Angkara Nafsu

Azzalea

Romance Completed 342976
5
(1144 ratings)

Synopsis

Apabila nafsu dibiarkan mengatasi iman, SELAMAT BERENANG KE LAUTAN DOSA. Sofya Arene merupakan seorang gadis kampung yang cantik dan pintar. Dia mencuba nasibnya di sebuah bandaraya megah dan mendapat pekerjaan sebagai pembantu jualan di sebuah syarikat besar pengeluar alat-alat sukan. Namun, kerana pendapatannya yang tidak seberapa dan demi kelangsungan hidup, dia terhasut oleh rakannya yang memberikan dia bayangan kemewahan dan angkara nafsu yang menginginkan kehidupan mewah, dia memilih untuk melibatkan diri di dalam dunia malam sebagai pelayan dan penghibur kelas atasan di sebuah kelab malam ternama di bandaraya itu. Meski pun begitu, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak menerima tawaran pelanggan untuk layanan yang melampaui batas. Mahkota utamanya yang satu itu tetap di jaga sebaik-baiknya. Nadim, lelaki yang baru ditemuinya satu malam, telah menggunakan cara kotor untuk mendapatkan tubuhnya dan akibatnya, dia mengandung. Sungguhpun begitu, Nadim dengan rela hati mahu bertanggungjawab dan mereka pun berkahwin walaupun Sofya tidak mengenali latar belakang suaminya semata-mata untuk menutup malu dan perkahwinan itu juga tidak diketahui oleh keluarga pihak lelaki. Kerana sikap romantik Nadim yang tidak berputus asa untuk menawan hatinya, Sofya akhirnya mula menerima dan menyayangi lelaki yang telah pun bergelar suaminya itu. Disangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Nadim dipaksa oleh kedua-dua ibu bapanya untuk mengahwini Sherlyn iaitu anak kepada seorang ketua ahli kongsi gelap demi kedudukan dan kuasa, namun Nadim membantah keras dan menarik diri ketika di majlis pernikahan menyebabkan kemarahan di pihak wanita. Nyawa menjadi ibarat satu permainan. Apa yang terjadi selepas itu? Mampukah mereka mempertahankan hubungan perkahwinan mereka? Ikuti kisah Sofya dan Nadim di dalam novel ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan. AMARAN! BACAAN UNTUK DEWASA. (Bahan bacaan anda, Pilihan anda, Tanggungjawab anda) Copyright© 2022 NovelPlus


Share this novel

Rate this story


Comments

unis
2024-03-05  1 Replies

Donated 200 nCoins.

Che Amylyn
2024-01-06  1 Replies

Donated 400 nCoins - yuhuuu.. dah keluar novel baru teringat nak sambung balik baca ni.. hahahahah

Syaharini Ahmad Shah
2023-12-30  1 Replies

Donated 200 nCoins

Azzalea

3357 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience