About Us

KENALI KAMI

NOVEL+

Kami menyediakan platform yang menghubungkan pembaca, penerbit dan penulis. Aplikasi kami membuka peluang kepada individu diluar sana yang boleh menghasilkan karya untuk dikongsikan bersama pembaca melalui aplikasi mudah alih (Android/ IOS/ Mobile Web).

Novel+ Untuk Pembaca

Kemudahan mencapai hampir ratusan bahan bacaan berupa novel keluaran tempatan dan akses meluas kepada karya-karya amatur secara percuma dan juga berbayar secara mudah alih. Anda akan merasa lebih mudah dengan aplikasi ini kerana melalui aplikasi Novel+ ia membolehkan anda untuk membacanya secara online pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

Novel+ Untuk Penulis & Blogger

Pencetusan medium Novel+ ini membuka ruang untuk para penulis dan blogger bergiat dengan lebih aktif dalam bidang penulisan kerana ia mampu memberikan pendedahan yang lebih luas kepada karya mereka untuk lebih dikenali. Melalui medium ini, penulis juga dapat berinteraksi dengan pembaca secara global melalui hasil penulisan mereka dengan lebih mudah kerana dapat dicapai dengan aplikasi mudah alih.

Novel+ Untuk Penerbitan

Selaku penerbit, anda berpeluang berhubung dengan para penggemar novel dan penulis sekaligus memperkenalkan karya ke peringkat global. Malah penerbit, pembaca dan penulis yang berpotensi dapat dihimpunkan dalam satu ruang maya untuk bekerjasama dan mengembangkan industri penerbitan dan pemasaran novel.