DIA ISTERI RAHSIA

Amieda Amee

Romance Series 156578
5
(23 ratings)

Synopsis

Pertemuan Elana Zahlia dan lelaki itu tidak dirancang. Semuanya hanya kerana dia memerlukan pertolongan. Tanpa diduga ia menjerat Elana untuk menjadi ‘hak milik’ mutlak lelaki itu buat selamanya. Tengku Eidrees Adrian, CEO muda di sebuah syarikat ternama. Menawarkan diri untuk membantu Elana. Namun, pertolongannya bukan percuma. Elana harus membayar semula dengan sebuah harga iaitu ‘harga dirinya’ sendiri. Terdesak dan terpaksa, Elana pasrah. Namun, dia meletakkan syarat. Tengku Eidrees boleh memiliki dirinya hanya setelah mereka berstatus ‘halal’. Tercabar serta tidak ingin melepaskan gadis secantik Elana yang masih ‘perawan’, Tengku Eidrees menuruti syarat itu. Berapalah sangat harga syarat yang Elana tetapkan itu. Langsung tidak bermakna apa-apa. Mereka melangsungkan pernikahan. Tetapi, Tengku Eidrees turut memberi syarat. Status perkahwinan mereka tidak akan diketahui sesiapa. Dan Elana tidak lebih hanya sekadar menjadi ‘isteri rahsianya’. Selepas keinginannya tertunai, Tengku Eidrees pergi meninggalkan Elana terkontang-kanting sendirian. Tanpa Tengku Eidrees tahu hubungan satu malam itu mewujudkan satu ‘nyawa’ di rahim Elana. Bertahun terpisah, Tengku Eidrees sudah terlupa pada statusnya sebagai seorang suami. Malah, sedang merancang untuk mengahwini gadis lain. Bagaimana pun, pertemuan semula Tengku Eidrees bersama Elana pada suatu hari telah merencatkan rencananya. Ingatan terhadap Elana menyapa semula. Baru teringat yang wanita itu adalah isteri 'rahsia' yang ditinggalkan selama ini. Apakah yang berlaku seterusnya dalam kisah antara Tengku Eidrees Adrian dan Elana Zahlia? Jemput baca dalam DIA ISTERI RAHSIA. Warning: 18+ matured content. Mengandungi babak dewasa yang tidak sesuai untuk bacaan di bawah umur.


Share this novel

Rate this story


Comments

syenazack748
2025-04-27 

^_^

azie_hamid
2025-04-27 

oooo bonda eid pun berpura2 pengsan supaya eid beritahu duduk perkara sebenar antara eid dan elana sabar je la

Klocka
2025-04-27 

Donated 200 ncoins. - tq dear Amie dh update,besttt sgt,xsbr tggu eusof jumpa nenek dia lg

Amieda Amee

3409 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience