" Arghhh..", jeritnya kasar melampiaskan rasa yang membuku di hati. " Yang kau pergi tengok status madu kau tu buat apa. Saja nak dera diri sendiri kan. Aqlan Faheem ni pun. Kata nak call tapi ni dah lebih 24 jam tak call lagi. Lain kali kalau tak boleh nak tepati janji tak payah nak berjanji bagai. Kalau cakap tak nak call tak adalah aku tunggu tercongok macam orang gila macam ni", bebelnya sambil menyapu krim di wajah. " Bikin cepat tua aku macam ni", kulitnya dibelek lebih dekat di hadapan cermin meja solek. Menjadi isteri kedua. Beralah itu sudah biasa bagi Fathia. " Jangan sebut fasal berpisah lagi. Abang haramkan perkataan tu keluar dari mulut Thia!", tajam pandangan mata Aqlan merenung wajah isterinya yang teresak. Sampai bila dia akan bertahan. Apakah Aqlan akan terus bersama dengannya? Atau..berpisah itu lebih baik untuk kebaikan semua..
View All Chapters (Total 15 Chapter)
Update 12 December 2024
2024-12-11
tahniah adira hamil mungkinkah fathia juga hamil dan allah menguji aqlan akan berlaku adilkah sekiranya berlaku demikian
2024-12-11
7 tahun kahwin.. susah senang bersama sampai ke tahap tu, TTC couple bukan mudah. Semoga berbahagia selamanya dgn zuriat kiriman Tuhan.. congrats
2024-12-11
Rezeki Dira.. inilah yg buat akk debor.. tiap kali nmpk noti update, otak tu dah auto fikir.. sedih ke bab yg ini? Apa akan jadi kalau Dira pregnant dulu, akan lupakan Aqlan janji2 manisnya buat Thia? Apa jadi kalau pd masa yg sama Thia pun pregnant tp tetap merahsiakan dr semua org psl sedar diri atau terluka teruk... akan adakah peluang utk Thia capai bahagia?? Kadang smpai fikir x nak UC dulu, nak baca komen positif baru baca, sayangnya x ada yg komen.. hahaha.. apapun nak aqlan, dira dan thia bahagia...