BAB 79

Drama Completed 919566

Rissa Arianna dilihat sedang menunggu seseorang di sebuah cafe. Dia duduk di meja dengan kaki kirinya disilangkan di atas kaki kanan. Sebelah tangan memegang straw. Sambil-sambil itu dikacau perlahan iced americano miliknya. Manakala sebelah lagi memegang telefon bimbit.

Sesekali dia mengangkat mukanya melihat jika orang yang dinantikan telah tiba. Lebih kurang 10 minit kemudian seorang wanita tinggi lampai persis model datang menghampiri Rissa yang sedang ralit bermain telefon.


"Hello." sapa wanita itu pendek. Rissa Arianna mengangkat wajahnya. Dia kemudian mempelawa wanita itu untuk duduk bersamanya.


"Excuse me. Order please." Rissa bersuara sedikit lantang memanggil pekerja cafe tersebut untuk mengambil pesanan. Salah seorang pekerja segera berlari ke arahnya.


"You nak minum apa? I belanja."


"Iced americano please."


"By the way, nama you Lynda kan?" tanya Rissa setelah pekerja tersebut berlalu pergi. Wanita itu menganggukkan kepalanya.


"I'm Rissa. You salah seorang model yang terlibat dalam show GINA G di Khazzan Hotel nanti kan?" tanya Rissa.


"Stella call I dan bagitahu yang you ada benda nak bincang dengan I. Pasal apa ya?" balas Lynda tanpa menjawab pertanyaan tersebut.


"Nothing serious lah." balas Rissa pendek apabila pekerja cafe tersebut tiba dengan membawa segelas iced americano yang baru dipesan sebentar tadi.


"Thank you." ucap Lynda sambil tersenyum.

Setelah pekerja tersebut pergi barulah mereka menyambung kembali topik perbualan yang telah terputus sekerat jalan. Sebelum memulakan bicara Rissa menyedut air di hadapannya bagi membasahkan tekak yang terasa kering.


"Actually I nak minta tolong sikit dengan you. Itupun kalau you tak keberatan."


"Tolong apa? Kalau benda tu tak salah di sisi undang-undang I okay je." balas Lynda. Rissa tersenyum namun sedikit kelat.


"Eh bukan main kekwat lagi minah ni. Dia lupa ke dengan siapa dia tengah bercakap sekarang ni." desis hati Rissa.


"I nak you jangan datang masa event tu nanti. Tapi you jangan risau, I akan bayar pada you double dari payment yang you dapat dari show tu nanti." tutur Rissa memberitahu tujuan sebenar dia bertemu dengan wanita itu.

Mata Lynda terbuntang luas. Dia sangat terkejut dengan permintaan yang diajukan oleh wanita di hadapannya itu. Kredibilitinya sebagai seorang model antarabangsa sangat gah tapi adakah ini sikap sebenarnya?


"You nak I sabotaj show tu nanti? You dah gila ke?" balas Lynda berbaur marah.


"Yang tu you tak perlu risau sebab I akan handle semuanya. You just tak perlu datang pada hari tersebut."


"You sedar tak apa yang you cakap ni? Kalau I setuju dengan cadangan you ibaratnya I tutup periuk nasi I sendiri tau. For your information modelling ni lah satu-satunya punca rezeki I tau. Kalau I buat taik dekat sini sah-sah la reputasi I akan tercalar." Lynda dengan tegas membantah cadangan tersebut.

Rissa mula panas hati apabila wanita itu dengan keras menolak untuk melakukan apa yang telah dirancang olehnya. Nafas yang dalam ditarik lalu dihembuskan dengan perlahan-lahan bagi menurunkan suhu darahnya yang kian menggelegak.


"I minta you buat benda simple je tapi you bagi alasan macam benda tu rumit tau. Susah sangat ke you nak ikut arahan I tu? I dah cakap yang I akan bayar bukannya free." ujar Rissa. Suaranya sedikit bergetar menahan amarah. Riak wajahnya yang ceria juga telah berubah menjadi suram.


"Tapi rancangan you tu melibatkan reputasi kerjaya I. Secara tak langsung nama baik family I akan turut tercalar." balas Lynda lantang. Tangan disilangkan didada. Rissa tertawa sinis.


"Reputasi. Nama baik. Kalau betul you nak jaga nama baik family, you takkan keluar masuk bilik hotel dengan jantan yang berlainan setiap hari."

Riak wajah yang angkuh sebentar tadi terus berubah serta-merta. Mata Lynda terbeliak memandang Rissa Arianna yang tersenyum ke arahnya. Terasa dirinya sedang dipersendakan oleh wanita itu Waktu itu juga lidahnya tiba-tiba sahaja menjadi kelu. Tidak tahu bagaimana untuk membidas kata-kata Rissa itu.
1a

"S-siapa you sebenarnya? Macam mana you tahu semua ni?" tanya Lynda gagap.


"Fyi, segala info tentang you ada dalam tangan I. Kalau you membantah, I tak jamin yang semua rahsia you ni akan selamat. Bila semua rahsia you ni terbongkar you rasa apa akan jadi pada diri you? Macam mana pula dengan nama baik family you tu?" ujar Rissa panjang lebar. Namun kata-kata yang diungkapnya itu ada berbaur ugutan.


"You ugut I ke ni?" balas Lynda menahan marah.


"Of course not. I tak ugut you pun. I cuma bagi tawaran pada you je. So sekarang ni I nak tahu sama ada you setuju ataupun tidak dengan tawaran yang I dah bagitahu pada you tadi."

Lynda menghela keluh yang berat. Namun setelah memikirkan secara lebih jauh, perlahan-lahan dia mengangguk. Demi menutup segala rahsia dari diketahui oleh khalayak, akhirnya Lynda bersetuju dengan rancangan Rissa itu.

Wanita itu tersenyum puas. Dia kemudian mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Sampul surat berwarna putih diserahkan kepada Lynda.


"Apa benda ni?" tanya Lynda sambil mengerutkan dahinya.


"For you. Ambillah." balas Rissa ringkas. Sampul tersebut kini telah bertukar tangan.

Lynda kemudian membuka sampul itu lalu mengeluarkan sekeping cek yang agak tinggi nilainya. Sekali lagi matanya terbuntang luas. Menggigil tangannya memegang cek yang berjumlah RM10,000 itu.


"Once semua dah settle I akan bagi balance pada you." ujar Rissa sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Lynda sendirian di cafe tersebut.

*****

Dress putih berpotongan midi serta berlengan tiga suku menjadi pilihan Haura untuk digayakan pada majlis tersebut. Rambut dilepaskan ke belakang. Wajahnya pula dirias dengan solekan yang ringkas dan nipis sahaja. Dia memang tidak gemarkan solekan yang tebal. Meskipun begitu aura kecantikkannya tetap menyerlah hingga membuatkan Mikael tersenyum apabila melihatnya. Maklumlah orang jarang berhias.


"Kenapa awak tengok saya macam tu?" soal Haura malu-malu apabila melihat Mikael asyik merenungnya tanpa berkedip.


"Kau nampak lain sangat hari ni." balas lelaki itu. Haura berkerut.


”Kau nampak cantik. Aku suka." ujar Mikael lagi sambil melemparkan senyuman. Mendengar pujian yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan Haura tersipu-sipu malu.


"Saya memang dari azali lagi cantik, awak je yang tak nampak." balas Haura berseloroh. Mikael tertawa kecil.

Dia kemudian membuka pintu kereta di sebelah penumpang untuk Haura. Setelah wanita itu masuk ke dalam perut kereta barulah dia menyusul masuk.

Setibanya mereka di hotel Haura segera menuju ke bilik persalinan di mana semua model bersiap. Ingin melihat progress kerana majlis akan dimulakan dalam 40 minit sahaja lagi. Manakala Mikael pula menyertai Dato' Zubir yang sedang berbual dengan beberapa tetamu kenamaan.


"Macam mana? Semua dah ready ke?" Haura bertanya kepada petugas di bahagian teknikal.

Mereka adalah orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua perihal di atas pentas 'catwalk' nanti. Dari segi pencahayaan sehinggalah perihal muzik yang akan dimainkan ketika pertunjukkan itu nanti.


"Semua sudah dalam keadaan standby cik." balas salah seorang petugas tersebut. Haura menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba dia melihat beberapa staff dari pihak GINA G sedang bergegas ke ruang pertunjukkan dengan membawa beg kertas kecil di tangan. Haura segera menahan salah seorang dari mereka.


"Kenapa ni? Ada yang tak kena ke?"


"Goodies bag ni, dia orang lupa nak letak." balas wanita tersebut sambil menunjukkan beg kertas berwana hitam kepada Haura. Jam ditangan ditilik. Haura berkerut.


"Banyak lagi ke?" tanya Haura lagi. Wanita itu menganggukkan kepalanya.

Tanpa membuang masa Haura segera berlari anak untuk membantu mereka menyusun beg tersebut di kerusi untuk para tetamu yang hadir nanti.

Di dalam bilik persalinan pula ada masalah lain yang mereka hadapi di mana salah seorang dari model yang akan menggayakan koleksi terbaru GINA G tidak dapat dikesan. Soraya benar-benar tidak duduk diam memikirkan hal tersebut.


"Apa maksud you model hilang?" ujar Soraya hampir berteriak kepada salah seorang pekerja bawahannya. Dia terpaksa mengawal suaranya itu supaya tidak didengari oleh orang lain bagi mengelakkan tercetusnya keriuhan.


"Maaf puan. Kami sendiri tak tahu mana dia pergi. Kami dah cuba call dia banyak kali tapi tak dapat." ujar pekerjanya. Kepala sedikit tertunduk. Soraya mengeluh panjang.


"So what's now?"


"Kami akan usaha cari dia sampai dapat."

Find me a backup for the show. Now!"

Perkara tersebut sangat tidak terjangkakan kerana pagi tadi ketika sesi final fitting Lynda ada bersama mereka. Namun sekarang dia terus hilang dari radar. Berpuluh-puluh kali Soraya cuba menghubungi wanita itu namun tidak berhasil.

Melihat kekalutan yang sedang berlaku Rissa yang sedang didandan tersenyum nipis. Telefon bimbit dikeluarkan.


"Thank you Lynda."

Pesanan ringkas dihantar kepada Lynda namun tidak dibalas. Stella yang duduk tidak jauh dari Rissa mencuri pandang wanita itu yang dilihat sedang tersenyum sendirian. Riak bimbang serta rasa bersalah jelas terpancar diwajahnya.


"Dia ke puncanya? Atau semua ni hanya kebetulan?" bisik Stella di dalam hati.

Majlis telah pun dimulakan. Sebanyak 21 koleksi terbaru rekaan GINA G bakal diperagakan pada malam tersebut. Pertunjukkan pada malam itu dibahagikan kepada dua bahagian. Di mana pada bahagian pertama sebanyak 10 koleksi yang akan diperagakan. Kemudian persembahan artis jemputan akan mengambil alih majlis sebelum meneruskan dengan peragaan koleksi yang seterusnya.

Haura yang duduk disamping Mikael melihat kelibat Syahmi dah Soraya yang ke hulu ke hilir tidak duduk diam. Riak risau terbit di wajah mereka. Haura merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu memberitahu Mikael untuk ke belakang buat seketika. Lelaki itu sekadar mengangguk.


"Kenapa ni Soraya? Syahmi?" tanya Haura sebaik dia menghampiri pasangan tersebut yang kelihatan agak resah. Soraya tidak menjawab. Wajah Syahmi pula ditatap Haura menantikan jawapan.


"Salah seorang model kita hilang dari radar." ujar Syahmi berterus terang. Haura terkejut. Pandangannya dialihkan pula pada Soraya. Wanita itu sekadar menganggukkan kepalanya. Jelas terpancar riak kusut diwajah ayu wanita itu.


"So apa kita nak kena buat sekarang?"


"Kita perlukan seseorang untuk backup."


"I tahu siapa yang boleh tolong. Sekejap I cuba call dia." balas Haura sebelum pamit meninggalkan pasangan tersebut.

Tepukan yang gemuruh diberikan setelah usai artis jemputan membuat persembahan. Majlis kini diteruskan lagi dengan peragaan koleksi dari GINA G.

Mikael yang berada di kerusi penonton mula tidak dapat fokus apabila Haura masih lagi tidak kembali. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu mendail nombor tunang itu.

Panggilan yang pertama tidak dijawab. Mikael berkerut. Dia mula berasa tidak sedap hati. Sekali lagi dia cuba menghubungi wanita itu.

Trut! Trut!


"Hello, kau dekat mana? Kenapa susah sangat nak angkat call?" tanya Mikael risau apabila panggilan tersebut mula diangkat.


"Hello, Mika. Ni aku Syahmi." Mikael terkesiap apabila suara lelaki yang menyahut. Kenapa telefon Haura boleh ada di tangan Syahmi.

"Syahmi? Macam mana kau......"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia melihat kelibat lelaki itu yang melambai ke arahnya. Tanpa berfikir panjang Mikael terus bangkit lalu menuju ke arah lelaki tersebut.


"Haura mana? Macam mana telefon dia boleh ada dengan kau?" Suara Mikael mula bergetar menahan rasa.


"Relaks bro. Bagi aku explain semuanya pada kau. By the way, nah, ni telefon dia." ujar Syahmi sambil menghulurkan telefon milik Haura kepada Mikael.


"Mana Haura?" tanya Mikael sekali lagi.


"Kau ingat aku culik dia ke bro?" balas Syahmi. Mikael berkerut.


"Kot ye pun sayang, relaks la sikit. Dina tahulah Haura tu tunang abang. Takkan kita orang nak apa-apakan dia pula." sampuk Soraya yang datang menghampiri mereka. Senyuman nakal terukir di wajah wanita itu. Mikael terdiam. Syahmi tersenyum melihat isterinya yang selamba menyakat lelaki itu.


"H-Haura mana?" tanya Mikael untuk kesekian kalinya. Kali ini nadanya sedikit berbeza. Lebih lembut dan tenang.

Tanpa bersuara Soraya berjalan menuju ke ruang pertunjukkan. Mikael memandang Syahmi dengan riak yang pelik. Lelaki itu sekadar tersenyum. Dia turut memberi isyarat supaya mengekori jejak isterinya itu.

Mata Soraya tertumpu pada pentas peragaan. Mikael turut melihat ke arah tersebut. Giliran Rissa Arianna memperagakan salah satu rekaan utama dari kolekti tersebut. Tidak dinafikan aura supermodel wanita itu sangat mempersonakan. Namun bukan itu yang dia cari.


"Itupun Haura."

Belum sempat Mikael mengajukan soalan yang sama kepadanya, Soraya segera memberi isyarat kepada Mikael tentang keberadaan Haura. Mikael menoleh mengikut anak mata Soraya.

Mikael terkesima. Mulutnya melopong. Hampir dia tidak mengenali wanita yang gah melangkah di pentas peragaan tersebut. Haura kelihatan begitu anggun menggayakan rekaan GINA G. Tidak berkedip mata Mikael yang terpesona melihat kejelitaan tunangnya itu. Meskipun tidak pernah ada pengalaman dalam bidang tersebut namun pergerakkannya itu nampak sangat professional.

Rissa Arianna yang sedang berdiri di atas pentas sangat terkejut dengan kemunculan Haura yang menggantikan tempat Lynda. Rasa marah di dalam dadanya mula membuak-buak.


"Bukan ini yang sepatutnya berlaku." desis hati Rissa marah. Mukanya mula merah dek rasa marah. Namun dia terpaksa kekal tersenyum demi menjaga air mukanya.

Setelah itu Gina Gupta, pemilik jenama GINA G muncul di atas pentas menandakan pertunjukkan tersebut sudah berakhir. Rissa berada di samping kanan manakala Haura pula berada di samping kiri. Mereka berjalan mengiringi Gina Gupta ke hadapan pentas. Sempat Rissa melemparkan jelingan maut kepada Haura namun tidak dihiraukan oleh wanita itu.

Di belakang pentas, Soraya, Syahmi dan juga Mikael sedang menantikan kehadirannya. Soraya segera berlari mendapatkan Haura apabila kelibat wanita itu muncul.


"Thanks tau Haura sebab dah tolong I hari ni. Seriously kalau you tak tolong show malam ni gerenti porak peranda." ucap Soraya sambil menggenggam tangan Haura. Kemudian dipeluk erat tubuh wanita itu.


"Huh? Tak ada apalah. Show pun dah tamat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar." bakas Haura. Pandangannya beralih kepada Mikael yang sedari tadi merenung tanpa bersuara.

Syahmi yang sedar akan perkara itu terlepas tawa kecil. Seperti ada sesuatu yang lucu bermain dikepalanya. Tiga pasang mata memandang ke arahnya.


"Tadi saya hampir kena serang gara-gara jawab call." ujar Syahmi bersahaja. Mikael membuntangkan matanya.


"Kena serang? Dengan siapa?" tanya Haura prihatin. Soraya mula mengekek. Haura melihat wanita itu dengan riak pelik.

Syahmi dan Soraya serentak memandang Mikael. Haura turut berpaling. Lelaki itu sudah tidak senang duduk. Seolah-olah kantoi melakukan sesuatu. Haura masih lagi tidak jelas.


"Dia ingat saya apa-apakan awak kot. Yelah sebab saya yang jawab call dia masa awak tengah bersiap tadi. Nasib baik Soraya datang cepat. Kalau tak dah lunyai agaknya." Syahmi berseloroh. Muka Mikael merah padam dek diselubungi rasa malu. Haura kerling ke arah Mikael.


"Sorry bro, aku bergurau je. Kalau jadi pada aku pun, aku akan buat benda yang sama juga." tambah Syahmi lagi. Mikael tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya kepada lelaki itu. Setelah itu Soraya dan Syahmi berlalu pergi meninggalkan Haura dan Mikael berdua-duaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience