BAB 70

Drama Completed 919566

Kereta yang dipandu oleh Mikael memecut laju menyusuri lebuhraya. Sesekali dia melirik ke arah Haura yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia menjadi serba salah apabila memikirkan tentang apa yang telah berlaku di pejabat Dato' Zubir sebelum mesyuarat tadi.


"Cantik juga Cik Rissa tu ye. Patutlah awak jatuh cinta dengan dia."

Tiba-tiba Haura bersuara memecahkan kesunyian. Mikael yang terlalu ralit berfikir kaget dengan apa yang keluar dari mulut Haura itu. Dia menjadi semakin risau. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan kepada Haura.


"Ye ke? Biasa je aku tengok. Aku rasa kau lagi cantik." balas Mikael selamba. Dia ingin menjaga hati Haura.


"Tipulah. Kalau saya cantik dari awal lagi awak dah jatuh hati pada saya." balas Haura. Mikael berkerut. Dia sedar yang dia sudah tersalah kata.


"Kalau kita tak cakap benda ni boleh tak? Especially pasal Rissa. Aku tak suka la borak pasal dia dengan kau." ujar Mikael. Dia tidak mahu berbicara mengenai perkara yang boleh merosakkan mood mereka berdua.


"Kenapa? Ada apa-apa yang awak cuba sorok daripada saya ke?" tanya Haura.


"Haura, please. Kita dah bincang pasal ni tadi kan. Aku pun dah bagitahu pada kau yang aku dah tak ada apa-apa perasaan lagi pada Rissa. Hubungan aku dengan dia dah tamat. Kami dah putus." ujar Mikael.


"Bagi awak hubungan tu dah putus tapi bagi Rissa? Tadi saya tengok bukan main lagi dia cuba nak rapat dengan awak. Nak goda awak semula ke?" balas Haura berbaur cemburu.

Mikael menghela keluh yang berat. Dia mengerling ke arah Haura sebelum memberhentikan kereta buat sementara di pinggir jalan. Tangan Haura dicapai lalu diusapnya perlahan.


"Semua tu dah tak penting bagi aku sebab aku dah ada kau. Kau tahu aku sayang kau sangat-sangat kan." ujar Mikael sepenuh hati. Namun tidak memberi kesan kepada Haura.


"Kalau saya ni tak wujud dalam hidup awak, awak rasa awak akan terima dia semula tak?"

Pertanyaan dari Haura itu benar-benar menusuk hati Mikael. Wanita itu seolah-olah tidak yakin dan percaya dengan rasa cinta yang telah dicurahkan olehnya.

Perlahan-lahan tangan Haura dilepaskan. Dia berasa sangat kecewa. Melihat reaksi yang diberikan oleh lelaki itu membuatkan Haura sedar bahawa dia telah melampaui batas. Perasaan cemburunya telah membuatkan dia terlupa janji antara mereka berdua.


"Soalan apa yang kau tanya ni. Ke kau masih ragu-ragu dengan perasaan aku pada kau? Kau masih tak boleh nak terima aku?" balas Mikael.


"Saya minta maaf kalau pertanyaan saya tu dah melukakan hati awak. Saya tak berniat langsung nak buat awak marah atau sakit hati. Saya cuma..."

Haura cuba memujuk. Namun belum sempat wanita itu menghabiskan katanya Mikael lebih pantas memotong.


"Aku tahu hubungan kita ni masih terlalu muda. Kau pun masih tak kenal aku sepenuhnya lagi. Mesti ada banyak benda yang kau ragu dengan aku kan." ujar Mikael bernada kecewa.


"B-bukan itu maksud saya." Haura mula tidak tentu arah.


"Aku tahu yang aku ni bukan seorang lelaki yang baik. Tapi aku nak jadi yang terbaik dalam hidup kau. Aku nak jadi orang yang mampu berikan kebahagiaan yang kau cari selama ni. Aku minta kau bagi aku peluang untuk buktikan semua tu pada kau." luah Mikael lagi.


"Luth Mikael. Tak pernah sekali pun saya berasa ragu dengan perasaan saya pada awak. Awak satu-satunya insan yang berjaya buka pintu hati saya dan menghidupkan semula separuh diri saya yang telah mati. Saya minta maaf. Saya terlalu sayangkan awak."

Lantang suara Haura menyebut nama lelaki itu. Dia segera memintas sebelum lelaki itu pergi dengan lebih jauh lagi. Jari jemari lelaki itu digenggam rapi. Mikael terdiam. Wajah Haura ditatap lama.


"Andai jodoh kita tak panjang, bukan salah awak kalau suatu hari nanti awak pergi meninggalkan saya." tambah Haura.


"Aku baru je nak feeling-feeling romantik tadi. Boleh pula kau cakap pasal berpisah. Spoil betul la." Mikael berseloroh. Haura tertawa dengan respon yang spontan dari Mikael.


"Awak fikir semudah itu je ke awak boleh tinggalkan saya? Awak jangan ingat saya akan senang-senang je lepaskan awak pada orang lain. Sekali awak dah jadi milik saya, selamanya awak akan kekal jadi hak saya." Haura memberi amaran kepada Mikael. Lelaki itu tersenyum.


"Uihh, lain macam je kau ni. Dah kena sampuk ke? Tapi tak apa aku suka." sakat Mikael.


"Suka suka juga. Cik Rissa tu jangan dilayan sangat. Tak pasal-pasal saya declare perang nanti. Ni peluang terakhir saya bagi pada awak ye." balas Haura memberi amaran keras kepada Mikael sekali lagi.


"Ha cakap pasal Rissa kan, apa kata kalau kau lawan dia balik. Kalau dia cuba goda aku, kau kena buat aku tergoda 10 kali lebih daripada dia. Barulah dikatakan bersaing secara sihat." sakat Mikael lagi.

Mata Haura cerlung memandang Mikael. Tanpa banyak suara dia segera menyerang lelaki itu dengan menarik telinganya serta mencubit manja lengan

*****


"Luqman, you bagitahu pada I sekarang dekat mana I boleh jumpa dengan Mika? Makin susah I nak contact dia sekarang ni."


"Manalah I tahu. I sendiri pun dah berkurun tak jumpa dengan dia. You call jelah dia terus." balas Luqman bersahaja.

Sudah beberapa hari Rissa datang mengganggunya di kelab semata-mata untuk bertanya pasal Mikael. Naik rimas dia dibuatnya.


"Eh banyak songeh pula you ni. Kalau I boleh call dia I tak akan susah payah datang sini cari you lah." balas Rissa kasar.


"You kena bertanggungjawab. You yang kenalkan I pada dia jadi sekarang ni I nak you call Mika dan suruh dia datang sini jumpa dengan I. Sekarang!" arah Rissa keras. Suara juga sungguh lantang melawan bunyi muzik yang dimainkan di kelab tersebut.


"Eh I pulak yang salah. Itu masalah korang, tak ada kena mengena dengan I. Kalau Mika taknak jumpa dengan you mesti dia ada sebab kenapa dia buat macam tu kan." balas Luqman.


"You yang kenalkan I pada dia dan buat I jatuh hati pada dia. Tiba-tiba sekarang ni dia minta putus dengan I. I tak boleh terima semua tu. Semudah itu je ke korang mainkan perasaan I?" marah Rissa lagi.


"What? Mika minta putus dengan you? Eh kejap. Apahal pula nama I terpalit dalam masalah korang ni. You bercinta dengan dia tau bukan dengan I. Dan I tak pernah suruh pun you untuk jatuh hati dengan dia sebab I bayar you untuk teman dia dinner je. Suka hati je petik nama orang." Luqman mula meluat dengan perangai Rissa yang suka memaksa.


"I taknak dengar apa-apa alasan dari you lagi. I nak you call Mika sekarang juga."


"Eh perempuan ni. Paksa-paksa orang pula." omel Luqman di dalam hati.

Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu mendail nombor Mikael. Malangnya tidak dijawab.

"Tak angkat." ujar Luqman pendek.


"I tak percaya. You tak call dia pun sebenarnya kan. Call sekali lagi I nak tengok." balas Rissa kasar.

Rissa memaksanya untuk terus menghubungi lelaki itu. Luqman makin serabut dengan sikap Rissa yang terlalu memaksa dirinya.
Kali ini dia mendail nombor Mikael dan menunjukkan skrin telefonnya pada Rissa. Bukan sekali tapi tiga kali dia cuba menelefon lelaki itu tetapi satu panggilan pun tidak di angkat.


"Puas hati you sekarang? Mika memang tak angkat call I. Suka hati je cakap I tipu." ujar Luqman sambil menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.


"No, tak mungkin. You tipu I kan Luqman. I tak percayakan you." balas Rissa menafikan semua itu.


"I rasa you ni dah tak betul la Rissa. Patutlah Mika tu minta putus dengan you. Dah lah malas nak layan orang macam you ni. Buang masa I je." ujar Luqman kemudian berlalu pergi meninggalkan Rissa sendirian.

*****

Pon! Pon!

Mikael menekan hon keretanya. Beberapa ketika kemudian kelibat Haura mula kelihatan di muka pintu. Di tangannya penuh dengan beberapa buah beg kertas. Mikael segera membuka pintu kereta dan pergi menunggu wanita itu di depan pintu pagar.


"Bak sini beg tu." Mikael meminta Haura memberikan beg kertas yang berada ditangannya disaat wanita itu tiba di pagar. Haura menyerahkan tanpa banyak soal.

Setelah meletakkan beg-beg tersebut di tempat duduk belakang barulah Mikael masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan Haura. Mikael kemudian menghidupkan enjin kereta lalu mula memecut laju.

Haura perasan yang Mikael beberapa kali menguap sepanjang dia memandu. Dia berfikir mungkin lelaki itu tidak cukup rehat. Haura agak serba salah apabila lelaki itu terpaksa memandu untuk ke rumah ibu bapanya.


"Awak okay ke tak ni? Asyik menguap je dari tadi. Awak tak tidur ke semalam?" tanya Haura prihatin dengan kesihatan lelaki itu.


"Aku okay. Kau tak payah risaulah. Kau rehat je dekat situ." balas Mikael sambil tersenyum.


"Kenapa awak tiba-tiba je nak ikut saya balik rumah ibu? Saya bukannya tak boleh nak drive sendiri. Kaki saya ni pun dah elok." tanya Haura. Dari semalam lagi dia ingin ajukan soalan tersebut.


"Salah ke kalau aku nak hantar girlfriend aku balik rumah ibu dia. Bukan jauh mana pun." balas Mikael bersahaja.

"Eleh mengada-ngada. Sebelum ni elok je saya drive sendiri balik rumah ibu. Sampai je." balas Haura.

"Memanglah sampai tapi feel dia tak sama kan bila kau drive sendiri dengan aku yang hantar kau. Lagipun aku kan tak datang masa kenduri Hanna hari tu." ujar Mikael. Haura sekadar memandang lelakk itu dengan penuh tanda tanya.

Kereta yang dipandu Mikael tiba diperkarangan rumah Encik Zamzuri dan Puan Hafizah. Mikael menekan hon keretanya sekali sebagai isyarat dia telah pun tiba. Haura sangat terkejut dan telah bertindak memukul manja lengan Mikael.


"Apa benda main tekan hon macam tu." marah Haura manja.

"Eh biarlah. Baru ibu dan ayah kau tahu yang kita dah sampai. Ha tengok tu ibu kau dah tunggu dekat depan pintu." balas Mikael sambil tersenyum.

Puan Hafizah dilihat sedang berdiri di muka pintu sambil tersenyum lebar. Dia sangat kenal kereta yang masuk di perkarangan rumahnya itu meskipun baru hanya sekali dia melihatnya.


"Assalamualaikum ibu." sapa Haura riang. Dia segera berlari mendapatkan ibunya itu. Dicium tangan serta kedua belah pipi wanita itu.

Mikael menyusul di belakang sambil membawa beg-beg kertas milik Haura bersamanya.


"Ibu tak tahu pula Mikael nak datang sekali. Haura tak ada bagitahu ibu pun kan." ujar Puan Hafizah.


"Ha'ah. Semua ni last minit ibu. Mika ni tiba-tiba je nak ikut." balas Haura. Matanya dilirikkan kepada Mikael.

"Ish kamu ni, kenapa cakap macam tu pula." balas Puan Hafizah sambil menepuk lembut bahu Haura. Haura pula berpura-pura kesakitan. Mikael tersenyum melihat gelagat dua beranak itu.

Puan Hafizah kemudian mempelawa mereka berdua untuk masuk dan berbual dengan lebih panjang lagi di dalam rumah.


"Ayah mana ibu?" tanya Haura sambil matanya melilau melihat sekeliling rumah.


"Ada mesyuarat katanya dekat Rumah Qaseh Harmon. Sekejap lagi balik la tu." balas ibunya itu.


"Mikael kamu duduklah dulu ye. Aunty masuk dapur sekejap." Mikael menganggukkan kepalanya.

Tidak lama kemudian Haura dan ibunya keluar dengan membawa dulang yang berisi air serta kudapan ringan buat Mikael. Serentak dengan itu juga Encik Zamzuri melangkah masuk ke dalam rumah.


"Assalamualaikum. Wah, ada tetamu kita hari ni ye." ujar Encik Zamzuri. Mikael segera bangkit dari tempat duduknya lalu bersalam dengan lelaki itu. Begitu juga dengan Haura.


"Dah lama ke kamu berdua sampai?"


"Tak adalah. Kami pun baru je sampai." balas Mikael. Haura mengangguk.


"Sementara nak tunggu Hanna dengan Zaquan sampai bolehlah abang berborak dulu dengan Mikael." ujar Puan Hafizah kepada suaminya. Haura memandang Mikael yang dari tadi tidak lekang dengan senyuman.

Setelah kelibat kedua wanita itu lenyap dari pandangan, Encik Zamzuri mencapai cawan di meja sambil mempelawa anak muda di hadapannya itu untuk minum bersama.


"Jemput minum." pelawa Encik Zamzuri. Mikael menganggukkan kepalanya.

Di ruangan dapur Haura benar-benar tidak senang duduk. Matanya tidak lari dari memandang ke arah ruang tamu. Puan Hafizah tersenyum melihat gelagat anaknya itu.


"Yang kamu terjenguk-jenguk tu kenapa Haura. Ada sesuatu yang tak kena ke?"

Pertanyaan dari Puan Hafizah itu memeranjatkan Haura. Dia segera mengalihkan pandangannya.


"Kalau kamu rasa nak tahu sangat apa yang ayah dengan Mikael tu borakkan, kamu pergi la duduk dekat ruang tamu tu. Dekat dapur ni pun dah tak ada apa yang nak kena buat." tambahnya lagi.


"Eh, mana ada ibu. Haura saja je nak tengok." balas Haura sedikit gagap.


"Ibu tengok Mikael tu baik budaknya. Ibu berkenan sungguh kalau dia jadi menantu ibu."

Mata Haura terbuntang. Dia tidak menyangka ibunya akan berkata sebegitu. Dia menjadi tidak tentu arah. Pipinya juga sudah mula terasa hangat.


"Ish ibu ni ke situ pula." balas Haura. Puan Hafizah tersenyum melihat wajah Haura yang sudah mula menjadi merah padam.

Keadaan di ruang tamu agak sunyi tanpa suara. Mikael sudah berkali-kali meneguk air untuk basahkan tekaknya yang terasa sungguh kering. Dia benar-benar tidak senang duduk. Encik Zamzuri yang menyedari perkara itu tidak terlalu memaksa. Dia tidak mahu Mikael akan berasa tertekan serta tidak selesa apabila bersama dengannya.


"Macam mana hubungan kamu dengan Haura?"


"Alhamdulillah, kami baik-baik je."


"Alhamdulillah. Anak uncle tu nampak je kasar tapi hati dia sangat lembut macam tisu. Dalam lembut dia tu pun boleh buat orang sakit hati juga dengan sikap keras kepala dan panas baran dia." ujar Encik Zamzuri nakal.


"Yang tu saya setuju." balas Mikael. Mereka berdua tertawa sehingga terdengar di ruangan dapur. Haura dan Puan Hafizah saking berpandangan.


"Uncle nak berterima kasih dengan kamu sebab hadir dalam hidup dia. Uncle nampak hidupnya kembali ceria lepas adanya kamu."

Kata-kata yang terluah dari mulut Encik Zamzuri temah membuatkan Mikael terdiam buat seketika. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali.


"Sebenarnya saya ada sesuatu yang nak bagitahu pada uncle tapi saya tak tahu dari mana saya nak mulakan." ujar Mikael. Encik Zamzuri memandang ke arahnya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh Mikael.

Tangannya sudah tidak duduk diam dek rasa gemuruh. Mikael menarik nafas yang dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan untuk menenangkan hatinya yang tidak keruan itu.


"Saya nak minta izin dengan uncle untuk menghalalkan hubungan antara saya dan juga Haura. Saya nak jadikan dia sebagai isteri saya yang sah."

Akhirnya terluah juga isi hati Mikael yang sedari tadi dipendamnya. Semalaman dia berfikir bagaimana cara untuk dia memberitahu orang tua Haura tentang isi hatinya. Dia sebenarnya takut jika keluarga Haura tidak mahu terima dirinya sebagai ahli keluarga mereka.

Encik Zamzuri hilang kata. Dia menatap wajah Mikael dengan perasaan yang bercampur-baur. Bukan dia tidak gembira tetapi dia sebenarnya terkejut dengan pengakuan dari Mikael itu.


"Kamu ikhlas nak jadikan anak uncle sebagai suri hidup kamu? Uncle bukannya apa, Haura tu baru je nak rasa nikmat bahagia. Uncle taknak dia disakiti untuk kesekian kalinya." Encik Zamzuri bertanya sekali lagi kepada Mikael untuk kepastian.


"Saya ikhlas cintakan dia. Saya benar-benar sayang saya sepenuh jiwa dan raga saya." balas Mikael sepenuh hati. Encik Zamzuri mengangguk.


"Haura dah tahu ke pasal ni? Kamu dah bincang dengan dia?" tanya Encik Zamzuri. Mikael menggelengkan kepalanya.


"Saya nak minta restu dari uncle dan aunty dulu sebelum saya bagitahu pada dia." balas Mikael. Encik Zamzuri tersenyum mendengar jawapan dari lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience