Terikat Tanpa Cinta

Azzalea

Romance Series 268811
5
(21 ratings)

Synopsis

Tidak pernah terlintas di fikiran Erisha bahawa tindakan kakaknya melarikan diri dua hari dari majlis perkahwinan bakal menghuru-harakan hidupnya. Demi maruah keluarga, Erisha terpaksa menggantikan tempat kakaknya untuk menjadi isteri kepada lelaki asing yang tidak dikenalinya. Zaq Zaeden merupakan seorang lelaki dingin yang sangat sinis dalam setiap tutur katanya. Baginya, Erisha bukanlah seorang isteri, tetapi hukuman untuk kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Malam pertama sepatutnya menjadi momen terindah yang menyatukan pasangan suami isteri dalam ikatan halal, tetapi bukan mereka. Malam itu malah menjadi momen Zaq Zaeden memberi amaran bahawa wanita yang telah menjadi isterinya itu akan menderita sampai dia puas. Erisha yang tidak berdosa menjadi sasaran amarahnya. Setiap kata-kata lelaki itu bagaikan sembilu dan setiap sentuhannya bagaikan hukuman. Saat kekosongan mulai menyapa, muncul seorang wanita yang cuba mengisi ruang hati Zaq. Erisha? Dia langsung tidak peduli dan tidak mahu peduli tentang wanita itu. Baginya, wanita itu tiada nilai. Tetapi, semuanya berubah apabila dia ternampak Erisha dengan lelaki lain dan buat pertama kalinya, dia mulai goyah. Adakah kemungkinan akan wujud sesuatu yang dinamakan cinta dalam hubungan mereka atau kebencian dan keegoan masing-masing akan terus dipertahankan? Kemunculan semula Edrina, iaitu wanita yang sepatutnya menjadi isteri kepada Zaq Zaeden mencipta ketegangan yang tidak dapat dielakkan. Lantaran itu, Erisha meminta Zaq untuk membuat pilihan di antara mereka berdua. Di antara wanita yang membuatkan dia terikat dalam ikatan tanpa cinta dan wanita yang pernah dicintainya, siapakah yang akan menjadi pilihan Zaq Zaeden? **** “Kalau benci sangat, kenapa kau tak ceraikan aku je?” -Erisha “Sebab aku belum puas tengok kau menderita.” -Zaq Zaeden WARNING! BACAAN UNTUK DEWASA (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda) Copyright© 2025 NovelPlus


Share this novel

Rate this story


Comments

Mazni Abdul Ghani
2025-08-04 

Azzalea..bila nak update episode seterusnya

Adira
2025-08-01 

alaaa, dh nak tamat ke? berat hati pula nk berpisah dgn zaq & risha ni :(

Yaa Yaa
2025-07-31 

Dengan si Janggut pun jeles ke Zaq.. hahahaha

Azzalea

4058 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience