya sanggup. Awak kan kepunyaan saya...."

Mereka berdua sama-sama terkedu. Waktu terasa bagai terhenti seketika. Mikael memandang Haura tanpa berkedip. Haura pula cuba melirik ke arah Mikael untuk melihat reaksi lelaki itu. Haura semakin cemas apabila melihat Mikael sedang merenung tepat ke arahnya.


"Mampus aku! Mulut tak ada insuran langsung. Kau ni dah hilang akal ke Haura." bebelnya di dalam hati. Tangannya laju mengemas beg ubatnya.

Setelah selesai mengemas barang-barangnya, tanpa sebarang suara Haura terus bangkit untuk meninggalkan bilik tersebut. Namun dengan pantas Mikael menyambar tangannya. Sekali lagi Haura memandang wajah lelaki itu.

Dia turut melirik pada tangannya yang digenggam erat oleh Mikael. Kali ini ada satu perasaan yang lain hadir di dalam hatinya. Mikael seperti ada sesuatu yang ingin diluahkan kepada Haura.


"Mika, kau free tak......"

Namun belum sempat Mikael membuka mulut, tiba-tiba Dazrin muncul di sebalik pintu mematikan suasana. Haura dan Mikael tersentak. Haura segera menarik laju tangannya dari genggaman Mikael dengan harapan Dazrin tidak melihat perkara tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience