THE AGREEMENT

Calyta

Other Series 9278
5
(1 ratings)

Synopsis

Rayyan Izzudin – tokoh muda politik yang sedang naik, tokoh idealistik dari Parti Demokratik yang terkenal dengan ucapan lantang dan wajah bersih di media sosial. Untuk mengukuhkan imej dan mendapat kepercayaan pengundi konservatif di saat partinya hampir hilang sokongan menjelang pilihan raya,, dia setuju dengan perkahwinan terancang bersama seorang wanita biasa, anak kepada kawan lama ayahnya yang dikatakan low-profile dan tidak banyak kontroversi. Perempuan itu ialah Dhia Inara, seorang pereka sistem sambilan yang bekerja dari rumah. Tetapi identiti sebenarnya jauh berbeza. Di alam digital, dia dikenali sebagai Nocturne, seorang penggodam bebas yang pernah menceroboh sistem bank, membocorkan fail korupsi tokoh korporat, dan kini menjejak pembunuh adiknya yang pernah dikaitkan dengan orang-orang dalam politik. Inara tak ada pilihan selain setuju dengan perkahwinan itu kerana dia mahu dekat dengan dunia Rayyan, dunia politik, dan akses ke sistem kerajaan melalui jaringan suaminya. Perkahwinan itu dimulakan dengan satu perjanjian. Masing-masing jaga imej di mata umum, dan jangan ganggu kehidupan peribadi Tetapi apabila Inara mula menemui fail-fail sulit yang Rayyan sembunyikan, termasuk data tentang operasi sulit terhadap aktivis, dan transaksi besar ke syarikat front, dia mula ragu. Adakah Rayyan benar-benar bersih, atau hanya boneka yang licik? Sementara itu, Rayyan sendiri mula syak ada sesuatu tidak kena dengan isterinya. Perkahwinan mereka bukan lagi sekadar permainan imej. Ia jadi medan permainan minda dua individu dengan niat tersendiri, dalam dunia penuh manipulasi dan rahsia yang boleh jatuhkan lebih dari sekadar reputasi.


Share this novel

Rate this story


Comments

babybiy
2025-05-11 

kita tengok sejauh mn drama mereka berdua

Stella
2025-05-10 

Pintarnya Inara...luar biasa ya bini YB ni..

kin
2025-05-10 

Adakah inara masuk dalam dunia rayyan kerana adik dia dhiya tu?

Calyta

5730 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience