BAB 45

Drama Completed 919581

Haura berjalan dengan menghentak kuat kakinya ke lantai. Dia menarik tombol pintu bilik Mikael dengan kasar. Lelaki itu tersenyum nakal.

          "Gedik la mamat ni. Waktu macam ni jugak la dia mengada-ngada nak minta sandwich la kopi la. Bila aku buat tak nak minum pulak." bebel Haura. Mukanya masam mencuka.

          "Boleh pulak dia suruh aku pergi beli dekat cafe seberang bangunan sana?" tambahnya lagi. Haura berjalan kaki menuju ke cafe yang diberitahu oleh Mikael itu. Tidak terlalu jauh dari tempat kerjanya tetapi cukup untuk membuatnya mengeluarkan peluh.

Tiba di cafe tersebut Haura segera menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Terngiang-ngiang di kepalanya arahan dari Mikael di mana lelaki itu memintanya untuk berurusan dengan pekerja yang bernama Sally.

Haura melilau mencari kelibat pekerja yang memakai tag nama 'SALLY' itu namun tidak kelihatan.

          "Selamat datang! Cik nak order apa ye?" sapa pekerja di kaunter tersebut sambil tersenyum. Haura membalas senyuman tersebut.

          "Saya nak tanya, ada tak staff nama Sally yang kerja dekat sini?" tanya Haura.

Belum sempat pekerja tersebut menjawab, tiba-tiba  seorang wanita datang menyampuk.

          "Cik cari saya ke?" soal wanita itu sedikit bingung. Haura memandang wanita itu tanpa berkedip. Sungguh cantik paras rupa wanita di hadapannya itu. Haura terkesima dengan kecantikkan wanita itu.


"Bukan calang-calang taste mamat tu." bisik hati Haura.

          "Cik?" ujar wanita itu beberapa kali sebelum Haura memberi respon kepada panggilannya itu.

          "M-Mikael. Saya PA dia. Dia yang suruh saya datang." balas Haura.

          "Oh yeke? Dah lama dia tak datang ke sini. Sekejap saya siapkan order dia." balas Sally sambil tersenyum. Haura pula kembali menyambung untuk membuat pesanan yang lain di kaunter.

Beberapa ketika kemudian pesanannya sudah pun siap. Haura memesan dua set sandwich dan juga caramel macchiato untuk dirinya. Usai membuat pembayaran dia terus berjalan pulang ke pejabat.

Langit yang terang benderang pada awalnya telah berubah menjadi mendung. Nampak gayanya hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Haura dengan cepat berlari anak sambil sebelah tangannya membimbit pemegang air dan sebelah lagi membawa beg plasti berisi sandwich.

Haura jejakkan sahaja kakinya ke dalam bangunan syarikat, hujan mula turun dengan lebat sekali. Haura berhenti seketika melihat hujan yang turun membasahi bumi itu.

          "Fuhhh! Nasib baik sempat sampai. Kalau tak dah lencun aku." dia menghela nafas yang lega. Haura mula mengatur langkah untuk naik ke pejabat. Tetapi langkahnya kembali terhenti apabila ada seseorang memanggil namanya.

          "Haura!" laung Dazrin. Dia kemudian berlari-lari anak mendapatkan Haura.

          "Dazrin." ujar Haura apabila lelaki itu sudah pun berdiri di hadapannya.

          "Awak dari mana ni?" tanya Dazrin sambil matanya melihat beg plastik yang ada di tangan Haura.

          "Cafe seberang bangunan tu. Mikael minta saya belikan sarapan untuk dia." balas Haura sambil menggerakkan kepalanya menghala ke arah cafe.

           "Oh yeke? So semua yang dia nak tu ada ke?" tanya Dazrin lagi. Haura sekadar menganggukkan kepalanya.

          "Eh jomlah kita borak sambil berjalan. Nanti bising pulak bos awak tu sebab tunggu makanan lama sangat." Haura mengangguk tanda setuju. Mereka berdua kemudian berjalan seiringan.

Di dalam bilik pejabatya, Mikael duduk termenung di kerusinya sambil memandang ke luar tingkap. Dia kelihatan sedikit resah.

          "Hujan bukan main lebat lagi. Mana pulak minah ni pergi? Lama betul. Bukan jauh pun cafe tu." bebel Mikael sendirian. Sesekali dia melihat jam yang terpasang rapi di pergelangan tangannya.

          "Ah! Lantak la. Kejap lagi dia balik la tu." Mikael cuba memujuk hatinya yang kian resah. Entah kenapa dia merasakan yang sedemikian.

Mikael kemudian sambung untuk menyiapkan draf serta dokumen penting yang perlu diserahkan kepadanya Azrael pada petang ini. Namun tumpuannya tetap juga terganggu. Mikael terus bingkas bangun dan mencapai baju kot yang tergantung pada penyakut lalu melangkah keluar.

Dazrin dan Haura berjalan melintasi bilik pantri. Suri dan Laila yang sedang bersarapan melihat kemesraan yang terjalin di antara mereka. Laila memandang Suri dengan ekor matanya.

          "Eh, tu Haura, kan?" Laila bertanya kepada Suri.

          "Ha'ah." balas Suri pendek. Dia seperti tidak berminat untuk menjawab pertanyaan tersebut.

          "Dah lama akak tak jumpa dia. Mesti dia busy sekarang ni, kan? Yelah dah jadi PA Encik Mikael la katakan. Dia tu kan bos yang paling sibuk dekat Khazzan Group ni." ujar Laila cuba bergurau. Namun Suri seperti tidak termakan dengan gurauan tersebut apabila wanita itu menjeling tajam ke arahnya.

          "Perempuan ni sengaja nak sakitkan hati aku ke?" bisik Suri di dalam hati.

Laila yang sedar bahawa dirinya telah tersilap kata mengajak Suri untuk kembali ke meja untuk menyambung tugas. Mereka berdua kemudian berjalan meninggalkan bilik pantri.

Kringgg! Kringgg!

Telefon bimbit Dazrin berdering. Langkah mereka kembali terhenti. Dazrin mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya lalu melihat nama si pemanggil.

          "Sorry Haura saya tak dapat nak hantar awak sampai ke bilik. Kita borak lain kali ye." ujar Dazrin sebelum melangkah pergi meninggalkan Haura sendirian.

          "Haura." tegur Laila dari arah belakang sambil menepuk lembut bahu Haura. Kerana terkejut Haura segera berpaling.

          "Kak Laila!" balas Haura teruja. Dia hampir menjerit keriangan namun sempat dihalang oleh Laila.

          "Shhh! Jangan la menjerit nanti bos marah." Laila meletakkan jari telunjuknta pada bibir sambil matanya melihat sekeliling. Haura memeluknya dengan penuh teruja.

Pandangan mata Haura kemudiannya beralih kepada Suri yang berdiri di sisi Laila. Wanita itu tidak menunjukkan sebarang minat dan masam mencuka memandang Haura.

         "Cuti akak dah habis ke?" tanya Haura. Dia cuba mengalihkan perhatiannya kepada Laila.

         "Ada baki 4 hari lagi tapi akak batalkan cuti tu. Bosan la duduk lama-lama dekat rumah." balas Laila.

          "Tangan akak tu macam mana? Dah okay ke?" tanya Haura lagi.

          "Macam ni la." balas Laila sambil menunjukkan tangannya kepada Haura. Haura tertawa kecil.

          "Apa tu?" giliran Laila pula bertanya kepada Haura. Dia memandang ke arah beg plastik yang dipegang rapi oleh Haura.

          "Oh, ni sarapan untuk......" belum sempat dia menghabiskan kata, mata Haura terbuntang luas. Dia melihat jam di tangannya.

          "Mampus aku!" bisik Haura di dalam hati.

          "Sorry kak saya kena gerak sekarang. Nanti waktu lunch kita sembang lagi ye." ujar Haura kepada Laila sambil perlahan-lahan kakinya mula mengundur memasang langkah.

Tanpa Haura sedar Mikael sedang berdiri di belakangnya. Suri yang pada awalnya berwajah muram tiba-tiba kelihatan sedikit ceria. Dia membetulkan posisi tubuhnya serta merapikan rambut dan bajunya. Dia tersenyum memandang ke arah Mikael.

Laila yang turut melihat kehadiran Mikael di situ mula risau. Dia cuba meminta Haura berhenti seketika namun Haura yang tergesa-gesa itu terus mengatur langkah.

         "Haura, hati-hati!" serentak dengan laungan itu Haura berpaling kebelakang untuk meneruskan perjalanannya.

Puk!!!!!

Muka Haura terbenam ke dada Mikael. Haura memejam rapat matanya. Air yang dipegang telah tumpah lalu jatuh ke lantai. Bukan setakat itu sahaja, baju mereka berdua juga turut basah terkena air tersebut. Suri dan Laila sangat terkejut akan kejadian itu.

          "Sorry saya tak senga......" Dia tidak dapat menghabiskan kata-katanya itu apabila dia mengangkat wajahnya dan memandang jejaka yang sedang berdiri di depannya itu. Suara Haura seperti tersekat di kerongkongnya.

         "Mikael? Seramai-ramai orang dalam office ni kenapa mesti dia?" rungut hati Haura. Dia kemudian cuba mengelap air yang terkena pada baju Mikael.

Tetapi dengan kasar Mikael telah menepis tangan Haura. Dia memandang Haura dengan pandangan yang sungguh tajam seperti ada api yang sedang marak di dalam matanya.

Mikael kemudian berpatah kembali ke biliknya. Haura sedar yang dirinya kini dalam bahaya. Dia melepaskan keluh yang berat sebelum mengikut jejak langkah Mikael. Suri tersenyum.

*****

Dato Zubir sedang bersantai-santai sambil menghirup udara pagi di halaman rumahnya. Sesekali dia menghirup teh panas yang disediakan oleh pembantu rumahnya.

Datin Noreen pula dilihat tergesa-gesa menuruni anak tangga untuk keluar. Namun pembantu rumahnya segera menahannya lalu memberitahunya sesuatu.

         "Datin, dato tengah tunggu datin dekat laman." ujar pembantu tersebut. Datin Noreen mengerutkan wajahnya. Dia kemudian berjalan menuju ke laman.

          "Ada apa you panggil I ni?" tanya Datin Noreen.

          "You rushing sangat ni nak pergi mana?" Dato Zubir bertanya kepada isterinya.

          "Tak payah nak menyibuk la. Tak ada kena mengena dengan you pun. Cepat la, you nak cakap apa? I dah lambat ni." jawab Datin Noreen kasar.

         "Tengah hari nanti I ada meeting dengan Dermaga Holdings. Lepas meeting tu I terus gerak pergi ke Sabah. Mungkin I stay dekat sana dalam 1 atau 2 minggu." balas Dato Zubir. Datin Noreen hanya mendiamkan diri.

          "I tengok sekarang ni you kerap sangat outstation. Makin susah I nak tengok muka you dekat rumah." Datin Noreen memerli suaminya.

          "Dah memang kerja I nak buat macam mana. Lagipun kalau I ada dekat rumah ni bukannya you ada dengan I pun. You lagi pilih untuk lepak dengan kawan-kawan you daripada layan suami you ni, kan." Dato Zubir membidas kembali. Datin Noreen mula panas hati.

          "You jangan nak sakitkan hati I pagi-pagi buta ni. I cakap elok-elok kan, yang you nak menganjing I tu dah kenapa?" Datin Noreen meninggikan suaranya.

          "Salah ke apa yang I cakap ni? Macam sekarang ni la, I tercongok duduk dekat sini tapi you sibuk nak keluar jumpa dengan kawan you. Patutnya waktu macam ni la kita gunakan peluang yang ada untuk luangkan masa bersama."

          "Siapa you nak mengajar dan aturkan hidup I. Tolong sedar la diri tu sikit." kasar Datin Noreen menyoal suaminya.

          "Reen, I ni suami you tau. Suka ataupun tak you tetap tak boleh nak menafikan benda tu. Walaupun you benci dengan I tapi selagi I ni bergelar suami you, tolong hormat I." Dato Zubir meninggikan suaranya menegur Datin Noreen.

Sikap keras kepala isterinya itu makin menjadi-jadi. Berpuluh-puluh tahun dia bersabar dengan perangai Datin Noreen. Maruhnya sebagai seorang suami sudah lama tercalar. Dia risau jika suatu hari nanti dia sudah tidak dapat lagi bersabar dengan sikap isterinya itu.

Kringgg! Kringgg!

Pada ketika itu juga telefon bimbit Datin Noreen berdering. Sempat dia menjeling ke arah suaminya itu sebelum mengagau telefonnya di dalam beg tangan.

Setelah dia mengenalpasti gerangan si pemanggil, Datin Noreen terus meninggalkan Dato Zubir sendirian tanpa sepatah kata. Dato Zubir sekadar menggelengkan kepalanya dengan sikap dan kelakuan isterinya itu.

*****

Di dalam bilik pejabat, Haura berdiri di hadapan meja Mikael dengan wajahnya tertunduk ke lantai. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan kepada Mikael. Dia benar-benar tidak sedar akan kehadiran Mikael di belakang pada ketika itu.

Mikael berjalan mundar mandir. Setiap kali dia menjeling ke arah Haura dia pasti akan menghela keluh yang panjang. Dia cukup geram dengan sikap clumsy Haura itu.

          "Saya minta maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya tak tahu yang awak ada dekat belakang saya masa tu."

          "Sikit-sikit minta maaf. Lepas tu semua benda kau cakap kau tak tahu. Apa je yang kau tahu?" balas Mikael kasar.

          "Saya dah minta maaf kan. Yang awak nak marah-marah saya tak tentu pasal tu kenapa? Air tu tumpah sikit je pun bukannya saya siram semua sekali atas kepala awak." Haura melawan kata Mikael apabila permintaan maafnya yang entah ke berapa kali itu masih tidak diterima oleh Mikael. Cerlung matanya memandang wajah lelaki itu. Darah Mikael menyirap.

          "Hah! Kau dah buat salah lepas tu kau nak marah aku?" Mikael terlepas tawa sinis. Seperti yang dia jangka wanita itu pasti akan melawan katanya.

Kringgg! Kringgg!

Haura sedikit terperanjat dengan bunyi deringan itu. Sepantas kilat dia berpaling. Mata Haura dan Mikael serentak memandang telefon bimbit milik Haura yang berada di atas mejanya.

          "Nasib baik ada orang call, kalau tak....." ujar Haura sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

          "Eh, kenapa pulak ayah call aku ni?" hati Haura tertanya-tanya setelah melihat nama ayahnya terpampang di skrin telefon. Dia membetulkan pita suaranya kemudian menjawab panggilan itu dengan nada yang ceria.

          "Assalamualaikum ayah." sapa Haura perlahan. Mikael hanya mendiamkan dirinya. Dia duduk kembali di kerusinya untuk menyambung melakukan kerja.

          "Hujung minggu ni kamu free ke?" tanya Encik Zamzuri.

          "Rasanya Haura tak ada apa-apa plan lagi hujung minggu ni. Kenapa ayah?" balas Haura. Mikael dalam diam memasang telinga.

          "Kamu balik sini hujung minggu ni ye. Ibu kamu ada nak buat makan-makan sikit."

         "Yeke? Haura gerenti balik punya. Sebab tu aje ke ayah call Haura? Macam pelik je." tanya Haura kepada ayahnya.

          "Ibu kamu ni paksa ayah untuk call kamu padahal boleh je dia call sendiri." Encik Zamzuri mengadu kepada Haura.

          "Abang......" kedengaran suara Puan Hafizah di sebalik telefon. Haura melepaskan tawa yang kecil.

          "Ibu kamu ni dah tak sabar nak berkenalan dengan bakal menantu dia. Sebab tu dia beria sangat buat jamuan tu."

          "Family Zaquan nak datang ke hujung minggu ni?" tanya Haura.

          "Kalau si Zaquan tu ibu kamu dah khatam. Tak perlu nak kenal-kenal lagi dah. Sekarang ni giliran kamu la pulak. Dia nak jumpa dengan teman lelaki kamu, Mikael." balas Encik Zamzuri bersahaja.

         "Apa?" Haura terkesiap. Jeritan suaranya bergema di segenap ruang bilik. Matanya segera memandang lelaki itu.

Hampir gugur jantung Haura apabila nama Mikael keluar dari mulut ayahnya. Mikael yang yang sedang membuat kerja turut terkejut apabila mendengar jeritan itu. Lelaki itu melemparkan jelingan tajam ke arah Haura.

          "Ta-tak rasa awal sangat ke ayah nak bawak dia balik jumpa dengan semua orang?" tergagap-gagap Haura bertanya kepada ayahnya. Dia memperlahankan suaranya dari didengari oleh Mikael.

          "Awal apanya. Dah berbulan korang kenal. Sepatutnya awal-awal lagi kamu dah kenalkan dia dengan ayah tau." balas Encik Zamzuri.

         "Tapi ayah....." tanpa sempat Haura menghabiskan kata-katanya, Encik Zamzuri laju memotong.

          "Tak ada tapi-tapi. Hujung minggu ni ayah nak kamu balik sini dengan Mikael. Jangan cuba-cuba nak cancel last minit ye." ujar Encik Zamzuri. Haura tidak mampu menolak permintaan ayahnya itu.

         "Nanti Haura bagitahu ayah semula ye sebab Haura nak kena tanya dia dulu. Jumpa hujung minggu ni." Balas Haura mendatar sebelum menamatkan panggilan tersebut.

Fikirannya bercelaru. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk memberitahu Mikael tentang perkara tersebut. Silap dia kerana mengaku yang Mikael itu bakal suaminya di hospital tempoh hari. Dia tak sangka keluarganya terlalu mengambil serius akan perkara itu.

          "Siapa call?" tanya Mikael tanpa memandang wajah Haura. Matanya lurus memandang skrin komputer di hadapannya.

          "Ayah saya call." balas Haura pendek. Tangannya mula tak duduk diam.

Klik! Klik!

Jari jemarinya laju menekan kepala pen di tangannya berkali-kali. Hal itu membuatkan Mikael menjadi sedikit terganggu.

          "Kau ni apahal? Aku tengah buat kerja ni, tak payah la ganggu fokus aku." marah Mikael. Haura segera meletakkan pen ke atas meja. Dia kemudian bingkas bangun dari kerusi lalu berjalan ke meja Mikael.

          "Awak..." panggil Haura lembut.

          "Apa lagi kau ni." balas Mikael.

          "Weekend ni awak free tak?" Mikael terdiam. Dia mengangkat wajahnya memandang Haura yang sedang berdiri di depannya.

          "Apasal?" tanya Mikael kembali. Namun Haura tidak terus memberikan jawapan. Otaknya ligat mencari idea.

Agak lama Mikael menunggu untuk Haura menjawab pertanyaannya itu. Dia mula rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita itu.

         "Masalah apa yang kau dah buat kali ni?  Kau ada petik nama aku lagi ke?" soal Mikael tegas.

         "Tak! Mana ada!" balas Haura laju.


"Habis tu?" tanya Mikael lagi.


"Ibu dengan ayah saya nak jumpa awak hujung minggu ni." balas Haura serba salah.

         "What?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience