Usai sahaja Encik Zamzuri menamatkan perbualannya dengan Haura, Puan Hafizah segera mengasak suaminya bertubi-tubi dengan berbagai soalan.
"Macam mana bang? Apa kata Haura?" tanya Puan Hafizah.
"Ish awak ni! Tak menyempat betul nak tanya pun. Bagi la saya rileks dulu, tarik nafas dulu." Balas Encik Zamzuri.
"Alah kejap lagi la abang tarik nafas tu. Haura cakap apa bang? Dia setuju ke?" ujar Puan Hafizah. Encik Zamzuri menggelengkan kepala dengan telatah isterinya itu.
"Ya, Haura cakap dia akan balik hujung minggu ni." balas Encik Zamzuri.
"Mikael datang sekali ke tak?" tanyanya lagi.
"Yang tu saya tak pasti lagi."
"Kenapa pulak?"
"Haura kata dia kena tanya Mikael dulu sama ada dia free atau tak hujung minggu ni. Nanti dia akan call untuk bagitahu semula." balas Encik Zamzuri. Puan Hafizah menarik muka masam.
"Tapi abang rasalah dia mesti datang sebab awak buat jamuan tu memang untuk dia, kan? Kalau Mikael tak datang tak jadi la makan-makan kita hujung minggu ni." sakat Encik Zamzuri nakal. Puan Hafizah mencubit manja lengan suaminya itu.
*****
"What? Kau tak bagitahu lagi ke hal yang sebenar pada dia orang?" soal Mikael. Kali ini agak lantang suaranya kerana bercampur dengan rasa terkejut. Dengan muka yang bersalah Haura menggelengkan kepalanya.
"Ish kau ni! Suka buat hal tau. Dah berapa kali aku suruh kau berterus terang dengan mereka semua. Untuk elakkan benda yang macam ni jadi la. Serabut kepala aku tahu tak." marah Mikael lagi.
"Awak tolong la saya. Kali ni je, please." rayu Haura.
"Ahh tak nak aku. Kau yang cetuskan masalah ni so kau fikir la sendiri jalan penyelesaiannya. Aku tak nak masuk campur." balas Mikael angkuh.
"Please awak. Kali ni je." rayu Haura lagi. Tapi Mikael tetap dengan pendiriannya.
Berkali-kali Haura cuba memujuk Mikael namun lelaki itu tetap juga menolak. Haura buntu. Dia tidak tahu apa lagi cara untuk buatkan Mikael setuju untuk membantu. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Satu idea yang terlintas di fikirannya.
"Saya setuju!” ujar Haura bersemangat.
"Setuju apa benda kau ni?" soal Mikael pelik. Dahinya berkerut memandang Haura yang tersengih kepadanya macam kerang busuk.
"Saya setuju untuk jadi girlfriend awak." balas Haura sambil tersenyum lebar. Mata Mikael terbuntang luas. Dia sungguh terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Haura itu.
"Bila masa pulak aku 'lamar' kau untuk jadi girlfriend aku? Kau yang tiba-tiba mengaku yang aku ni boyfriend kau ada la. Kau jangan nak perasan sangat ek." balas Mikael.
"Awak dah lupa ke yang awak pernah minta saya untuk menyamar jadi girlfriend awak hari tu." Haura cuba mengimbas kembali detik pertemuan mereka ketika di Pulau Redang. Lelaki itu terdiam seketika.
"So apa kaitannya dengan hal ni? Lagipun kau dah lama reject offer tu, kan?" soal Mikael yang masih lagi bingung.
"Sekarang saya terima. Jadi mulai dari sekarang dengan rasminya saya adalah girlfriend olok-olok awak." ujar Haura selamba.
"Eh kejap. Apa benda yang kau merepek ni? Sejak bila aku setuju dengan semua tu?"
"Hari ni la. Awak setuju, kan? Tapi saya tak nak pun duit upah dari awak tu. Saya cuma nak awak tolong saya je. Jadi teman lelaki kontrak saya. Kiranya kita saling tolong menolong la." ujar Haura tanpa rasa bersalah.
"Aku tak nak!" Mikael berkeras.
"Apahal pulak! Kalau saya boleh tolong awak kenapa awak tak boleh tolong saya. Saya bukannya minta awak pergi berperang pun. Saya cuma minta awak jadi boyfriend saya je. Apa yang susahnya." balas Haura berbaur merajuk.
"Tak kan sebab saya reject awak hari tu terus awak tak nak terima saya." Haura cuba meneka. Dia sedar sejak kejadian itu Mikael sering bertindak kasar dengannya.
"Kau nak cakap aku berdendam dengan kau la ye?" soal Mikael. Dengan pantas Haura menganggukkan kepalanya.
"Tak payah mengarutlah. Kau ingat aku ni macam kau ke? Tolong la.." sindir Mikael.
"Kalau macam tu awak terima jelah lamaran saya tu. Saya serius tau. Saya tanya awak sekali lagi tapi awak kena jawab betul-betul."
"Luth Mikael. Awak sudi tak jadi boyfriend saya?" soal Haura. Mikael menatap wajah wanita itu.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Usai sahaja kata itu keluar dari mulutnya, jantung Haura berdetak dengan kencang sekali. Dia tidak tahu roh apa yang telah merasuknya sehingga tanpa segan silu dia bertindak yang sedemikian.
"Steady Haura. Jangan tunjuk kau muka bersalah kau tu depan dia. Nanti lagi naik lemak mamat ni." Haura kekal tersenyum. Dia masih menantikan jawapan dari Mikael.
"Kenapa dengan aku ni? Kenapa susah sangat untuk aku tolak permintaan minah ni." rungut hati Mikael. Lidahnya tidak mampu untuk mengungkapkan perkataan 'tidak' kepada Haura.
Degupan jantung Mikael jelas kedengaran di telinganya. Dia masih lagi mendiamkan diri. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Haura sudah mula hilang sabar. Dia merasakan Mikael sengaja untuk menyakitkan hatinya.
"Kalau awak tak nak, bagitahu ajelah. Susah sangat ke?" ujar Haura dengan nada marah. Dia kemudian berjalan menuju je mejanya.
"Lepas tu kau nak buat apa?"
"Entah. Saya tak fikir lagi. Saya bukannya apa risau dengan kesihatan opah saya je. Kalau bukan sebab opah, saya tak akan libatkan awak hari tu." balas Haura. Mikael terdiam.
"Dia orang risau la kalau kau jadi andartu nanti." balas Mikael sambil memerli Haura. Wanita itu cerlungkan matanya memandang Mikael.
"Biarlah kalau saya jadi anak dara tua sekalipun. Ada menyusahkan awak ke?" balas Haura sebelum menarik kerusinya dengan kasar. Mikael tersenyum. Geli hatinya apabila dia dapat menyakat wanita itu.
"Kalau aku cakap aku setuju, kau nak buat apa pulak?" tanya Mikael lagi. Kali ini nadanya sedikit perlahan. Matanya juga tidak memandang pada Haura.
Hampir melompat Haura apabila Mikael menyatakan perkara itu. Tetapi dia masih lagi sakit hati dengan Mikael yang mengataka. dirinya itu anak dara tua. Jadi kini giliran dia pula untuk menyakat lelaki itu.
"Tak payahlah. Awak bukan ikhlas pun. Saya boleh cari orang lain." ujar Haura. Dia sedaya upaya cuba mengawal ekspresi wajahnya supaya tidak kantoi. Mikael berkerut.
"Siapa?"
"Siapa-siapa jelah. Dazrin ke." Raut wajah Mikael merubah apabila Haura menyebut nama itu. Dia menbetulkan kedudukannya. Tangannya dengan cepat melonggarkan tali leher yang terasa seperti sedang menjerut lehernya.
"Dazrin?" tanya Mikael. Haura mengangguk laju.
Haura mengerling dengan ekor matanya. Dia dapat melihat Mikael yang kelihatan seperti cacing kepanasan. Senyuman nipis terukir di bibir Haura. Kali ini dia sudah berjaya goyahkan ego lelaki itu.
"Nanti saya bagitahu la family saya yang kita dah putus dan saya dengan Dazrin sedang mengenali hati budi masing-masing. Lagipun Dazrin tu baik orangnya. Mesti ibu dan opah saya suka." tambah Haura lagi. Kata-kata Haura itu umpama minyak yang dicurahkan ke dalam api. Nafas Mikael turun naik dengan laju.
"Kau yakin ke yang family kau akan percaya kata-kata kau tu?" soal Mikael. Sekali lagi Haura menganggukkan kepalanya. Mikael berasa sungguh geram. Dia segera bangkit dari kerusinya lalu melangkah keluar. Haura tersenyum nakal.
*****
Ping!
Mikael melangkah keluar daripada perut lif. Dia menuju ke tapak letak kereta. Luqman bersandar pada kereta Mikael sambil menunggunya di situ.
"Wassup bro!" Sapa Luqman setelah melihat Mikael tiba di situ. Namun dengan malas Mikael sekadar mengangkat tangannya. Wajahnya juga masam mencuka. Mana tidaknya, dia baru di 'reject' lagi oleh Haura.
"Apahal lemau semacam je kau ni? Kau tak sihat ke?" soal Luqman prihatin.
"Tak adalah. Ada masalah sikit dekat office tadi." balas Mikael.
"Oh yeke? Aku ingatkan kau tak sihat. Semua ubat kau masih ada kan?" tanya Luqman lagi. Mikael mengangguk malas.
"Dah siap ke?"
"Eh lupa pulak. Nah kunci." balas Luqman sambil menghulurkan kunci kereta kepada Mikael. Mikael melilau di sekitar ruangan parkir kereta.
"Kereta ada dekat belakang sana. Situ je yang ada tapak kosong." ujar Luqman. Mikael segera membuka langkah menuju ke kereta tersebut.
"Kau tak nak tanya khabar baby D kau ke? Dah lama kau tak jumpa dia, kan?" Mikael yang sedang memeriksa kereta berhenti seketika. Sudah lama dia tidak mendengar nama panggilan itu. Mikael hanya mendiamkan diri.
"Kau masih tak boleh move on lagi ke? Dia mesti rindukan belaian kau bro." tanya Luqman lagi.
"Thanks Man. Payment macam biasa la ek." balas Mikael tanpa menghiraukan apa yang diperkatakannya oleh Luqman sebentar tadi. Luqman menggelengkan kepalanya. Setelah selesai memeriksa keadaan kereta itu mereka pun bersurai.
*****
Kunci kereta milik Haura pegang rapi oleh Mikael. Dia berjalan menuju ke biliknya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia melihat Haura sedang berbual mesra dengan Dazrin di depan pintu biliknya. Hatinya berasa tidak senang.
"Apahal dia orang berborak dekat situ?" tanya hati Mikael. Dia menyorok sedikit di sebalik dinding.
"Ke pasal hal tadi? Minah ni tengah 'offer job' tu pada Dazrin ke?" bisik hatinya lagi. Kali ni rasa gelora di dalam dadanya semakin kuat. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali.
"Ah lantak la. Yang aku kesahkan sangat ni kenapa? At least aku dah tak terheret dalam penipuan dia." Mikael cuba memujuk hatinya.
Namun hatinya masih rasa terganggu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia merasakan sedemikian. Setiap kali dia melihat kemesraan dia antara Dazrin dan juga Haura, hatinya terasa sakit bagai di toreh.
"Come on Mika! Kau sepatutnya rasa happy bukannya sedih macam ni. Apa yang nak jadi pada perempuan tu biarlah dia sendiri yang tanggung. Kau dah tak payah peningkan kepala kau fikirkan pasal dia." bisik hatinya lagi. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri.
"Encik Mikael?" Naimah datang menyapanya dari belakang. Mikael sedikit kaget.
"Encik tengok apa tu?" tanya Naimah. Dia turut melihat ke arah Haura dan Dazrin.
"T-tak ada apa-apa pun. Akak cari saya ke?" Balas Mikael.
"Puan sri nak jumpa dengan encik sekarang. Encik free ke?" ujar Naimah.
"Sekarang?" tanya Mikael. Matanya melirik ke arah Haura dan Dazrin.
"Ya encik, sekarang." balas Naimah sambil tersenyum.
"Oh okay." ujar Mikael. Dengan hati yang berat Mikael membuka langkah menuju ke bilik Puan Sri Normah sambil diiringi oleh Naimah.
*****
Usai berjumpa dengan Puan Sri Normah, Mikael kembali ke biliknya. Namun tiba-tiba langkahnya dihalang oleh Suri.
"Hai Encik Mikael. Lama saya tak nampak encik." Suri menggedik.
"Bukan ke baru tadi kau tengok aku? Apa yang lamanya?" balas Mikael dingin.
"Entahlah, sejak saya dah tak jadi pembantu encik masa terasa macam lama sangat." Balas Suri dengan nada yang menggoda. Mikael jelek dengan sikap Suri itu. Dia tidak memberikan sebarang respon.
"Saya tengok encik macam murung je. Ada masalah ke? Atau Haura ada buat hal dengan encik? Dia ada sakitkan hati encik ke?" tanya Suri lagi. Kali ni raut wajah dan nada suaranya berubah kasar. Mikael mengerutkan dahi memandang Suri.
"Kau ni dah tak ada kerja nak buat ke? Memang suka curi tulang ek? Asyik nak jaga tepi kain orang. Ingat sikit duit gaji kau tu siapa yang bayar." balas Mikael sebelum melangkah pergi. Suri berasa sangat sakit hati.
"Kau lebih pilih untuk menangkan perempuan tu? Yang baru kerja sehari dengan kau dan aku ni kau buat macam tunggul." bebel Suri perlahan. Hatinya terasa amat sakit. Juita yang dalam perjalanan menuju ke mejanya melihat dari jauh. Dia kemudian menggelengkan kepalanya.
Namun nasibnya agak tidak baik apabila kehadirannya itu disedari oleh Suri. Suri menjeling tajam ke arah wanita itu seperti ingin menelannya hidup-hidup. Juita mulai takut melihat renungan Suri itu. Sepantas kilat dia membuka langkah dan kembali ke mejanya.
*****
Tiba waktu lunch, Haura bersiap-siap untuk keluar makan dengan Laila. Mikael juga mempersiapkan dokumen di atas mejanya. Sejak dia kembali ke biliknya Mikael tidak bertegur sapa langsung dengan Haura. Dia hanya fokus pada kerjanya sahaja.
Ketika Haura ingin melangkah keluar Mikael memanggilnya untuk memaklumkan sesuatu. Wanita itu berjalan menghampirinya.
"Lepas lunch nanti aku dah tak masuk office. Ada meeting dekat luar."
"Oh yeke? Tapi setahu saya awak tak ada apa-apa meeting pun petang ni. Ke saya yang tersalah pandang?" balas Haura dia segera ke mejanya untuk mengambil buku notanya untuk di rujuk kembali.
"Tak perlu check. Memang tak ada dalam tu. Meeting ni last minit nenek minta aku pergi. Gantikan tempat dia." ujar Mikael lagi. Haura mengangguk faham.
Mikael kemudian membuka laci dan mengeluarkan sesuatu dari laci tersebut.
"Nah, kunci kereta kau." tutur Mikael sambil menghulurkan kunci tersebut pada Haura.
Haura sangat terkejut. Tanpa berfikir panjang dia terus menyambar kunci tersebut dari tangan Mikael. Kini kunci kereta itu telahpun bertukar tangan.
"Dah siap ke? Awak tak ada bagitahu saya apa-apa pun." soal Haura. Senyuman tidak lekang dibibirnya.
"Baru je tadi Luqman datang hantar." balas Mikael. Haura sekadar menganggukkan kepalanya.
"Tak sabar nak drive kereta kesayangan ni. Bukan main lama lagi dia dekat bengkel. Akhirnya siap jugak." tutur Haura ceria. Mikael hanya mendiamkan dirinya. Haura kemudian meminta diri untuk keluar.
*****
Di kediaman Puan Sri Normah, Datin Norlie serta Mikael dilihat sedang menjamu makan malam bersama-sama dengan Puan Sri Normah.
Mikael seperti tiada selera untuk makan pada malam itu. Nasi di pinggannya di kuis-kuis dengan jari. Datin Norlie dan Puan Sri Normah agak pelik dengan tingkah laku Mikael itu.
"Mika, jamah la sambal udang tu. Bukan ke tu lauk kegemaran kamu?" tanya Puan Sri Normah. Mikael tersentak dengan pertanyaan itu.
"Ha'ah. Ya nenek. Nanti Mika ambil. Lauk yang ada ni tak habis lagi." balas Mikael.
"Kosong je mama tengok pinggan kamu tu." balas Datin Norlie sambil mengerutkan dahinya. Puan Sri Normah turut memandang Mikael.
Mikael tundukkan sedikit kepalanya melihat pinggan di hadapannya. Wajahnya berkerut. Dia tidak tahu kenapa dengan dirinya yang seolah-olah telah hilang fokus. Fikirannya juga melayang entah ke mana.
"Kamu okay ke tak ni Mika? Kamu tak sihat ke?" tanya Datin Norlie. Dia risau melihat keadaan anaknya itu.
"Mika okay mama. Mungkin sebab Mika penat kot. Sebab tu Mika hilang fokus sikit." balas Mikael cuba untuk menyakinkan ibu dan neneknya.
"Kalau kamu tak sihat kamu bagitahu mama. Jangan diam je." tambah Datin Norlie lagi.
"Ya mama, Mika okay. Mama jangan risau ye." balas Mikael. Dia kemudian menyenduk lauk sambal udang serta masak lemak pucuk paku ke dalam pinggannya. Mikael makan dengan penuh selera sekali.
Usai makan Mikael meminta diri untuk naik ke biliknya. Dia memberitahu Puan Sei Normah dan juga Datin Norlie yang dia ingin menyiapkan kerjanya. Ibu dan neneknya mengangguk faham.
Mikael kemudian pergi meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.Puan Sri Normah dan Datin Norlie saling berpandangan. Mereka dapat merasakan ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran Mikael.
Tiba di biliknya, Mikael telah merebahkan dirinya di atas katil.
"Ni semua perempuan tu punya pasal. Tak pasal-pasal nenek dengan mama pandang pelik pada aku." bebel Mikael sendirian.
"Sikit-sikit Dazrin. Kau ingat aku kesah sangat ke kalau kau bawa Dazrin untuk gantikan tempat aku. Aku lagi bersyukur ada la." tambahnya lagi. Fikirannya melayang jauh mengenangkan kejadian di pejabat tadi.
Senyuman yang Haura ukirkan ketika dia bersama dengan Dazrin tidak pernah Mikael lihat ketika wanita itu bersama dengannya. Terbit rasa iri di hatinya. Namun Mikael tidak sedar akan perubahan emosi dan perasaannya itu.
"Ahh! Buat apa aku nak serabutkan otak aku fikir pasal dia tu. Banyak lagi benda yang berfaedah boleh aku buat." tutur Mikael. Dia bingkas bangun lalu menuju ke mejanya.
Kringgg! Kringgg!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Haura terpapar di skrin telefonnya. Mikael agak terkejut tapi pada masa yang sama dia sedikit teruja. Dia tidak menyangka wanita itu akan menelefonnya. Tanpa dia sedar senyuman nipis terukir dibibirnya.
"Apahal dia call aku malam-malam buta ni? Nak cakap pasal kereta dia kot? Atau dia nak bagitahu aku yang Dazrin dah setuju untuk........" Mikael tidak dapat menghabiskan ayatnya itu. Hatinya terasa sakit apabila memikirkan perkara itu.
Setelah beberapa kali telefon itu berdering, barulah Mikael menjawabnya.
"Assalamualaikum, awak." sapa Haura di sebalik telefon.
Share this novel