BUKAN ISTERI SEMPURNA

Hai!Rah

Drama Series 434
0
(0 ratings)

Synopsis

"Dia tak sesuai untuk kau, lelaki macam Rufka tu sesuai dengan perempuan macam aku, kau tu layak ada dekat bawah tapak kaki aku ni." - SAYRA HAREESYA- "Kalau cinta tu lakonan kau lah pelakon utamanya kan?" - RUFKA AL MIKA- SAYRA HAREESYA, gadis cantik dari keluarga miskin yang bercita-cita tinggi. Dia mahu lelaki kaya, dan hanya itu yang dia perlukan untuk mengubah hidupnya. RUFKA AL MIKA, lelaki tampan dan kaya raya, menjadi sasaran utamanya. Namun, Rufka bukan lelaki seperti yang dia sangka. Lelaki ini, yang menjadi idaman ramai wanita, anak kepada jutawan dan juga ahli perniagaan muda yang berjaya. Lebih menyakitkan hati Sayra apabila sepupunya, Nur Suhaila, ialah kekasih kepada lelaki kaya itu. Dan membuatkan Sayra semakin benci akan sepupunya itu. Namun siapa sangka, tiba-tiba sahaja lelaki itu mengatakan dia mencintai Sayra dan mengajaknya berkahwin. Sedangkan Rufka amat membenci Sayra kerana sikap Sayra yang selalu menyakiti hati tunangnya itu dan sifat sombong serta bongkak Sayra. Hati Suhaila hancur saat mendengar berita itu, dan rupanya Rufka telah kehilangan ingatan akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu. "Mika kata Mika cintakan Ila, tolonglah jangan tinggalkan Ila.." Suhaila. " Aku tak pernah kenal sesiapa yang nama dia Suhaila " Rufka. "Suhaila? Nama tu dah lama hilang dalam hidup Rufka. Sekarang ni Rufka milik aku!" Sayra. Namun seiring masa berjalan, ingatan Rufka kembali pulih. Saat itu, Sayra benar-benar jatuh cinta dengan lelaki itu kerana layanan baik dari Rufka. Namun sebaik ingatannya pulih, Rufka bertindak menceraikan Sayra dan kembali kepada Suhaila. "Terima kasih sebab pernah ada untuk saya, ya awak untuk Suhaila, bukan saya.." Sayra. "Segala kenangan dengan kau, aku anggap silap paling jijik dalam hidup aku." Rufka. " Bolehkah untuk kali ni aku menangis? " Sayra.


Share this novel

Rate this story


Comments

leyha
2025-05-20  1 Replies

unlock chapter ke author ?

Hai!Rah

1898 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience