Terima Nikah Dia

Biri-Biri Putih

Romance Series 23323
0
(0 ratings)

Synopsis

Kisah silam yang menyakitkan akibat kecurangan seorang isteri telah membuatkan Doktor Zakwan meminggirkan diri daripada dunia wanita, termasuklah anak perempuannya sendiri. Bertahun-tahun hidup dalam dingin, sehinggalah desakan Puan Ameena yang telah menjodohkannya dengan anak jiran mereka kerana tidak tahan mendengar bisik-bisik orang sekeliling yang mengatakan Doktor Zakwan sebenarnya songsang. Namun, pada hari pertama perkahwinan mereka, Doktor Zakwan harus berangkat menyertai misi kemanusiaan ke Gaza. Tiada istilah perkenalan, tiada kata pengenalan. Izreen ditinggalkan sebagai isteri tanpa sempat dia mengenali siapa sebenarnya wanita muda itu. Beberapa tahun berlalu, Doktor Zakwan pulang ke tanah air sebagai lelaki yang sarat dengan pengalaman dan kesedaran baru. Izreen pula sudah stabil dengan kerjayanya sebagai seorang guru dan selesa dengan kehidupannya yang tenang. Dalam usaha Doktor Zakwan untuk membina semula hubungan mereka yang tidak pernah bermula, mampukah Izreen membuka pintu hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar seorang suami itu?


Share this novel

Rate this story


Comments

Nora S
2025-05-12  1 Replies

Izreen kena muncul la kat hospital Zakwan. Bukan tanam si Juwita kat Dalam tanah je, mandikan Jenazah nya dulu baru nanti si Juwita kenal siapa I.S.T.E.R.I Zakwan . Jangan jadi lemah ya para Isteri, bukan hanya lawan si penyondol Tu, matikan je baru dorg tahu. Ish...geram betul

ct ayu
2025-05-12  2 Replies

si juwita ni tak tau ke zakwan dah kawin?

Biri-Biri Putih

5209 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience