BAB 65

Drama Completed 919161

Hari sudah makin lewat, Mikael dilihat terbaring kejung di katil. Tubuhnya pula mengiring ke kanan menghadap meja sisi katil. Meskipun mata tercelik luas namun fikirannya telah hanyut entah ke mana.

Klik! Klik!

Berkali-kali jarinya menekan punat lampu meja. Terang, gelap, terang, gelap. Begitulah keadaan di biliknya pada ketika itu.


"Aku dah jatuh hati dengan kau."

Mikael mengimbas kembali detik dia meluahkan rasa hatinya pada Haura. Dia menggelepar sambil menendang selimut tebal yang menyelimuti dirinya itu.


"Aishhh...! Apa yang aku dah buat ni! Kenapa aku boleh cakap macam tu pada dia." bebel Mikael sendirian sambil bangkit dari tidurnya. Kepalanya sudah kusut masai. Sungguh tidak terurus penampilannya pada saat itu.

Semua gara-gara Haura yang tidak memberikan sebarang jawapan kepadanya. Sama ada wanita itu terima atau pun menolak perasaannya itu, dia tidak tahu. Mikael telah cuba memaksa namun matanya tetap tidak mahu lena.


"Dia tak suka aku ke? Aku bukan main beria lagi confess. Sekali dia blah macam tu je. Mana aku nak letak muka aku ni? Malu weh!"

Mikael tidak henti membebel sedari tadi. Berbagai soalan yang bermain difikirannya pada ketika itu. Dia tidak berpuas hati apabila Haura hanya mendiamkan diri. Adakah wanita itu juga mempunyai rasa yang sama sepertimana dengan dirinya.

Usai sahaja Mikael mengungkapkan suara hatinya dia terus terdiam. Mata Haura membulat. Perkara itu sungguh di luar jangkaan. Mulutnya terkunci tubuhnya kaku. Dia sungguh terkejut.


"K-kenapa kau diam? Jawablah." ujar Mikael setelah melihat wanita itu kaku memandangnya.

Tangan Haura masih lagi melekat di dadanya. Jantungnya Mikael semakin laju berdetak.


"Kau tak suka aku ke?"

Tambah Mikael lagi. Dia yang sedang menantikan jawapan balas dari Haura tidak senang duduk melihat riak yang dipamerkan oleh wanita itu. Akan tetapi Haura masih juga tidak membuka mulutnya.

Setelah puas menunggu akhirnya perlahan-lahan Mikael melepaskan pegangan tangannya itu. Tangan Haura diturunkan ke sisi. Riak wajah lelaki itu turut bertukar sugul.


"Aku tak paksa kau untuk terima aku. Soal hati ni aku tahu aku tak boleh nak paksa. Aku cuma bagitahu kau apa yang aku rasa sekarang ni. Aku minta maaf kalau kata-kata aku tadi dah melampaui batas, buat kau tak selesa. Aku minta maaf." ucap Mikael perlahan berbaur kecewa. Dia tetap cuba memaksa kuntumkan senyuman.

Mikael kemudian mula mengundurkan diri. Setelah beberapa tapak dia melangkah tiba-tiba terasa bajunya ditarik dari belakang. Langkahnya serta-merta mati.

Haura kemudian melepaskan tangannya perlahan-lahan. Dia kelihatan begitu gelisah. Mikael berpaling untuk memandangnya namun Haura hanya tertunduk memandang lantai. Bukan kerana sudah tidak sudi tetapi dia risau andai dia tidak dapat mengawal dirinya jika terus menatap wajah tampan lelaki itu.


"S-saya minta maaf."

Itu sahaja kata yang keluar dari mulut Haura. Mikael menyangkakan wanita itu akan memberikan kata balas namun hampa. Benih bunga yang baru ingin mekar di dalam hatinya telah kuncup kembali dalam sekelip mata.

Sekali lagi Mikael kecewa. Rasa sakit di hatinya itu seolah-olah dia telah di reject oleh Haura. Bukan sekali tapi dua kali hatinya terasa seperti ditusuk sembilu bisa.

Perkara yang sama turut terjadi pada Haura. Wanita itu tidak dapat melelapkan matanya. Sekejap berpusing ke kanan, sekejap ke kiri. Adakalanya dia berdiri, kemudian duduk semula di birai katil. Itulah yang diulangnya sejak kembali ke bilik.


"Aku dah jatuh hati dengan kau."

Kata-kata yang terluah dari mulut Mikael itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Tidak semena-mena dia tersenyum lebar. Namun Haura cuba menyembunyikan senyuman tersebut.


"Betul ke apa yang aku dengar tadi? Mamat tu suka aku? Luth Mikael dah jatuh hati dengan aku?" tutur Haura. Suaranya terketar-ketar dek rasa teruja.


"Tapi aku? Apa pula perasaan aku pada dia?" soal Haura kepada dirinya sendiri. Kali ini serius pula tona suaranya.

kedua belah tangan diletakkan di dada. Begitu keras degupan jantungnya sehingga tangannya turut bergerak mengikut irama. Apabila wajah Mikael bermain di kaca fikirannya, semakin kencang degupan jantungnya itu.


"Apa maksud semua ni? Kenapa aku rasa berdebar sangat ni? Aku pun dah jatuh hati pada dia ke? Tak mungkin!" Haura cuba menafikan.

Tidak pernah terlintas difikirannya untuk jalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang sedingin salju itu. Haura memejamkan mata. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Tangan masih melekat di dada. Lisannya pula menafikan perasaannya itu.


"Tak, tak mungkin aku dah jatuh ha........"

Namun saat itu juga seperti ada rakaman yang diputarkan di kotak memori. Segala detik bersama Mikael bermain diminda. Haura tersenyum sendiri. Tetapi sekelip mata sahaja senyuman tersebut lenyap.

Mata Haura terbuntang luas. Tangannya pula terjatuh lemah. Sungguh dia tidak percaya apa yang telah terjadi pada dirinya.


"Ya, aku dah jatuh hati. Aku dah jatuh hati dengan lelaki tu." tutur Haura. Sekali lagi sebuah senyuman lebar terukir dibibirnya. Kali ini lebih lebar sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.

Pipinya mula terasa hangat serta kemerahan. Haura menekup mukanya dengan bantal lalu menjerit teruja. Hatinya terasa sungguh hangat dan berbunga-bunga. Sudah sekian lama rasa itu mati tetapi kini api asmara dihatinya yang lama terpadam telah dihidupkan kembali.

*****

Dua hari sudah berlalu. Sejak mereka pulang ke Kuala Lumpur Mikael dan Haura masih lagi tidak bersua muka. Lelaki itu dihantar pula ke Indonesia atas urusan kerja. Status hubungan mereka juga masih lagi menjadi tanda tanya.

Terbit sedikit rasa rindu dihatinya apabila tidak melihat wajah lelaki itu. Namun Haura tetap tiada keberanian untuk menghubungi Mikael. Dia masih lagi tidak bersedia selepas lelaki itu meluahkan perasaan kepadanya tempoh hari. Apabila terbayangkan detik itu, Haura bagai berada di awang-awangan. Dia tersenyum sendirian.

Namun khayalannya itu terbantut apabila telefon di mejanya tiba-tiba berdering.


"Hello, Khazzan Gr........." belum sempat Haura habiskan kata Rissa lebih laju memotong.


"I taknak bercakap dengan you. I nak Mikael. Sambungkan I pada dia sekarang juga." ujar Rissa Arianna kepada Haura di sebalik telefon.

Haura jauhkan telefon darinya. Dia menghela keluh yang panjang. Sejak Haura pulang dari Sabah sudah berapa kali Rissa menghubunginya untuk bercakap dengan Mikael. Berkali-kali dalam masa sehari. Naik rimas Haura dibuatnya.


"Eiii... Perempuan ni tak faham bahasa ke? Aku rasa baru sejam lepas aku bagitahu dia yang Mikael tak ada dekat office." rungut hati Haura.


"Maaf Cik Rissa. Encik Mikael masih lagi belum pulang dari outstation." jawab Haura. Sudah berbuih mulutnya memberitahu perkara yang sama kepada wanita itu.


"Dah berapa hari dia pergi outstation, takkan tak balik lagi. Dari minggu lepas I call alasan yang you bagi sama je. Tak habis-habis pergi outstation. I dah naik muak la dengan semua tu." balas Rissa kasar.


"Sabar Haura, bertenang. Kau jangan nak sembur dia dekat sini. Nanti viral lagi sekali." Haura memujuk hatinya yang kian hilang sabar dengan kelakuan Rissa itu.


"Memang betul Encik Mikael berada di luar kawasan sekarang ni. Kalau cik rasa saya sengaja reka alasan pada cik, apa kata cik tanya terus dengan Puan Sri Normah. Mungkin cik akan puas hati bila berurusan dengan pihak atasan." balas Haura. Setiap tutur katanya menggigil menahan geram.

Haura beranggapan bahawa wanita itu mungkin merupakan salah seorang client besar Mikael atau seseorang yang sangat dekat dengan lelaki itu. Dia tidak mahu ambil risiko yang akan membuatkan hubungan antara dia dan Mikael menjadi keruh untuk kesekian kalinya.

Seperti biasa Rissa akan melepaskan amukan kecil pada Haura sebelum mematikan panggilan. Namun kali ni sebelum dia menamatkan panggilan, Rissa ada meninggalkan beberapa pesanan yang berbaur ugutan kepada Haura.


"You jangan ingat I tak tahu siapa diri you. Jangan sesekali terlintas dekat fikiran you tu untuk rampas Mikael daripada I. You pegang kata-kata I ni. Kalau you masih berdegil juga, you akan terima padahnya. I tak akan berdiam diri Haura." ujar Rissa seraya menamatkan panggilan tersebut.

Haura terkedu. Dia merenung gagang tetefon yang berada dalam genggamannya dalam kebingungan. Perlahan-lahan dia meletakkan kembali gagang tersebut pada telefon.

Siapakah gerangan wanita itu? Bagaimana wanita itu begitu tahu akan dirinya? Berbagai soalan berlegar difikirannya pada ketika itu. Haura buntu.

*****

Di kediaman Encik Zamzuri beberapa buah khemah sudah terpacak. Keadaan kelihatan sungguh sibuk. Riuh rendah suara sanak saudara serta tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis berinai pada malam itu.

Hanna dilihat sedang duduk di pelamin. Berseri sungguh wajah bakal pengantin itu. Di dapur pula otai-otai sibuk merewang untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada esok hari.

Tema baju kelawar menjadi pilihan Hanna. Hampir kesemua tetamu yang hadir di kalangan kenalan mereka mengenakan baju kelawar. Namun majlis itu khas untuk wanita sahaja. Hanya tetamu wanita yang dibenarkan untuk turut serta dalam majlis tersebut. Tetamu lelaki boleh menjamu selera di khemah yang telah di sediakan.

Meskipun majlis yang sangat ringkas tetapi tetap tampak meriah. Haura dan Mona antara orang kuat yang menguruskan majlis pada malam tersebut supaya berjalan dengan lancar.


"Hantaran, check! Pelamin, check! Goodies, check!" tutur Haura perlahan sambil menanda di buku nota miliknya. Mona kemudian datang menghampirinya.


"Hiasan dan susan atur dekat meja makan beradab aku dah check. Semuanya okay." ujar Mona. Haura mengangguk. Bukunya ditanda lagi.


"Seronok juga macam ni kan? Meriah sangat." tambah Mona sambil tersenyum.


"Opah aku memang terapkan tradisi ni dalam family kami. Dengan cara ni la kita kenal dengan semua kaum kerabat kita. Kalau bukan waktu ni bila lagi, kan?" balas Haura. Mona sekadar mengangguk.

Dari dulu lagi keluarga Dato' Malik dan Datin Safiah jarang menggunakan khidmat katering. Baginya merewang lebih seronok dan meriah. Selain itu dapat juga mengeratkan hubungan sesama saudara serta jiran tetangga.

Pertama kali dalam hidup Mona menghadiri majlis kenduri kahwin yang seratus peratus tidak menggunakan khidmat wedding planner. Semuanya diuruskan sendiri oleh keluarga pengantin. Begitu juga dengan merewang. Meskipun Mona berasa kekok tetapi dia tetap berasa sangat gembira dapat merasai pengalaman yang sebegitu.

Dengan dua kali lafaz Hanna sah menjadi isteri kepada Zaquan. Majlis perkahwinan pasangan merpati dua sejoli itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Mereka berdua bagai pinang dibelah dua. Hanna dan Zaquan sungguh berseri-seri duduk di pelaminan.

Puan Hafizah dan Encik Zamzuri kelihatan sangat sibuk melayan tetamu. Haura kemudian pergi mendapatkan opahnya yang sedang berehat di ruang tamu.


"Mikael mana Haura? Opah tak nampak kelibat dia pun. Dia tak datang ke?" tanya Datin Safiah kepada Haura.

Haura langsung tidak terkejut dengan pertanyaan itu. Dia sudah menjangkakannya. Haura dengan panjang lebar memberitahu opahnya bahawa lelaki itu sedang berada di luar negara atas urusan kerja.

Datin Safiah mengangguk faham. Dia tersenyum melihat cucunya itu yang saban hari tampak lebih sihat dan gembira. Hatinya juga turut terasa bahagia.

Tanpa diduga perbualannya itu telah didengari oleh Mona. Dia agak terkejut apabila nama Mikael dipetik oleh Datin Safiah.


"Mikael? Opah kenal ke dengan mamat tu? Apa hubungan Haura dengan dia?" beberapa pertanyaan mula bermain di fikiran Mona. Namun sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dia menyoal siasat sahabatnya itu.

*****

Haura berlari memasuki bangunan Khazzan Group. Dia melihat jam ditangannya. Ternyata dia sudah terlewat. Haura terpaksa menaiki Grab kerana kunci keretanya tertinggal di rumah ibunya.


"Matilah nak. Aku dah lewat ni. Tak pasal-pasal kena marah dengan bos." bisik Haura. Seraya pintu lif terbuka dia terus melangkah masuk. Tangannya laju menekan butang lif tersebut.

Haura melabuhkan punggungnya pada kerusi. Nafasnya turun naik dengan laju. Mengah kerana berlari. Tidak lama kemudian Laila datang menghampirinya.


"Haura kenapa lambat sangat datang hari ni?" tanya Laila. Haura tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi itu.


"Saya naik Grab tadi. Lepas tu jalan jem kak, ada excident. Kenapa kak?" balas Haura.


"Encik Mikael cari kamu tadi."

Seperti ada cahaya yang memancar dari wajahnya apabila nama Mikael disebut. Macam mana dia boleh terlupa bahawa lelaki itu sudah pulang dari outstation. Tanpa berlengah dia segera mencapai tablet dari begnya lalu bergegas masuk ke bilik Mikael.

Knock! Knock!

Pintu bilik diketuk. Tanpa menunggu Mikael menjawab Haura segera menolak pintu tersebut lalu melangkah masuk.


"Awak nak jump........"

Namun kata-kata terputus ditengah jalan. Langkahnya juga mati apabila dia melihat Mikael sedang bermesraan dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya. Mikael yang duduk di kerusinya diam tidak berkutik. Wanita itu dilihat memicit-micit bahu Mikael dengan penuh manja. Meskipun Mikael kelihatan tidak selasa namun wanita itu tetap tidak menghiraukannya.


"M-maaf saya tak tahu encik ada tetamu. Saya keluar dulu." Ujar Haura kemudian berlalu pergi. Mikael mengetap bibir. Dia kemudian menepis tangan Rissa lalu bingkas bangun.


"Kenapa ni sayang? You tak suka ke I urut you. You kan baru je balik dari outstation. Mesti you tengah penat kan." ujar Rissa menggoda.


"Tadi you cakap you ada sesuatu yang nak bincang dengan I. Tapi sampai sekarang tak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulut you. So better you balik sekarang. I ada banyak lagi kerja yang nak buat." balas Mikael.


"Siapa perempuan tadi? Kenapa dia panggil you 'awak' kalau dia pekerja you. Apa hubungan you dengan dia?" Rissa menukar topik.


"Enough Rissa. I rimaslah dengan perangai you ni. You dah lupa ke yang kita ni dah tak ada apa-apa hubungan lagi. So you tak ada hak untuk masuk campur dalam urusan I. Please keluar sekarang sebelum I panggil security." bidas Mikael dingin. Wajahnya kelihatan sungguh serius.

Tanpa sebarang bantahan Rissa Arianna melangkah keluar dari bilik Mikael. Haura segera berdiri apabila wanita itu berlalu melewati mejanya.

Senyuman yang diberi dibalas jelingan yang amat tajam dari Rissa. Haura berkerut pelik. Tidak lama selepas itu Mikael keluar lalu memanggil Haura untuk ke biliknya.


"Nanti waktu lunch kau ikut aku." ujar Mikael tanpa memandang wajah Haura.


"Ikut awak? Pergi mana?"


"Lunch la. Dato' Zubir ajak kita lunch sama-sama." balas Mikael. Haura mengangguk faham.

*****

Haura dilihat sedang berdiri di lobi hotel. Dia sedang menunggu Mikael untuk datang mengambilnya. Setelah selesai makan tengah hari bersama Dato' Zubir Mikael meminta Haura untuk menunggunya di situ. Tiba-tiba dia disapa oleh seseorang yang sangat dikenalinya, Dazrin Ikhwan.


"Awak tengah tunggu siapa? Mikael ke?" tanya Dazrin. Haura berpaling ke arah suara itu.


"Eh, awak tak balik lagi?" balas Haura tanpa menjawab pertanyaan Dazrin.


"Nak saya hantar awak balik ke office ke? Alang-alang saya pun nak ke sana ni."

Namun pelawaan itu telah ditolak oleh Haura. Dia memberitahu bahawa dia akan pulang ke pejabat bersama Mikael. Dazrin kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya.


"Hello Mika. Aku bawa Haura balik dengan aku tau. Jumpa dekat office nanti." ujar dazrin kepada Mikael. Haura sangat terkejut dengan tindakan Dazrin itu.


"Saya dah bagitahu Mika awak balik dengan saya. Shall we." pelawa Dazrin menuju ke keretanya.

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-10-10 14:12:05 

alalaaaaaaa.. sibuk je si Dazrin ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience