Kahwin Dengan Musuh Tradisi

AHClans

Drama Series 27719
5
(1 ratings)

Synopsis

Trisha Diani, yang dahulunya seorang gadis tomboy di sekolah, kini telah berubah sikap menjadi gadis sejak mula meningkat dewasa. Dia merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarga Dato' Tamim dan Datin Maria. Selain daripada Trisha, Dato' Tamim juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Thaqeef merupakan anak sulung dan Tazim merupakan anak kedua di dalam keluarga itu. Disebabkan itulah sikap Trisha sedari kecil dipengaruhi oleh kedua-dua orang abangnya. Namun, sedikit demi sedikit, Trisha berubah mengikut keadaan. Sejak di bangku sekolah, Trisha mempunyai musuh tradisi iaitu Luthfi Inas. Lelaki itu sering membuat kacau dan mengganggu Trisha sehinggakan Trisha sangat membenci Luthfi. Setiap kali mereka bertemu, pasti ada perkara yang akan membuatkan mereka bertengkar. Lagi pula, Luthfi sering sahaja mengejek sikap tomboy Trisha waktu itu dan membuatkan Trisha berdendam dengan Luthfi. Dan ada satu peristiwa yang telah berlaku membuatkan dendam Trisha tidak hilang. Namun, tamat sahaja persekolahan, masing-masing telah membawa haluan sendiri. Begitu juga Trisha dan Luthfi. Mereka juga sudah lama tidak berjumpa. Tetapi, ketika usia Trisha menginjak ke 25 tahun, Dato' Tamim mula mendesak Trisha untuk berumah tangga dengan lelaki pilihan abang-abangnya iaitu Luthfi. Iye, Luthfi yang menjadi musuh tradisi Trisha suatu tika dahulu. Tanpa pengetahuan Trisha, Luthfi merupakan kawan baik kepada abang-abangnya. Dan tanpa Trisha sedar lelaki itu adalah musuh tradisinya. Namun, hal itu terbongkar beberapa hari sebelum hari bahagianya bersama lelaki itu. Setujukan Trisha meneruskan perkahwinannya dengan Luthfi? Masihkah tersimpan dendam di hatinya terhadap Luthfi? Dapatkan Trisha menerima Luthfi dalam hidupnya?


Share this novel

Rate this story


Comments

yati1969
2025-01-16 

Congrats sis.. best.. all the best for your new stories..

yati1969
2025-01-16 

Donated 200 nCoins.

azie_hamid
2025-01-07 

Tahniah ai x da special chapter ke

AHClans

4890 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience