BAB 6

Drama Completed 919171

“Tolong!!!!! Tolong!!!!” Haura bergegas berlari sambil mencari punca suara tersebut. Dia melihat seorang wanita yang sedang sarat mengandung berada di pinggir jalan dalam keadaan cemas. Lalu dia mendekati wanita tersebut.


“Kenapa ni kak?” Tanya Haura prihatin.


“Dik.. tolong akak dik. Beg akak kena ragut.” Balas wanita yang bernama Rosie sambil menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang berlari seperti lipas kudung.

Tanpa berfikir panjang caramel macchiato yang berada ditangannya disedut bebberapa kali sebelum dicampak ke dalam tong sampah berhampiran. Beg tangan miliknya pula diselimpangkan pada badan sebelum memecut laju mengejar lelaki tersebut.

Sambil berlari bebola matanya ligat mencari kelibat lelaki memakai t-shirt berkolar berwarna navy blue setelah lelaki itu hilang dari pandangan matanya. Tiba di sebuah lorong kecil kelihatan sosok seorang lelaki yang sedang tertunduk mengah dengan nafasnya tercungap-cungap. Haura perlahankan langkahnya untuk kepastian. Kelihatan lelaki itu sedang memegang seutas beg tangan wanita berwarna hitam ditangannya. Dia kemudian membelek-belek beg tangan tersebut.


“Dekat sini pun kau peragut! Tak sia-sia aku menang pingat dekat sekolah dulu dapat jugak aku kejar mamat ni.” Bisik Haura perlahan.


“Hoi mana kau nak lari hah?” jerit Haura sambil berjalan laju menuju ke arah peragut tersebut. Lelaki itu kemudian mengangkat mukanya. Haura memintal tali beg tangannya dan terus dihayunkan ke arah lelaki itu.

PUKKK... satu pukulan hinggap di belakang Mikael tanpa sempat dia mengelak.


“Aduh! Apa...?” Belum sempat Mikael membuka mulut Haura terus menerus memukul Mikael.


“Berani kau nak ragut beg orang. Dah tak ada kerja lain ke? Siang hari macam ni pun aktif kau ye. Nah rasakan! Aku paling pantang kalau orang lelaki yang cukup sifat macam kau ni menindas kaum wanita.”


“Hey apa ni. Aduh! Woi sakitlah.” Mikael mengaduh kesakitan.


“Oh tahu sakit? Ragut beg orang tak fikir pulak. Kau Nampak tak yang akak tu tengah pregnant? Kalau dia jatuh tergolek kat tengah jalan pastu kena langgar ke cedera ke ada kau fikir?” Marah Haura lagi.


“Kau ni dah kenapa. Bukan akulah. Kau jangan memandai-mandai tuduh orang kalau tak tahu cerita.” Mikael mula meninggikan suaranya.


“Bukan kau? Hey aku nampak dengan mata kepala aku sendiri tau yang kau godek-godek handbag tu. Memang sah la kau ni yang ragut beg akak tu. Takkan lah handbag tu kau yang punya kot.” Sindir Haura pedas.

“Eiiii perempuan ni! Kau jangan sampai aku berkasar dengan kau.”

“Ingat aku takut? Cakap ajelah kau nak larikan diri. Orang macam kau ni tak bol….”

Belum sempat Haura menghabiskan berkata-kata, tiba-tiba tangannya digenggam dan direntap kasar oleh Mikael lalu dipusing dan diletakkan di belakang. Haura meronta untuk lepaskan diri tetapi Mikael memegangnya terlalu kuat.

“Aku dah warning kau awal-awal lagi kan. Jangan sampai aku berkasar dengan kau. Tapi kau degil tak nak dengar langsung cakap orang. Sekarang terimalah padahnya.” Bisik Mikael puas.


“By the way aku bukan peragut yang kau maksudkan tu.”

Haura bertambah geram. Dia yang terasa tercabar dengan kata-kata Mikael terus bertindak agresif dengan menarik telinga dan rambut Mikael. Dipukulnya bertubi-tubi. Mikael yang tidak menyangka Haura akan bertindak sedemikian sekali lagi mengaduh kesakitan. Dia sedaya-upaya cuba mengelak dari pukulan tersebut.

Beberapa ketika kemudian Rosie sampai di lokasi tersebut. Alangkah terkejutnya dia melihat Haura dan Mikael yang sedang “berperang” dihadapannya.


“Ya Allah! Apa yang dah jadi ni?”


“Kak jangan datang dekat! Call polis sekarang, saya dah dapat lelaki gila yang ragut beg akak tadi.” jerit Haura yang kemudiannya terus melompat ke atas belakang Mikael sambil tangannya ligat menarik rambut lelaki tersebut.


“Eh jangan macam ni. Bawa-bawa bersabar. Kamu lepaskan dia dulu.” Dengan kalut Rosie meminta Haura melepaskan Mikael.


“Lepaskan dia? Akak ni biar betul.”


“Akak rasa awak dah salah faham ni. Encik ni bukan peragut tapi dia orang yang tolong akak kejar peragut tu. Sama macam awak.” Rosie menjelaskan perkara sebenar.

Tubuh Haura serta merta kaku. Hampir terkeluar biji matanya kerana terkejut dengan apa yang baru didengarnya itu.


“Alamak! Matilanak aku dah salah bedal orang.” bisik Haura dalam hati sambil perlahan-lahan tangannya mula melepaskan Mikael. Dengan segera Haura berlari-lari anak lalu berdiri di sebelah Rosie.


“See?” Mikael mula bersuara sambil tangannya membetulkan baju dan rambut yang sudah kusut masai.


“Apa see-see? Siapa suruh tak bagitahu dari awal. Kalau tak, takde lah jadi sampai macam ni.” Balas Haura tak nak kalah.


“Hello cik. Kau tu yang datang entah dari mana lepas itu pukul orang tak ingat dunia. Macam mana nak jelaskan kalau mulut tu tak berhenti membebel. Dah macam machine gun. Tak bagi ruang langsung untuk orang explain.”


“Eleh baru kena macam tu sikit dah banyak bunyi. Lainlah kalau..”


“Haa tengok lah tu kak. Macam mana saya nak explain elok-elok pada dia kalau mulut tu tak reti nak diam. Ada je yang nak disangkalnya.” Mikael mengadu geram.

Rosie tertawa kecil melihat kerenah sepasang manusia dihadapannya itu. Haura dan Mikael yang sedang bertikam lidah terus terdiam dan serentak menoleh ke arah Rosie.


“Risau betul Kak Rosie tadi kalau terjadi apa-apa pada kamu berdua.”


“Alhamdulillah, kita orang okay je kak.” Balas Huara selamba. Mikael membuntangkan matanya lalu memandang tepat ke wajah Haura.


“Apa?” Balas Haura tanpa suara. Renungan Mikael yang persis laser membunuh dalam drama Squid Game itu tidak memberi kesan langsung kekepadanya. Malah dibalas Haura kembali tanpa rasa bersalah. Dia kemudian mengambil beg di tangan Mikael lalu berikan kepada Rosie.


“Ini beg akak. Cuba check kot-kot ada barang yang hilang ke?” Kata Haura sambil menjeling tajam ke arah Mikael.”


“Alhamdulillah semuanya ada, tak ada apa yang hilang. Terima kasih banyak-banyak sebab kamu berdua dah tolong akak dapatkan beg akak ni semula. Kalau tak ada korang tadi akak tak tahu lah apa nasib akak.”


“Akak ada cedera kat mana-mana ke? Nak pergi klinik? Kita pergi check dengan doktor.” Soal Haura prihatin sambal membelek-belek lengan Rosie.


“Eh takpe, akak okay je. Akak rasa korang berdua kot yang perlu ke klinik.” Balas Rosie sambil bebola matanya memandang ke arah Mikael.

Haura menoleh ke belakang dan memandang wajah Mikael. Kelihatan beberapa kesan lebam dan luka akibat bergelut dengan peragut tadi.


“Kamu okey ke? Teruk jugak muka kamu tu?” Tanya Rosie sedikit cemas.


“Saya okay kak. Sikit je ni akak tak payah risaulah.” Balas Mikael sambil tangan mengusap pipinya yang kian membengkak.

Haura mencebikkan mulutnya sambil memberikan jelingan yang tajam pada Mikael.


“Nah ambil duit ni buat bayar kos rawatan kamu tu.” Rosie menghulurkan wang kertas bernilai RM100 sebanyak dua keping kepada Mikael. Haura sekadar memandang.


“Eh tak apa kak. Saya okay.” Tolak Mikael sopan.


“Ambillah sebagai tanda terima kasih akak pada kamu berdua.” Sambil dihulurnya pula kepada Haura.


“It's okay kak, kami ikhlas tolong akak. Akak simpan duit tu ye.” Dengan lembut Haura menolak wang pemberian tersebut sambil menggenggam tangan Rosie.


“Terima kasih banyak-banyak. Kalau kamu tak ada tadi akak tak tahulah apa yang akan jadi.” Balas Rosie serba salah serta bersyukur Allah hadirkan mereka berdua untuk membantunya.

Haura kemudian menghantar Rosie ke keretanya. Sebelum berangkat Rosie menghulurkan sekeping kad kepada Haura. Sempat mereka berdua berkenalan meskipun dalam waktu yang singkat. Setelah kereta Rosie berlalu pergi, Haura kembalikan pandanganmya kepada Mikael.


“Uishh teruk jugak aku baham mamat ni tadi. Habis luka tangan dan pipi dia.” Terbit rasa kesal dihatinya.


“Dah jom gerak.” Ajak Haura ringkas sambal berjalan menuju ke keretanya.


“Nak pergi mana?” Tanya Mikael sambil mengerutkan dahinya.


“Pergi hospital lah takkan nak pergi funfair pulak dengan muka yang macam tu. Eh! Tapi kalau pergi pun best jugak ni. Mesti terus dapat job dekat sana. Dengan cahaya lampu yang samar-samar pastu sound system pulak padu memenang gempak beb. Jadi hantu! Confirm sold out tiket.” Gurau Haura kasar sambil ekspesi wajah yang penuh penghayatan. Panas telinga Mikael mendengar gurauan yang berbaur sindiran tersebut.

***

Tiba di kawasan parkir kereta, Haura menyuruh Mikael untuk duduk di bonet hadapan keretanya.


“Duduk situ diam-diam jangan bergerak.” Arahnya lagi.

Dek kerana malas bertekak dengan Haura, Mikael hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan walaupun dia sedikit rimas diperlakukan sedemikian. Haura kemudian mengeluarkan kotak kecemasan dari bonet belakang keretanya dan meletakkannya di sebelah Mikael.


“Kau nak buat apa pulak ni?” soal Mikael.


“Nak cungkil biji mata kau kot. Lepas tu aku nak jual. Boleh dapat duit.” Balas Haura kasar.


“Aku tanya elok-elok kan? Yang kau balas macam minah psiko dah kenapa? Entah-entah kau ni memang ada masalah mental.”


“Ishhh.. bisinglah kau ni. Duduk ajelah diam-diam.” Jawab Haura sambil tangannya mula menyapu ubat pada luka tangan Mikael.


“Aduh! Buat slow-slow sikit boleh tak. Tak ikhlas langsung.”


“Dah tu orang suruh duduk diam tak nak dengar. Bila sapu kuat sikit tahu sakit. Ingatkan ada ilmu kebal tadi.” Bebel Haura.

Haura kemudian beralih untuk menyapu ubat pada luka yang ada di sekitar wajah Mikael pula. Entah apa yang sudah merasuk dirinya, tidak berkedip mata Mikael memandang wajah Haura yang sedang ralit menyapu ubat luka di dahinya. Senyuman terbit dibibirnya seolah terkesima. Haura yang terasa seperti diperhatikan tiba-tiba mengalihkan pandangannya dan memandang tepat ke mata Mikael. Pandangan mereka terkunci antara satu sama lain.

Waktu seakan terhenti berdetik. Lidah Mikael menjadi kelu untuk berkata-kata seolah-olah telah dipukau begitu juga dengan Haura. Agak lama mereka saling membalas pandangan sebelum masing-masing tersedar selepas terdengar bunyi horn kereta. Haura segera menarik tangannya jauh dari Mikael kemudian cepat-cepat mengemas kotak kecemasannya. Mikael dengan sepantas kilat terus berdiri lalu membetulkan baju. Tangannya pula berkali-kali membetulkan rambut serta mengosok di belakang tengkok.

***

Setibanya di klinik Haura segera mendaftarkan Mikael di kaunter pendaftaran. Selesai terima rawatan mereka berdua duduk di ruangan menunggu di farmasi. Sementara menunggu giliran dipanggil Haura sempat membuka aplikasi tiktok untuk menghilangkan rasa bosan.


“Luth Mikael bin Rizal. Luth Mikael bin Rizal.” Kedengaran misi yang berada di kaunter ubat memanggil nama Mikael.


“Orang kat kaunter tu dah panggil tunggu apa lagi pergilah ambil ubat.” Arah Mikael sambil memandang ke arah Haura yang sedang duduk selang satu kerusi darinya.


“Bukan patah kaki pun pergi ajelah ambil sendiri. Baru lebam-lebam dan luka sikit dah mengada-ngada.” Omel Haura sambil berjalan menuju ke kaunter ubat.

Selesai membayar bil perubatan Haura kembali ke tempat duduknya tadi dan mengghulurkan ubat kepada Mikael.


“Encik Luth Mikael. Nah ini ubat awak. Jangan lupa habiskan ye jangan culas pulak.”

Mikael mengambil beg plastik yang berisi ubat dari tangan Haura.


“Thanks.” Balas Mikael ringkas sambil meletakkan plastik ubat disisi. Dia kemudian menyentuh lembut di sekitar wajahnya yang kian membengkak.

Kringggg!!! Telefon bimbit Haura berdering. Terpapar di skrin nama Hanna lalu Haura segera menekan butang berwarna hijau untuk menjawab panggilan tersebut.


“Hello kak, Hanna dah sampai ni. Akak ada dekat mana?” tanya Hanna disebalik telefon.


“Hanna dah sampai? Akak dekat hospital ni tapi nak balik dah. Hanna tunggu tau kejap je lagi akak sampai. Tunggu tau!”


“Awak kalau tak ada apa-apa lagi saya gerak dulu ye. Bil semua saya dah bayar. Jangan lupa makan ubat tau biar luka tu cepat sembuh. And sorry lagi sekali pasal kejadian tadi.” Pesan Haura tergesa-gesa selepas mematikan panggilan telefon. Haura berlari keluar menuju ke kereta dan terus memecut laju.

Share this novel

Syilla Syakillah
2023-03-13 21:13:03 

kenape prihatin sambal..aiyoo sudah salah ejaan ni..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience