Isteri Gajian Tengku Saif

NovelPlus

Romantic Comedy Completed 179396
0
(0 ratings)

Synopsis

Lima tahun bergelar isteri, namun hidup Nigina Haura masih terikat pada sebuah perjanjian. Suaminya pulang mengikut jadual, identitinya disembunyikan, dan dia tidak dibenarkan mengandung. Sebagai balasan, Tengku Saif Adam membayarnya setiap bulan. Demi meneruskan rawatan ibunya, Nigina bertahan meskipun terpaksa menelan penghinaan dan melihat nama suaminya dikaitkan dengan wanita lain. Dia cuba menganggap perkahwinan itu sekadar persetujuan bersama, tetapi hatinya tetap terluka setiap kali Saif memperlakukannya seolah-olah wang mampu membeli segala-galanya. Namun, lelaki yang menetapkan aturan itu sendiri mula melanggarnya. Saif semakin kerap pulang, semakin sukar dijauhkan, dan semakin mengelirukan perasaan Nigina. “Kan kita dah decide you akan balik rumah ni dalam 10 hari dalam masa sebulan. Sekarang ni dah terlebih. So you dah langgar perjanjian kita.” — Nigina Haura “Kalau macam tu boleh tak you kira sekali kalau I hidup dengan you untuk selamanya?” — Tengku Saif Nigina tidak pernah meletakkan cinta sebagai syarat. Tetapi apabila Saif mula meminta lebih daripada yang dipersetujui, mampukah dia mempercayai lelaki yang selama ini paling banyak melukakan hatinya?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

NovelPlus

4477 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience