BAB 26

Drama Completed 919171

Datin Noreen tiba di sebuah restoran mewah. Dia menghampiri tiga orang rakannya yang sedang duduk di salah sebuah meja di restoran tersebut.


“Sorry sangat. Tadi ada client vip datang salon tu yang lambat sikit.” Tutur Datin Noreen.


“Tak apa, kami pun baru je sampai. Minuman pun belum sempat order lagi.” Balas Datin Nora. Datin Noreen melabuhkan punggungnya di kerusi.


“Reen, I dengar famous anak you lelaki sejak kebelakangan ni.” Tanya Datin Mary dengan tiba-tiba. Punggung masih belum panas Datin Noreen sudah diasak dengan pertanyaan mengenai Dazrin.


“Apa maksud you, Mary?” Datin Noreen pura-pura tidak faham. Dia tahu sangat perangai Mary tu.


“Ada orang bagitahu I yang anak you sekarang ni tengah hangat bercinta dengan pekerja bawahan dia. Betul ke?” tanya Datin Mary yang terkenal dengan gelaran ‘Mary Si Mulut Murai’. Wajah Datin Noreen berubah.


“Mana you tahu berita ni?” soal Datin Noreen kembali.


“Dah kecoh la dalam kalangan kawan-kawan kita. Semua sibuk duduk bahas pasal anak you tu. Takkan you tak tahu kot. You kan antara orang yang terawal akan tahu apa-apa jenis gosip sekalipun.” Balas Datin Mary sarkastik.

Datin Noreen mula terasa hangat. Dia sangat sensitive bila ada orang mengata perihal yang berkait dengan dirinya. Kalau dia duduk mengata anak orang tak apa pulak. Datin Nora pula malas untuk masuk campur. Nasib dirinya mendapat kawan yang perangai tak ubah macam ‘Mami Jarum’.


“No! Anak I tu tak mungkin dan tak akan bercinta dengan perempuan yang I tak kenal lebih-lebih lagi pekerja dia sendiri.” Datin Noreen dengan tegas menafikan gosip tersebut.


“Ada jugak yang kata anak you yang terhegeh-hegeh duduk kejar perempuan tu. Tapi I tak tahu la tahap mana kesahihan berita tu.” Ujar Datin Rossa yang sedari tadi hanya memasang telinga.

Kata-kata Datin Rossa itu umpama menyimbah minyak ke dalam api yang kian marak. Nafas Datin Noreen mula turun naik dengan laju menahan marah.


“Anak I pun ada taste dan standard dia sendiri tau. Tak mungkinlah dia akan jatuh hati dengan orang bawahan dia sendiri. Semalam I baru je tanya dia dan dia menafikan semua gosip liar tu.” Datin Noreen membidas dengan sinis.


“Lagipun I dah ada calon isteri untuk dia. Yang lebih layak dan sepadan dengan anak I tu.” Tambahnya lagi sambil membuka buku menu yang ada di tangannya.


“Oh yeke? Kalau macam tu baguslah. Enggang kena sama dengan enggang, tak bolehlah berganding dengan si pipit. Tak ke gitu Mary?” balas Datin Rossa. Datin Mary menggangguk setuju.


“You jangan risau Reen, nanti I akan tolong you bersihkan nama you ni. I tahu mesti you tengah susah hati kan bila ramai orang duduk mengata anak you yang bukan-bukan. Nanti I akan sampaikan pada kawan-kawan kita yang lain.” Tutur Datin Mary sebelum menukar topik. Datin Noreen sekadar menjeling

*****

Bunyi flush bilik air ditekan. Haura keluar dengan wajah yang sedikit pucat. Mukanya berkerut menahan sakit. Rasa sakit yang menyerang di perutnya itu seperti dipulas dan ditarik dengan kuat. Ada ketikanya Haura terpaksa meringkukkan badan kerana tidak boleh berdiri dengan tegak. Dia mula mencari sesuatu untuk dia berpaut. Sesekali dia menyeka peluh dingin yang terbit di sekitar dahinya.


“Kali ni dia datang dengan tak bagi warning langsung.” Keluh Haura sendirian.

Ini bukan kali pertama dia mengalami sakit yang sedemikian. Namun Haura tetap gagahkan dirinya. Dia cuba berdiri tegak dan menarik nafas yang dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dia membasuh kedua belah tangannya dengan sabun dan membilasnya dengan bersih. Sebelum keluar dia mencapai beberapa helai tisu untuk mengeringkan tangan serta mengelap sisa peluh di wajahnya.

Dari jauh sayup-sayup kedengaran di telinga Haura suara perempuan seperti sedang berteriak dengan lantang sekali. Dia bertambah bingung apabila melihat ramai orang sedang berkerumun di tengah ruangan pejabat. Hal itu menyukarkan dia untuk kembali ke mejanya.

Dia mula menyelinap di celah-celah orang ramai. Matanya melilau melihat sekeliling. Laila yang hanya berdiri tegak tidak jauh dari situ melihat Haura yang kelihatan seperti rusa masuk kampung. Matanya terbeliak. Dia memberikan isyarat tangan kepada Haura secara sembunyi supaya Haura pergi dari situ. Keadaan amat merbahaya baginya sekarang. Namun Haura tidak dapat terima dengan sempurna isyarat tersebut.

Suri yang melihat kelakuan Laila yang mencurigakan itu melirik matanya mengikut pandangan Laila. Ternyata dia sedang berinteraksi dengan Haura. Suri tersenyum sinis memandang Haura.


“Itupun dia, Haura!” Jerit Suri di dalam kekecohan. Dia menuding jari telunjuknya ke arah Haura.

Hampir kesemua mata yang ada memandang Haura. Mikael hanya memerhati dari jauh. Laila menjeling tajam ke arah Suri. Dia sungguh geram dengan sikap Suri itu. Datin Noreen mula berjalan menghampiri Haura. Dazrin melepaskan keluh yang berat.


“Jadi kau lah perempuan tu.” Soal Datin Noreen kasar. Dia memandang Haura atas bawah.


“Ya saya Haura. Maaf, puan ni siapa ye?” soal Haura kembali dengan penuh sopan. Dia tidak mengenali sosok wanita yang hampir setengah abad itu.


“Aku? Kau tanya aku siapa?” Datin Noreen tertawa sinis. Namun Dazrin segera bersuara.


“She’s my mom, Datin Noreen.” Balas Dazrin mendatar. Mata Haura terbuntang luas.


“Oh! Saya minta maaf datin.” Ucap Haura dengan penuh rasa bersalah sambil membongkokkan badannya beberapa kali.


“Pekerja jenis apa kau ni? Bos sendiri pun tak kenal.”


“Maafkan saya datin.” Haura masih menundukkan wajahnya. Dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan wanita itu.


“Jadi kau la perempuan yang sibuk nak mengorat anak aku tu? Dasar perempuan murahan.” sindir Datin Noreen.

Seraya dengan itu Haura mengangkat wajahnya memandang wanita itu. Satu pejabat terkejut dengan kata-kata Datin Noreen itu. Suri tersenyum puas. Secara bersembunyi Suri telah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakamkan moment yang sangat dinantikan olehnya.


“Mommy sudahlah tu. Dazrin dah bagitahu mommy semuanya kan?” Dazrin cuba menghalang ibunya dari terus 'menyerang' Haura.


“Dazrin, kamu jangan cuba untuk halang mommy!” Datin Noreen memberi amaran kepada Dazrin.


“Maaf. Apa yang datin cakap ni? Saya tak faham.” Balas Haura dengan penuh hormat. Otaknya tidak berfungsi dengan baik. Sememangnya hati dia agak panas namun dia tidak berdaya untuk bertekak. Sakit diperutnya masih lagi belum hilang.


“Hey perempuan! Kau tak payah nak berlakon la. Aku dah masak sangat dengan perangai perempuan macam kau ni. Kau sebenarnya nak kikis harta anak aku je kan.” Ujar Datin Noreen sambil jarinya menujal kepala Haura.

Api kemarahannya semakin membuak-buak. Tiada sepatah kata yang terkeluar dari mulut Haura. Ikutkan hati ingin saja dia mematahkan jari tersebut. Namun dia cuba mengawalnya kerana rasa hormat dia kepada wanita tersebut. Lagipun dia sudah berjanji dengan Puan Sri Normah untuk tidak bertindak di luar kawalan.


“Mommy! Apa yang mommy cakap ni!” Dazrin meninggikan suranya. Dia tidak menyangka ibunya itu sangup menuduh Haura dengan tuduhan yang sedemikian. Datin Noreen sangat terkejut.


“Kau tengok ni. Jampi serapah apa yang kau dah bagi kepada anak aku ni sampai dia sanggup tengking ibu dia sendiri demi membela kau! Tinggi sangat ke darjat kau tu?”


“Datin! Saya diam kerana saya hormat datin sebagai bos saya. Tapi tuduhan datin kali ni dah melampau.” Balas Haura lantang. Datin Noreen terkedu untuk seketika.


“Melampau kau cakap? Anak aku ni tak pernah tinggikan suara walau sekalipun pada aku. Tapi lepas dia kenal dengan kau dia dah mula menjadi anak yang derhaka.”


“Ya! Kata-kata datin itu kedengaran di telinga saya ni seolah-olah datin sedang menghina saya.” Haura mula menjawab setiap kata yang keluar dari mulut Datin Noreen.


“Haura, please jangan keruhkan lagi keadaan.” Dazrin meminta Haura untuk tidak bertekak dengan ibunya. Namun Haura tidak menuruti permintaan itu


“Maaf Encik Dazrin. Kali ini saya tak boleh mendiamkan diri saya lagi. Ini soal maruah saya yang dah lunyai dipijak-pijak oleh ibu encik.” Balas Haura tegas. Pandangannya beralih kepada Datin Noreen. Tanpa dia sedar Mikael mula datang menghampirinya.


“Salah ke kalau ada pekerja yang jatuh hati dengan bos dia sendiri? Hina sangat ke kami ni sehingga tak berhak untuk rapat dengan orang atasan?”


“Kau tu kena sedar diri sikit level kau tu takat mana. Kau memang tak layak untuk anak aku.”


“Apa hak datin untuk menentukan siapa orang yang layak untuk menjadi pendamping anak datin? Ya saya tahu datin ibu dia tapi ini soal masa depan anak datin. Lagipun dia dah besar panjang dan dia berhak memilih pasangan hidup dia sendiri.”


“Oh… macam ni rupanya kau racun fikiran anak aku untuk suka pada kau. Dazrin, perempuan jahat macam dia ni mana layak untuk duduk sebaris dengan kita. Jenis dia ni hanya layak dibuat alas kaki je.”


“Walaupun hanya sekadar alas kaki, tapi sekurang-kurangnya ada berbakti kepada orang. Bukan sekadar menjadi hiasan semata. Tak berguna!” Dengan sinis Haura membalas kata-kata tersebut.

Datin Noreen mula naik berang. Dia tidak menyangka Haura akan berani melawan kata-katanya. Dengan penuh amarah di dada dia mengangkat tangan kanannya lalu dihayunkan laju ke muka Haura. Haura memejam rapat kedua matanya.

PANGGGG!!!

Satu bunyi tamparan yang kuat bergema di segenap ruang pejabat. Suasana menjadi sunyi untuk seketika. Haura masih lagi memejam rapat matanya menunggu tamparan itu singgah dipipinya namun tiada.


“Mi..Mi..Mikael…” Terketar-ketar suara Datin Noreen menyebut nama tersebut.

Mendengarkan nama itu disebut Haura segera membuka matanya. Dia melihat sosok tubuh Mikael yang sudah pun berdiri di depannya ketika itu.


“Apa yang kecoh sangat ni? Dari jauh lagi dah dengar suara menjerit-jerit.” Soal Mikael dingin.

Tangannya mengusap pipinya yang mula berasa panas dek tamparan sebentar tadi. Dia berpaling melihat Haura sepintas lalu. Memandang wajah Mikael yang dingin itu membuatkan dada Haura terasa amat perit. Entah kenapa tiba-tiba hatinya mula terasa sebak.


“Aunty, tolong hormat sikit. Ini pejabat, tempat orang cari rezeki. Kalau rasa nak menjerit sangat pergilah dekat pasar borong. Dekat sana aunty nak menjerit sampai terkeluar anak tekak pun tak ada siapa yang kesah.” Mikael ‘sound’ tepat ke muka ibu saudaranya itu.


“Kamu jangan masuk campur Mika. Hal ni tak ada kena mengena dengan kamu.” Terketar-ketar suara Datin Noreen membalas kata-kata Mikael itu.


“Siapa cakap? Orang yang aunty hina ni pekerja saya. Dan ini adalah tempat kerja saya. Kalau aunty rasa tak boleh nak bagi kerjasama sila keluar dari sini sekarang.” balas Mikael kasar. Datin Noreen terasa sungguh tercabar. Dia mengetap bibirnya menahan marah. Matanya cerlung memandang Mikael.


“Ke aunty nak saya panggil pengawal naik ke sini untuk iring aunty keluar.” Tambah Mikael lagi. Wanita itu memandang Haura dan Mikael silih berganti. Wajahnya merah padam menahan malu kerana dihalau begitu sahaja oleh Mikael.


“Tak menyesal aunty tampar kamu tadi.” Balas Datin Noreen sebelum meninggalkan tempat itu.

Dazrin dengan tergesa-gesa memohon maaf kepada Haura sebelum berlari mendapatkan ibunya. Haura terkebil-kebil. Dia masih lagi cuba menghadam kata-kata Datin Noreen itu. Mikael kemudian mengarahkan semua pekerja untuk pulang ke meja masing-masing. Ketika Mikael berpaling untuk beredar Suri telah datang menghampirinya. Mikael mengeluh.

“Encik Mikael tak apa-apa ke?” Tanya Suri menggedik. Laila datang mendapatkan Haura untuk membawa Haura pulang ke mejanya.


“Darah!” tiba-tiba Suri berteriak lembut. Langkah Haura terhenti.

“Pipi encik luka tu. Ni mesti sebab tadi kan.” Tutur Suri sambil menjeling tajam ke arah Haura. Suri kemudian cuba mengusap pipi Mikael yang luka itu namun segera ditepisnya. Mikael mula rasa rimas dengan kelakuan Suri itu.

Mata Haura saling berpandangan dengan Mikael untuk beberapa saat sebelum Mikael mengalihkan pandangan tersebut. Haura melihat ada luka kecil pada pipi kiri Mikael. Belum sempat Haura bertanya Mikael terus berlalu pergi. Suri berlari anak mengekorinya dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience