BAB 80

Drama Completed 919412

Mikael memandu menuju ke kondo miliknya. Haura yang berada disebelahnya ralit melihat telefon. Satu persatu gambarnya di pentas peragaan ditatap. Sekuntum senyuman menghiasi wajahnya yang masih bersolek tebal. Mikael berdehem untuk menarik perhatiannya namun hanya sia-sia.


"Amboi bukan main lebar lagi senyum tu. Tatap la gambar tu puas-puas." ujar Mikael separa merajuk. Haura terperangah dengan kata-kata lelaki itu. Telefon bimbit segera dimasukkan ke dalam beg tangan.


"Alah, saya tengok gambar je pun. Takkan itu pun nak merajuk." balas Haura selamba. Dia kemudian membetulkan kedudukannya.

Mikel mencerlung ke arah Haura yang sering ada idea untuk membidas setiap kata-katanya. Melihat jelingan Mikael yang separa maut itu Haura segera melemparkan sebuah senyuman sambil membuat mimik muka ala-ala 'puppy face'. Ternyata itulah senjata Haura yang paling berbisa. Dah itulah jua titik kelemahan lelaki itu. Hati Mikael cair setiap kali wanita itu memberikan reaksi yang sedemikian.


"Pandai kau kan. Setiap kali aku acah-acah merajuk je kau terus buat muka comel kau tu. Nasib baik belum halal kalau tak dah lama aku terkam kau." ujar Mikael sambil membuat riak geram. Pipi Haura dicubit manja. Wanita itu tersenyum lebar seraya memukul bahu Mikael.


"Tapi aku peliklah, macam mana kau boleh catwalk dekat atas pentas tu tadi?" soal Mikael tiba-tiba. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin bertanyakan soalan teraebut kepada Haura tetapi tidak berkesempatan dek sibuk menguruskan majlis.


"Semua tu berlaku sepantas kilat sampai otak saya ni nak proses pun tak susah." balas Haura nakal. Dia tahu lelaki yang sedang duduk di sebelahnya itu mesti akan berasa geram dengan jawapannya itu. Matanya cuba dilirik ke arah Mikael. Tawa Haura pecah apabila terima jelingan tajam dari tunangnya itu.


"Soraya bagitahu ada model yang tiba-tiba je lenyap tak dapat dikesan. Dah call berpuluh-puluh kali tapi dia still tak angkat. Lepas tu Soraya decide untuk cari model ganti. Tapi sebab dah last minit memang susahlah nak dapat, kan."


"Jadi sebab tulah kau yang jadi model gantian tu?" sampuk Mikael.


"Bukan. Saya belum habis cerita lagi tak payahlah nak menyampuk." balas Haura geram. Lengan Mikael dipukul perlahan. Lelaki itu cukup gemar menyampuk setiap kali Haura bersemangat untuk bercerita.

"Okay, lepas tu apa jadi?"

"Lepas tu saya teringat yang saya ni ada kawan yang buat modelling juga. Saya pun cubalah call dia. Tapi saya ni mungkin dah nyanyuk kot sebab saya lupa yang kawan saya tu tak ada dekat sini sekarang."


"Kau ada kawan model? Siapa?" tanya Mikael hairan. Tidak pernah pula Haura bercerita tentang rakannya itu.


"Mona." jawab Haura pendek.

Sahabatnya Mona Annesa pernah berkerja sebagai model sambilan. Tapi kini dia sudah jarang beraksi kerana sibuk menguruskan perihal syarikat keluarganya serta pengajiannya.


"Aku tak sangka pula Mona tu pernah bust job modelling. Tapi tak hairan la kalau dia tu model sebab dia memang ada ciri-ciri tu. Kalau kau cakap kau tu model mungkin aku akan terkejut beruk." balas Mikael nakal. Giliran dia pula menyakat wanita itu. Haura mencebik. Mikael tertawa puas.

"Malaslah nak cerita kalau macam ni. Asyik kena kecam je." rajuk Haura.


"Alaaa, merajuk pula. Cepatlah cerita macam mana kau boleh sesat dekat atas pentas tu." gurau Mikael lagi.


"Gina sendiri yang minta saya ganti sebab dia dah kesuntukkan masa. Dia cakap kalau tak ada ganti rosak la show dia nanti. Hati saya ni lembut tau. Saya tak sanggup untuk hampakan perasaan client, jadi saya setuju ajelah." beria Haura bercerita. Mikael mendengarnya dengan penuh minat.


"Nasib baik dulu saya selalu teman Mona pergi kelas modelling. Jadi saya tahulah serba sikit pasal catwalk walaupun tadi agak hancus." tambahnya lagi. Mikael menunjukkan reaksi yang kagum. Kepala diangguk berkali-kali. Sesekali dia melirik ke arah wanita itu.


"Well, not bad. Kau nampak cantik sangat masa show tu tadi. Dah macam bukan Jannatul Haura yang aku kenal. Daku terpesona. Tapi aku tak suka." ujar Mikael yang tiba-tiba bertukar serius.

"Lah, kenapa pula? Tadi puji bukan main melambung sampai orang pun dah terapung-apung. Tiba-tiba cakap tak suka pula. Ke awak syok sangat tengok Rissa dekat atas pentas tu tadi." balas Haura berbaur cemburu.

"Apasal tiba-tiba petik nama Rissa pula ni. Aku tak suka sebab banyak sangat mata yang tertumpu pada kau. Kalau ada yang tetiba jatuh hati dengan kau macam mana? Satu hal pula aku nak kena kekalkan takhta aku ni." balas Mikael panjang. Haura tertawa kecil.


"Oh, kes jealous la ni? Awak kena ingat satu benda je. Kalau saya ni nak main tukar lelaki saya tak akan tambat diri saya dengan ikatan yang kita ada sekarang ni." balas Haura sambil menunjukkan cincin dijarinya. Mikael menghela nafas lega. Mendengar jawapan dari Haura itu, Mikael tersenyum.


"Lagi satu yang awak perlu tahu."


"Apa dia?"


"Awak nampak cute sangat bila awak cemburu. Rasa macam nak gomol je. Rawr!" sakat Haura sambil tangannya digayakan seperti cakar harimau. Mikael ketawa terbahak-bahak.

*****


"Tak guna. Macam mana perempuan tu boleh gantikan tempat Lynda. Aku sepatutnya singkirkan dia sebelum show tu start. Arghhhh!" tempik Rissa kuat.

Dia benar-benar rasa tercabar apabila segala rancangan gagal gara-gara wanita bernama Jannatul Haura. Kemarahannya itu makin membuak-buak apabila dia menyaksikan sendiri kemesraan mereka berdua ketika beramah mesra bersama Gina Gupta.


"Kau ingat kau dah bertunang dengan dia kau dah menang? Langkah mayat aku dulu Haura. Kalau dulu aku berjaya, tak mungkin kali ini aku akan gagal. Aku akan pastikan Mikael jadi milik aku, selamanya." ujar Rissa perlahan. Gambar Haura yang berada di meja ditoreh kasar.

Berita mengenai pertunangan Haura dan Mikael telah lama sampai ke pengetahuan Rissa setelah diberitahu oleh Suri. Kerana berita itu jugalah dia memberontak di rumahnya sendiri sehingga menyebabkan ibu dan bapanya terpaksa bergegas pulang ke Malaysia.

Suri pula mendapat perkhabaran tersebut dari Datin Noreen yang menghantar sekeping gambar sekitar majlis tersebut kepadanya. Kedua wanita itu telah mula merancang sesuatu untuk memastikan Mikael dan Haura tidak dapat bersatu.

*****

Badrul duduk di sebuah bangku di taman. Tidak lama kemudian Suri datang menghampiri lalu duduk bersebelahan dengannya.


"Ada apa kau nak jumpa aku dekat sini?" tanya Suri sedikit kasar.


"Kau kenal mamat ni?" ujar Badrul sambul menghulurkan telefon bimbitnya kepada Suri. Gambar Syahmi tertera di skrin telefon tersebut.

Setelah melihat gambar itu Suri menoleh ke arah Badrul dengan penuh tanda tanya.


"Kenapa dengan dia ni?" tanya Suri.


"Aku syak dia ada hubungan dengan Haura." balas Badrul.

Namun Suri sedikit pun tidak terkejut dengan berita tersebut. Dia malah tersenyum lebar apabila Badrul menyampaikan perkara itu kepadanya. Lelaki itu yang pada mulanya berasa bangga dengan pencariannya berkerut pelik.


"Apahal kau senyum macam tu? Kau dah tahu ke pasal ni?" tanya Badrul. Suri kemudian menghulurkan pula telefon bimbitnya kepada lelaki itu. Satu video terpalar di skrin. Dengan riak yang pelik Badrul mengambil telefon tersebut.

Butang 'play' ditekan. Sebuah video yang menunjukkan adegan Syahmi dan Haura yang berpelukan di sebuah mall dimainkan. Mata Badrul terbuntang luas. Dia memandang Suri dengan wajah yang sangat terkejut.


"Dari mana kau dapat video ni?" soal Badrul lagi. Suri tertawa kecil.


"Bukan kau seorang je yang galas tugas sebagai pemberi maklumat aku. Kau cuma salah seorang daripada mereka." balas Suri angkuh.


"Tapi ada satu benda yang aku yakin kau memang tak tahu." ujar Badrul.


"Really? Pasal apa?"


"Status sebenar hubungan mereka." jawab Badrul ringkas. Suri mula menunjukkan minat. Badrul tersenyum. Ternyata umpannya terkena.


"Teruskan aku nak dengar."


"Mereka berdua kenalan lama dari zaman universiti. Pernah menjalinkan hubungan dan juga pernah mengikat tali pertunangan. Tapi pertunangan tersebut dibatalkan apabila lelaki tersebut meninggalkan Haura dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan perempuan lain kerana terlanjur. Atau kata lain kena kahwin paksa." ujar Badrul panjang lebar. Suri tekun mendengar.


"Selepas beberapa tahun mereka ditemukan semula. Sumber aku bagitahu yang mereka berdua ni masih belum move on dan masih menyimpan perasaan antara satu sama lain. Dan video yang kau baru tunjukkan pada aku tu menguatkan lagi dakwaan tersebut." tambahnya lagi. Suri memandang Badrul dengan riak kagum. Lelaki itu telah memberikan satu informasi yang sangat penting kepadanya.


"Wah, tak sangka hebat juga kau ni. Aku minta maaf sebab dah pandang rendah pada kau. Aku tak patut nilai kau dengan sebelah mata je." ucap Suri. Kata-katanya itu membuatkan Badrul akhirnya tersenyum bangga.


"By the way, thanks for the info. Apa-apa hal aku akan contact kau lagi." ujar Suri kemudian berlalu pergi.

Badrul hanya memerhati wanita itu melangkah pergi meninggalkannya. Dia kemudian mengambil telefon yang berada di sisinya lalu menekan butang merah di skrin.


"Recording save." Badrul tersenyum sinis.

*****

Usai mandi Haura menuju ke dapur untuk minum air. Sebelum dia kembali ke bilik pandangan matanya tertumpu kepada pintu bilik berdekatan dengan dapur. Bilik tersebut merupakan stor tempat lelaki itu menyimpan barangannya. Entah kenapa hati Haura tertarik untuk masuk ke dalam bilik stor tersebut.

Perlahan-lahan pintu bilik dikuak. Tangan Haura kemudian menggagau suis lampu di dinding. Lampu dinyalakan. Melihat dari sawang yang ada, bilik tersebut sudah lama tidak dijejak. Terdapat banyak 'storage box' yang bersusun di dalam bilik tersebut. Mata Haura tertarik dengan satu kotak yang berwarna merah yang tidak bertutup. Saiznya juga agak kecil dari kotak yang lain. Ianya kelihatan seperti agak 'baru' diletakkan di situ.

Tangan diangkat lalu diletakkan pada hidung bagi mengelakkan dari termasuk habuk. Dilibas berkali-kali sawang yang tergantung di dalam bilik tersebut.


"Uih, lama betul bilik ni terbiar. Rumah je kondo tapi bilik stor dah macam stor lama sekolah." bisik Haura perlahan.

Kotak merah itu ditarik sedikit ke arahnya. Dia menguis barang di dalam kotak itu menggunakan jari telunjuk.


"Dah rumah dia mestilah banyak barang peribadi dia." bisiknya lagi.

Tiba-tiba mata Haura terkunci pada satu gambar yang terselit di celah buku. Wajah Mikael yang sipi-sipi kelihatan sangat menarik perhatiannya. Lelaki itu kelihatan sangat berbeza dengan Mikael yang kini merupakan tunangannya. Namun malang tidak berbau, apabila Haura cuba mengambil gambar tersebut tiba-tiba sahaja kotak itu jatuh ke lantai.

Berdebuk!

Barang dari dalam kotak mula berselerakan di atas lantai. Haura terkesiap. Dia kaku buat seketika. Keluh pendek dihela perlahan. Nasib baik tiada barang yang pecah. Haura kemudian duduk melutut dengan sebelah lutut sahaja di rapatkan ke lantai. Satu persatu barang yang jatuh dikutip lalu dimasukkan semula ke dalam kotak berwarna merah itu.

Sebuah buku nota berwarna pink diangkat. Setelah diangkat di bawah buku tersebut terdapat gambar yang dilihatnya sebentar tadi. Mikael memakai seluar pendek berwarna hitam serta baju t-shirt berkolar berwarna putih sambil duduk di atas sebuah kapal persiaran. Gambar itu ditatapnya lama. Di belakang gambar tersebut tertera satu mesej yang ditulis menggunakan pen.


"Captured with love. Mika, I still fall for you, everyday." - Sophia.


"Mika..... Sophia...?" gumam Haura perlahan. Terbit satu perasaan yang agak aneh dihatinya.

Kepalanya digeleng laju. Pipinya pula ditampar perlahan beberapa kali. Dia segera cuba untuk singkirkan perasaan itu dari mindanya. Tanpa membelek buku tersebut Haura dengan gopoh terus mengutip kesemua barang yang jatuh masuk ke dalam kotak.

Setelah selesai Haura cuba memeriksa buat kali terakhir jika masih ada barang yang masih belum dikutip. Matanya melilau melihat sekeliling. Mujur dia periksa sekali lagi apabila ada satu kotak baldu kecil berwarna biru gelap yang berada di kaki meja behampiran dengannya namun sedikit terlindung.


"Oh mak kau jatuh tergolek." latah Haura

Di saat Haura mengambil kotak tersebut, isi kotak itu jatuh terburai. Seutas jam tangan lelaki keluar dari kotak tersebut. Sekali lagi Haura mengeluh. Jam itu dicapai kasar lalu dimasukkan semula ke dalam kotak baldu itu. Haura kaku untuk beberapa saat. Matanya kemudian beralih semula pada jam tersebut.


"SH Forever"


"I-ini jam.... Macam mana boleh ada dekat sini?" ujar Haura dengan mata yang terbuntang luas separa percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience