“Tuan Faaeq Atharizz. Dah dua tahun kita bergelar suami isteri tanpa sentuhan fizikal, apatah lagi emosi. Saya tak tahu apa masalah tuan sampai tuan buat saya macam perempuan simpanan halal yang betul-betul disimpan tanpa berniat untuk digunakan. Saya tertanya-tanya, tuan ni gay ke atau sebenarnya ada masalah kelamin? Saya tak minta disentuh atau dibelai, tapi cukup tuan tanya khabar dengan mesej atau panggilan seminit setiap hari supaya saya tahu yang tuan masih hidup. Kalau mati, senang cerita. Tak payah saya susah-susah datang mahkamah syariah hari ni. Kalau tuan masih hidup, tolong lafaz talak sekarang jugak supaya saya boleh jadikan bukti untuk ke mahkamah. Saya nak sambung belajar dan saya tak nak status sebagai isteri ni menyekat langkah saya yang nak belajar sambil mencari jodoh yang sebaya dan sepadan dengan saya dari pemikiran, ideologi dan keghairahan. Sekian! “Find my wife! Search in all universities in the US that offer a bachelor of music.” -Faaeq Atharizz-
Update 28 March 2025
2025-03-28
cikgu.. ada lagi berapa chapter ni... lamanya rasa..
2025-03-28
samuel nak culik may @ nak bgtau siapa bapa may x sabar tunggu selanjutnya
2025-03-28
Pertalian darah bapa Dan anak sangat kuat antara May Dan D.J, Harap selepas ni dpt pula pengakuan Dari Medina Dan D J wujudnya Mayleia, nampaknya semua persoalan akan terjawab tak Lama lagi ..Harap uncle Samuel tak berniat Jahat kat May..