Gantung (Bukan Syurga Pilihan)

AH Clans

Romance Completed 87757
5
(227 ratings)

Synopsis

*Bakal Diadaptasi di kaca TV anda* Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid.  Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu.  Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira.  Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka. Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani. Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali.  Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu.  Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka. Ikuti kisah mereka di dalam novel ini.


Share this novel

Rate this story


Comments

nsalahud92
2023-02-03 

Love it

soffysalleh
2023-02-01 

Donated 200 nCoins

soffysalleh
2023-02-01 

Donated 200 nCoins

AH Clans

4588 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience