BAB 39

Drama Completed 919473

Mona mengekori Dazrin ke kereta untuk di hantar pulang oleh lelaki tersebut. Setelah Haura ‘membawa lari’ keretanya dia terpaksa pulang dengan lelaki itu meskipun dia agak keberatan. Dazrin pula seperti terpaksa setelah disuruh oleh neneknya. Mona tidak berbicara sepatah kata pun ketika di dalam kereta. Begitu juga dengan Dazrin.


“Inilah mamat yang asyik ajak Haura dating tu?” bisik Mona di dalam hati. Sesekali dia mengerling ker arah Dazrin yang sedang fokus memandu. Mona kemudian mengeluarkan chewing gum dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Dazrin.


“Chewing gum. Awak nak?” tanya Mona.


“Thanks.” Balas Dazrin pendek sambil mencapai chewing gum dari tangan Mona. Mona mengeluarkan sekeping lagi untuk dirinya.


“Seronok ada keluarga besar macam awak ni. Meriah je setiap kali berkumpul, kan?” ujar Mona memulakan bicara. Dazrin memandangnya lalu tersenyum.


“Awak memang rapat ke dengan adik awak?” tanya Mona.


“Ha’ah. Kita orang berdua je yang ada. Dina tu memang manja sikit. Kalau awak tengok dia tadi pun awak nampak kan dia punya gedik tu macam mana.” balas Dazrin menceritakan perwatakan adiknya itu. Mona tertawa mendengar jawapan dari Dazrin itu.


“Dan dia sangat mudah mesra dengan orang. Masa dia mula-mula tegur saya tadi pun saya agak terkejut jugak.” Balas Mona.


“Terkejut? Kenapa pulak?” Dazrin sedikit pelik dengan jawapan yang diberikan oleh Mona itu.


“Yelah, selalunya anak tan sri atau dato ni perangai dia macam ‘diva’ sikit lebih-lebih lagi anak perempuan. Tapi adik awak tu lain.” Mona meluahkan tanggapan pertama tentang Soraya. Dazrin tersenyum mendengar kata-kata yang diucap oleh Mona.


“Tak semua anak dato dan tan sri macam tu tau. Orang kebanyakkan pun ada je yang perangainya lebih diva malah mengalahkan diva-diva yang ada dekat Malaysia ni.” Balas Dazrin sambil tersenyum memandang ke arah Mona. Dia seolah-oleh menujukan kata-kata itu kepada wanita itu. Mona mencerlungkan matanya ke arah Dazrin.


“Oh, awak nak cakap saya ni berperangai diva la ye?” marah Mona namun ada sedikit gediknya di situ. Dia tahu Dazrin hanya sekadar bergurau dengannya. Reaksi Mona itu telah mengundang tawa Dazrin. Mona masih lagi berpura-pura marah dan merajuk.


“Saya bergurau jelah. Saya tak maksudkan awak pun.” Dazrin cuba memujuk Mona yang sudah berpaling darinya.


“Saya pun bergurau jugak.” Balas Mona sambil tersenyum manja. Dia kemudian membetulkan kedudukannya.


“By the way, dah lama ke adik awak tu kahwin atau masih dalam fasa honeymoon lagi?” Mona cuba menggali kisah Soraya dan Syahmi melalui Dazrin.


“Honeymoon? Anak dah ada seorang nak honeymoon apa lagi.” Dazrin tertawa sekali lagi dengan soalan yang diajukan oleh Mona.


“What? Dah ada anak?” Terbeliak mata Mona. Dia sangat terkejut mendengar perkara itu. Dazrin sedikit pelik dengan reaksi Mona itu.


“Kenapa awak macam terkejut besar bila saya cakap dia orang tu dah ada anak?” soal Dazrin ingin tahu. Mona mengerutkan mukanya. Dia cepat-cepat mencipta jawapan supaya Dazrin tidak mengesyaki apa-apa padanya.


“Mestilah saya terkejut. Saya tengok mereka berdua tadi bukan main sweet dan romantik lagi. Sebab tu saya ingat mereka tu baru kahwin. Selalunya pasangan yang sweet macam tu pengantin baru je.” Balas Mona panjang lebar. Akhirnya Dazrin tersenyum mendengar jawapan dari Mona itu. Mona menghela nafas yang lega.


“Kalau tak silap saya dah 2 tahun rasanya mereka tu berkahwin. Bagi saya masih baru lagi. Betul tak?” Dazrin memberikan pendapatnya pula. Mona terdiam seketika.


“Dua tahun? Maknanya lepas di putus tunang dengan Haura dia terus kahwin dengan perempuan tu ke? Tak guna betul kau Syahmi.” Getus hati Mona sendirian.

Perasaan marahnya pada Syahmi itu turut terpancar pada wajahnya. Dazrin yang menanti jawapan dari Mona segera berpaling ke arahnya. Namun dia sedikit pelik apabila riak wajah wanita itu berubah serta merta.


“Mona, awak okay ke tak ni?” tanya Dazrin. Mona tersedar dari lamunannya setelah dipanggil oleh Dazrin beberapa kali. Wajahnya kembali ceria.


“Sorry, awak tanya apa tadi?” Mona menyoal kembali kepada Dazrin.


“Saya tanya awak okay ke tak sebab saya tengok awak tiba-tiba je diam. Risau jugak saya tadi.” Balas Dazrin kepada Mona.


“Saya okay je. Mesti anak dia orang comel kan. Sebab mommy dan daddy dia pun cantik dan hensem.” Balas Mona sambil tersenyum kepada Dazrin.

*****


“Kenalkan ini bakal suami Haura, Luth Mikael.”


“What? Apa yang aku merapu ni? Haura! Kau dah gila ke?” Seperti orang yang hilang akal Haura berteriak di dalam hati. Dia tidak tahu hantu apa yang telah merasuknya sehingga dia berani bertindak sebegitu.

Haura kemudian memandang ke arah Mikael yang sedang merenungnya dengan tajam. Jantungnya berdegup dengan pantas sekali. Mikael yang sungguh terkejut dengan pengumunan mengejut yang disampaikan oleh Haura itu diam tak berkutik.

Perlahan-lahan mata Mikael turun memandang jari jemarinya yang sudah berada di dalam genggaman Haura. Mata Haura secara spontan turut mengikut arah pandangan Mikael. Terbelalak mata Haura melihat tangannya yang sudah bergandingan dengan tangan Mikael. Dia cuba memaksa untuk terus tersenyum walaupun ketika itu dia sedar jika dirinya sudah boleh di ibaratkan bagai telur di hujung tanduk.


“Serius. Kali ni memang mati aku dikerjakan oleh mamat ni. Apa aku dah buat ni.” tangis Haura di dalam hati. Dia sudah tidak berani untuk menatap wajah lelaki itu. Mikael pula kembali merenung Haura yang sudah lagi tidak berpaling ke arahnya. Mikael kemudian merapatkan wajahnya ke telinga Haura.


“Apa yang kau merepek ni?” Bisik Mikael perlahan dengan nada marah. Namun dia masih lagi cuba mengawal riak wajahnya dari dilihat mereka bertiga.

Demi menjaga hati kesihatan opahnya, Haura sekali lagi memberanikan dirinya untuk bersemuka dengan Mikael. Dia kembali berpaling memandang lelaki itu. Tetapi disebabkan wajah Mikael yang terlalu rapat hidung mereka berdua hampir bergeseran. Mikael membuntangkan matanya sebelum dia mengundurkan wajahnya sedikit ke belakang. Jantungnya berdenyut dengan laju sekali. Dia menelan air liur yang terasa seperti tersekat dikerongkongnya.


“Please, awak tolong saya kali ni je. Lepas ni saya janji saya akan buat apa sahaja yang awak suruh.” Rayu Haura.


“Kau nak aku menipu family kau?” marah Mikael lagi.


“Tipu sunat je. Please awak, kali ni je. Opah saya kan tengah sakit tu.” Rayu Haura lagi. Dia semakin terdesak. Namun Mikael terus-terusan menolak. Dia tidak mahu terjebak di dalam penipuan Haura itu.


“Apa yang kamu berdua bisikan tu?” Datin Safiah mencelah.

Tiga pasang mata tertuju kepada mereka berdua. Puan Hafizah dan Hanna masih lagi tergamam setelah mendengar apa yang baru diberitahu oleh Haura sebentar tadi.


“Eh, tak ada apa pun opah.” Balas Haura sambil tersengih. Mikael cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Haura namun tidak berjaya. Wanita itu memegangnya dengan begitu erat sekali.


“Serius ke ni Kak Haura? Ni bukan prank kan?” tanya Hanna yang sudah separa teruja. Haura menganggukkan kepalanya. Dengan pantas Mikael memandang ke arah Haura. Wanita itu juga sedang memandangnya dengan senyuman yang terukir di bibir.


“Wah! Tak lama lagi bolehlah Hanna makan nasi minyak Kak Haura pulak. Yahuu!” sorak Hanna kegembiraan.


“Eh eh, yang kamu happy sangat tu kenapa? Tolong behave sikit, kamu tu berapa hari je lagi dah nak jadi isteri orang.” Tegur Puan Hafizah kepada Hanna.


“Betul ke ni Haura? Nenek tak salah dengar kan?” Datin Safian bertanya untuk kepastian.


“Ya opah, kali ni opah tak salah dengar. Ke opah nak Haura bagitahu sekali lagi?” Haura bercanda. Datin safiah tertawa kecil.


“Sebenarnya saya…” Mikael cuba membuka mulut untuk memberitahu perkara yang sebenar. Sepantas kilat juga Haura telah mencubit lengan Mikael sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan. Dia menjeling tajam ke mata Mikael.


“Sebenarnya Mika dah lama minta Haura kenalkan dia dengan ibu dan opah. Tapi Haura terlalu sibuk dengan kerja.” Tutur Haura setelah memotong kata Mikael.


“Mika? Amboi, selamba badak betul perempuan ni.” Bisik hati Mikael. Hatinya mula rasa panas.


“Kalau opah nak tahu Mika ni pemalu sikit. Dia tak reti sangat nak bergaul dengan orang.” Tambah Haura lagi sambil tersengih.


“Alhamdulillah. Akhirnya Allah perkenankan jua doa opah. Hari-hari opah berdoa supaya Haura dikurniakan seorang lelaki yang dapat menyembuhkan luka di hati Haura itu.” Balas Datin Safiah.

Haura tergamam mendengar kata yang diucap oleh Datin Safiah itu. Senyuman diwajahnya bertukar menjadi kelat. Mikael mencuri pandang wajah Haura itu namun hatinya tiba-tiba merasakan sesuatu yang aneh. Dia tidak sanggup melihat Haura dalam keadaan yang sebegitu.

Puan Hafizah masih lagi mendiamkan diri. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara Haura dan Mikael. Namun dia tidak pasti apa yang anaknya itu cuba lakukan. Dia kemudian mengajak Haura untuk keluar sebentar bersamanya.


“Kamu duduklah dulu. Borak-borak dengan opah. Haura kamu ikut ibu sekejap.” Ujar Puan Hafizah sambil mengajak Haura keluar dari situ. Mikael sekadar mengangguk. Haura kemudian berjalan mengekori ibunya itu.

Kini hanya tinggal Mikael, Hanna dan juga Datin Safiah di dalam bilik tersebut. Mikael yang sedang berdiri hanya tersenyum kambing melihat ke arah Datin Safiah yang terlantar di katil.


“Disebabkan abang dah nak kahwin dengan Kak Haura, jadi mulai sekarang Hanna akan panggil abang dengan panggilan ‘Abang Mika’. Boleh?” tanya Hanna memecah kesunyian di dalam bilik tersebut.

Terasa aneh di deria pendengaran Mikael apabila Hanna memanggilnya dengan gelaran ‘abang’. Walaupun Soraya sering memanggilnya dengan panggilan itu namun dia tidak terbiasa apabila ada orang lain yang memanggilnya sebegitu. Mikael kemudian menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kepada Hanna.


“Abang Mika duduklah dekat kerusi tu.” Pelawa Hanna. Datin Safiah memandang Hanna yang duduk di birai katilnya. Mikael perlahan-lahan membuka langkah lalu duduk di kerusi tersebut. Dia cuba untuk tidak terlihat begitu ketara betapa dia gugup untuk berdepan dengan dua wanita di hadapannya itu.


“Kamu dah lama ke kenal dengan Haura?” tanya Datin Safiah. Mikael agak terkial-kial untuk menjawab soalan pertama dari wanita itu. Dia sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku.


“Tak adalah lama sangat opah, dalam 5 bulan macam tu.” Balas Mikael.


“Macam manalah abang boleh jatuh hati dengan Kak Haura? Yelah dia kan keras kepala sikit, lepas tu kasar macam lelaki.” Tanya Hanna nakal. Mikael tertawa mendengar soalan Hanna itu.


“Ish. Kenapa Hanna cakap Kak Haura macam tu. Tak baik tau.” Tegur Datin Safiah kepada Hanna.


“Alah opah ni, Hanna nak melawak sikit pun tak boleh. Tahulah Kak Haura tu cucu kesayangan opah.” Balas Hanna pura-pura merajuk. Datin Safiah tersenyum dengan gelagat cucunya itu.


“Abang satu office ke dengan Kak Haura?” tanya Hanna lagi.


“Ha’ah. Kira abang serior la dekat situ.” Mikael sebolehnya tidak mahu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar.


“Eh kejap! Tadi abang cakap abang dah kenal dengan Kak Haura 5 bulan. Tapi Hanna rasa Kak Haura baru je kerja dekat situ dalam 2 atau 3 bulan.” Tanya Hanna lagi sedikit pelik. Dahinya berkerut. Mikael sedar dia sudah tersilap tutur katanya namun dia cepat-cepat berdalih.


“Sebelum tu kami dah kenal tapi kenal biasa-biasa je. Kami mula rapat bila Kak Haura dah kerja satu office dengan abang. Tak sangka pulak kami akan bertemu semula dekat situ.”


“Itulah yang dinamakan jodoh. Bak kata pepatah kalau dah jodoh tak akan ke mana. Walau sejauh mana kamu berdua terpisah, kalau sudah tertulis yang Haura itu jodoh kamu, kalian akan bersatu jua akhirnya. Yang membezakannya hanyalah waktu.” Tambah Datin Safiah. Kata-kata Datin Safiah itu sekali lagi telah mengundang rasa di hati Mikael namun dia sendiri tidak tahu apakah rasa itu.

Hanna yang turut berada di situ sekadar memasang telinga. Dia kemudian bangun dan mengambil beberapa jenis buah lalu diletakkan di dalam pinggan.


“Opah boraklah dulu dengan bakal cucu menantu opah ni. Hanna pergi basuh buah ni sekejap.” Ujar Hanna. Datin Safiah menganggukkan kepalanya. Hanna kemudian berlalu pergi dan mula hilang dari pandangan.

Datin Safiah kemudian memanggil Mikael untuk berada sedikit rapat dengannya. Tanpa melengahkan masa Mikael segera membetulkan kerusinya supaya hampir dengan katil. Datin Safiah kemudian menggapai tangan Mikael lalu digenggamnya erat.


“Opah nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima Haura untuk menjadi sebahagian dari hidup kamu. Walaupun kadang-kadang Haura tu degil dan keras kepala tapi hati dia baik. Kamu sangat beruntung dapat Haura sebagai pasangan kamu.” Tutur Datin Safiah sambil jari jemarinya menggosok lembut tangan Mikael.


“Dia dah terlalu lama menderita. Opah harap sangat kamu akan jaga dan sayang dia sepertimana opah sayang dan kasih kepada cucu opah itu. Hati dia pernah berkecai sekali dan terlalu lama untuk dia pulih. Jadi opah harap kamu jagalah hati itu dengan sepenuh hati kamu.” Tambahnya lagi panjang lebar. Datin Safiah sudah tidak sanggup untuk melihat Haura menanggung derita. Dia tidak sanggup melihat Haura rapuh seperti beberapa hari yang lepas.

Mikael tidak mengeluarkan sebarang suara. Dia hanya mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh wanita itu. Dia tidak menyangka wanita yang ceria seperti Haura menyimpan sejuta rasa di hatinya.

*****

Puan Hafizah berjalan agak jauh dari bilik Datin Safiah. Haura tidak dapat membaca air muka ibunya itu kerana ini pertama kali dia melihat Puan Hafizah memberikan reaksi yang sebegitu. Haura sungguh risau jika ibunya itu telah menghidu sesuatu dari kelakuannya sebentar tadi.


“Kita nak ke mana ni ibu?” tanya Haura yang cuba mengejar langkah ibunya yang laju itu. Namun Puan Hafizah tidak menjawab sepatah kata pun. Haura kembali menikus.


“Itulah kau Haura nak sangat menipu ibu kau sendiri kan jadi terimalah padahnya. Ni sah-sah la ibu akan persoalkan pasal kau mengamuk tempoh hari. Nak reka cerita tapi tak ngam langsung.” Bebel Haura kepada dirinya sendiri.

Tiba di suatu sudut Puan Hafizah menghentikan langkahnya. Dia berpaling melihat wajah Haura yang telah berdiri beberapa langkah darinya. Dia merenung Haura tanpa kata yang keluar dari mulutnya begitu juga Haura.


“Ada apa-apa yang kamu nak bagitahu ibu?” Tanya Puan Hafizah. Naluri ibu jarang salah. Kali ini dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya itu. Haura melepaskan keluh yang panjang sebelum menjawab pertanyaan ibunya itu.


“Bagitahu apa ibu? Haura tak fahamlah.” Balas Haura. Dia berpura-pura tidak tahu.


“Lelaki yang kamu bawa tadi, dia bukan teman lelaki kamu kan?” Soal Puan Hafizah tegas.


“Kenapa ibu cakap macam tu.” Haura sudah mula gugup. Jarang dia melihat ibunya yang lemah lembut itu marah.


“Baik kamu berterus terang dengan ibu sekarang. Sebelum keadaan bertambah parah.” Balas Puan Hafizah.


“Ibu tak percayakan Haura ke?” Haura bertanya kepada ibunya.


“Bukan ibu tak percaya tapi ibu tak nak kamu terlalu memaksa diri kamu. Kalau kamu masih tak boleh lupakan Syahmi ibu terima dan ibu reda. Ibu sanggup tunggu walau selama mana sekalipun. Ibu tak akan sesekali paksa kamu untuk berkahwin.” Ujar Puan Hafizah. Suaranya kedengaran sedikit sebak. Hati Haura terusik dengan kata-kata dari ibunya itu. Dia tidak mampu untuk mengungkapkan kata ketika itu.


“Kalau kamu buat semua ni demi menjaga hati opah dan ibu, ibu minta kamu hentikan segera. Ibu tak nak ada hati yang terluka kemudian hari.” Tambah Puan Hafizah lagi. Mata Haura sudah mula berkaca.


“Tak ibu, Haura ikhlas. Haura benar-benar ikhlas terima Mikael dalam hidup Haura. Bila Haura bersama dengan dia Haura mampu lupakan kisah silam Haura dengan Syahmi. Dan Haura rasa sangat bahagia. Meskipun ada kalanya kami bergaduh tapi itu normal bagi setiap pasangan kan ibu?” balas Haura panjang lebar. Dia cuba untuk meyakinkan ibunya itu bahawa dia sudah melupakan kisah silamnya. Puan Hafizah segera memeluk erat anaknya itu.


“Ibu minta maaf. Ibu tak berniat untuk mencurigai hubungan kamu dengan Mikael. Jika benar apa yang kamu bagitahu ini, ibu yakin Mikael akan dapat membahagiakan kamu.” Ujar Puan Hafizah setelah mendengar kata-kata Haura itu.


“Terima kasih ibu.” Balas Haura sambil membalas pelukan ibunya itu. Namun jauh disudut hatinya dia rasa sungguh bersalah dan berdosa kerana telah berbohong kepada orang tuanya itu.


“Maafkan Haura ibu.” Bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience