BAB 96

Drama Completed 919597

"Mana kau pergi tadi Man?" Luqman sekadar menunjukkan telefon bimbitnya apabila ditanya oleh rakannya. Mereka sekadar mengangguk. Dia kembali menyertai rakan-rakannya yang lain untuk menyambung aktiviti yang dia tinggalkan sebentar tadi. Sikapnya itu tidak pernah berubah setiap malam minggu semestinya pusat hiburan tersebut pasti akan menjadi pilihannya. Pekerja di sana juga sudah mengenalinya.

Sedang dia asyik menari di lantai tari yang diterangi lampu yang berwarna-warni dia ternampak kelibat Rissa Ariana yang sedang minum sendirian. Tiba-tiba ingatannya terimbau akan situasi di lorong sebentar tadi. Tanpa berfikir Panjang dia terus menghampiri wanita itu. Sempat dia menyambar segelas cocktails yang kebetulan dibawa oleh salah seorang pelayan pusat hiburan tersebut.

"Hai, sorang je?" Gelas diletakkan ke atas meja seraya dia mengambil tempat di sebelah wanita itu. Rissa menjelingnya sekilas.

"Lama I tak nampak you dekat sini." Tambahnya lagi namun tetap tidak dihiraukan. Matanya meliar ke arah tas tangan wanita itu yang berada di atas meja. Otaknya mula ligat berfikir bagaimana cara untuk dia mendapatkan beg tersebut. Perasaan ingin tahu mengenai barang yang diterima oleh wanita itu sangat membuak-buak. Matanya bersinar apabila mendapat idea yang agak bernas bagi melaksanakan misinya itu.

Gelas cocktails yang dibawanya tadi dicapai sebelum dia berpura-pura terjatuh sehingga menyebabkan wanita itu kebasahan bermandikan air cocktails tersebut. Rissa dengan riak yang terkejut terus bangkit dan memarahi lelaki itu tanpa menyedari tas tangannya telah terjatuh ke lantai. Luqman berkali-kali meminta maaf sebelum wanita itu berlalu pergi untuk membersihkan dirinya. Bibir Luqman terjongket senget.

Tanpa membuang masa dia segera mengambil beg tersebut lalu menyelongkarnya. Bungkusan putih yang dilihatnya tadi dikeluarkan. Matanya terbuntang luas apabila melihat botol kecil yang mengandungi cecair yang agak kekuningan serta beberapa urat kayu terbalut di dalamnya. Apa benda semua ni?

Merasakan wanita itu sedang merencakan sesuatu yang tidak baik, Luqman kemudian terus bergegas ke tandas lalu menuang segala isi di dalam botol tersebut. Bagi mengelirukan wanita itu dia terfikir untuk menukarnya dengan sesuatu yang lain. Memandangkan dia sudah akrab dengan pekerja di situ, dia telah meminta sedikit minyak zaitun untuk diisi ke dalam botol kecil itu. Urat kayunya pula digantikan dengan beberapa urat tembakau rokok. Setelah itu botol tersebut digoncang beberapa kali. Inilah minyak pengasih yang paling mujarab di alam semesta yang dijampi oleh dukun Man! Bisiknya sambil tersenyum sinis.

Namun apabila dia kembali wanita itu telah pun berada dimeja tersebut. Cerlung mata Rissa apabila melihat beg tangannya berada di tangan lelaki itu. Sepantas kilat dia menyambar.

"You buat apa dengan beg I? Nak curi ke?" Tanya wanita itu dengan garang. Agak pucat muka Luqman pada ketika itu. Kalau ditoreh sekalipun mungkin tiada darah yang mengalir. Alamak apa alasan aku nak bagitahu dia.

"Baik you mengaku sebelum I buat report."

"No! M-masa I tertumpahkan air tadi beg you ni jatuh. I nak pulangkan pada you tapi tiba-tiba ada orang call sebab tu aku pergi ke sana sekejap." Balas Luqman tergagap-gagap. Berasa musykil dengan jawapan lelaki itu dia segera memeriksa tasnya itu. Riak lega terpancar diwajahnya apabila bungkusan putih masih ada di dalamnya.

"You dengan kawan you tu sama je, tak habis-habis menyusahkan I." Ujar wanita itu sebelum berlalu pergi. Luqman terpinga-pinga. Dia sekadar melihat sahaja wanita itu menghilang disebalik orang ramai.

"Tak mungkin! I tak percaya!"

Teriak Rissa apabila Luqman muncul membongkarkan segalanya. Minyak pengasih yang dibeli secara atas talian itu sudah tiada lagi. Minyak yang disapu pada Mikael itu bukanlah minyak pengasih tetapi sekadar minyak zaitun yang telah dicampur dengan tembakau. Ada ketikanya agak dungu juga wanita itu. Minyak asli dan tiruan tidak dapat dibezaka

Haura menghela nafas lega. Hatinya sungguh resah memikirkan lelaki itu telah dimandrem oleh Rissa Ariana. Luqman juga menunjukkan gambar yang diambil olehnya ketika di lorong tersebut. Rissa Ariana jatuh terduduk. Matanya merah bak saga dan berkaca menahan amarah. Tidak percaya rancangannya pada kali ini juga gagal.

"Mulai hari ni jangan sesekali you ganggu hidup I dan juga Haura. Kalau tidak I tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan pada you. Ini amaran terakhir I kepada you Rissa Ariana!" Ujar Mikael tegas sebelum dia menyuruh Luqman menguruskannya. Mikael kemudian mencapai tangan Haura lalu pergi dari situ. Wanita itu patuh tanpa membantah. Air mata yang akhirnya menitik diseka laju.

Sepanjang perjalanan Mikael langsung tidak mengeluarkan sepatah butir bicara begitu juga dengan Haura. Masing-masing hanya mendiamkan diri hanya irama lagu yang berkumandang di radio memecah kesunyian.

Mikael memberhentikan keretanya di lobi bangunan Dermaga Holdings. Suasana jeda buat seketika.

"Terima kasih untuk lunch tadi." Tutur Haura perlahan.

Belum sempat wanita itu membuka pintu kereta untuk keluar Mikael telah menarik tangannya. Mereka saling berbalas pandang. Lelaki itu kemudian mengeluarkan kotak cincin yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja.

"Saya tahu awak tak akan terimanya sekarang tapi saya janji dengan awak yang cincin ni tetap akan tersarung di jari manis awak tu suatu hari nanti."

*****

Sangat aneh apabila seorang wanita bernama Rissa Ariana tidak memberontak apabila rancangannya gagal. Dia hadir ke pejabat seperti biasa seolah-olah tiada apa yang terjadi. Namun apa yang tersaji ketika melangkah masuk ke bangunan Sri Sroja sangat menyakitkan mata. Dato' Jamilah dilihat sedang bermesyuarat dengan seseorang yang sangat dikenalinya, Datin Noreen. Apa yang perempuan tu buat dekat sini?

Setelah habis perbincangan tanpa sedar Rissa Ariana telah mengekori Datin Noreen ketika wanita itu menuju keretanya. Mata Rissa melilau memastikan tiada sebarang gangguan yang bakal menyusul.

"Datin Noreen, tak sangka kita akan berjumpa lagi, kan."

Sapanya sinis. Datin Noreen mematikan langkah sebelum berpaling ke arah suara tersebut. Dari riak wajahnya jelas kelihatan yang dia juga tidak menyangka akan bertemu mata dengan wanita itu di situ. Wajah Rissa ditatap seketika sebelum dia kembali melangkah pergi.

"I tak sangka datin akan guna taktik yang kotor macam ni untuk jatuhkan I."

Sekali lagi langkahnya terhenti. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh wanita itu membuatkan dahinya berkerut. Terpancar api kemarahan diwajah Rissa pada ketika itu.

"What do you mean?"

"Tak payah berlagak sucilah. I tahu you dah hasut Dato' Jamilah supaya dia hilang kepercayaan pada I, kan? Itu semua rancangan you supaya I tak ganggu Mikael dan tidak terkait lagi dengan Khazzan Group. Jangan ingat I bodohlah datin." Datin Noreen tertawa. Hal itu memarakkan lagi api kemarah di hatinya.

Datin Noreen kemudian memberitahu tahu tujuan sebenar dia berkunjung ke Sri Sroja serta status sebenarnya hubungannya dengan pemilik syarikat tersebut. Namun wanita itu langsung tidak mempercayainya. Dia merasakan kehadiran Datin Noreen pada hari itu kerana ingin membalas dendam kepadanya.

Memikirkan kembali layanan tegas ibu saudaranya itu membuatkan hatinya bertambah panas. Rasa Amarahnya semakin membuak-buak.

"Jangan jadi budak-budak Rissa. Salah langkah akan memakan diri you sendiri. You sendiri dah nampak apa yang jadi pada I, kan? I rasa sekarang dah tiba masanya untuk you hentikan semua ni."

"No way! I tak akan berhenti selagi I tak dapat apa yang I nak. Macam mana cara sekalipun I tetap akan dapatkan Mikael dan dia akan jadi milik I selamanya." Balasnya lantang. Datin Noreen terdiam. Tiada kata yang mampu terluah pada saat itu. Kepala digeleng perlahan. Amat sukar untuk memujuk jiwa muda yang sedang memberontak itu.

"Malaslah I nak bertekak dengan you buat habis air liur je." Balas Datin Noreen sarkastik sebelum meninggalkan Rissa tenggelam di dalam api kemarahan.

"Mikael tetap akan jadi milik aku. Tiada siapa yang akan dapat memilikinya selain aku. Sesiapa yang menghalang akan aku singkirkan termasuk kau dan keluarga kau!"

Laung wanita itu sekuat hati sehingga bergema di segenap ruangan parkir tersebut. Datin Noreen tidak menghiraukannya malah semakin laju menapak menuju ke kereta. Sebelum bergerak pergi sempat dia menoleh ke arah Rissa Ariana yang kelihatan seperti orang yang telah dirasuk oleh tenaga jahat. Mata yang merah menyala merenung tepat ke arahnya. Dengan pantas pedal minyak ditekan semaksima yang mungkin lalu meninggalkan bangunan tersebut.

*****
Rosie dilihat sedang menyusun bunga-bungaan yang terdapat dikedainya dengan cermat. Ada ketikanya dia menggubah dari bunga yang pelbagai menjadi sejambak bunga segar yang sangat cantik. Kalau sudah mempunyai tangan seni gubah apapun pasti akan menjadi.

Satu panggilan telefon yang diterimanya telah membuatkan dia berdebar. Hatinya sungguh gelisah sehinggakan hampir setiap saat dia melihat jam di tangannya. Kedai bunga miliknya itu sudah siap dikemaskan. Papan tanda "Tutup" juga telah tergantung di muka pintu. Tidak lama selepas itu kereta milik Dato' Zubir muncul dan mereka berdua terus berlalu dari situ.

Tanpa memaklumkan kepada suaminya, Rosie telah bersetuju untuk bersemuka dengan madunya. Disebabkan perkara itulah dia terus menghentikan waktu operasi kedai bunganya setelah wanita itu menghubunginya. Benar dia berasa sangat bimbang. Siapa yang tidak kenal dengan sikap wanita yang berpengaruh itu.

Disangkanya bakal menjadi udang panggang apabila bersua tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Tujuan Datin Noreen ingin bertemu dengannya adalah untuk menjernihkan keadaan dan meleraikan segala kekusutan yang melanda rumahtangga mereka.

Itulah saat yang paling dia tunggukan. Maklumlah bukan sekali malah sudah berkali-kali Rosie cuba untuk berdamai dengan madunya itu tetapi hanya api kemarahan yang dilemparkan. Entah apa yang telah membuatkan wanita itu mula berubah hati. Namun kini dia sudah boleh menghembus nafas lega kerana konflik rumahtangganya sudah pun selesai. Bagai ada beban yang hilang dari bahunya setelah menemukan titik pendamaian.

Hampir 1 jam lebih mereka berdua meluangkan masa bersama-sama akhirnya masing-masing mula berangkat pulang. Datin Noreen dan Rosie tidak berkongsi haluan yang sama untuk ke kereta. Seorang ke kanan seorang lagi ke kiri. Malang tidak berbau.

Ketika Datin Noreen ingin ke keretanya terdapat sebuah kereta yang dipandu dengan laju menghala ke arahnya. Dia yang membelakanginya tidak menyedari akan perkara tersebut tambahan pula dia sedang asyik berbual di telefon.

Haura yang kebetulan ada urusan di kawasan itu menyaksikan kejadian tersebut. Tanpa berfikir panjang dia segera berlari bagi menyelamatkan wanita itu dari dilanggar.

"Datin, hati-hati!" Jeritnya kuat seraya menolak wanita itu ke tepi jalan. Pemandu tersebut langsung tidak memperlahankan keretanya malah semakin laju memecut.

Dek tolakannya yang agak kuat mereka berdua jatuh tergolek di atas jalan. Datin Noreen mengaduh kesakitan. Haura segera bangkit lalu memeriksa wanita itu. Risau jika ada kecederaan yang teruk.

"Datin tak apa-apa? Ada cedera dekat mana-mana?" Soal Haura dengan nada bimbang. Tangannya tidak henti membelek tubuh wanita itu sehinggalah pandangan mereka bertaut. Datin Noreen berkerut.

"S-saya minta maaf. Saya tak sengaja tolak datin."

Datin Noreen tidak mengeluarkan sebarang jawapan. Dia cuba berdiri namun mengalami sedikit kesukaran mungkin umur menjadi salah satu faktor kesihatan tulangnya sudah tidak sekuat dahulu. Tanpa teragak-agak Haura terus membantu wanita itu untuk bangun berdiri. Beg tangan serta telefon bimbit milik Datin Noreen juga di kutip lalu diserahkan kepada tuannya.

"T-terima kasih."

Kata-kata keramat yang keluar dari mulut Datin Noreen sangat mengejutkan Haura. Dia tergamam buat seketika setelah mendengarnya. Betul ke apa yang aku dengar ni? Datin Noreen berterima kasih dengan aku? Dia bermonolog. Senyuman lebar terus terukir diwajahnya. Tidak menyangka wanita yang sering menuturkan kata-kata yang kasar terhadapnya sudah mulai berubah.

"Aunty nak minta maaf atas ..."

Haura segera memintas sebelum wanita itu sempat menghabiskan ayatnya. Bergenang air mata Datin Noreen apabila wanita itu memberitahu tiada apa yang perlu dia maafkan. Segala perbuatan lampaunya telah lama dia maafkan sedikitpun tidak tersisa di dalam hati.

Ketika Haura merapikan rambutnya, Datin Noreen melihat ada beberapa tompokan kecil pada lengan baju kemeja berwarna biru lembut itu. Tangan Haura segera dicapai. Wanita itu mengetap bibir dahinya juga berkerut sedikit.

"Tangan kamu luka ni, jom aunty bawa ke klinik." Ujar Datin Noreen apabila melihat ada beberapa kesan calar yang agak teruk pada lengan wanita itu. Haura menggelengkan kepalanya. Tiada yang serius hanya luka kecil sahaja. Pelawaan wanita itu untuk membawa dapatkan rawatan ditolak sopan.

Haura kemudian menghantar Datin Noreen sehingga ke keretanya. Berkali-kali dia menyakinkan wanita itu bahawa dia baik-baik sahaja. Setelah itu dia mula melangkah pergi meninggalkan wanita itu. Dari cermin sisinya Datin Noreen dapat melihat langkah Haura yang sedikit terhencut-hencut ketika wanita itu menyeberangi jalan.

Tiba-tiba ada sebuah kereta jenis MPV berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan Haura sebelum dua orang lelaki yang lengkap berserba hitam keluar lalu menekup mulut wanita itu. Haura meronta-ronta sekuat hatinya sebelum dihumban kasar masuk ke dalam perut kereta tersebut.

Datin Noreen yang menyaksikan kejadian tersebut dengan mata kepalanya sendiri sangat terkejut. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Dia segera berlari keluar namun semuanya sudah terlambat. Haura telah diculik oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience