BAB 63

Drama Completed 919581

"K-kau buat apa dekat sini?"

Haura kaku. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Suara lelaki itu amat dia kenali. Haura yang sedang duduk mencangkung mendongakkan kepalanya melihat lelaki yang sedang memandang ke arahnya itu.

Meskipun dalam kesamaran cahaya lampu dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas sekali. Ya, wajah itulah yang telah dicarinya untuk beberapa hari ini. Haura kemudian dengan perlahan bingkas berdiri.

Mikael pula benar-benar tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan wanita itu di sini. Kata-kata yang terdetik dihatinya pada petang tadi bagai telah dimakbulkan oleh Yang Maha Berkuasa.

Kehadiran Haura di situ pada ketika itu benar-benar membuat jiwa Mikael meronta-ronta. Namun dia terpaksa menidakkan perasaannya itu.


"M-Mikael....?" tutur Haura perlahan.

Setelah beberapa hari tidak bersua serta tidak mendengar suara itu, hatinya berasa sedikit sebak apabila dapat menatap wajah itu kembali.


"Aku tanya, kau buat apa dekat sini?" tanya Mikael dingin.

Namun pertanyaan dari Mikael itu serba sedikit telah mematikan rasa sebak di dadanya itu. Belum sempat Haura menjawab pertanyaan itu, tiba-tiba dia menerima notifikasi WhatsApp dari Budi.

Lelaki itu telah menghantarkan kepadanya nombor telefon Encik Luth supaya Haura dapat menghubungi lelaki itu bagi menyerahkan dokumen berkaitan meeting dengan Dermaga Holdings.


"Aku tengah bercakap dengan kau ni, kau dengar ke tak?" ujar Mikael sedikit bengang apabila Haura tidak mengendahkannya.

Tanpa menghiraukan Mikael yang sedang berdiri di hadapannya, Haura segera mengambil beberapa langkah menjauh dari lelaki itu lalu mendail nombor tersebut.

Tidak semena-mena telefon Mikael turut berdering. Haura berpaling dengan wajah yang terkejut. Begitu juga dengan Mikael setelah dia melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin telefonnya.


"Awak Encik Luth? Wakil Khazzan Group untuk meeting dengan Dermaga Holdings?" soal Haura. Dia sungguh tidak percaya bagaimana dia boleh terlupa bahawa nama penuh lelaki itu adalah Luth Mikael.


"Kau Jannah, yang syarikat hantar untuk ganti tempat Azrael?" soal Mikael kembali separa percaya.


"Nama Jannah tu Encik Budi je yang panggil. Saya dah bagitahu dia untuk panggil saya Haura tapi dia tetap berkeras nak panggil Jannah. Saya okay kan je sebab itupun nama saya juga, kan." balas Haura selamba. Mikael berdegus.


"Kau sengaja datang sini untuk jumpa dengan aku, kan? Kau memang sejenis yang tak faham ke? Kau dah lupa apa yang aku bagitahu pada kau sebelum ni?" tutur Mikael kasar.

Haura mula sakit hati dengan perangai Mikael itu. Baru beberapa minit bersua muka sudah cuba untuk mencetuskan perang antara mereka.


"Suka hati awaklah nak cakap saya ni apa sekalipun, saya tak kesah. Telinga saya ni pun dah kebal dengan tuduhan yang awak selalu lemparkan pada saya tanpa awak dengar sendiri penjelasan dari mulut saya." bidas Haura kasar.


"Kalau bukan sebab Puan Sri Normah yang minta saya datang ke sini untuk hantarkan dokumen ni pada awak, saya tak akan datang tau." tambah Haura lagi.


"Kalau saya tahu awak orang yang Puan Sri maksudkan lagilah saya tak ingin nak datang ke sini. Sebab saya tahu walau kuat macam mana sekalipun hati saya ni nak berjumpa dengan awak, awak tetap akan menjauh dari saya. Dan semua tu terbukti benar."

Mikael diam tidak berkutik. Luahan kata dari Haura itu benar-benar menyentap jiwa lelakinya. Namun lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia sedar perbuatannya itu telah memberi kesan yang hebat kepada insan yang bernama Haura. Namun dia terpaksa.


"Ini dokumen yang saya maksudkan tu. Maaf sebab last minit macam ni baru nak bagi pada awak. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." ujar Haura sambil menghulurkan fail tersebut kepada Mikael. Lelaki itu mengambilnya tanpa banyak suara.

Sebelum Haura berlalu, Mikael sempat memberitahunya supaya tidak turut serta dalam mesyuarat pada pagi esok. Namun perkara itu telah disalah anggap oleh Haura.

Mikael ingin wanita itu berehat serta menghabiskan waktu cutinya di resort. Tetapi bagi Haura pula dia merasakan lelaki itu sememangnya tidak mahu berjumpa dengan dirinya langsung.

*****

Tepat jam 9.00 pagi Haura sudah pun berada di lobi resort tersebut. Kelibat Mikael masih belum kelihatan. Namun Haura tetap menunggu dengan penuh sabar. Beberapa minit kemudian Budi tiba di lobi tersebut.


"Cik Jannah, dah lama ke sampai?" sapa Budi mesra. Haura segera bangkit dari tempat duduknya lalu menyapa Budi kembali.


"Eh, tak adalah. Saya pun baru je sampai." balas Haura.


"Encik Luth cakap dia mungkin lambat sikit, jadi apa kata kalau kita ke cafe dulu untuk sarapan pagi." Budi mempelawa Haura. Tanpa berfikir panjang Haura terus bersetuju. Mereka berdua terus berjalan menuju ke cafe.

Setelah selesai mengalas perut, Haura bersama-sama dengan Budi kembali semula ke lobi. Dari jauh Haura melihat Mikael sedang duduk di sofa sambil membaca dokumen yang diberikan olehnya semalam. Budi segera berlari anak mendapat lelaki itu.


"Selamat pagi Encik Luth. Maaf, saya dengan Cik Jannah pergi sarapan sekejap tadi."

Mikael menoleh ke arah Haura dengan wajah yang ketat. Haura turut menunjukkan reaksi yang dingin. Budi memandang Haura dan Mikael silih berganti. Seperti ada angin dingin yang berlegar di sekitarnya.


"Cik Jannah boleh duduk dulu sementara saya pergi siapkan kereta untuk kita bergerak ke site." ujar Budi kepada Haura. Wanita itu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum tawar.

Namun setelah Budi berlalu pergi Haura masih lagi berdiri dan sedikit menjauh dari Mikael. Lelaki itu sekadar memandang Haura dengan ekor matanya sahaja.


"Yang kau tercegat dekat situ kenapa? Dah tak reti nak duduk ke?" ujar Mikael tanpa memandang ke arah wanita itu.


"Eh tak apa. Saya taknak ganggu encik buat kerja. Abaikan je saya dekat sini. Encik fokus je pada kerja encik tu." balas Haura sarkastik. Dari semalam lagi dia geram dengan sikap lelaki itu.


"Pagi-pagi lagi dah tunjuk muka ketat. Tahu la dia tu hensem tapi dah tak reti nak cakap elok-elok dah ke? Kalau pelawa aku dengan lembut atau baik mungkin sejuklah sikit hati aku ni. Ni tak, bukan makin tajam lagi kata-kata tu. Hati ni rasa macam kena toreh tau." bisik hati Haura. Sesekali dia menjeling ke arah Mikael.


"Semalam aku dah bagitahu kau tak payah datang, kan. Yang kau datang juga ni kenapa?" tanya Mikael.


"Puan Sri hantar saya datang ke sini untuk kerja bukannya bercuti. Saya kena jalankan tugas saya ni walaupun encik tak suka saya ada dekat sini." balas Haura sinis.

Dia memang sengaja berkata begitu supaya Mikael celik dengan tingkah lakunya yang boleh dikatakan tidak matang itu.

Lebih kurang 10 minit menunggu barulah Budi datang dan mengiringi Haura dan Mikael menuju ke keretanya.

*****

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kasut bertumit tinggi berjalan masuk menuju ke dalam bangunan Khazzan Group dan meluru ke kaunter pertanyaan. Wanita itu kelihatan sungguh cantik persis model antarabangsa. Sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan terpesona dengan kecantikkan yang dimiliki ileh wanita itu.


"I nak jumpa dengan Mikael. Office dia dekat mana ye?" ujar Rissa kepada pekerja yang bertugas di kaunter tersebut.


"Maaf cik. Encik Mikael tak masuk ke office hari ni. Lagipun hari ni merupakan hari cuti. Cik nak tinggalkan apa-apa pesanan ke?" jawab pekerja tersebut dengan penuh berhemah. Senyuman juga tidak lekang di wajahnya.


"You tak payah nak kelentong I la. I tahu Mika ada dekat office dia kan? Dia selalu bagitahu I yang dia kerja setiap hari walaupun hujung minggu." balas Rissa lantang.

Memandangkan hari itu merupakan hari cuti maka tidak ramai pekerja yang berada di situ. Perkara itu membuatkan suara Rissa yang lantang tadi seolah-olah bergema di satu ruang lobi tersebut.


"Betul cik, Encik Mikael memang tak masuk office hari ni. Saya minta maaf sangat-sangat. Cik boleh datang semula esok ataupun lusa." ujar pekerja itu lagi.

Rissa mula naik berang. Dia telah membuat kacau di lobi syarikat tersebut. Dia telah menjerit nama Mikael berkali-kali dengan harapan lelaki itu akan keluar bertemu dengannya.


"Mikael! Baik you turun sekarang! I tahu you ada dekat office sekarang ni." jerit Rissa.


"Mika! You dengar tak apa yang I cakap ni." jeritnya lagi.

Beberapa orang pekerja telah cuba menghalangnya dari terus bertindak di luar kawalan. Namun dengan cepat dia telah berlari menuju ke lif untuk naik sendiri ke bilik Mikael.

Nasibnya sungguh malang apabila pintu lif itu terbuka Suri terus menolaknya ke belakang seraya tangannya menekan butang lif ke aras dua. Perkara itu menyebabkan Rissa terlepas untuk menaiki lif tersebut.


"Kau siapa tiba-tiba datang sini menjerit macam orang gila." dengan kasar Suri menegur Rissa.


"You ni pula siapa nak marah-marah I?" tanya Rissa kembali kepada Suri.


"Aku PA Mikael. Kau siapa?"


"Jadi you lah..... Ah! you tu cuma kuli batak je dekat sini. You tak ada hak untuk sound I. Dah ke tepi." Rissa menolak Suri ke tepi tetapi sepantas kilat tangan Suri menyambar lengan wanita itu lalu ditariknya dengan kasar. Rissa mengaduh kesakitan.


"Aku tanya, kau buat apa dekat sini?"


"I nak jumpa dengan Mikael. I tahu dia ada dekat sini sekarang ni."


"Orang dekat kaunter tu tak ada bagitahu kau ke? Mikael tak masuk office hari ni."

"I tahu Mikael ada dekat sini. Mikael please keluar. I nak jumpa dengan you sekejap je." jerit Rissa sekali lagi. Suri mula panas hati.


"Kau ni tak faham bahasa ke? Harap muka je cantik tapi bodoh."


"Please Mikael. Jumpa sekejap pun jadilah. I nak jumpa dengan you sayang......"

Pap!

Terlucut sahaja perkataan sayang dari mulut Rissa, satu tamparan telah hinggap di pipi kirinya. Hampir kesemua mata yang memandang melopong melihat kejadian tersebut. Mereka sangat terkejut dan tidak menyangka bahawa Suri akan bertindak sedemikian.

Pipi Rissa mula terasa panas. Matanya cerlung memandang Suri yang sedang merenungnya dengan satu pandangan yang membunuh.


"You....! Berani you tampar I. Dasar perempuan tak guna..!” tempik Rissa sekuat hatinya.

"Perangai kau tu yang meminta sangat. Orang dah cakap Mikael tak ada dekat sini nak juga melalak macam orang gila dah kenapa. Kalau dah tak sabar sangat kau call ajelah dia. Ke Mikael tu dah tak ada hati nak jawab call kau." sindir Suri sambil tertawa sinis.

Rissa mencelik luas matanya memandang Suri. Ingin saja dia menerkam wanita itu. Namun setelah melihat ada banyak mata yang sedang memerhati dia membatalkan niatnya. Tanpa sepatah kata dia terus berjalan keluar meninggalkan bangunan tersebut.

*****

Sepanjang perjalanan Haura tidak bersuara langsung mahupun sekali. Dia kelihatan begitu gelisah. Entah apa yang sedang bermain difikirannya pada ketika itu. Mikael yang berada di sebelahnya sekadar melirik dari ekor mata.

Setelah Budi mematikan enjin kereta, mereka berdua mula melangkah keluar dari kereta tersebut. Haura menghela keluh yang sangat berat. Mikael kemudian mengambil sesuatu dari begnya lalu dihulurkan kepada Haura.


"Nah, makan ni. Dah teruk sangat aku tengok kau punya gemuruh tu." ujar Mikael sambil menghulurkan beberapa biji gula-gula karamel kepada Haura.

Haura mengambil gula-gula tersebut tanpa membantah. Dia terus membuka pembalut lalu memasukkan gula-gula tersebut ke dalam mulutnya.

Dengan gopoh Haura mengunyah gula-gula pemberian Mikael itu. Memang benar rasa gugupnya sudah kian memudar. Tanpa dia sedar Mikael sedang memerhatikan gelagatnya itu. Senyuman nipis terukir di bibir Mikael.


"Kalau rasa gemuruh sangat biar aku je yang jumpa dengan dia orang. Kau lepak la dekat mana-mana dulu." ujar Mikael lagi.


"M-mana ada saya gemuruh. Saya rasa penat sikit je mungkin sebab tak cukup tidur kot. Semalaman saya duduk fikirkan pasal orang yang tak reti nak berterima kasih." sempat lagi Haura menyindir Mikael. Lelaki itu menjeling ke arahnya.

Haura kemudian segera berlari anak meninggalkan Mikael sendirian di belakang. Mikael hanya menggelengkan kepalanya dengan telatah Haura itu.

Setelah beberapa jam berlalu akhirnya mesyuarat tersebut berakhir dengan jayanya. Haura sangat terkesima melihat sisi lain Mikael sepanjang mesyuarat itu berlangsung. Sungguh berkarisma. Lelaki itu seolah-olah bukan Mikael yang dia kenal.


"Aura dia masyaAllah.... No wonder la arwah Tan Sri Mokhtar nak serahkan syarikat ni pada dia. Memang dia dah terlebih layak." bisik Haura di dalam hati. Senyuman manis terukir lebar di wajahnya.

Haura mengekori ke mana sahaja Mikael pergi. Matanya tidak lekang memandang lelaki itu yang sedang beramah mesra dengan beberapa orang pelabur baru yang datang bersama pihak Dermaga Holdings.

Setelah semuanya selesai Budi telah mengajak mereka untuk bersiar-siar di sekitar pulau tersebut. Haura memandang Mikael kerana dia beranggapan lelaki itu mungkin tidak mahu luangkan masa bersamanya.

Namun sangkaannya meleset apabila Mikael mengiyakan sahaja ajakan dari Budi itu. Mereka berdua kelihatan begitu asyik menikmati keindahan pulau tersebut bersama-sama.


"Tak sangka awak ni hebat juga handle client besar macam Dermaga Holdings tu. Siap dapat tarik pelabur lagi." puji Haura sambil menghirup angin laut yang nyaman itu.

Rambutnya yang panjang melepasi paras bahu itu turut menari ditiup angin. Mikael hanya memandang wanita yang berjalan seiringan dengannya itu.


"Aku minta maaf." ucap Mikael perlahan. Suaranya tenggelam timbul.

Serentak dengan itu Haura menghentikan langkahnya. Melihat Haura kaku di belakang membuatkan Mikael turut mematikan langkah lalu menoleh sedikit ke belakang.


"A-awak cakap apa tadi? Maaf?" soal Haura yang menyangkakan dia telah tersalah dengar. Mikael mengangguk.

Lelaki itu berpaling sepenuh lalu memadang tepat ke mata Haura. Keadaan jeda seketika. Mereka berdua saling berbalas pandang.


"Aku nak minta maaf kalau aku dah buat kau sakit hati. Fikiran aku bercelaru sikit sejak kebelakangan ni." tutur Mikael satu persatu. Wajah Haura masih lagi ditatapnya.

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-10-07 09:36:03 

hissss... bila lah mereka ni nk bercinta.. lambatnya nk tunggu mereka ber2 ni jatuh cinta..


NovelPlus Premium

The best ads free experience