Hargai Aku

AH Clans (orang awam)

Romance Completed 544065
4.9
(4975 ratings)

Synopsis

HAZIYAH, gadis kampung yang sedang menuntut di sebuah institusi pengajian awam di ibu kota Kuala Lumpur. Berkahwin dengan Tengku Adham, seorang lelaki yang mempunyai perniagaan sendiri dan telah mempunyai kekasih hati, Sasha Batrisha. Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta, tetapi lebih kepada membalas budi dan jasa apabila Haziyah pernah menyelamatkan Tengku Adham sewaktu dia hampir lemas suatu tika dahulu. Segalanya atas permintaan mama Tengku Adham sendiri iaitu Datin Ani. Tetapi, kebenaran itu tidak diketahui oleh Tengku Adham. Apa yang dia tahu, dia tidak sukakan Haziyah. Gadis kampung yang di rasakan tidak setaraf dengannya. Namun, dia tetap akur kerana sayang pada Datin Ani. Bagi Haziyah pula, Tengku Adham adalah cinta pandang pertamanya. Dia berharap agar bahagia menanti mereka berdua. Walaupun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Setiap hari Haziyah cuba untuk mengambil hati Tengku Adham. Namun, semuanya sia-sia. Segala hinaan, kejian dan perbuatan jahat Tengku Adham sepanjang perkahwinan mereka membuatkan Haziyah berjauh hati dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mengundur diri dari hidup Tengku Adham. Setelah segalanya terbongkar, Tengku Adham mula membuka hatinya dan sedikit demi sedikit cintanya berputik pada Haziyah. Saat Haziyah mahu lari dari hidup Tengku Adham, lelaki itu pula mengejar cintanya. Mampukah Haziyah membalas kembali cinta Tengku Adham setelah apa yang dia lalui sepanjang perkahwinan mereka itu. Terlalu dalam luka yang Tengku Adham berikan padanya. Ikuti kisah mereka di dalam novel HARGAI AKU.


Share this novel

Rate this story


Comments

nurul asyiqin
2024-01-03 

saya suka baca buku novel yang bertajuk hargai aku

HAQITA RUN
2023-12-30 

it's been awhile for me to read this kind of genre... Love the storylines ♥️♥️♥️

Ain Basri
2023-12-11 

Donated 400 nCoins

AH Clans (orang awam)

4651 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience