BAB 43

Drama Completed 919566

Puan Hafizah sedang duduk di kerusi meja soleknya. Matanya sesekali di alih memandang suaminya yang sedang ralit membaca buku di katil melalui pantulan di cermin.

          "Abang, Izah ada benda sikit nak bagitahu abang." tanya Puan Hafizah. Encik Zamzuri berpaling ke arah isterinya.

          "Pasal apa?" tanya Encik Zamzuri kembali. Dia  kemudian menyambung membaca buku yang ada di tangannya. Usai menyapu losyen pada tangannya dia bingkas bangun lalu mengambil tempat di atas katil.

          "Pasal anak kita, Haura." balas Puan Hafizah sambil menatap wajah suaminya itu. Serta merta Encik Zamzuri menghentikan bacaannya untuk memberikan perhatian kepada isterinya itu. Buku di tangannya ditutup perlahan lalu diletakkan di atas meja di sisi katil. Dia turut membetulkan kedudukannya.

          "Apa pulak yang tak kena dengan Haura tu?" Encik Zamzuri menyoal Puan Hafizah.

          "Izah tak sedap hati la bang dengan kelakuan anak kita tu. Lepas kejadian hari tu lain macam perangainya." ujar Puan Hafizah. Dari raut wajahnya jelas kelihatan dia risaukan tentang anak sulungnya itu.

          "Kenapa? Dia ada buat benda yang pelik-pelik ke?"

          "Nak kata pelik tu tak jugak bang. Hari tu Haura ada datang jenguk umi dekat hospital. Dia datang dengan kawan lelaki dia." Puan Hafizah membuka cerita. Encik Zamzuri sekadar mendengar.

          "Lepas tu dia bagitahu Izah yang lelaki tu bakal suami dia. Dah berbulan dia orang berdua kenal." tambahnya lagi. Encik Zamzuri menghela keluh pendek.

          "Hanna ada jugak bagitahu abang dengan ayah pasal ni. Dia cakap budak tu senior dekat tempat kerja Haura." Puan Hafizah laju menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu.

          "Siapa dah nama yang Hanna asyik duduk sebut tu? Abang lupa pulak." tanya Encik Zamzuri kepada Puan Hafizah.

          "Kalau tak silap Izah nama dia Mikael. Luth Mikael." balas Puan Hafizah. Suaminya menganggukkan kepala. Nama Mikael segera muncul di benak fikirannya.

          "Mikael... Macam pernah ku dengar nama ni tapi di mana ya?" Encik Zamzuri melawak dengan isterinya. Dahinya berkerut manakala tangan kanannya mengusap dagu ala-ala detektif.

          "Ish abang ni main-main pulak." balas Puan Hafizah sambil mencubit manja lengan suaminya itu. Encik Zamzuri tertawa kecil.

          "Abang tak boleh nak buat andaian sendiri sebab abang belum bertemu mata dengan teman lelaki Haura tu. Tapi...." ujar Encik Zamzuri. Dia berdikir sejenak.

          "Tapi apa bang?"

          "Abang ada rasa sedikit ragu dengan cerita Haura tu sebab setahu abang luka yang Syahmi dah toreh di hati Haura tersangatlah dalam dan masih belum sembuh lagi. Abang sangat yakin akan perkara tu walaupun Haura tak pernah ungkapkan dengan kata-kata."

          "Itulah yang Izah maksudkan. Baru je berapa hari lepas dia  bagitahu yang dia susah nak move on. Tak mungkin secepat tu Haura dah ada pengganti." balas Puan Hafizah. Encik Mikael mengangguk.

           "Izah rasa bersalah sangat sebab asyik paksa dia untuk kahwin tanpa fikir akan perasaan Haura waktu tu. Macam mana Izah boleh tak nampak  betapa rapuhnya jiwa anak kita tu." ujar Puan Hafizah separa sebak apabila terkenangkan perkara itu. Encik Zamzuri hanya mendiamkan diri.

          "Kita semua ada silap masing-masing. Haura tu pandai sorok emosi dia sampai kita tak tahu kondisi dia yang sebenar. Lagipun saya tahu awak buat semua tu demi kebaikan Haura jugak. Jadi awak tak perlu salahkan diri awak." balas Encik Zamzuri memujuk isterinya.

          "Izah risau la bang. Risau kalau perkara yang sama berulang lagi. Izah tak sanggup nak tengok Haura jatuh sakit macam dulu." Puan Hafizah masih lagi tak tenang memikirkan tentang anaknya itu.

          "Abang pun sama jugak. Tapi kalau itu dah pilihan Haura kita turutkan saja. Buat masa sekarang ni kita perhatikan je dulu. InshaAllah semuanya akan baik-baik je." balas Encik Zamzuri yang turut merasakan hal yang sama.

          "Tapi kan bang, Izah tak rasa lelaki itu kekasih Haura." Puan Hafizah memberi pendapatnya. Encik Zamzuri sedikit terkejut.

          "Kenapa awak cakap macam tu?" soal Encik Zamzuri kepada isterinya. Dia tak boleh untuk memberi pendapatnya kerana dia masih lagi belum berjumpa dengan Mikael.

          "Masa dekat hospital Izah perasan ada benda yang tak kena dengan dia orang berdua tu. Berbisik-bisik macam ada agenda yang tersembunyi. Tapi bila Izah tanya Haura dia tak mengaku dan bermati-matian cakap mereka memang pasangan kekasih." ujar Puan Hafizah panjang lebar.

          "Abang tak nak cuba tanya Haura sendiri ke? Kalau dengan abang hati dia lembut sikit. Mana tahu abang dapat korek isi hati anak kita tu." pujuk Puan Hafizah supaya suaminya itu bertanya sendiri pada Haura tentang kesahihan hubungan Haura dan Mikael.

          "Tengoklah macam mana. Nanti abang fikirkan." balas Encik Zamzuri menamatkan perbualan tersebut. Isterinya sekadar mengangguk. Dia kemudian menarik selimut untuk tidur. Lampu meja dipadamkan.

*****

          "Kerap pulak kau datang tidur dekat rumah aku sekarang ni." ujar Haura. Mona yang sedang menonton televisyen tersengih memandang Haura.

          "Alah itu pun nak berkira ke? At least ada jugak orang yang temankan kau kalau kau sunyi." Mona berseloroh.

          "Hello! Siapa yang datang cari siapa sekarang ni? Aku ke kau? Dia yang sunyi cakap kita pulak." bidas Haura kembali. Mona tersengih seperti kerang busuk apabila rahsia sudah terbongkar.

          "Mama aku outstation seminggu jadi tinggal la aku sorang-sorang. Memang aku cari kau la jawabnya. Siapa lagi yang dapat mengisi kekosongan di hati ini." dengan nakal Mona menerangkan kepada Haura.

          "Ah! Mengada-ngada la kau. Selalunya waktu macam ni la yang kau akan joli sakan dengan member kau yang lain. Kenapa kali ni lain pulak?" balas Haura.

          "Aku dah insaf beb." balas Mona bersahaja. Tawa Haura pecah mendengar jawapan dari Mona itu.

          "Aku dah kena tukar kerja." sedang mereka ralit menonton televisyen Haura membuka bicara. Mona kaku seketika memandang Haura.

          "Tukar kerja? Kau dah resign dari syarikat tu ke?" Sungguh serius pertanyaan Mona itu. Matanya terbuntang luas dek rasa terkejut.

          "Taklah. Mana ada aku berhenti. Aku masih lagi kerja dekat sana." balas Haura. Mona menghela nafas lega.

          "Habis tu yang kau cakap tukar kerja tu apa benda pulak?" soal Mona sedikit bingung apabila memikirkan kembali kata-kata Haura sebentar tadi.

          "Aku masih kerja di Khazzan Group tapi bukan lagi sebagai PA Puan Sri Normah. Aku dah kena tukar dan aku dah ada bos baru." Haura cuba menerangkan kepada Mona.

          "Okay teruskan." ujar Mona pendek meminta Haura teruskan ceritanya.

          "Dan bos aku tu si mamat poyo yang perangai macam monster. Kau tahu kan siapa orang yang aku maksudkan tu?" ujar Haura lagi.

          "Luth Mikael?" nama Mikael disebut oleh Mona tanpa memerlukan dia untuk berfikir dengan panjang. Haura mengerutkan mukanya kemudian mengangguk lemah.

          "What? Kau jadi PA kepada Mikael, mamat yang kau paling benci dekat Khazzan Group tu?" tanya Mona lagi seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya itu.

          "Ya Mona. Kau tak salah dengar. Aku sekarang kerja sebagai PA kepada mamat tu. Dan tadi first day aku kerja dengan dia. Hari paling malang bagi aku." balas Haura dengan nada yang geram dan menyampah.

Tiba-tiba Mona ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang kelakar sangat sehingga dia tertawa sedemikian. Haura berasa geram dan bertindak membaling bantal kecil ke arah Mona.

          "Sorry la, aku tak dapat tahan geli di hati aku ni. Kau perasan tak, makin kau benci dia makin dekat dia dengan kau. Entah-entah dia jodoh kau yang masih sesat tak jumpa jalan keluar." balas Mona. Sempat dia menyakat sahabatnya itu.

          "Mikael? Jodoh aku? Eiiiii tak hingin aku berlakikan lelaki yang tak ada perasaan macam dia tu. Kau jangan nak memandai buat teori mengarut kau tu." balas Haura menolak kata-kata Mona tadi.

          "Kau jangan benci sangat Haura. Nanti risau esok-esok kau pulak yang terhegeh-hegeh dekat dia." sakat Mona lagi.

          "Ewww... Daripada aku kejar dia baik aku kejar Dazrin. Dah la hensem, baik pulak tu. Selalu sangat tolong aku. Bukan macam Mikael yang setiap masa sakitkan hati aku. Macam langit dengan bumi tau perangai dia orang berdua tu." balas Haura panjang lebar. Mona hanya memandang ke wajah Haura.

          "Aku harap kata-kata kau tu tak makan diri la nanti." Mona memberi pesan kepada Haura dengan nada bergurau. Haura hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba terlintas di benak fikirannya tentang kejadian di hospital tempoh hari. Jantungnya berdetak laju manakala wajahnya perlahan-lahan bertukar menjadi merah padam.

          "Ada benda aku nak tanya kau ni." tiba-tiba nada suara Mona berubah menjadi serius. Dia menatap tepat ke mata Haura.

          "Pasal Syahmi. Kau tak cerita pun pada aku yang kau jumpa dia." ujar Mona. Riak wajah Haura bertukar menjadi kelam.

         "Kau tahu ke yang Syahmi tu dah ada anak?" tanya Mona. Haura tidak bersuara dia hanya menganggukkan kepalanya.

          "Lepas tu kau diam macam tu je? Kau relakan diri kau terluka lagi sekali tengok aksi sweet dia dengan bini dia tu?" Mona mula berasa geram. Bukan kepada Haura tetapi Syahmi, bekas tunang Haura.

          "Lepas tu kau nak aku buat apa? Belasah Syahmi dengan Soraya? Dia tu cucu kepada Puan Sri Normah tau. Bos aku." balas Haura mempertahankan tindakannya itu. Mona melepaskan keluh yang berat.

          "Dia sedar tak apa yang dia dah buat pada kau? Betapa sakit dan menderitanya kau masa tu. Dia pulak tanpa rasa bersalah menjalani hari-hari yang penuh bahagia dengan anak dan isteri dia. Tapi kau? Hari-hari menangis dekat bucu katil mengenangkan lelaki yang tak guna tu." ujar Mona panjang lebar. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya kepada Syahmi setelah apa yang lelaki itu telah lakukan kepada Haura.

          "Kau silap Mona." balas Haura perlahan. Suaranya kedengaran sedikit sebak.

          "Aku silap? Aku saksikan sendiri dengan mata kepala aku macam mana keadaan kau waktu tu. Dan kau nak cakap aku silap. Perempuan tu dah rampas hak kebahagiaan kau Haura. Dia dah musnahkan separuh hidup kau." Mona terasa agak tercabar apabila Haura membela Syahmi dan juga Soraya, insan yang telah memporak perandakan hidupnya.

          "Ya, aku tak nafikan yang kau sentiasa ada dengan aku dan menjadi saksi jatuh bangun aku. Tapi air mata yang jatuh tu bukan sebab aku marahkan Syahmi atau Soraya. Tetapi aku kecewa dengan diri aku sendiri sebab aku buta." kata-kata Haura terhenti seketika. Dia menarik nafas yang dalam sebelum menyambungnya.

          "Betul la kata orang, cinta itu buta. Rasa cinta dan sayang aku pada dia dulu dah butakan mata aku untuk melihat dan terima kenyataan." tambah Haura lagi. Suaranya sudah mulai serak. Matanya juga sudah mula berkaca. Namun dia cuba gagahkan diri

          "Apa maksud kau?" soal Mona yang rasa pelik dengan jawapan yang diberikan oleh Haura.

          "Masa dekat hotel tu memang betul aku menangis sebab Syahmi. Kantoi depan mata aku yang dia bermesra dengan Soraya. Dua hari jugak aku ratapi perpisahan aku tu." Haura mula membuka cerita. Dia sudah bersedia untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada Mona.

Mona memberikan perhatian yang penuh pada cerita Haura itu. Dia mendengar dengan penuh minat. Matanya tidak lari dari memandang wajah sahabatnya itu.

          "Lepas kejadian dekat hotel tu berkali-kali Syahmi call aku tapi aku tak layan. Dia siap pergi dekat tempat kerja aku lagi. Aku memang lari dari dia. Tapi sebenarnya dia macam ada benda yang nak bagitahu aku. Cuma hati aku yang tak rela pada masa tu."

          "Sehinggalah suatu hari tu Soraya call aku. Dia cakap dia nak jumpa aku sebab ada benda yang dia nak bagitahu. Masa dia call tu aku ada dekat office. Mula-mula aku tak nak jumpa dengan dia. Yelah dia dah rampas tunang aku kot. Tapi lepas beberapa kali dia pujuk akhirnya aku setuju untuk jumpa dia tanpa pengetahuan Syahmi."

          "Kejap. Apahal perempuan tu beria sangat nak jumpa kau? Tak cukup lagi ke dia dah rampas Syahmi daripada kau. Apa motif dia nak jumpa dengan kau tu?" Mona menyampuk.

          "Ish kau ni, potong stim betul la. Aku nak cerita la ni. Kau rileks la sikit. Dengar cerita aku ni dengan santai." balas Haura selamba sambil menyeka air mata yang mengalir dipipinya.

          "Cerita lain boleh lagi aku santai-santai tapi kalau bab ni sorry la. Ikutkan hati aku masa majlis tu lagi aku nak hempuk kepala dua ekor tu. Sengaja nak bakar line aku." balas Mona lagi. Dia sememangnya sungguh geram dengan pasangan itu. Haura tertawa kecil.

         "Kau nak dengar aku cerita ke kau yang nak bercerita?" ujar Haura sambil mengerutkan mukanya.

          "Sorry-sorry. Aku teremosi sikit. Geram tau bila fikirkan perangai dia ekor tu." balas Mona.

          "Okay aku sambung."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience