BAB 59

Drama Completed 919533

Langkah yang di ambil oleh Mikael kelihatan lemah ketika menuju ke bilik Puan Sri Normah. Mukanya juga masam mencuka. Fikirannya pula sudah jauh melayang memikirkan tentang perkara yang baru di dengarinya sebentar tadi.

Apabila tiba di hadapan pintu bilik Puan Sri Normah dia mematikan langkah kakinya. Mikael tidak terus bergerak masuk ke dalam bilik tersebut.

Dia cuba menarik nafas yang dalam untuk menenangkan minda dan emosinya supaya tidak kantoi di hadapan neneknya nanti. Setelah berasa dirinya sedikit tenang barulah dia mengetuk pintu bilik tersebut.

Knock! Knock!

Pintu bilik Puan Sri Normah diketuk. Tanpa menunggu jawapan dari neneknya, Mikael terus menolak tombol pintu lalu melangkah masuk.


"Good morning nenek......." sergah Mikael manja. Senyuman lebar terhias diwajahnya. Dia memang gemar menyakat Puan Sri Normah sebegitu.

Namun tubuhnya Mikael menjadi kaku setika apabila melihat ada sosok lain yang turut berada di situ bersama dengan Puan Sri Normah. Empat pasang mata sedang memandang ke arahnya pada ketika itu. Puan Sri Normah melepaskan tawa kecil.

Mikael segera berpaling lalu menutup pintu bilik dengan perlahan sebelum menyapa Dato Zubir serta abangnya, Azrael yang turut berada di situ.


"Uncle pun ada jugak." tegur Mikael yang mukanya telah berubah menjadi sedikit merah dek rasa malu yang mula menyelubungi dirinya. Dia kemudian mula membuka langkah menghampiri mereka bertiga. Naimah pula setia berdiri tidak jauh Puan Sri Normah.


"Morning Mika." sapa Dato Zubir. Azrael sekadar tersenyum memandang adiknya itu.


"Ada apa ni nenek? Tiba-tiba je semua berkumpul pagi ni."

Belum sempat dia mengambil tempat duduknya di kerusi, Mikael telah mengajukan pertanyaan tersebut kepada Puan Sri Normah.


"Ish kamu ni Mika, kot ye pun duduklah dulu." balas Puan Sri Normah selamba.


"Sorry." Mikael menggerakkan bibirnya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Mikael kemudian berjalan mengambil tempat di sebelah Azrael. Dia mula memandang wajah nenek serta bapa saudaranya itu silih berganti. Dia memalingkan pula mukanya memandang ke arah Azrael namun lelaki itu dengan cepat mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Setelah semuanya orang berada di situ Puan Sri Normah mula memberi arahan kepada Dato Zubir untuk memulakan bicaranya tentang tujuan asal kenapa mereka memanggil Mikael dan Azrael.


"Zubir kamu boleh mulakan."

Dato Zubir memandang ke arah Puan Sri Normah lalu menganggukkan kepalanya.


"Kamu berdua tahu kan uncle sekarang ni tengah uruskan resort kita yang dekat Sabah tu." Azrael menganggukkan kepalanya.


"Projek kita dengan Dermaga Holdings tu ke?" tanya Mikael untuk kepastian.


"Ya betul. Kamu berdua pun dah sedia maklum betapa pentingnya resort ni untuk syarikat kita, kan? Dermaga Holdings satu-satunya syarikat yang memberikan kepercayaan yang penuh dengan melabur dalam projek ni selepas pelabur lain tarik diri disebabkan kontroversi yang melanda Khazzan Group sebelum ni." Dato Zubir mula memberi penjelasan yang panjang.


"Dermaga Holdings bukan nama yang kecil dalam dunia perhotelan di Malaysia ni." tambah Azrael. Dato Zubir menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kenyataan dari Azrael itu.


"Sejak beberapa bulan ni uncle asyik ulang-alik pergi ke Sabah untuk meeting dan sebagainya. Dan pada hujung minggu ni juga uncle ada meeting dengan wakil dari Dermaga Holdings sekali lagi di sana." Mikael dan Azrael mendengar dengan penuh khusyuk.


"Tapi pada masa yang sama uncle ada meeting dekat sini dengan pelabur baru yang nak turut melabur dalam projek tersebut. Jadi uncle tak dapat nak pergi ke Sabah pada kali ni." ujar Dato Zubir lagi panjang lebar.


"Jadi lepas nenek berbincang dengan uncle kamu, nenek dah putuskan untuk hantar kamu berdua pergi ke Sabah selama 3 hari." Puan Sri Normah mencelah setelah Dato Zubir menghabiskan kata-katanya.


"Ya, uncle nak kamu berdua wakilkan uncle untuk ke sana." tambah Dato Zubir.


"Kenapa tak suruh Dazrin je? Rasanya dia lebih tahu pasal projek ni berbanding saya." tiba-tiba soalan tersebut keluar dari mulut Mikael.


"Uncle dah tanya dia sebelum datang ke sini. Tapi dia pun tak dapat pergi sebab dia perlu ke Pulau Pinang, ada meeting dengan client. Sebab tu uncle minta tolong dengan kamu berdua." balas Dato Zubir menjawab pertanyaan dari Mikael itu. Mikael kemudian menganggukkan kepalanya.


"Saya okay je tapi Mikael tak berapa tahu pasal projek tu uncle." Azrael mula bersuara.


"Yang tu kamu tak perlu risau, nanti uncle akan briefing dan bagi semua dokumen yang diperlukan pada kamu nanti. Uncle yakin kamu berdua boleh gantikan tempat uncle." balas Dato Zubir lagi l.


"Nanti urusan dekat office ni macam mana pulak?" tanya Azrael kepada Puan Sri Normah pula. Wanita tua itu menguntumkan senyuman apabila mendengar pertanyaan dari cucu sulungnya itu.


"Nenek kan ada, buat apa kamu nak risau." balas Puan Sri Normah bersahaja.

*****

Suri berjalan menuju je pintu kecemasan. Sampai di pintu tersebut dia melihat ke kiri dan ke kanan dengan penuh curiga sebelum melangkah masuk bagi memastikan tiada orang yang mengekorinya.

Setelah itu barulah dia menolak pintu tersebut lalu menutupnya rapat. Suri kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan segera membuat panggilan keluar.

Truttt! Truttt!


"Hello, datin." sapa Suri setelah menunggu untuk beberapa ketika.


"Kau ni pekak ke buat-buat pekak? Dah berapa kali aku cakap jangan call aku. Kau tunggu ajelah aku call kau dulu." balas Datin Noreen kasar di sebalik telefon.

Wajah Suri berkerut. Serentak dengan itu dia menjauhkan sedikit telefonnya itu dari telinga. Naik bingit telinganya mendengar bebelan dari Datin Noreen itu. Setelah wanita itu habis berbicara barulah dia merapatkan kembali telefon ke telinganya.


"Alang-alang datin dah jawab call saya ni, saya nak tanya sikit pada datin. Kenapa semalam datin blah macam tu je lepas jumpa dengan perempuan tu dekat restoran?" soal Suri kepada Datin Noreen. Wanita itu sedikit tersentak.


"Mana kau tahu semua ni hah? Kau stalk aku ke?" tanya Datin Noreen kembali.

"Maaf ye datin. Tak kuasa saya nak stalk datin."

"Dah tu dari mana kau tahu apa yang jadi dekat restoran tu semalam kalau kau tak stalk aku?" tanya Datin Noreen lagi.


"Bukan nak berlagak tapi saya ni boleh dikatakan tahu hampir semua benda. Kalau tak, tak kan la datin nak upah saya pulak, kan? Lagipun buat apa saya nak stalk datin kalau datin sendiri pun dapat maklumat daripada saya." dengan angkuh Suri membidas kata-kata Datin Noreen itu.


"Jadi sekarang ni saya nak tahu kenapa datin lepaskan perempuan tu semalam? Padahal kita dah rancang semuanya sama-sama."

Giliran Suri pula untuk menyoal. Datin Noreen semakin berang dengan sikap angkuh Suri itu.


"Kau bos ke aku bos? Kau tak payah nak ajar akulah. Ada sebab kenapa aku tak teruskan rancangan kita tu." balas Datin Noreen kasar.


"Sebab apa?" tanya Suri lagi.

Dia ingin tahu punca yang membuatkan wanita itu tidak meneruskan rancangannya. Dia turut merasakan ada sesuatu yang Datin Noreen sorok dari pengetahuannya.


"Perlu ke aku bagitahu kau? Dah la aku sibuk ni. Lepas ni jangan call aku selagi aku tak suruh kau berbuat demikian."

Datin Noreen mematikan panggilan telefon tersebut. Suri berasa sungguh marah.

"Macam sampah kau layan aku ye."

*****

Pen yang dipegang Haura diletakkan di atas buku. Haura menongkat dagunya sambil merenung jauh ke pintu bilik Mikael. Dia asyik memikirkan tentang perubahan mood Mikael yang serba sedikit membuatkan dia menjadi hilang tumpuan.


"Kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba je dia......" bisik Haura perlahan.

Haura mengimbas kembali perbualannya dengan Mikael sebelum lelaki itu keluar meeting dengan client.


"Ni semua dokumen yang awak minta tu." ujar Haura sambil menghulurkan beberapa keping fail kepada Mikael.

Tanpa bersuara lelaki itu mengambil fail tersebut lalu dimasukkan ke dalam begnya. Haura sedikit pelik dengan kelakuan Mikael itu.


"Awak ada masa......" belum sempat Haura menghabiskan pertanyaannya Mikael segera memintas.


"Lepas ni aku dah tak masuk office. Kalau ada sesiapa yang nak jumpa dengan aku terus masukkan dalam appointment untuk esok." ujar Mikael tanpa memandang ke wajah Haura.

Kata-kata yang dilontarkan Mikael itu kedengaran sedikit tajam di telinga Haura.


"Oh.... Tapi say....." sekali lagi Mikael memotong.


"Lagi satu, jangan call aku. Aku tak nak diganggu." ujar Mikael sebelum berlalu meninggalkan Haura sendirian.

Haura terkedu buat seketika. Setelah itu dia cuba keluar untuk mengejar Mikael namun lelaki itu telah hilang dari pandangannya.


"Apahal dengan mamat ni? Datang bulan ke? Tiba-tiba je mood swing? Padahal pagi tadi elok je." bebel Haura perlahan. Dia berasa sedikit geram dengan perangai Mikael itu.


"Aku baru je plan nak bagitahu dia pasal semalam tapi rasanya tak perlu kot. Tak pasal-pasal aku kena maki nanti. Minta dijauhkanlah." bisik Haura lagi sambil kakinya melangkah menuju ke mejanya. Namun terbit sedikit rasa kecewa dihatinya.

Tiba sahaja di meja Haura terus menarik kerusinya dengan kasar lalu duduk. Dia kemudian mengambil beberapa buah fail yang berada di atas meja tersebut lalu dibukanya kasar.

Kalau boleh ingin saya dia menghempaskan segala benda yang ada di hadapannya pada ketika itu.


"Jangan call? Tak nak di ganggu? Hah, dia ingat aku nak sangat call dia. Please lah, ada banyak lagi benda yang lebih berfaedah aku boleh buat." Haura mengomel sendirian. Makin di fikir makin sakit pula hatinya itu.


"Tapi........ Arghhhhhhh, tolonglah fokus Haura. Tak payah nak serabutkan kepala otak kau fikir benda yang tak berfaedah ni. Kau fokus dengan kerja kau dah lah."

Haura menekup muka dengan kedua belah tangannya. Kakinya juga dihentakkan pada lantai berkali-kali. Kemudian dia menepuk pipinya sebelum meletakkan kepalanya di atas meja.


"Eh, Haura. Kamu ni dah kenapa? Dah macam orang kesurupan dah akak tengok." tegur Laila secara tiba-tiba. Sepantas kilat Haura terus berdiri apabila mendengar ada suara yang menyapanya.

"K-kak Laila! Akak buat apa dekat sini?" ujar Haura dengan nada yang terperanjat. Dia membetulkan rambut serta pakaiannya supaya kelihatan lebih rapi.


"Kenapa? Akak dah tak boleh datang sini ke sekarang?"


"Tak, bukan tu maksud saya......"


"Kamu ni kenapa Haura? Sekejap termenung sekejap meracau. Apa masalah kamu sebenarnya?" tanya Laila setelah memerhatikan kelakuan Haura itu sedari tadi.


"M-mana ada saya termenung? Saya tengah berfikir la." balas Haura tergagap-gagap.


"Banyak la kamu punya berfikir. Akak ni sampai naik kebas kaki ni berdiri dekat sini tapi kamu langsung tak dihiraukan akak."


"Yeke? Dah lama ke akak berdiri dekat situ?" tanya Haura ingin tahu.

Belum sempat Laila menjawab tiba-tiba datang seorang wanita menghampiri mereka berdua.


"Sorry, ni office Mikael ke?" tanya wanita tersebut.

Haura dah Laila segera berpaling memandang ke arah suara tersebut. Namun lidah Haura menjadi kelu apabila melihat gerangan wanita di hadapannya itu.


"Ya, ni office Encik Mikael. Cik ni siapa ye?" Laila menjawab bagi pihak Haura.


"Oh sorry, I Soraya Edina." balas wanita itu sambil tersenyum. Kemudian matanya beralih memandang Haura yang berdiri di sebalik meja.

"Eh, you Haura kan? Oh my god, I hampir-hampir tak kenal you tadi. You nampak makin cantik dan berseri." puji Soraya. Cara dia berdepan dengan Haura seolah-olah tiada apa yang pernah terjadi di antara mereka.

"Eh mana ada, saya masih sama je macam dulu." balas Haura sambil tersenyum hambar. Laila perasan yang Haura memaksa dirinya untuk terus tersenyum.


"By the way, ada apa cik datang ke sini ye?" tanya Haura


"I nak jumpa dengan Mikael. Dia ada dekat office dia tak?" balas Soraya bersahaja.


"Maaf, Encik Mikael ada meeting dengan client dekat luar. Mungkin dia dah tak masuk office hari ni." balas Haura


"Oh yeke? Actually I ada dokumen penting nak bagi pada dia tapi tak apalah, I datang semula esok. Thanks Haura." ujar Soraya sambil melemparkan senyuman.


"One more thing Haura, kalau boleh you tak perlu nak formal sangat dengan I sebab I rasa macam janggal pula. Just call me Soraya or Dina okay." tambah Soraya lagi sebelum dia berlalu pergi.

Haura memandang wanita itu tanpa berkedip. Laila yang melihat perkara itu berasa sedikit pelik. Dia memandang Haura dan Soraya silih berganti sehingga bayangan wanita itu hilang dari pandangan matanya.


"Kawan kamu ke tu?" Laila yang diselubungi dengan seribu persoalan mula bertanya kepada Haura.


"Eh, mana ada. Saya kenal dia gitu-gitu je." balas Haura ringkas.

Kalau boleh dia tidak mahu langsung berbicara mengenai wanita itu. Namun apabila disoal sebegitu oleh Laila membuatkan Haura sedikit tertanya-tanya.


"Akak tak kenal dia ke?" Laila menggelengkan kepalanya.


"Akak dia tu satu-satunya cucu perempuan Puan Sri Normah tau. Adik kepada Encik Dazrin." balas Haura laju. Dia sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Laila itu.


"Dia ke anak Datin Noreen yang kahwin senyap-senyap lepas tu kena halau keluar dari rumah tu?"


"Kena halau?" soal Haura dengan nada yang sangat terkejut.


"Ya, lepas dia kahwin Datin Noreen halau dia dan siap tak mengaku lagi dia tu sebagai anak. Sebab tu la dia dengan suami pergi ke luar negara." ujar Laila panjang.


"Saya tak tahu pulak pasal tu." ujar Haura perlahan. Dia sungguh terkejut dengan berita tersebut.


"Ya Allah! Macam mana akak boleh lupa yang dia tu cucu puan sri. Masa akak mula-mula masuk kerja dulu pernah juga nampak dia dekat event under Khazzan Group. Mungkin sebab jarang jumpa dia kot akak jadi tak ingat."


"Yeke? Bukan akak ni memang pelupa ke?" sakat Haura sebelum mereka berdua ketawa bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience